Sedapnya… Masakan Padang

Masakan Padang

Setelah makan Batagor pada waktu pagi, kami mencuba pula Masakan Padang di kawasan tempat makan (Food Court) di Pasar Baru. Masakan Padang ini walaupun dikatakan berasal dari orang-orang Minangkabau dari Sumatera Barat, namun ia juga popular di tempat-tempat lain di Indonesia hingga ke Malaysia.

Masakan Padang atau Padang Food dalam bahasa Inggeris mendapat namanya dari Bandar kelahirannya iaitu Padang, ibu negeri Sumatera Barat.

Ia disediakan seperti makan Nasi Campur iaitu kita memilih lauk-lauk yang ditawarkan untuk dimakan bersama nasi. Kami memilih antaranya ikan, sotong dan ayam kampong sebagai hidangan makan tengahari.

Boleh tahan sedapnya sehinggakan rakan-rakan saya menambah nasi masing-masing.

Sebelum pulang ke Jakarta, kami sempat cari lagi Masakan Padang dan makan satu pusingan lagi.

Masakan Padang

Masakan Padang

Masakan Padang

Masakan Padang Indonesia

Bila makan Masakan Padang di sana, tradisinya memang tidak boleh ditinggalkan. Satu mangkuk berisi air disediakan untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Kalau siapa yang tak tahu, silap-silap di minumnya sebab mangkuk tu bukan besar pun dan airnya bukan banyak pun.

Habis makan tetap mencari paip untuk mencuci tangan, lantaran dari air mangkuk yang tidak mencukupi.

Ada juga sate yang dihidangkan sebagai lauk tetapi macam kena bakar ajer. Kalau di Malaysia, sate nya banyak betul rempah tetapi di Bandung, simple ajer sate nya.

Namun, yang penting sodap dan mengenyangkan perut.

– Sedapnya… Masakan Padang

6 Comments

  1. maza pernah masuk dan makan di Restoran Padang di KL ni… harganya boleh tahan mahalnya.. dan pernah terkena juga.. uhuk…

    lalalala

  2. Pertama kali dulu, terkejut tengok bukan main banyak lauk yang dihidangkan. Rupanya, kita perlu bayar apa yang kita usik @ makan sahaja.
    Nasi Padang memang pilihan, lebih-lebih lagi kalau pergi Padang atau Bukit Tinggi.
    Tekak Kak Long tak boleh terima sate di Indonesia lah Encik Ismail.

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons