\"\"
Sunday,20 August,2017

Panduan Perniagaan Cupcake Buat Usahawan Alaf Baru

Panduan Perniagaan Cupcake

Perniagaan cupcake adalah suatu perniagaan yang amat menarik dan menguntungkan jika kena pada caranya. Lihat sahaja cupcake yang ada di pasaran sekarang, apa yang anda boleh imaginasikan mengenai mereka? Macam-macam kan?

Ada yang berbentuk mini,

berperisa coklat atau strawberry,

mempunyai hiasan kartun

dan apa-apa sahaja yang minda anda boleh fikirkan.

Pendek kata, terdapat banyak cara untuk memasarkan cupcake. Yang penting ada kemahuan dan ada usaha.

Perniagaan Cupcake

Sekiranya ada yang berminat dengan perniagaan ini tetapi tiada kepandaian dalam membuat cupcake, jangan risau ya.

Skill membuat cupcake bukanlah sesuatu yang ‘genetik’ mahupun ‘rocket science’.

Ia boleh dipelajari dan dikuasai.

Lihat sahaja pengalaman Puan Diah Venita Daben, pengasas Minilovebites Cupcakes  dalam majalah SME, Disember 2014. Sebelum membuka perniagaan ini, beliau adalah seorang DJ radio dan emcee.

Berkat kesabaran dan kesungguhannya, segala rintangan dapat diatasi. Anda pun pastinya boleh juga.

MiniLovebites cupcakes

Untuk panduan asas membuat dan membuka perniagaan cupcake, kami cadangkan anda menonton video Puan Nor Hasidah @ Nur Syahidah yang terlajak laris di pasaran:

Panduan Perniagaan Cupcake

bisness-cupcake

Sejarah Cupcake

Tiada siapa yang pasti siapa si ‘genius’ yang mencipta cupcake ini. Ada pelbagai versi cerita yang saya jumpai di perpustakaan dan laman-laman web. Namun, mengikut Mary Bellis, pakar laman web About.Com, phrasa “cupcake” secara rasmi mula digunakan pada tahun 1828 dalam buku Resepi Eliza Leslie.

Beliau adalah seorang surirumah dan penulis buku-buku berkaitan resepi dari Amerika Syarikat yang terkenal di zamannya.

Walaupun, terdapat beberapa rujukan lain mengenai cupcake, seperti resepi yang “a cake to be baked in small cups” oleh  Amelia Simmons, namun Mary memberikan gelaran Ibu Cupcake atau “Mother of the Cupcake” kepada Eliza Leslie kerana ramai sejarawan makanan menyifatkan buku resepinya pada tahun 1828 itu lebih penting dalam sejarah cupcake.

Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Mengapa Berniaga Cupcake?

Pada pendapat jurnalis SME, Simone Khoo:

orang yang menciptakan cupcake ini adalah seorang yang genius

Amat mengkagumkan apa yang mampu dibuat oleh kek yang comel ini sehingga ramai yang menginginkannya.  Menurut Simone dan saya quote:

Think about it. There’re small, so they are perfect if you’re feeling puckish but don’t want to stuff yourself. While they come in different sizes such as ‘normal’, ‘mini’ and in some cases ‘large’, buy two of the same type and you’ll never again have to listen to your children fight over who got the bigger slice or the most strawberry/shaved chocolate garnishing.

And best of all, they come in a huge variety of different flavours. You could have a cupcake a day and still not have sampled all the variations that are out there.

Benarkah pendapat Simone itu?

Saya pun adakalanya suka belikan anak-anak cupcake apabila mereka mahukan sesuatu yang istimewa pada hari-hari tertentu. Belikan sahaja dua cupcake yang sama dan mereka tidak akan bising.

Cuba belikan kek coklat slice.

Ahaa.. ada yang merungut coklat tak sama banyak atau slice mereka lebih kecil. 😀

Biasalah anak-anak.

cupcake mini

Akan tetapi yang paling istimewa apabila berniaga cupcake, anda boleh sediakan dalam pelbagai rupa dan rasa agar tidak menjemukan pelanggan anda.

Manusia kan mudah jemu pada sesuatu yang sama sahaja.

Namun, dengan cupcake anda boleh pelbagaikan jenis cupcake dengan hanya sedikit perubahan pada ramuan atau ubahsuai topping di atas.

Pelanggan puas hati, perniagaan rancak kembali.

Panduan Perniagaan Cupcake 2

Belajar Buat Cupcake

Perkara asas untuk memasuki perniagaan ini adalah mesti ada seseorang dalam organisasi perniagaan anda yang tahu membuat cupcake ini. Samada anda sendiri yang membuatnya mahupun menggajikan orang lain.

Yang penting ada kemahiran dan kelengkapan untuk menyediakannya.

Jika anda ada rakan atau saudara-mara yang tahu membuat cupcake, nah!…..

Selesai sudah semua masalah, namun jika tidak, maka seperti yang saya sebutkan di atas tadi ia bukanlah masalah yang besar! Ia boleh dipelajari dan dikuasai.

Untuk permulaan saya cadangkan, anda menonton video Puan Nor Hasidah : Panduan Perniagaan Cupcake kerana:-

  • Ia dalam bentuk video, maka mudah untuk memahaminya
  • Ia mengajar anda dari asas, oleh itu tiada yang anda akan terlepas nanti
  • Resepinya memang berkesan dan sedap sekali
  • Ia turut mengandungi panduan menjalankan perniagaan cupcake di Malaysia

Oleh itu, cubalah tontoni video tersebut atau jika anda yakin dengan kemampuan anda, maka terus skip pada resepi-resepi cupcake yang boleh diperolehi secara percuma di internet dan cuba sediakannya sendiri di rumah anda.

Cuba seberapa banyak resepi yang boleh dan pelbagaikan rekabentuknya.

Kemudian berikan rakan-rakan dan sanak-saudara untuk ‘food tasting’ bagi memastikan produk anda itu mempunyai peluang bersaing di pasaran. Dengar dengan teliti pendapat mereka dan cuba perbaiki lagi kualiti cupcake anda.

Panduan Perniagaan Cupcake 3

Memasarkan Produk Anda

Seterusnya bila anda sudah bersedia, pasarkan produk anda untuk awam. Ia boleh dibuat secara online dan off-line bergantung kepada keselesaan dan kemampuan anda. Anda juga boleh menjualnya secara pukal di kedai-kedai makan, bakeri atau kantin dan memberikan komisyen atas jualan yang dibuat.

Ini mengurangkan beban tugas anda dan anda boleh tumpukan pada proses membuat cupcake sahaja.

Tip-Tip Dan Panduan Perniagaan Cupcake Oleh Pakar

Walaupun proses menyediakan cupcake itu mudah, namun menjalankan perniagaan cupcake itu agak mencabar dan memerlukan persediaan rapi. Di sini anda perlu berfikir seperti seorang ushawan dan bukanlah seorang pembuat cupcake.

Oleh itu mentaliti kena ‘upgrade’ sedikit.

Dalam temuramah dengan laman MediaBisnessOnline, Puan Diah Venita Daben ada memberi pesan yang amat menarik. Antaranya:-

  • Mulakan dengan modal yang kecil dahulu
  • Manfaatkan peralatan yang sedia ada untuk menghasilkan produk yang baik
  • Sentiasa berfikiran kreatif
  • Jika buat perniagaan di rumah, jangan campur adukkan bahan-bahan kegunaan rumah dan bisnes
  • Jika di rumah, jangan lupa dari awal memasukkan kos elektrik, air, sewa dan lain-lain fasiliti akan kita biasa dan bersikap professional dari awal lagi
  • Jika memasarkan produk secara online, jangan lupa mencari pereka web yang sesuai agar ada yang memesan dari laman web kita
  • Jika buat sample untuk digambarkan, pastikan lighting dan sebagainya adalah cukup agar produk kita nampak menarik dan memikat
  • Informasi di laman web hendaklah lengkap dan jelas

Selain dari itu anda mungkin juga perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara yang agak teknikal terutama bila perniagaan makin berkembang. Ini termasuklah memastikan anda mendapat bahan-bahan termurah dan terbaik di pasaran dari pembekal (supplier).

Ia mampu menjimatkan kos dan meningkatkan margin keuntungan.

Jika perniagaan anda ada premis, anda mungkin perlu periksa akan keperluan lesen dan sebagainya agar tidak menghadapi kesulitan dengan pihak berkuasa nanti.

Sebaiknya pisahkan diri anda dengan perniagaan anda dengan mendaftarkan perniagaan anda dengan SSM.

Ia mudah dan murah serta member imej yang lebih baik buat perniagaan anda.

Daftar sebagai perniagaan biasa sahaja dan tidak perlu sebagai syarikat Sdn Bhd.

Lihat juga keperluan lain seperti GST Malaysia yang bakal berkuatkuasa bulan April nanti. Amnya, bila bisness masih diperingkat kecil-kecilan anda tidak perlu mendaftar dengan GST.

Akan tetapi, jika pembekal anda adalah pemborong, maka lesen khas akan diperlukan apabila membeli dari mereka.

Perniagaan

Tips-tips tambahan:

  • Buat market survey untuk memastikan bahawa perniagaan ini boleh berkembang di tempat yang anda mahu pasarkan
  • Berhati-hati memilih rakan kongsi, jika anda bercadang untuk berkongsi perniagaan
  • Berikan nama dan buat branding pada produk anda
  • Pastikan cutomer service anda berkualiti kerana promosi dari mulut ke mulut adalah yang terbaik dalam perniagaan

Kesimpulan

Perniagaan cupcake adalah perniagaan yang amat menarik dan mencabar. Ia juga peluang baik buat mereka yang benar-benar mahu berjaya.

Senny Sanjung dari Hallo Cupcakes misalnya bermula dengan kosong semasa memulakan perniagaan ini.

Menurut Senny dia nampak potensi perniagaan ini dan terus memasuki pelbagai kursus menyediakannya sebelum membuka perniagaannya sendiri.

Beliau juga menggunakan teknologi masa kini dengan mempromosikan produk menerusi media social Twitter, Facebook dan juga Whatsapp.

Senny turut menasihatkan bakal-bakal ushawan agar jangan mudah berputus asa kerana memang banyak dugaan dalam perniagaan:

At first it may be difficult because many do not know your product’s quality, but over time and with your product’s quality, your customers will come by themselves.

Oh ya, jangan pula lupa pada Puan Nor Hasidah kita. Dia juga bermula secara sambila di rumah dan kini mempunyai ramai pelanggan di Malaysia. Hendak berguru dengan Puan Nor Hasidah? Cuba tonton videonya dulu:

Panduan Perniagaan Cupcake 4

Selamat mencuba dan semoga berjaya menjadi usahawan cupcake!

This Article Was Written By

A fumbling, bumbling housewife and a mom of 5, who enjoys reading, cross stitching, watching tv, crocheting and trying her hands at other crafts. Her dream is to explore every nook and cranny of Malaysia in this lifetime. Learning to be a more conscientious, informed, open-minded and adventurous person, she is happy to share her thoughts on many subjects. She also writes at www.Precious-Crafts.Com

Zurainny Ismail

Leave a Comment

  • susu peninggi badan Reply

    Menarik sekali bisnis kuliner ini, kira2 untuk pelatihannya ada tidak?thx

    May 3, 2015, 10:44 am
    • Ismail N Reply

      “kira2 untuk pelatihannya” …maksudnya?

      May 4, 2015, 4:30 am
  • Dja Reply

    Salam ziarah. Bisnes cupcake memang ada potensi besar dalam pasaran niaga sekarang, so panduan cupcake yang disarankan patut dimiliki segera

    February 15, 2015, 2:54 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Terima kasih atas komen dan pandangan menarik itu.

      February 15, 2015, 3:16 am
  • Hero Borneo Reply

    minat juga penting dalam perniagaan ini..selain itu ilmu tentang pemasaran dan promosi ..boleh cuba kepada mereka yang berminat..mana tahu ada rezeki kat situ

    February 1, 2015, 5:08 pm
    • Ismail N Reply

      Ya setuju. Mana tahu ada rezeki kan?

      February 2, 2015, 12:48 am