Khasiat Tokek Hanyalah Satu Mitos

Tokek

Semua cerita-cerita mengenai khasiat Cicak Tokek (Gecko) untuk mengubati pelbagai penyakit termasuk AIDS hanyalah satu mitos sahaja dan tidak benar.

Pengarah Komunikasi World Health Organisation (WHO), Christy Feig dalam e-mailnya kepada New Straits Times menegaskan bahawa tanggapan bahawa Tokek mampu mengubati pelbagai penyakit adalah tidak punyai sebarang kredibiliti, manakala khabar angin yang mengatakan Cicak Tokek boleh mengubati AIDS adalah tidak benar.

head scratch

Ini sekaligus mengenepikan tanggapan umum dan khabar angin yang hebat di internet akan ke luarbiasaan haiwan ini sehinggakan ada pihak yang dikatakan sanggup membayar sehingga RM 200 juta bagi seekor Tokek seberat 3.2kg.

Mitos Kelebihan Tokek

Sejak berita kelebihan Tokek tersebar luas, binatang ini telah menjadi buruan ramai dan populasi menurun dengan begitu banyak. Ramai yang berusaha keras memburu dan menangkap Tokek dengan harapan mendapatkan pendapatan lumayan dalam masa yang singkat dan mudah.

WHO yang menerima maklumat iniĀ  telah pun membuat kenyataan di Facebook mereka pada bulan Jun bagi menyelesaikan isuĀ  ini dan memberitahu bahawa segala tanggapan mengenai kehebatan Tokek adalah cerita palsu yang dibesar-besarkan.

Namun, masih ramai yang terus memburu dan mencari haiwan ini sehingga ia makin pupus dan berkurangan.

Diharapkan dengan tersebarnya maklumat terbaru ini, orang ramai akan berhenti memburu haiwan dan mejadikan ianya tidak pupus.

Sumber: New Straits Times

Kesimpulannya, khasiat Tokek Hanyalah Satu Mitos!