Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan Anda

Saya bukan pengguna atau ahli Shaklee. Namun, saya kagum dengan syarikat ini yang bertahan lama biarpun terdapat banyak pesaing-pesaing baru yang memasuki pasaran. Adakah ini disebabkan oleh produk ini benar-benar effektif dan kena pada tag-linenya “Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan“? Atau ada rahsia lain yang membantu syarikat ini terus maju dan berdaya saing dalam industri MLM dan produk kesihatan di negara ini. Mungkin ada yang boleh kongsikan bersama di sini dan promosikan Shaklee. Silakan… tiada masaalah buat saya agar jangan spam link anda di sini berlebihan sudahlah. Nanti, plugin anti-spam saya marah pula. 😀

Sejarah Shaklee

Dr. Forrest C. Shaklee

Produk Shaklee dikeluarkan oleh Shaklee Corporation, sebuah syarikat yang berpusat di Pleasanton, California Amerika Syarikat. Nama syarikat ini di ambil dari pengasasnya iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Di awal hidupnya, Dr. Forrest bergelut dengan penyakit tuberculosis atau nama ringkasnya TB. Doktor-doktor yang merawatnya berpendapat bahawa dia tidak akan hidup lama dan sakit TB ini bakal meragut nyawanya. Akan tetapi dia berjaya meneruskan hidupnya menerusi permakanan makanan-makanan yang sihat dari kebun keluarganya. Ini menyedarkan Dr. Forrest bahawa hidup yang sihat datang dari memakan makanan yang sihat, persekitaran yang sihat dan senaman. Ini juga membawa minat beliau pada perubatan alternatif (chiropractic medicine).

Dr. Forrest C. Shaklee kemudiannya menjadi pengamal perubatan alternatif ini dan membuka pusatnya sendiri di Rockwell City, Iowa pada tahun 1915. Di sini beliau cuba mengubati para pesakitnya menerusi diet yang sihat dan seimbang serta menyediakan senarai nutrasi yang terperinci buat mereka. Sistem ini adalah tidak orthodox dan jarang dipraktiskan di zaman tersebut.

makanan sihat

Pada tahun 1915 juga, Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk pertamanya “Vitalized Minerals” bila dia berjaya mengasingkan kompoun bahan asli (mineral) dari sayur-sayuran atas nilai kesihatan yang tinggi pada bahan itu. Pakar Kimia & Biologi dari Poland, Casimir Funk mengelarkan hasil beliau sebagai ‘vitamin‘.

Ini lah kali pertama perkataan vitamin digunakan.

vitamins

Penubuhan Shaklee Corporation

Dr. Forrest C. Shaklee meneruskan kajiannya dan terus menemui pelbagai hasil yang membantu manusia sejagat. Beliau juga membuka pusat kesihatan yang didokongi oleh pengamal perubatan alternatif, doktor biasa, pakar bedah, pakar tulang dll. Hasil-hasil kerja beliau juga mula di pakejkan dan diedarkan. Pada tahun 1956, Dr. Forrest C. Shaklee dan anak-anaknya Forrest C. Shaklee Jr dan Raleigh C. Shaklee menubuhkan Shaklee Corporation. Ia bagi memasarkan hasil-hasil produk yang beliau usahakan seumur hidupnya.

Adalah menjadi impiannya untuk berkongsi hasil yang beliau usahkan agar seluruh dunia menikmati hidup yang lebih sihat.

Shaklee Hari Ini

produk shaklee

Hari ini Shaklee adalah sebuah syarikat gergasi yang beroperasi secara global. Antara pusat operasi utamanya termasuklah di Canada, Japan, Malaysia, Mexico, Taiwan, China dan Indonesia. Syarikat ini mula disenaraikan di New York Stock Exchange pada tahun 1970. Pada tahun 1989, ia menjual 78% kepentingannya pada Shaklee Japan kepada Yamanouchi Pharmaceutical Company dengan perjanjian yang membolehkan ia mengutip royalti dari operasi di Jepun itu. Pada tahun yang sama juga, saham-saham Shaklee Corporation Ltd dibida secara aggresif oleh Irwin L. Jacob.

Akan tetapi hubungan baiknya dengan Yamanouchi Pharmaceutical Company menyebabkan akhirnya Shaklee diambil alih oleh syarikat Jepun itu yang kemudiannya menjual Shaklee Corporation kepada billionaire Amerika Syarikat, Roger Barnett pada tahun 2004.

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan Anda?

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan Anda 3

Samada vitamin Shaklee sememangnya bagus untuk kesihatan anda, susahlah untuk saya SAHkan. Lain orang lain kesannya. Namun, amnya apa-apa produk berasakan bahan semulajadi dan memberi penekanan pada permakanan vitamin dan nutrasi serta diet yang seimbang pastinya baik buat anda.

Tambahan pula produk Shaklee adalah diitiraf sebagai “food” atau makanan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Kebanyakkan pesainganya dianggap sebagai pengeluar produk berasaskan dadah (drug companies).  Shaklee juga adalah pengeluar vitamin dan mineral terbesar di dunia dan diiktiraf sebagai pemimpin dan industri nutrisi.

Produk-produk Shaklee juga telah diuji secara klinikal oleh pihak tidak berkepentingan seperti Yale University dan Harvard University dengan mengemukakan bukti saintifik keberkesanannya. Ujian-ujian ini juga telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal terkemuka seperti:-

  • The American Journal of Clinical Nutrition
  • The Journal of Nutrition
  • The Journal of the American Dietetic Association
  • The Journal of Applied Physiology, and
  • The American Journal of Cardiology

Shaklee sebagai syarikat MLM

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan Anda 2

Sumber: Shaklee.Com.My

Amnya ramai yang mempromisikan Shaklee sebagai produk untuk menjana pendapatan. Ini kerana peluang pendapatan yang ditawarkan oleh syarikat ini menerusi sistem multi-level networknya. Akan tetapi, ahli-ahli sebenarnya perlu memberi tumpuan pada “selling point” utama produk ini iaitu reputasi yang dihasilkan oleh mendiang Dr. Forrest C. Shaklee sebagai produk kesihatan yang berkesan dan dipercayai ramai.

Harus diingat, biar banyak mana pun syarikat produk kesihatan dan MLM baru memasuki pasaran, namun Shaklee berjaya bertahan sehingga ke hari ini, iaitu hampir 60 tahun selepas penubuhannya. Semua ini hasil dari usaha dan kebijaksanaan Dr. Forrest. Amalkan cara hidup yang sihat dan permakanan yang sihat. Gunakanlah Shaklee.

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan Anda

Show Buttons
Hide Buttons