Resepi Ais Krim Mini Pavlova

Ais Krim Mini Pavlova

Keluarga saya suka makan ais krim, terutamanya si kecil yang baru berusia 5 tahun itu. Biasanya kami beli sahaja di kedai. Tak pernah terfikir untuk buat sendiri ais krim sendiri sehinggalah pada satu hari, adik ipar saya buat satu dan hidangkan pada kami.

Boleh tahan.

thumbs up

Sebenarnya ia amat sedap sehingga ia habis dalam masa yang singkat. Mungkin kami boleh cuba sendiri pula satu hari nanti. Mungkin boleh cuba hari ini juga.

Apa lagi semasa ‘google‘ di internet terjumpa pula dengan resepi ais krim ‘Mini Pavlova’ karya juara Master Chef Selebriti dan duta King’s Ice Cream, Dato’ Chef Fazley Yaakob.

Lihat gambarnya di atas. Menyelerakan?

Ais Krim Mini Pavlova

Antara bahan-bahan yang diperlukan termasuklah tiga biji telur, garam, gula caster, whipped cream dan sedikit ais krim King’s Carnival. Anda juga perlukan mixer dan oven untuk memudahkan tugas menyiapkan Ais Krim Mini Pavlova.

Proses penyediaan mengambil masa lebih 1 jam untuk disiapkan.

Anda boleh rujuk laman web: King’s Ice Cream Inspirations untuk maklumat lengkap bahan-bahan dan cara penyediaan. Terdapat juga pelbagai resipi lain hasil idea kreatif Dato’ Chef Fazley di sana.

Di samping itu, anda juga boleh sertai bengkel membuat ais krim dan desserts oleh Dato’ Chef. Pendaftaran adalah RM 25 (online) dan dapatkan ‘goodie bag’ bernilai RM 80. Menarik bukan?

Bagi yang memang dah pandai buat ais krim, jangan lupa sertai contest ‘resepi ais krim’. Jika resepi anda menarik, anda akan menerima hadiah berupa bekalan selama SATU TAHUN F & N King’s Tub ice cream!

Kenyang makan ais krim lah macam tu.

– Resepi Ais Krim Mini Pavlova

2 Comments

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons