The Coffee Bean And Tea Leaf

The Coffee Bean And Tea Leaf

Masa saya mula-mula berjinak-jinak minum di kedai-kedai kopi ala Western dulu, kedai The Coffee Bean And Tea Leaf inilah yang menjadi port pilihan. Kalau ada meeting dengan client, kedai yang relax dan tenang begini memang sesuai digunakan.

Begitu juga kalau ada kerja menaip yang mahu disiapkan, The Coffee Bean And Tea Leaf pastinya menjadi salah satu pilihan.

Namun, beberapa tahun telah berlalu dan kedai ini mula terasa persaingan yang hebat apabila pesaing-pesaing seperti Starbuck, Dome, San Francisco Cafe, Old Town White Coffee dan sebagainya memasuki pasaran Kota Kinabalu, Sabah.

The Coffee Bean And Tea Leaf mula dipinggirkan dan satu demi satu kedai mereka di tutup. 

Yang terbaru ditutup adalah di 1Borneo Hypermall yang ditutup tanpa notis apa-apa kepada pelanggan seperti saya. 😀 Namun, masih ada yang masih bertahan seperti di Damai dan Wisma Merdeka.

Namun, saya rasa suasanannya tidak sehebat dulu lagi.

The Coffee Bean And Tea Leaf

Saya tak berniat untuk menulis review yang buruk buat The Coffee Bean And Tea Leaf cuma agak malang ketika saya minum di kedai ini pagi tadi suasananya agak lesu dan pekerjanya amat kurang bersemangat.

Banyak kerusi kosong kelihatan dan buat saya terfikir bagaimana mereka mahu bertahan dengan kos kedai yang saya rasa agak tinggi setiap bulan.

Namun saya masih gemar minum secawan kopi “Americano” di sana pada harga RM 7 secawan (sebelum cukai 6% ) :D.

– The Coffee Bean And Tea Leaf

8 Comments

  1. Saya minum Coffee Bean, serious tahan ngantuk + kepala tak pening. Kalau buang air pun, tak berbau. Memang berbaloi. Time tu saya rasa ice-blended mocha.

  2. meraka susah hati dengan harga petrol tu, bro
    hehe

    lagi pun kalau pelanggan kurang
    semua akan jadi tak bersemangat

  3. TE cuma tau kopi O je..tak pun kopi susu..he
    mungkin bro boleh bg cadangan pada dorang dan bg motivasi sikit, mana tau dorang dapat inspirasi dari pelanggan mcm bro

    1. Sama je TE, Americano tu kira kopi O gak. Kita bayar lebih utk servis dia jer – aircond, Wi-Fi, elektrik dan peace of mind. 😀

      Nak bagi motivasi tak tahu lah. Macam kawe cakap mungkin kebetulan jer staff di sana off mood. Hari2 lain mungkin ceria, mana tahu?

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons