Starbucks Caffè Latte

Starbucks-Caffè-Latte

Maaf kerana sudah lama tidak kemaskini blog. Jika blog ini dumpamakan dengan bilik stor, sudah pasti berabuk dan bersarang labah-labah. Seperti air laut – ada pasang surutnya, blogging pun ada online dan offline nya juga.

Cuma kali ini agak lama sikit offline kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan segera.

Thank god, hari ini agak sedikit FREE untuk taip sikit-sikit di blog dulu lain sekarang lain.

Memandangkan saya sedang menikmati kopi sekarang ini, maka bagus juga say tulis mengenai kopi yang sedang saya minum ini.

Lagipun, entri mengenai kopi sudah lama tidak dikemaskinikan.

Dengan itu, topik kita hari ini ialah kopi dan kopi yang mahu diceritakan ialah Starbucks Caffè Latte.

Caffè Latte

Bagi mereka yang tak pernah minum Caffe’ Latte, perkataan latte berasal dari bahasa Itali “caffellatte” [ˌkaffelˈlatte] yang bermaksud kopi dan susu. Dalam proses pembuatan kopi,  Caffe’ Latte ini adalah kopi yang diperbuat dari espresso yang dicampur dengan susu yang telah di stim.

Oleh kerana espresso juga digunakan sebagai bahan perasa (base) dalam cappuccino yang juga menggunakan susu, maka rasa kedua-duanya seakan-akan sama.

Malah, kalau pergi di Starbucks, harga kedua-duanya pun sama (RM 11.15 selepas cukai bagi saiz “tall“.

Untuk lebih syoknya, buih (foam) di letakkan di atas sebagai topping.

Starbucks Caffè Latte sesuai di minum oleh mereka yang tak gemar kopi o’ yang keras dan mahukan lebih banyak lemak dan krim. Rasanya emmm… memang lazat sekali.

Tak perlu tambah gula atau krimer lagi.

Lagi sedap dihirup masa ia masih panas.. 😀

– Starbucks Caffè Latte

9 Comments

  1. Saya suka Caffè Latte
    Saya kerap jugak lepak starbuck kalau stress.
    Walaupun mahal tapi berbaloi utk tenangkan fikiran.
    Minum coffee smbil layan internet (memang feel habis) 🙂

  2. Assalamualaikum brother Mail… hamboi3… senyap bukan main lama
    ni tetiba muncul.. Baguslah. Ramai yg windu2an ceta kau.. hik3

    Aku dah 3 tahun tak menjadi penggemar Starbuck coz asal dari yahudi.
    sesekali tu cari juga nak minum green tea milk.. tapi lagi sodap kalau aku
    buat sendiri kot.. har3… selamat kembali brother..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons