Latte @ Gloria Jean’s Coffees

Gloria-Jeans-Coffee-latte

Sudah lama saya teringin untuk menikmati kopi di Gloria Jean’s Coffees, namun hajat ini sering tidak kesampaian kerana lokasinya yang agak kurang sesuai bagi saya iaitu di kawasan yang amat jarang saya kunjungi.

Akan tetapi, akhirnya dapat juga saya mencuba secawan Latte biarpun bukan di Gloria Jean’s Coffees KK tetapi di Subang Parade πŸ˜€

Kebetulan saya ke sana untuk pergi ke kedai Chocolate World, maka peluang ini tidak saya lepaskan.

Kopi Latte nya agak enak biarpun cawannya agak kecil πŸ˜‰ Layanan dari pekerja di sana amat baik dan mesra. Susunan meja dan kerusi di atur dengan baik dan agak sesuai untuk operasi lepak-lepak.

Gloria-Jeans-Coffee

Gloria Jean’s Coffees

Bagi yang tidak pernah ke Gloria Jean’s Coffees, perlu diingatkan terlebih dahulu ianya bukan kedai menjual seluar jeans ok πŸ˜€ Nama kedai kopi ini di ambil dari pengasasnya iaitu Gloria Jean Kvetko yang memulakan perniagaan kedai kopi kecil di AS pada tahun 1979.

Resepinya kemudian di beli olehΒ  Nabi Saleh and Peter Irvine, bekas Pengarah Urusan DDB Needham di Australia.

Mereka kemudiannya mewujudkan Jireh International Pty Ltd (berniaga atas nama Gloria Jeans Coffees) di Australia.

Syarikat ini mewujudkan francais Gloria Jean’s Coffees dan membeli hak Gloria Jean’s Coffees dari Diedrich Coffee, Inc milik Gloria Jean Kvetko untuk semua negara kecuali di AS dan Pureto Rico.

Konsep Gloria Jean’s Coffees lebih kurang sama dengan Starbucks, Coffee Bean, San Francisco dan lain-lain lagi.

Mungkin rasa kopi yang agak berbeza sedikit tetapi syok juga mencuba di kedai-kedai yang berbeza kan? πŸ˜€

– Latte @ Gloria Jean’s Coffees

14 Comments

  1. aku penggemar coffee tidak kira dari Asia mahupun luar..
    Gloria Jeans mempunyai keistimewaan rasa coffee yang berbeza.
    Tapi aku tak pernah rasa sebenar2nya kopi luwak.. campuran adalah..
    not so bad..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons