Catuaba – Berkesan Untuk Lelaki

Pengalaman saya menggunakan catuaba ini berlaku secara tidak sengaja. Namun, untuk “educational purpose” ia amat menarik dan mengejutkan saya. Tambahan pula, yang mengesyorkan itu adalah seorang doktor yang pakar dalam hal-hal lelaki dan beliau sendiri memakan catuaba seminggu sekali (mengikut katanya). Menurutnya, herba ini bukan sahaja bagus untuk tujuan seksual sahaja, malahan untuk kesihatan ia juga bagus, terutama dalam melancarkan pengaliran darah dalam tubuh badan.



Dr Rashid: Pakar Sakit Tuan

Saya bertemu doktor Rashid (bukan nama sebenar) semasa sedang minum di kedai kopi tidak jauh dari rumah. Kebetulan saya dan rakan baik saya sedang menunggu rakan niaga kami bagi membincangkan hal berkaitan sebutharga yang sedang kami cuba masuki. Tidak sangka pula dia membawa Dr Rashid bersama.

Dr Rashid merupakan seorang pakar sakit tuan (dan puan juga) yang berasal dari Indonesia. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang ini, beliau sedang mencari tempat untuk membuka kliniknya di Kota Kinabalu, Sabah. Kebetulan rakan niaga kami ini tahu pemilik premis tak jauh dari tempat tinggal kami yang sesuai untuk dijadikan klinik.

Pada peringkat awalnya kami tidak sangka Dr Rashid itu merupakan seorang doktor. Apatah lagi doktor pakar! Gayanya yang sempoi dan relax serta rambutnya yang agak serabut tidak mencerminkan gaya seorang doktor. πŸ˜€

Akan tetapi, bila si kawan tadi mula bertukar topik dari hal sebutharga kepada hal-hal rumahtangga, maka Dr Rashid pun diperkenalkan kepada kami. Nah! terkejut kami. Tersipu-sipu malu pun ada bila Dr Rashid mula bercerita mengenai pengalamannya. Ya lah, ramai rupanya manusia yang telah dibedah oleh Dr Rashid untuk mencantikkan kemaluannya atau membesarkannya. Begitu juga dengan kaum hawa, ada juga rupanya telah menerima khidmat pakar doktor ini untuk merapatkan faraj dan menegangkan buah dada agar kembali seperti anak dara. Puhhh!

Bergantung kepada permintaan dan jenis pembedahan, Dr Rashid mengatakan beliau mengenakan bayaran antara RM 1,000 hingga RM 10,000 bagi tujuan ini. Mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan kesan jahitan selepas “sunat” masa kecik-kecik dulu oleh tok mudim yang tidak berapa cantik, maka ia boleh diperbaki dan dibuat licin dan bersih dengan menggunakan laser. Kemaluan yang hodoh akan bertukar menjadi kacak dan proses ini tidak lama serta tidak menyakitkan menurut Dr Rashid. Hal ini disahkan oleh rakan niaga tadi yang tersipu-sipu malu mengakui yang dia telah menjalani pembedahan tersebut. Kosnya RM 1,000.

Catuaba Dan Viagra

Bab ini tidak perlulah dibaca oleh anak-anak muda ya. Sepatutnya barang kamu semua tu masih POWER dan berdiri keras macam pokok pinang. Ini untuk lelaki-lelaki berumur 35 tahun dan ke atas yang barangannya sudah mula break-down macam kereta selepas 4 tahun guna. Lebih-lebih lagi kepada yang sudah tua tetapi berhajat kepada anak dara atau orang muda. Kalau tak cukup power, maka tidak bolehlah benteng pertahanan itu dapat ditembusi. Atas sebab itu, pil “viagra” atau pil kuda amat laris di pasaran selama bertahun-tahun lamanya biarpun kesan sampingannya amat merbahaya.

Menurut Dr Rashid, kalau mahu barang power, kena selalulah bersenam. Lebih baik kalau buat latihan “angkat berat” sekali. Merokok pun perlu dikurangkan dan kalau malas layan makan catuaba tiap-tiap minggu. Penggunaan “viagra” sama sekali tidak digalakkan oleh Dr Rashid kerana kekuatan dadah yang terkandung dalam viagra boleh menyebabkan kerosakkan pada jantung pemakan.

Apa Itu Catuaba

Berbeza dengan viagra yang merupakan sejenis dadah, catuaba adalah sejenis herba dari tumbuh-tumbuhan dan tidak merbahayakan kesihatan, malahan bagus untuk diamalkan (menurut Dr Rashid). Ia membantu memperbaiki saluran pengaliran darah dan mempengaruhi harmon dalam tubuh badan yang sekaligus meningkatan kekuatan seksual lelaki.

catuaba paper

Berkesankah Catuaba

Wah! ini yang pasti ditunggu-tunggu oleh pembaca semua kan? Ada kesan atau tidak?

Ok, pertamanya, harus diingat yang kesan mungkin berbeza bagi setiap insan. Ini memang tidak dapat dinafikan. Cuma bagi saya, ia memang membuatkan kemaluan menjadi amat keras bila terangsang dan badan rasa amat bertenaga. Akan tetapi, bab kemaluan menjadi semakin besar sebagaimana yang digembur-gemburkan itu saya tidak dapat sahkan. πŸ˜€ Lupa pula nak sukat sebelum guna. Cuma, rakan saya yakin barangnya bertambah besar bila berada dalam keadaan bersedia. πŸ˜‰

catuaba
Gambar kredit: estetika-health.blogspot.com

Memakan Catuaba

Saya tidak pasti ditempat lain bagaimana, cuma catuaba yang diberikan kepada saya adalah dalam bentuk serbuk dan disimpan dalam paket. Rasanya umpama “vanilla” dan dimakan dengan meletakkannya di bawah lidah terlebih dahulu. Lupa, saya mahu tanya apa rasionalnya berbuat demikian. Mungkin ada diantara pembaca blog ini yang tahu.

Kesan catuaba lebih lambat dari viagra. Jika viagra dikatakan akan bertindak dalam tempoh setengah jam sehingga satu jam, catuaba mengambil masa dua jam atau lebih. Kesannya akan kekal selama seminggu dalam badan dan ia cuma bertindak bila anda berasa dalam keadaan terangsang sahaja.

Di Mana Hendak Dapat Catuaba?

Saya bukan pengedar catuaba, oleh itu saya tidak boleh cakap di mana anda boleh dapat yang “ori” dan sah. Lagipun, saya cuma makan sekali sahaja selepas diberi percuma oleh Dr Rashid yang sehingga kini tidak saya jumpai lagi. Mungkin saya boleh lawati kliniknya untuk beli, namun saya tidak rasa saya ada masalah serius yang perlukan bantuan catuaba buat masa ini. Mungkin, kalau tambah cawangan, terpaksa lah cari Doc. πŸ˜€

Apa-apa pun sesiapa yang berminat dengan produk ini pastikan anda dapat nasihat doktor dan beli dari pembekal yang sah. Lagipun kehebatan catuaba ini belum di iktiraf menerusi kajian atau penjelasan yang saintifik. Kita cuma membuat andaian menerusi kesan yang kita alami sahaja. Berhati-hati juga dengan produk tiruan. Hal ini memang biasa kita dengar. Kalau ada viagra tiruan, pastinya ada juga catuaba tiruan juga kan?

Selama mencuba jika mahu. Artikel ini cuma bersifat pandangan sahaja dan bukanlah satu rekomendasi.

Catuaba – Berkesan Untuk Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons