Sedapnya Spaghetti Bolognese Sri Kulai

Sekiranya anda mempunyai oven dan peti sejuk di rumah, maka anda mungkin berminat untuk menyimpan stok makanan keluaran syarikat Sri Kulai bagi tujuan ‘makan masa malas‘. Apabila perut lapar, anda cuma perlu keluarkan kotak makanan Sri Kulai, masukkan dalam oven, panaskan selama 5 minit dan makanan sudah terhidang untuk anda. Anda juga boleh pergi ke kedai Sri Kulai berdekatan (jika ada di tempat anda) atau order online di laman web mereka jika anda tinggal di Lembah Kelang.

Ada pelbagai jenis makanan yang anda boleh pilih dari Nasi Lemak ke Dim Sum dan juga makanan Western serta sayur-sayuran. Hari ini saya sedikit ke’malasan‘, maka saya layan ‘Spaghetti Bolognese‘ Sri Kulai.

Spaghetti Bolognese Sri Kulai

Spaghetti Bolognese Sri Kulai Di City Mall

Saya tak pasti harga Spaghetti Bolognese Sri Kulai di Semenanjung. Tapi di KK, harganya sama dengan di laman web iaitu RM 7.90. Cuma di laman web ADD-ON air baru RM 1.00 (Sarsi, Coca Cola, 7 Up, Pokka Jasmine Green Tea atau Revive). Kat kedai di KK kena beli air separately, maka mahal sikit lah.

Tapi jika ada oven, bagus stok sahaja dalam peti sejuk dan makan bila perlu sahaja.

Rasa Spaghetti Bolognese Sri Kulai ni boleh tahan juga sedapnya. Tak juah beza dengan Pizza Hut punya. Anak perempuan saya suka benar dengan Spaghetti Bolognese Sri Kulai. Sekejap sahaja dah licin kotaknya. Oleh itu, macam kami tak boleh stok di rumah sangat. Nanti tak sampai sejam, stok dah habis!

Sedapnya Spaghetti Bolognese Sri Kulai

11 Comments

  1. nampak profesional je sri kulai nih…tapi tak semua org suka spageti. Produk lain banyak lagi tuh boleh pilih. Sesuai untuk keadaan skrg yg semuanya mahu cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons