Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

7 Tips Mudah Turunkan Tekanan Darah

by Zurainny Ismail   ·  6 years ago   ·  
thumbnail

 

Setelah menjadi SAHM (stay at home mom) selama 4 tahun, saya bekerja semula. Dapat ofis yang dekat dengan sekolah anak dan menepati kebanyakan ciri-ciri yang saya idamkan. Baru beberapa hari bekerja, saya dikejutkan dengan arahan untuk buat on-job-training di PJ selama beberapa minggu. Punyalah tension waktu tu sebab memikirkan tentang suami dan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan lama. Tekanan darah terus naik hingga 130/100 – waktu sedang buat medical check-up company pula tu! Doktor bagi rehat 20 minit, kemudian periksa semula – 138/100! Seumur hidup tak pernah jadi begitu, waktu mengandung dulu pun steady 110/70 atau 120/80.  Esoknya periksa semula (free check-up di farmasi), 153/102!  Bertambah teruk pula….

Saya pun buat kajian tentang cara menurunkan tekanan darah dengan segera sebab mahu lulus medical check-up syarikat. Risau nanti diputuskan tidak layak untuk kerja. Alhamdulillah, setelah berusaha selama 3 hari, tekanan darah turun ke 120/78.

Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut.

Beberapa bulan kemudian, tekanan darah meningkat semula ke 152/88! Faktor stres di tempat kerja, umur yang meningkat, keluarga pun ramai yang kena high-blood, dan suka pula makan Mr Potato dan Pringles – semuanya boleh menjadi penyumbang kepada tekanan darah tinggi. Saya baca balik nota lama, amalkan semua dan selepas 4 hari, tekanan darah kembali normal 112/82, Alhamdulillah. Oleh kerana terbukti berkesan, saya ingin berkongsi  dengan para pembaca sekalian 7 tips yang saya amalkan untuk menurunkan tekanan darah, semoga bermanfaat.

1. AIR

Seperti biasa, sama ada sedang sakit atau sihat, air amat penting untuk tubuh badan. Mesti banyak minum air, sekurang-kurangya 8 gelas sehari.  Setiap hari, saya minum sekurang-kurangnya 2 gelas air suam sejurus bangun pagi dan sekurang-kurangnya 1 gelas air sebelum tidur. Untuk menjadikan air lebih berzat, saya tambah hirisan timun atau lemon.

2. APPLE CIDER VINEGAR

Apple Cider Vinegar atau cuka epal cider memanglah tidak sedap diminum.  1 sudu makan ACV dicampur dengan segelas air, tetap tidak melarutkan rasa masam ACV. Tapi demi kesihatan, saya telan sahaja. Saya tambah sesudu besar ACV dalam gelas air kedua yang diminum sejurus bangun pagi, setiap hari. Menurut pendapat pakar, ACV juga bermanfaat untuk pesakit diabetes.

3. OREN

Yang ni tips dari doktor tapi beliau tidak terangkan berapa biji kena makan setiap hari. Saya makan sebiji oren sebelum sarapan (selepas minum air suam dan ACV) dan sebiji lagi sama ada sebelum makan tengahari atau makan malam. Kadang-kala makan 3 biji oren sehari sehingga tekanan darah ok. Selepas tekanan darah kembali normal, saya makan 2 atau 3 biji sahaja seminggu.

4. PEMAKANAN/DIET

Diet bukan bermaksud tidak makan, ia bermaksud merancang pemakanan. Cuba kurangkan karbohidrat (setengah cawan), lebihkan sayuran dan buah-buahan (sekurang-kurangnya 2 kali ganda dari nasi), elakkan garam dan kafein. Mungkin kurang lazat, tetapi kesihatan mesti diutamakan – asal jangan sampai kebuluran.  Kurangkan makan makanan berlemak atau makanan kedai. Kalau teringin sangat, kongsi dengan kawan atau keluarga – kurangkan portion.



Food court favourite saya adalah yang menyediakan pelbagai juadah sayuran. Aiskrim, cendol, gulai, lamb chop dan sebagainya saya hadkan kepada beberapa bulan sekali. Makan Mr Potato/Pringles cuma dua atau 3 minggu sekali. Kopi pula saya hadkan kepada 3 atau 4 cawan seminggu. Semasa dalam proses menurunkan tekanan darah, Mr Potato/Pringles dan kopi saya tak sentuh langsung.

5. TIDUR

Tidur lebih 7 jam sehari.

Yang ini memang payah sikit – tapi demi kesihatan, tinggalkan tv, buku dan kerja-kerja rumah yang boleh ditangguh dan tidur awal.  Kalau ada anak-anak kecil yang perlu diurus, cuba minta bantuan suami atau keluarga agar anda dapat berehat secukupnya. Semasa tidur, pastikan telefon bimbit tiada dalam bilik tidur untuk mejamin tidur tidak terganggu.

6. SENAMAN RINGAN

Saya syorkan senaman ringan sebab pada pendapat saya senaman ringan tidak akan mengakibatkan stres pada fizikal dan mental kita, terutama bagi yang jarang bersenam. Sebaiknya, cuba selang-selikan jenis senaman yang dibuat. Contohnya, hari ini zumba 15 minit, esok senaman untuk kaki, lusa untuk abs, lepas tu jogging, dll. Saya amat syorkan zumba dan senaman ringan misalnya dari apps 7Fit. 7Fit adalah apps yang boleh dimuat turun percuma. Ia menyediakan 6 jenis senaman ringan (classic full body, morning wake-up, before-sleep stretch, abs workout, butt workout dan leg workout) yang memakan masa hanya 7 minit. Setiap satu terdiri dari 13 jenis pergerakan yang diulang selama 30 saat (rehat 5 saat).

7. BERFIKIRAN POSITIF

Stress juga menyumbang kepada tekanan darah tinggi – kadangkala ia adalah punca utama. Think happy thoughts – contohnya dalam kes saya, daripada fikir tentang “outstation akan menyusahkan keluarga”, saya fokuskan minda dengan kebaikan-kebaikan outstation (dapat rehat, jumpa mertua/ipar-duai, belajar perkara-perkara baru, meningkatkan pengetahuan tentang kerja, dapat elaun outstation, dll).

Tips tersebut ternyata berkesan pada saya. Sekiranya anda mengalami masalah stres dan tekanan darah tinggi, cuba amalkan 7 langkah tersebut, Insya-Allah, akan ada kesan positif. Jika tiada kesan, sila buat pemeriksaan kesihatan dengan segera. Saya syorkan anda meminta doktor membuat ujian darah (untuk memastikan kandungan kolesterol, gula, dll) untuk kepastian dan pastikan BMI anda di tahap normal. Ingat, masalah darah tinggi jika tidak ditangani dari awal bukan hanya akan menyusahkan diri sendiri tapi juga keluarga dan menjejaskan pencapaian anda di tempat kerja.

16 Comments

  1. Fitri

    Maaf….tanya sikit…waktu awak dpt tahu tekanan darah naik kepada 153/102, awak ada trus mkn ubat anti hipertensi kah?atau jalani ujian dulu di klinik?

    1. Zurainny Ismail

      Tak trus makan ubat sbb waktu tu cek di farmasi. Waktu cek di klinik sehari sblm tu, Doktor nasihatkan utk ubah lifestyle & bagi tarikh appointment bbrp hari slps itu. waktu appointment kedua, Alhamdulillah, BP dah ok.

  2. Ahmad

    Tgh alaminya skrg..sedih juga di tahan wad btw thanks for good info

    1. Semoga segera pulih – take care ya.

  3. Terima kasih perkongsiannya…
    Jadi stress kan bila check BP…. pulak tu tak turun turun huhu

    1. Hihihi…kadang2 msk klinik pun blh buat BP naik.

  4. Makan pun kena jaga juga dan senaman memang penting setiap minggu 2 atau 3 hari.

    1. True, byk yg mesti dijaga – especially bila umur dah meningkat ‘belia’. Hehehe….skrg ni 60 pun kira belia jg.

  5. Mai

    Happened to me recently! No. 5 tu memang hampir mustahil. Thanks for your sharing 😉

    1. Zurainny Ismail

      Ya… sufficient zzz is bliss. Happens to most of us – especially yg dah msk era fabulous 40s. But nowadays, even yg belum 30-an pun dah kena darah tinggi. Thanks for stopping by! 😀

  6. oooo, baru tau ACV ni pun membantu turunkan tekanan darah … hehe, dulu minum ACV kerana nak maintain berat badan saja …

    1. Mrs Pip, Insyallah… Menurut pendapat ramai byk betul kebaikan ACV ni – yg paling best, ia blh tlg seimbangkan pH dlm bdn – alkalizing. So, saya ada 1 botol ACV di rumah & 1 botol lagi di ofis.

  7. Yana

    Tips2 menarik ni – saya x tau psl oren kecuali ia sumber vit C. Blh cuba sbb tekanan darah saya selalu tinggi sikit waktu mengandung.

    1. Ya, saya pun x tau kalau doktor x bgtau. Pisang pun ok jg.

  8. Masalah darah tinggi sudah melanda kepada orang muda.

    1. Ya, wanita muda mesti extra careful & cari jln mengatasinya utk mengelak komplikasi semasa mengandung & melahirkan anak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.