Dulu Lain Logo
10 Tips Untuk Menjadi Pekerja Cemerlang 10 Tips Untuk Menjadi Pekerja Cemerlang
Kami sudah berkongsi tips bagaimana mencari kerja, contoh resume terbaik , cara menyediakan resume yang berkesan, tips temuduga dan tips cemerlang semasa dalam tempoh percubaan. ... 10 Tips Untuk Menjadi Pekerja Cemerlang

Kami sudah berkongsi tips bagaimana mencari kerja, contoh resume terbaik , cara menyediakan resume yang berkesan, tips temuduga dan tips cemerlang semasa dalam tempoh percubaan.  Kini kami ingin berkongsi 10 tips untuk anda menjadi pekerja yang cemerlang.

Hahaha….cuma 10, tak banyak, kan?

Mengapa perlu untuk menjadi pekerja cemerlang?

Menurut World Economic Forum (WEF), dianggarkan sebanyak 7.1 juta pekerjaan akan hilang di antara 2015 dan 2020 disebabkan Revolusi Perindustrian Keempat (Fourth Industrial Revolution – IR 4.0). 60% daripada pekerjaan tersebut adalah bersifat pentadbiran (administrative). Walau bagaimana pun, 2.1 juta jawatan baru akan muncul iaitu dalam bidang matematik, sains komputer, seni bina dan kejuruteraan.

Oleh itu, jika anda bukan dari aliran sains atau matematik, anda berisiko tinggi akan hilang pekerjaan!

Oleh itu, setelah berjaya disahkan dalam jawatan, jangan leka dan fikir masa depan anda sudah terjamin!

IR 4.0 menekankan kepentingan meningkatkan kemahiran pekerja (upskilling) – jadi rebutlah peluang untuk menambah ilmu atau meningkatkan kemahiran melangkaui ‘job scope’ anda. Untuk menjadikan diri sentiasa relevan dalam organisasi, anda hendaklah bersedia untuk berubah,  sentiasa memperbaiki diri serta meningkatkan kecekapan dan prestasi kerja.

Apakah 10 Tips Untuk Menjadi Pekerja Cemerlang?

Terus-terang kami katakan – bukan mudah untuk menjadi pekerja cemerlang. Kami pun pekerja juga dan mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Oleh itu, kami mengumpul tips untuk meningkatkan nilai diri sebagai pekerja. Berdasarkan penelitian, kami dapati pekerja yang cemerlang mempunyai sebahagian besar daripada ciri-ciri yang disenaraikan di bawah ini.

Sekiranya anda ingin berjaya dalam kerjaya anda, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mengamalkan sebanyak mungkin tips-tips tersebut.

1. Ketahui apa yang anda mahu dan buat perancangan berkesan

Sekiranya jawatan anda sekarang adalah Eksekutif Sumber Manusia, contohnya, dan anda yakin anda cekap menjalankan tugas-tugas anda, maka fikirkan apa jawatan idaman anda. Jika anda ingin menjadi Pengurus Sumber Manusia, apakah skil dan pengetahuan yang perlu anda miliki untuk melayakkan anda memegang jawatan tersebut?

Contohnya, anda boleh membuat kajian dan perancangan seperti berikut:

  • Perhatikan Pengurus SM anda – apakah kemahiran dan pengetahuan beliau yang tidak anda miliki ketika ini. Contohnya, kebolehan membuat presentation di hadapan pengurus-pengurus lain, kebolehan menyelesaikan masalah dengan tenang, pengetahuan tentang undang-undang buruh, dsbnya.
  • Ketahui kelemahan Pengurus SM anda dan cuba fikirkan cara mengatasinya.
  • Kaji diri anda dan cari jalan mengatasi kelemahan diri. Contohnya, jika anda lemah berbahasa Inggeris, ikuti kelas BI dan rangka strategi untuk memperbaiki kemampuan BI anda.
  • Jika anda berkerja dalam kumpulan (team) perhatikan apa skil yang team perlukanacquire that skill. Contohnya, jika semua takut buat presentation – anda belajarlah cara buat presentation, public speaking, dan sahut cabaran mewakili kumpulan anda untuk membuat presentation. Jangan malu untuk tampil di hadapan.



2. Bantu ketua anda

Bantu untuk permudahkan kerja ketua anda. Jika ketua anda lemah dalam menggunakan komputer, misalnya, bantu dia untuk menaip,  dsbnya.  Dengar komen dan pujian yang bos berikan sama ada kepada anda atau rakan sekerja lain. Ketahui ciri-ciri yang disukainya dan dapatkan skil tersebut.

Tingkatkan skil anda berdasarkan kekuatan dan kelemahan anda. Jangan malu untuk bertanya pada bos anda tentang tips untuk memperbaiki diri.

3. Tumpukan perhatian pada Karier anda

Setelah anda tahu halatuju karier anda, setiap tahun, lihat peluang-peluang lain yang ada di luar sana dan buat perbandingan/kajian tentang gaji dan faedah kerja. Ketahui bila penilaian dibuat, apa jangkaan/harapan penyelia anda, siapa yang boleh membantu karier anda, dll.

Kalau boleh, dapatkan seorang mentor dari kalangan orang yang anda hormati.

4. Sentiasa memberikan komitmen untuk belajar dan meningkatkan kemahiran diri

Jangan asyik fikir tentang bayaran OT atau ganti cuti untuk kerja-kerja tambahan atau di luar waktu kerja. Belajar tentang syarikat dan industri anda. Jangan lepaskan peluang untuk menambah pengetahuan sama ada dengan bertanya kepada yang arif, menghadiri kursus, belajar sendiri, dan sebagainya. Jangan malu untuk bertanya dengan orang bawahan kerana semua orang ada kelebihan masing-masing.

Contohnya, semasa saya memegang jawatan sebagai eksekutif perundangan dahulu, saya sentiasa ‘menyibuk’ membantu bahagian Komunikasi Korporat dalam majlis-majlis syarikat, menyibuk membantu Bahagian Pemasaran semasa membuat promosi produk, dan membantu bahagian HR memproses resume-resume pemohon. Walaupun tidak mendapat OT dan ia menambah beban kerja, namun saya teruskan usaha meningkatkan kemahiran diri dan membuktikan kepada pihak atasan bahawa saya mempunyai semangat berkumpulan. Akhirnya, saya dilantik menjadi Pengurus Hal-Ehwal Korporat.

Oleh itu, fahami operasi dan keperluan syarikat, dan cari jalan untuk memberi sumbangan kepada syarikat melebihi job scope anda. Job scope anda hanya melayakkan anda kepada gaji yang sedia ada, manakala sumbangan/kemahiran tambahan akan melayakkan anda untuk kenaikan pangkat (dan gaji).

Jika anda masih berminat untuk meningkatkan nilai anda di dalam syarikat, sila baca tips selanjutnya di artikel selepas ini.

Zurainny Ismail

Previously an IR consultant focusing on industrial harmony, she now serves as a Legal Manager. She still loves exchanging ideas and thoughts with others on many subjects. An occasional knitter and an aspiring crooner.

  • Syazana

    September 30, 2020 #1 Author

    Assalam.saya dulu seorang pekerja yang rajin.Apa saja yang perlu bantuan saya tolong.Cepat naik pangkat juga waktu tu.Kemudian semuanya bertukar selepas 2017,kenaikan pangkat.Superior saya seperti tidak puas hati dengan saya wlpn saya buat kerja seperti biasa,2x tiba2 saya dipanggil mengatakan performance saya drop.Saya terpinga-pinga wlpn ketika ini saya diberi tugas baru luar scope kerja saya sbgi seorang officer (QMS officer)! Saya ambil alih kerja sbgi seorang engineer untuk calibration equipment (IMTE engi)tanpa sebarang elaun.Saya telah kusut dan confuse apa yang bos saya nak buat kat saya ni.Dimonitor performance selama 1 bulan pula.
    REPLY

    Reply

    • HRM

      October 16, 2020 #2 Author

      Wa’alaikumsalam. Nampaknya anda telah lama bekerja dgn majikan ini, ertinya bukan mudah utk anda diberhentikan kerja.. Pasang surut adalah perkara biasa di mana2 tpt kerja. Jika ada perkara yg anda tidak faham (misalnya ttg performance drop) anda mesti bertanya dan minta penjelasan drpd superior anda. Selain itu, dapatkan jg pendapat/cdgn beliau ttg cara memperbaiki performance anda. Jika anda diberi surat warning atau tunjuk sebab tentang prestasi anda yg dikatakan kurang memuaskan, maka beri jawapan bertulis berkenaan perspektif anda. Cuba juga bertanya dgn rakan sekerja yg lain yg anda percayai utk mendapat pandangan yg ikhlas dan bernas.

      Reply

  • Muhammad Afiq

    October 21, 2018 #3 Author

    ASALAMUALAIKUM

    Saya nak bertanya tentang elaun pekerja.
    a) Boleh ke pekerja itu menuntut elaun sebagai Juru Wang (Cashier) kepada majikan ?
    b) Bagaimana cara untuk menuntut elaun tersebut kepada majikan ?
    c) Berapakah elaun yang boleh ditutut oleh perkerja juru wang ?
    d) Salah ke pekerja sebagai pembantu jualan (customer service) berkerja sebagai juru wang dan tidak mendapat sebarang elaun juru wang ? Apa tindakan yang boleh di ambil ?

    Reply

    • Minah Jenin

      October 25, 2018 #4 Author

      Waalaikumsalam.

      Elaun bukan hak yg termaktub dlm Akta Kerja, oleh itu tuan hendaklah merujuk kontrak kerja/memo jika perkara itu ada dijanjikan oleh majikan. Jika tiada dinyatakan, maka tuan boleh memohon kpd majikan. Terpulang kpd budibicara majikan. Sama ada salah atau tidak, tuan hendaklah merujuk kontrak. Cashier memegang tanggungjawab yg lebih besar berbanding dgn customer service. Cuba bincang dgn bhgn HR jika tuan rasa gaji tidak setimpal dgn tanggungjawab.

      Reply

  • Yeoh

    September 24, 2018 #5 Author

    Bagi saya, saya tak suka pekerja yang selalu datang lewat untuk kerja. Ini boleh membukti seseorang itu bukan suka sangat denga kerja mereka.

    Reply

    • Zurainny Ismail

      September 25, 2018 #6 Author

      Ramai org yg x suka sgt dgn kerja mrk, tetapi mrk bersikap profesional & faham ttg tanggungjawab. Org yg selalu dtg lewat saya anggap mempunyai masalah disiplin & kurang kawalan terhadap masa. Lebih teruk lg jika kelewatan mrk menjejaskan operasi syarikat. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah bidangkerja yg lebih menitikberatkan kualiti hasil kerja daripada perihal masa, terutama sekali bagi di bidang seni & kreatif. Yg penting, ikut polisi syarikat.

      Reply

  • ashraf

    June 28, 2018 #7 Author

    Assalamualaikum, saya ada sedikit pertanyaan.

    Seorang pekerja dimasukkan ke wad selama 4 hari untuk pembedahan. Kemudian diberikan cuti sakit selama 18 hari memandangkan wad adalah sangat terhad.

    Tetapi apa yang diberitahu majikan, hanya 4 hari sahaja dikira hospitalisasi dan selebihnya ditolak dari cuti sakit tahunan dan juga cuti tahunan.

    Persoalan saya disini, adakah perkara ini tidak selari dengan Akta Buruh 1955 Klausa 60F (bb) yg menyatakan “Dan dengan syarat selanjutnya bahawa jika seseorang pekerja adalah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan sebagai cukup sakit yang memerlukan hospitalisasi tetapi tidak dihospitalisasikan atas apa2 sebab, pekerja itu hendaklah dianggap sebagai dihospitalisasikan bagi maksud seksyen2 ini ”

    Apakah maksud sebenar ‘hospitalisasi’?? adakah benar maksudnya hanya diambil kira sekiranya di Wad kan sahaja?

    Adakah logik dari utk di wad selama 18 hari di hospital kerajaan? Malahan adakah mahu syarikat membayar kosnya itu andai maksud hospitalisasi itu sama dengan di wad kan?

    Harap Tuan dapat beri penjelasan dan pandangan sebelum saya merujuk perkara ini di JTK.

    Terima kasih

    Reply

    • Minah Jenin

      July 6, 2018 #8 Author

      Tuan, hospitalisasi tidak terhad kpd ddk di wad sahaja. Jika mendapat arahan bed-rest dr doktor jg blh dikategori sbg hospitalisasi, terutama sekali jika selepas sesuatu pembedahan. Cuba teliti surat arahan doktor utk pengesahan.

      Reply

      • Syazana

        September 30, 2020 #9 Author

        Assalam.saya dulu seorang pekerja yang rajin.Apa saja yang perlu bantuan saya tolong.Cepat naik pangkat juga waktu tu.Kemudian semuanya bertukar selepas 2017,kenaikan pangkat.Superior saya seperti tidak puas hati dengan saya wlpn saya buat kerja seperti biasa,2x tiba2 saya dipanggil mengatakan performance saya drop.Saya terpinga-pinga wlpn ketika ini saya diberi tugas baru luar scope kerja saya sbgi seorang officer (QMS officer)! Saya ambil alih kerja sbgi seorang engineer untuk calibration equipment (IMTE engi)tanpa sebarang elaun.Saya telah kusut dan confuse apa yang bos saya nak buat kat saya ni.Dimonitor performance selama 1 bulan pula.

        Reply

        • HRM

          October 16, 2020 #10 Author

          Sila rujuk jawapan di atas.
          Pemberian elaun adalah atas budibicara majikan, melainkan ada dijanjikan dlm kontrak kerja/polisi syarikat.

          Reply

  • anies

    May 18, 2018 #11 Author

    setiap hari kita akan belajar sesuatu…dan jgn pandang remeh dgn ilmu baru…

    Reply

    • Zurainny Ismail

      June 3, 2018 #12 Author

      Ya, semua org ada kelebihan masing2. Tak rugi kalau kita ambil perhatian.

      Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.