Nasi Lemak Dan Kopi Tenom

Restoren-Tenom-Station

Mengikut perancangan asal, saya mahu mengurangkan makanan yang tinggi kalori dan lemak, namun apabila dah sampai kat Restoren Tenom Station di City Mall, segala perancangan menjadi hancus berkecaian. Memang payah diri ini nak menahan diri dari memesan Nasi Lemak sebagai juadah makan pagi dan jika ada kopi tentulah minuman lain jadi blur di background.

Mari layan Kopi Tenom dan Nasi lemak..

Nasi-Lemak

Set Breakfast Nasi Lemak + Kopi ini boleh di dapati di Restoren Tenom Station pada harga RM 5 +++

dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari (tertakluk pada perubahan).

Rasanya memang sedap dan kopinya memang kaw kaw rasa ala-ala kopi 434 Muar.

Kalau nak rasa, sila lah ke sana. 😀

Terdapat beberapa cawangan Restoren Tenom Station di Kota Kinabalu ini. Biasanya saya pergi ke City Mall dan Universiti Apartment sahaja. Wi-Fi boleh tahan dan PERCUMA.

Layanan staff pun agak baik (Psssttt.. Maza ada yang comel-comel).

Dari segi kebersihan tip top.

Kalau di sebelah petang, saya biasa order roti bakar yang resipinya saya tiru untuk penyediaan breakfast anak-anak saya di rumah waktu hari sekolah 😉

36 Comments

  1. kopi tenom ada tak? Paling suka dengan kopi tenom walaupun harga agak mahal….yang kopi o nya murah tapi tak minat…hehehehe

  2. err… soto ada tak dijual kat sana.. hehehe

    semalam maza dengan anak beranak makan soto.. perkhhhhh! power beb…

    soto Johor, bukan soto jawa atau dari seberang mana tah itew.. hehehehe

    1. soto johor payah nak cari Maza.. mee bandung pon..
      soto jawa banyak ler…..
      Pssttt.. jgn ler sebut benda2 yg payah kawe nak cari ni… ngidam lak nanti 😀

  3. Nasi lemak dan kopi memang mengancam!
    Dulu memang selalu makan nasi lemak bila sarapan di kantin. Tapi sekarang dah tak berselera sebab sambalnya tak mengancam. Jadi terpaksalah pilih makanan lain.
    Lagipun sekarang ni nasi lemak jual sepanjang masa. Lebih suka makan untuk minum petang, hehehehe..

    1. setuju tu Kak Long.. penyediaan sambal tu juga memainkan peranan penting dalam menaikan semangat makan nasi lemak plus kalu selalu makan pon pandai boring gak… 😉

    1. He he.. time aku koje makan gaji pon gitew gak bro.. order sama kawan opis 😀 Wow, kenangan mengusik jiwa!

    1. mmg pon tapi kalau beza pon sikit aje kan? .. sbb formula utama terletak pada nasi dan sambalnya. Tapi yg tak tahan zaman ni ada sambal sotong.. syok la rasanya 😀

  4. Saya makan nasi lemak hujung minggu je sebab nak kawal pengambilan kalori. so simpan untuk weekend je.

  5. aku memang suka juga nasi lemak ni
    tapi dah orang kelantan jati dan menetap pula di kelantan
    nasi berlauk masih menjadi pilihan

    nok wat lagu mano lagi
    hehe

  6. kalau nak kata berpantang saya rasa sayalah orang yg sangat susah untuk tahan nafsu makan..ehehe walaupun badan tak lah sebesar mana.
    Tapi sekarang dah serik dah… sbb dua kali bercuti di hospital… 3 tahun berselang…gara-gara penyakit lama datang balik sebab tak berpantang..ahaha.. hati-hati saudara… 🙂

    1. sama ler kita bro.. kawe pon dulu dah naik high blood kejap.. tapi thanks dgn aktiviti futsal yg berkekalan, maka steady dah balik. Cuma bab makan ni mmg payah sikit nak control.. tu pasal ler kawe cuba cover dgn sport 😀

  7. Soalan bonus bro. City Mall tu kat mana?
    Soalan dari orang Sabah yang jarang balik kampung. 😀

      1. Arkkk…. betul2 tak tahu ni. Terima kasih. Rasa-rasanya tak tahu juga ni. Hihihihi…. 🙂

    1. cukup ehhh… (kalu tak cukup tambah je nanti 😀 )
      P/s: Tak tahu lak bab .. nanti kawe try ping blogger ….

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons