Contoh Resume / CV Terbaik, Lengkap Dan Terkini 2017

Contoh CV resume

Ramai yang tersalah anggapan bila menyediakan resume/CV untuk memohon kerja. Resume atau CV tidak perlu tebal dan berwarna-warni. Tidak perlu habiskan banyak wang untuk presentasi. Yang penting ia dapat menunjukkan yang anda sesuai bagi jawatan yang dipohon.

Oleh itu, jangan pula hantar resume anda untuk kekosongan jawatan yang anda tidak layak.

Baca semula artikel ini: Job Search: Put Your Best Foot Forward.

Apa yang perlu ada dalam resume anda?

Bagi majikan, sebelum memilih calon-calon untuk ditemuduga, garis panduan atau syarat-syarat hendaklah ditetapkan terlebih dahulu.

Biasanya ia dinyatakan di dalam iklan kekosongan jawatan.

Contohnya:

Designer Ads

Baca dan teliti iklan baik-baik. Jika anda layak atau hampir layak, barulah kemukakan permohonan anda.

Sekiranya tidak, kami cadangkan anda cuba kekosongan jawatan lain yang lebih sesuai dengan anda.

Tempoh tiga tahun pertama selepas menamatkan pengajian amat penting bagi anda. Oleh itu, jangan terlalu memilih pekerjaan. Namun dalam masa yang sama cuba juga cari kerja yang berkaitan dengan kerjaya impian anda. Jika tiada kerja yang sesuai, cuba pohon untuk jadi ‘intern‘ terlebih dahulu. Dapatkan pengalaman kerja dan pengetahuan untuk kerja tersebut. Walaupun elaun yang diterima tidak seberapa, namun ia amat berguna di masa temuduga nanti.

Selepas dapat kerja biarpun kecil jawatannya, cuba bertahan selama yang boleh. Lebih baik lagi jika anda mampu memikat hati majikan sehingga mendapat kenaikan pangkat. Ia boleh membantu dalam urusan mencari kerja di masa akan datang.

Ciri-Ciri Resume Yang Baik

Ada banyak ciri-ciri yang boleh kita tulis di sini. Namun, tidak perlu buat ia ‘complicated‘. Yang penting pada pendapat saya adalah empat perkara berikut:-

  1. Kemas
  2. Teratur
  3. Menjelaskan kelayakan/kekuatan anda untuk jawatan yang dipohon
  4. Sentiasa dikemaskini
Di bawah ini saya tunjukkan satu contoh CV yang saya rasa anda boleh gunakan sebagai contoh. Ia kemas dan ‘straight to the point‘.

resume sample

Bersama-sama CV ini, anda boleh kepilkan bersama sijil akademik tertinggi bersama tanskript jika ada. Maksudnya, jika anda sudah ada degree dari mana-mana universiti, tidak perlulah anda kepilkan sekali sijil SPM, UPSR dan sebagainya.

Kemudian, kepilkan juga sijil-sijil kemahiran yang RELEVAN sahaja dengan permohonan anda. Jika tiada kena mengena-mengena jangan hantar dan menenggelamkan sijil-sijil yang penting.

Contoh:

  • Untuk jawatan Pegawai Sumber Manusia Dan Pentadbiran, jika pernah pergi kursus berkaitan seperti KWSP, Socso dan Perhubungan Industri, boleh hantarkan bersama.
  • Jangan pula kepilkan sijil-sijil komputer atau pendawaian bagi jawatan ini.

Penguasaan Bahasa

Satu aspek yang semakin penting dalam mencari kerja dewasa ini adalah kemahiran menguasai bahasa-bahasa yang kerap digunakan dalam perniagaan: Bahasa Inggeris dan Mandrin. Jika ada skill ini, nyatakan dalam CV.

Jika ada sijil MUET Band 3 dan ke atas, sila kepilkan sekali sebagai rujukan.

Akhir sekali, kepilkan salinan kad pengenalan untuk rujukan. Adakala, majikan mahu membuat kajian latarbelakang sebelum memanggil anda untuk temuduga kerja.

Jika anda sudah lakukan semua di atas, hantarkan permohonan anda secepat mungkin. Bersiap sedia untuk sesi temuduga. Buat persediaan awal, tak kira samada anda akan dipanggil atau tidak.

Kata kuncinya anda bersedia.

Untuk persediaan temuduga, baca artikel Tips Temuduga Yang Perlu Anda Ketahui.

Harapan kami, artikel ini dapat membantu anda. Semoga berjaya!

8 Comments

  1. setahu saya, terdapat perbezaan antara resume dan CV. Boleh tuan admin post kan atau share disini satu/berberapa contoh CV yang betul dan sesuai? sebab dalam proses pencarian kerja, bagi yang berpengalaman atau pekerja baru, CV adalah penting untuk menarik minat bakal majikan semasa temuduga. Dah lama sebenarnya saya mencari contoh yang sesuai tetapi tak jumpa lagi. Mohon penjelasan. Terima kasih

    1. Kalau anda lihat contoh yang diberikan di atas, anda akan dapati yang resume itu ringkas. Biasanya dalam 1 – 2 muka surat sahaja. CV, on the other hand lebih terperinci dan meliputi pencapaian dan kejayaan anda. Di Malaysia, majikan selalunya minta resume sahaja kecuali company yang sangat besar yang mahukan outstanding candidate sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons