Nasi Lemak Klasik Sugar Bun Metro Town

Blogger ini memang suka makan nasi lemak. Pernah guna nasi lemak sebagai banner blog satu ketika dahulu. Cuma memandangkan nasi lemak ini amat tinggi kalori dan kurang baik untuk kesihatan, maka ia terpaksa dikurangkan permakanannya. Namun, untuk pagi ini, kita cuba pula makan Nasi Lemak di restoren Sugar Bun. Kedai ini pun sudah lama tidak saya lawati memandangkan terlalu banyak opsyen kedai makan di Kota Kinabalu ini. Rasanya, masih banyak kedai makan yang saya belum cuba.

Tapi untuk, ‘breakfast‘ atau sarapan pagi hari ini, saya ke Bandar Metro (Metro Town) yang terletak di jalan Lintas untuk menjamah nasi lemak di sana. Jom..

Sugar Bun Metro Town Kota Kinabalu

Saya tiba di sana seawal jam 7 pagi. Kebanyakkan kedai di Metro Town masih belum dibuka lagi. Akan tetapi, Sugar Bun telah  pun dibuka kerana ia antara lain menghidangkan sarapan pagi buat pelanggan-pelanggannya. Cuma sebilangan sahaja kecil  pelanggan di waktu ini. Masih terlalu awal agaknya. 😀

Ada banyak pilihan di waktu pagi ini kerana selain dari menu ‘sarapan pagi‘, makanan-makanan lain seperti Burger, nasi dan sebagainya sudah boleh di pesan. Cuma kena tunggu lama sikit lah. Persediaan mereka di waktu pagi lebih tertumpu pada penyediaan sarapan pagi seperti nasi lemak, roti kawin dan telur rebus separuh masak.

Nasi Lemak

Ada dua jenis nasi lemak yang disediakan iaitu:

  • Nasi Lemak Klasik; dan

  • Nasi Lemak Kari.

Rasanya memang sedap cuma harganya ‘inflated‘ lah berbanding jika makan di kedai biasa. Nasi di masak secukup rasa dengan rasa lemak amat terasa. Kacang di goreng rangup, manakala sambal agak lazat cuma kurang pedas bagi saya.

Nasi Lemak Klasik

Nasi Lemak Kari

kopi panas

Apa-apa pun nasi lemak di Sugar Bun Metro Town ini memang amat menyelerakan saya. Licin pinggan dibuatnya. 😀 Pekena pula dengan ‘kopi panas‘, Wow! Untuk ke Sugar Bun Metro Town, anda cuma perlu ke Bandar Metro di Blok K. Pandu kenderaan anda terus bila masuk Bandar Metro hingga ke simpang paling akhir, disebelah kiri. Ia terletak di tingkat bawah. Cuba lah…

– Nasi Lemak Klasik Sugar Bun Metro Town

12 Comments

  1. Sugarbun ni depends kepada siapa master franchisee dia… kalau kay Sabah and Sarawak ada 2 company kot, and dorang ni plak jual franchise ke orang lain.
    Master Franchisee yang jaga SugarBun metrotown ni memang bagus, and outlet2 Sugarbun under him semua best.

  2. Kalau di Semenanjung, Sugar Bun ni agak kureng la.. Banyak yang sudah tutup! Tapi nasi lemak tetap jadi pilihan untuk sarapan pagi. Cuma sekarang tak bolehlah nak makan kacang tu seadanya. Hehe

    1. Kat KK pun banyak tutup Sugar Bun ni. 😀 Tapi nampak last couple of years, diaorg cuba revive the business balik dgn inject new menus mcm nasi lemak dan roti kawin 😀 dlm breakfast diaorg.

  3. Hurmm….memang nostalgia nie…. dulu masa ada cawangan kat Plaza Metro Kajang gua selalu lepak makan set nasi lemak dia dengan set kopi tenom…. memang syiok woo….Nyaman bah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons