Anda Pun Beli Rokok John Juga?

rokok-john

Apabila kerajaan mengenakan cukai yang tinggi untuk rokok dengan tujuan mengurangkan perokok di negara, impaknya tidak semestinya positif. Mengenakan cukai yang tinggi terhadap rokok membawa kesan langsung terhadap harga rokok iaitu harga rokok menjadi semakin tinggi.

Harga pasaran bagi rokok sekotak (20 batang) adalah RM 12.00.

Ini bermakna sebatang adalah 60 sen. Agak mahal bukan?

Perokok Tegar

Jika seseorang perokok tegar atau chain smokers, sebatang rokok sehari pastinya tidak mencukupi. Silap-silap mahu sekotak sehari atau dalam nilai ringgitnya adalah RM 12 sekotak x 30 hari = RM360 sebulan.

Mungkin tiada masaalah jika jawatan anda adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor 😀 , namun bagi rakyat biasa nilai itu adalah amat besar.

Soalnya, dengan kenaikkan harga rokok di pasaran, adakah ini akan mengakibatkan ramai perokok berhenti merokok?

Atau adakah ia mengakibatkan ramai yang beralih kepada rokok seludup yang lebih murah?

Rokok John

Pernahkah anda dengar ‘Rokok John’?

Adakah anda turut membeli rokok ini?

‘Starprobe‘ mendapati rokok yang menggunakan jenama Malaysia, John, dibawa masuk melalui Singapura dan dijual di bawah paras harga minimum yang ditetapkan iaitu RM7. [Sumber: mStarOnline].

Hampir separuh harga rokok biasa. Murah betul tu. Menurut seorang pekerja sebuah kilang rokok di kawasan perindustrian Citra Buana Park III, penghantaran rokok berkenaan ke Malaysia dibuat dalam dua cara iaitu menerusi pelabuhan Singapura atau diseludup terus menggunakan bot laju atau feri.

Yang membimbangkan mengenai rokok seludup ini seperti mana juga produk-produk lain yang dibawa masuk secara tidak sah adalah isu keselamatan dan kesihatan.

Sudahlah rokok itu secara semulajadi memang tidak baik untuk kesihatan.

Jika ia tidak diproses secara betul, ia menjadi amat merbahaya dan memudaratkan.

Kilang Rokok John

Pada 7 November 2013, Kilang Rokok John diprotes oleh orang ramai atas isu pencemaran alam dan sisa bahan kimia. Puluhan anggota Gerakan Bersama Rakyat (Gebrak) protes di depan Pejabat Wali Kota Batam, Kepulauan Riau pada 7 November lepas. Mereka menuntut penutupan kilang PT TCF Maju yang disyaki membuang sisa berdekatan perumahan di Legenda Bali, Duriangkang, dan Tanjungpiayu.

Rampasan Rokok John

Pihak berkuasa berusaha sedaya upaya bagi mengatasi masaalah ini. Sebuah rampasan telah dlakukan pada 24 Julai 2013 oleh pihak Kastam Diraja Malaysia di Thailand. Dua buah lori membawa 75,000 kartun rokok – John Red dan 52,000 kartun John White ditahan di Kompleks Kastam Sadao.

Pelbagai operasi lain juga diusahakan, namun pihak berkuasa turut menghadapi pelbagai rintangan dari sendikit yang menjalankan kegiatan ini.

Berita Harian melapurkan kegiatan dan keganasan sendikit dalam usaha mengatasi operasi pihak berkuasa:

Kongsi gelap sanggup menggunakan kekerasan dan ugutan terhadap pegawai penguat kuasa jika mengetahui ada cubaan untuk menggagalkan kegiatan mereka.

Kepelbagaian taktik penyeludupan yang digunakan kongsi gelap juga mampu mengelirukan dan ia meletakkan mereka ‘selangkah di hadapan’ daripada pihak berkuasa.

Namun, setelah membaca artikel ini, adakah anda masih mahu membeli rokok John?

– Anda Pun Beli Rokok John Juga?

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons