Hak Pekerja Terhadap Kontrak Pekerjaan Bertulis

DLSL kerap menerima komen/soalan daripada pembaca yang tidak diberikan kontrak pekerjaan (‘employment contract‘), surat lantikan (‘appointment letter‘) atau kontrak perkhidmatan (‘contract of service‘) bertulis oleh majikan mereka. DLSL telah menekankan tentang kepentingan kontrak pekerjaan bertulis di dalam artikel-artikel kami seperti:

 

Namun begitu, nampaknya masih ramai pekerja yang tidak tahu tentang hak mereka terhadap kontrak pekerjaan bertulis atau mungkin meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap keikhlasan majikan mereka sehingga mereka tidak menuntut sebarang perjanjian bertulis dari majikan.

 

Mengapa Perlu Ada Kontrak Bertulis?

Sebagaimana yang telah kami bincangkan dalam artikel-artikel yang lepas, hubungan antara majikan dengan pekerja adalah suatu hubungan kontrak (contractual relationship), bukan suatu hubungan persahabatan atau keluarga. This is business. Hak serta tanggungjawab kedua pihak terkandung dalam kontrak yang mereka meterai.

Walaupun terdapat juga undang-undang yang secara spesifik merujuk kepada tanggungjawab pekerja dan majikan yang perlu dipatuhi (misalnya Akta Kerja, Akta KWSP, dan sebagainya) dan sebarang terma kontrak yang bertentangan dengan undang-undang tersebut akan terbatal, namun ia bukan komprehensif.  Perkara seperti gaji, senarai tugas, polisi syarikat, dll, tidak dinyatakan di dalam undang-undang tersebut.

Kontrak kerja bertulis dapat menunjukkan bahawa:

  • wujud hubungan majikan-pekerja (bezakan dengan kontraktor bebas/independent contractor);
  • kedua-dua pihak tahu tanggungjawab dan hak masing-masing (contohnya jumlah gaji, bila tarikh bayaran gaji, jumlah cuti tahunan, cuti umum, dan sebagainya)
  • jika wujud pertikaian di antara majikan dengan pekerja, terma-terma kontrak pekerjaan akan menjadi sumber rujukan.

Hak Pekerja Terhadap Kontrak Pekerjaan Bertulis

Hak pekerja dinyatakan dengan jelas di dalam S.10(1) Akta Kerja (‘AK’) iaitu jika perkhidmatan adalah untuk tempoh melebihi 1 bulan, majikan hendaklah memberikan kontrak pekerjaan secara bertulis kepada pekerja sebelum atau pada hari pertama bekerja. Tidak kira sama ada pekerja sepenuh masa, tetap, kontrak, part-timer, probationer , dan sebagainya. Yang penting anda adalah pekerja, dan bukannya kontraktor bebas (‘independent contractor‘) atau freelancer.

Oleh itu, anda hendaklah terlebih dahulu:

  1. memahami perbezaan di antara ‘contract for service’ dengan ‘contract of service untuk mengetahui sama ada anda seorang pekerja atau kontraktor bebas; dan
  2. memastikan sama ada anda pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja sebab jika tidak, anda mungkin tidak dapat menuntut faedah minima yang diperuntukkan di dalam Akta Kerja.

 

Kandungan Kontrak Pekerjaan Bertulis

Menurut S.5(b) dan 8, Kaedah Pekerjaan 1957,  kontrak pekerjaan bertulis mesti mengandungi sekurang-kurangnya butiran berikut:

  1. Nama pekerja dan no K/P
  2. Pekerjaan
  3. Gaji (tidak termasuk elaun lain)
  4. Elaun yang boleh dibayar dan kadarnya
  5. Kadar OT
  6. Faedah-faedah lain
  7. Waktu kerja biasa sehari (normal hours of work per day)
  8. Tempoh notis penamatan pekerjaan atau bayaran ganti notis
  9. Jumlah cuti umum dan cuti tahunan berbayar
  10. Tempoh gaji

Majikan juga boleh menambah butiran tambahan, misalnya tentang faedah perubatan, perpindahan tempat kerja (transfer), dan sebagainya.

 

Terma Kontrak Mesti Lebih Baik

Terma kontrak perkerjaan mestilah sama atau lebih baik daripada yang diperuntukkan di dalam Akta Kerja dan Kaedah-Kaedah Akta Kerja yang berkenaan. Menurut S.7A, mana-mana terma yang kurang memihak kepada pekerja jika dibandingkan dengan peruntukan di dalam AK dan Kaedah-Kaedah, akan terbatal (null and void). Ertinya, terma yang lebih menguntungkan pekerja akan diikuti.

Selain itu, interpretasi terma juga hendaklah memihak kepada pekerja.

Contohnya, jika kontrak menyatakan bahawa pekerja dan majikan hendaklah memberikan notis 6 minggu apabila hendak menamatkan kontrak, ia akan diinterpretasi sebegini:

  1. jika pekerja berhenti kerja, dia boleh memberikan notis 4 minggu (ikut S.12(2) AK sebab lebih singkat dan menguntungkan pekerja);
  2. jika majikan memberhentikan pekerja, majikan perlu memberikan notis 6 minggu.

 

Cuti

Semua pekerja berhak menikmati hari rehat sekurang-kurangnya sehari seminggu, cuti tahunan berbayar, cuti sakit berbayar dan cuti umum berbayar. Bagi pekerja wanita, mereka juga berhak kepada cuti bersalin berbayar, jika memenuhi syarat-syarat tertentu.  Ini sangat penting diketahui dari awal untuk mengelakkan salah faham. Misalnya, ada majikan yang hanya membenarkan pekerja mengambil cuti tahunan berbayar selepas 12 bulan bekerja – ini dibenarkan di bawah Akta Kerja.  

 

Terma yang Dilarang

Terma kontrak pekerjaan tidak boleh melarang pekerja daripada beberapa perkara, misalnya:

  1. Menjadi ahli kesatuan sekerja
  2. Menyertai aktiviti kesatuan sekerja yang berdaftar
  3. Berhubung dengan mana-mana orang untuk tujuan menubuhkan kesatuan sekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959

Banyak pindaan dijangka akan dilakukan terhadap undang-undang buruh pada tahun ini, dan antara lain, ia mungkin akan menjadikan lebih mudah bagi pekerja menubuhkan kesatuan sekerja di tempat kerja.

 

Majikan Enggan Beri Kontrak Bertulis

Jika majikan enggan memberikan kontrak bertulis, anda mesti minta. Jangan malu atau takut untuk meminta salinan kontrak. Majikan yang enggan berbuat demikian kemungkinan besar tidak berniat ikhlas terhadap anda, sorry to say. Jika anda tiada sesalinan kontrak tersebut, anda mungkin tidak akan dapat membuktikan hak anda apabila membuat tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja.

Majikan mesti memastikan kontrak pekerjaan atau surat lantikan sentiasa disimpan di pejabat dan sedia untuk pemeriksaan oleh pegawai JTK. Pihak JTK akan memeriksakan sama ada terma kontrak sejajar dengan kehendak undang-undang.

Oleh itu, kami nasihatkan, jika majikan berdegil dan enggan memberikan anda sesalinan kontrak pekerjaan, segera berhubung dengan pihak JTK untuk bantuan.

 

9 thoughts on “Hak Pekerja Terhadap Kontrak Pekerjaan Bertulis

  1. Salam.. sya krja security 11bulan. Bulan lepas last sya kerja dan berhenti. Sya ada surat pelantikan jawatan kerja.
    TETAPI. Dlm slip gaji selama sya kerja ada potongan kwsp dan socso. Bila sya check dlm penyata kwsp dan socso xde caruman dri majikan (bukan masalah saya seorang, tapi semua yg kerja dgn company tu tak dicarum). Macam mana step2 utk membuat laporan masalah saya. Baki Gaji last sya kerja serta claim tak masuk lg..

    1. Kes seperti ini pernah terjadi pada saya, saya dah buat report, dan caruman sy sudah dibayar penuh oleh majikan lama.
      Syukur.
      Caranya, dapatkan dan kumpul payslip bulanan encik dari bulan pertama masuk kerja sehingga bulan tamat kerja.
      Buatkan 1 salinan untuk kesemua payslip encik.
      Check dengan pihak KWSP jumlah caruman encik. jika benar tiada caruman yg dibuat oleh majikan lama, terus buat report di KWSP. Salinan payslip yang dibuat, pihak KWSP akan ambil untuk rujukan mereka.
      Tunggu progress dari pihak KWSP. Proses mendapatkan balik caruman agak mengambil masa kerana ia bergantung kepada dokumen yang diminta dan yang paling utama kerjasama dari pihak majikan untuk membuat pembayaran balik.

  2. Assalamulaikum… saya bekerja di bawah badan berkanun. Saya tidak mempuyai apa2 perjanjian bertulis hanya cakap mulut sahaja. Saya diberi gaji hari. Cuti mengikut kerajaan, Jumaat dan sabtu cuti (johor). Saya nak tanya untuk cuti am johor adakah saya tidak mendapat gaji ? Adakah gaji saya akan dipotong walaupun bukan saya yg mintak cuti? Harap tolong bagi penjelasan ya… terima kasih

    1. Wa’alaikumsalam.
      Apabila tiada perjanjian bertulis, sukar utk pastikan sama ada anda pekerja atau independent contractor. Di sini kami andaikan anda pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja.
      Cuba tanya HR kalau ada company policy, manual atau handbook berkenaan perkara ini. Amnya, daily paid worker cuma dibayar upah utk hari di mana mrk bekerja, dan juga upah utk cuti am yg diiktiraf oleh majikan. Majikan tidak boleh potong gaji pekerja. Kami syorkan anda dptkan penjelasan drpd pihak HR dahulu. Jika jawapan tidak memuaskan, anda blh bertanya dgn pihak JTK.

  3. Betul. Ramai yang tidak peka pasal hak sebagai pekerja. Banyak juga kes yang pekerja tidak dibayar socso dan kwsp. Tetapi tidak tahu nak buat apa. Kalau tak ada hitam putih lagi susah la nak tuntut hak kita.

    1. Ya, dan ramai juga yg tidak kisah sehinggalah berlaku pertikaian atau masalah. Sebab itu kita perlu terangkan kpd anak2 kita ttg kepentingan kontrak & hak2 mereka apabila bekerja.

  4. Assalamualaikum wr wbt.. Mohon penjelasan berkenaan Menamatkan Kontrak Pekerja dalam tempoh percubaan.. Dalam Offer letter tercatat “The notice of termination of employment shall be three (3) months written notice, or salary in lieu of such notice. In the event of the Company’s contract termination by the Government of Malaysia or Main Contractor, the Company reserves the right to terminate your contract for employment immediately.” dan didalam HRM pula “1.3 Probation Period

    A newly appointed Employee shall serve probationary period of three (3) months plus three (3) months. The Company may at its discretion, extend the probation period for a further period of up to three (3) months. However, the Company may confirm the Employee prior to the completion of the probation period based on performance.
    At any time during the probation period or any extension thereof, the service of an Employee may be terminated by either party giving the other party one (1) week’s written notice or payment of salary in lieu of such notice.
    Following satisfactory completion of the probation period, the Employee shall be advised in writing by the Company whether the Employee has been confirmed or not. In the absence of a confirmation letter, the Employee shall continue to be on probation.
    Upon confirmation, the Employee’s length of service shall be deemed to have started from the day the Employee joined the Company.
    There shall be no salary adjustment upon confirmation of employment.”
    so manakah terms yang majikan perlu ikuti jika majikan ingin menamatkan kontrak seseorang pekerja? dan wakil majikan juga telah memaklumkan bahawa tempoh notis berhenti kerja selama 7hari dalam tempoh percubaan dan ada pekerja yang dah berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru. apakah tindakan majikan selanjutnya terhadap pekerja yang dah berhenti tersebut?

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.