HR: Masalah Datang Lambat Ke Tempat Kerja

pengurusan sumber manusia

Ramai pembaca blog ini terdiri dari mereka yang berminat dengan hal-hal berkaitan pengurusan sumber manusia dan undang-undang buruh.

Antara soalan yang kerap menjadi bahan pertanyaan adalah berkenaan masalah datang lambat ke tempat kerja.

Isu ini menjadi pertanyaan bukan sahaja oleh pekerja-pekerja, malahan majikan dan pengamal sumber manusia (HR practitioner).



Bezanya, setiap mereka melihat dari sudut yang berbeza.

  • Pekerja misalnya ingin tahu apakah sesetengah hukuman yang dikenakan terhadap mereka apabila datang lambat ke tempat kerja itu adalah adil dan mengikut undang-undang?

  • Majikan ingin tahu apakah tindakan dan cara menangani masalah pekerja yang lewat ke tempat kerja.

  • Pengamal sumber manusia ingin tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini tanpa melemahkan semangat pekerja dan menyalahi apa-apa peruntukkan akta tapi dalam masa yang sama tindakan itu dibuat selaras dengan menjaga kepentingan ‘boss’ atau majikan.

punch card

Lambat Ke Tempat Kerja

Harus diingat masalah ini bukanlah masalah yang terpencil (isolated case). Ia berlaku di mana-mana di seluruh dunia dan bukan hanya di Malaysia.

Di Amerika Syarikat misalnya, satu kajian CareerBuilder terhadap pekerja dan pengamal sumber manusia dalam pelbagai industri mendapati:

  • 16% pekerja dilaporkan lewat ke tempat kerja sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu
  • 27 % pekerja dilaporkan lewat ke tempat kerja sekurang-kurangnya sehari dalam sebulan

Alasan utama yang sering dikemukakan adalah:

  • Kesesakan lalu lintas (31%)
  • Kekurangan tidur (18%)
  • Cuaca buruk (11%)

Datang Lambat Ke Tempat Kerja

Apakah pula alasan yang sering anda gunakan? 😀

Apa-apa pun alasan anda, saya harap anda semua (pekerja terutamanya) jangan memandang remeh akan isu ini. Ini melibatkan soal produktiviti, kecekapan (efficiency) dan kos majikan.

Kesannya mudah:

Jika syarikat tidak cekap dan produktif,

Maka syarikat boleh mengalami kerugian,

Jika rugi, maka syarikat perlu ditutup atau mengalami proses penstrukturan semula

Dalam proses penstrukturan semula, gaji akan dikaji semula, bonus akan ditangguh dan sebagainya

Apabila syarikat ditutup, pekerja akan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan

Punctuality

Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan dalam iklim ekonomi masa kini.

Menurut laporan Utusan Online, dari 100,000 jawatan kosong yang ditawarkan oleh PDRM bulan lalu, seramai 1,000,000 orang yang memohonnya.

Kos Yang Mungkin Timbul

Sebagaimana yang saya terangkan di atas, masalah ini boleh menjadikan syarikat kurang cekap dan produktif. Ia memang benar dan saya rasa ramai yang pernah alami situasi seperti:

anda pergi ke food court,

ada beberapa gerai di sana

anda mahu beli makanan di gerai A

gerai A lambat melayan anda kerana pekerja sibuk bercakap di telefon

anda rasa meradang

anda beli di gerai B

Itu adalah ilustrasi bagaimana kecekapan memainkan peranan penting dalam menjaga produktiviti syarikat. Dalam situasi yang lain pula, kelewatan boleh menyebabkan majikan hilang pelanggan, pecah kontrak dan sebagainya.

Ia juga dianggap sebagai kacau ganggu (nuisance) dalam perniagaan kerana:

  • urusan pentadbiran bagi mengingatkan pekerja agar tidak lewat/mengambil tindakan disiplin
  • mencari pekerja bagi menggantikan pekerja yang lewat terutama dalam kerja-kerja shift
  • membayar OT bagi pekerja yang menggantikan shift
  • menjadi contoh buruk bagi pekerja-pekerja lain terutama jika tindakan berkesan gagal diambil terhadapnya

late people

Ini semua kos tidak nampak yang tidak disedari pekerja. Namun, jika tinjauan dibuat dan statistik dikeluarkan, maka kerugian yang tidak nampak ini akan menjadi jelas di mata anda.

Kos Akibat Lewat

Kita tidak mempunyai statistik di Malaysia, namun di AS, kos yang ditanggung majikan akibat dari kelewatan pekerja ke tempat kerja dianggarkan berjumlah US $3 billion setahun. [Rujukan: Never Be Late Again: 7 Cures for the Punctually Challenged].

tardiness

Menyelesaikan Isu Lambat Ke Tempat Kerja

Oleh itu ia perlu diselesaikan dengan cara yang terbaik dengan mengambil kira kepentingan majikan dan yang terbaik buat pekerja.

Harus diingat ada pekerja yang sering lewat ke pejabat namun mempunyai mutu kerja yang jauh lebih tinggi dari mereka yang ‘punctual‘ atau sentiasa berada di pejabat.

Ini membawa kita kembali ke kajian yang dibuat oleh CareerBuilder yang juga mendapati bahawa:

44% Pengurus Sumber Manusia tidak peduli jika pekerja mereka lewat asalkan kerja disiapkan dengan baik dan mengikut masa yang ditetapkan

20% Pengurus Sumber Manusia pula menegaskan bahawa mereka akan memecat pekerja yang lewat empat kali dalam setahun tidak kira berapa bagus atau tidak kerja yang dilakukannya.

late employee
Sumber: www.cioinsight.com

Berdasarkan kajian CareerBuilder kita boleh simpulkan bahawa menyelesaikan isu ini bukanlah sesuatu yang ‘straight forward‘ atau mudah.

Penyelesaian atau tindakan berbeza oleh pengurus sumber manusia mungkin kerana ia berdasarkan:

Industri perniagaan

Jenis pekerjaan

Kesan sampingan

Sensitiviti

Nilai pekerja pada majikan

dan lain-lain lagi

Pekerja yang menjalankan kerja-kerja bersifat kreatif seperti rekacipta digital atau penulisan mungkin tidak perlu hadir ke tempat kerja mengikut waktu pejabat. Yang penting ialah kualiti hasil kerja dan ia menepati ‘dateline‘.

Akan tetapi bagi pekerja yang menjalankan kerja-kerja mengawal selia seperti ‘operator loji‘ dan sebagainya, soal masa menjadi suatu yang sensitif yang perlu dipatuhi terutama jika majikan dalam perniagaan yang melibatkan kepentingan awam.

Atas sebab itu, majikan perlu menetapkan polisi yang harus digunakan dalam menangani isu ini.

terutamanya jika kelewatan pekerja memberikan impak yang kurang baik buat perniagaan.

Menurut penulis buku Diana DeLonzor,  bukan semua pekerja yang lewat ke tempat kerja tidak menghargai masa dan polisi syarikat, akan tetapi dia mungkin tidak pandai mengatur masanya. Maka pihak sumber manusia perlu membantunya terutama jika merasakan pekerja ini penting buat oraganisasi tersebut.

mengawal masa

Secara amnya masalah ini boleh dikurangkan dan ditangani, namun ia perlukan kesungguhan dan usaha berterusan majikan dan jabatan sumber manusia terutamanya.

Antara tindakan-tindakan yang sering diambil oleh HR adalah:

  • mengenakan  peraturan-peraturan yang lebih ketat
  • menguatkuasakan peraturan-peraturan itu
  • ganjaran/bonus dan sebagainya buat mereka yang patuh peraturan
  • sekatan kenaikan gaji/tiada bonus buat mereka yang tidak patuh dengan masa kerja
  • hadiah khas buat mereka yang punyai rekod kedatangan yang baik

Peruntukkan Undang-Undang

Sebagaimana yang telah diterangkan dalam artikel-artikel yang lepas, hak dan tanggungjawab pekerja dan majikan adalah terkandung dalam kontrak kerja yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Akta Kontrak 1950 hendaklah di rujuk.

undang-undang

Akan tetapi jika pekerja adalah dilindungi oleh akta yang spesifik mengenai perundangan buruh:

Akta Kerja 1955

Ordinan Buruh Sabah (Sabah Cap. 67)

Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)

maka peruntukkan MINIMA  yang terkandung dalam akta/ordinan itu wajib di patuhi juga. [Generalibus Specialia Derogant].

Akta dan ordinan-ordinan tidak menyebut dengan spesifik bagaimana untuk menguruskan pekerja yang tidak menepati masa ini. Oleh itu, pembacaan yang lebih mendalam dan keputusan Mahkamah Perindustrian boleh lah dirujuk.



Memotong Gaji Pekerja

Antara isu berkenaan undang-undang yang sering timbul dalam kes-kes sebegini ialah bila majikan bertindak memotong gaji pekerja yang lewat ke tempat kerja.

Perkara yang perlu diingat adalah: GAJI ADALAH PERKARA ASAS kontrak.

Oleh itu, ia perlu diuruskan dengan berhati-hati agar tidak dianggap sebagai memecahkan kontrak kerja (breach of contract). 

Perlu diingat juga akta/ordinan MELARANG pemotongan gaji kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh akta/ordinan.

Bagaimana untuk majikan justifikasikan pemotongan gaji atas sebab pekerja datang lewat?

Sekali lagi diingatkan bahawa akta/ordinan tidak memperuntukkan apa-apa mengenai datang lewat. Namun, jika pekerja lewat tanpa alasan munasabah yang boleh dimaafkan oleh majikan, maka dia dianggap sebagai tidak mematuhi terma kontrak kerjanya.

Di bawah terma kontrak kerja di arahkan untuk berkerja mengikut ‘masa kerja‘ yang ditetapkan.

Seksyen 60A(9) Akta Kerja 1955 mendefinasikan ‘masa kerja‘ sebagai:

masa kerja

Masa yang mana majikan mempunyai kawalan terhadap pekerja dan pekerja tidak bebas bergerak mengikut kehendaknya sendiri.

Bila pekerja adalah lewat, maka dia bertindak mengikut kehendak dirinya dan diluar kawalan majikan, maka atas sebab itu dia tidak mematuhi masa kerja yang telah ditetapkan.

Oleh kerana itu, majikan berhak untuk membayar berdasarkan MASA KERJA SEBENAR (actual hours worked) yang dilakukannya.

pekerja bergaji hari

Dalam situasi di atas, majikan hanya perlu membayar gajinya pada hari tersebut mengikut waktu sebenar dia berkerja iaitu:

gaji pekerja untuk hari itu

Untuk pekerja bergaji bulan pula majikan boleh membuat kiraan dengan cara:

 gaji bulanan

Bolehkah Majikan Membuang Pekerja Yang Lewat Ke Tempat Kerja?

Menamatkan kontrak sesuatu pekerja bukanlah proses yang mudah terutama jika sebabnya hanya kerana lewat ke pejabat. Akta/Ordinan ada memperuntukkan situasi dimana pekerja boleh ditamatkan kontrak dan ini termasuklah ‘dismissal for wrongful conduct‘ dan ‘notice of termination‘.

Akan tetapi majikan perlu berhati-hati apabila menggunakan kedua-dua cara ini kerana pekerja boleh mempertikaikan tindakan majikan atas alasan ‘penamatan kontrak secara salah‘.

Oleh itu sebelum tindakan sebegini  diambil, pastikan antara lain:

Pekerja telah diberitahu akan kesalahannya

Pekerja telah diberi amaran mengenainya

Pekerja telah diberi peluang untuk membaiki prestasinya

Pekerja engkar dan tidak mematuhi amaran tersebut

Pekerja terus mengulangi kesalahan biarpun telah beberapa kali di beri amaran

Pekerja di beri peluang membela diri

Penutup

Menguruskan pekerja bermasalah sebegini adalah salah satu cabaran yang dalam pengurusan sumber manusia. Ia memerlukan perancangan dan tindakan yang sistematik agak sesuatu organisasi tidak terjejas lantaran keputusan yang dibuat adalah kurang tepat ataupun menyalahi undang-undang. Di harap artikel ini dapat membantu anda semua yang berada dalam situasi ini.

Pendapat dan cadangan anda amat di alu-alukan.

Terima kasih.

PERTANYAAN?

>> Soalan-Soalan Akta Kerja 1955 <<

60 Comments

  1. datang kerja lambat 1jam, kena tolak gaji rm150 kerana datang lambat 1 jam, xpernah datang lambat, salah tetap salah kerana lambat, tapi salah ke majikan tolak rm150, kerja 48jam seminggu, basic bulanan 1200

  2. Jk ktgn yg kena DI atas kesalahan dtg lambat. Bolehkah ktgn minta kedatangan ktgn lain utk memastikan pihak HR berlaku ADIL. Adakah HR boleh dikenakan tindakan jika ada ktgn atau pengawai atasan yg lewat dtg tapi dibiarkan tanpa sebrg tindakan.

    1. Boleh memohon kebenaran majikan utk kehadiran/bantuan rakan sekerja tetapi majikan mempunyai budibicara utk menolak atau membenarkan. Majikan jg blh menetapkan kriteria/syarat2 tertentu apabila memberi kebenaran.
      Kalau ada bukti tentang ketidak-adilan HR, maka blh laporkan kpd majikan. Atau blh jg dijadikan hujah semasa DI.

    1. Maksudnya 3 kali dtg lambat bulan 8 & 3 kali dtg lambat bulan 9? Dalam menangani masalah lewat, perlu rujuk polisi syarikat. Jika tiada, maka ikut proses berikut : teguran/kaunseling, surat amaran, surat tunjuk sebab, dll.

      Sebaiknya, supervisor pantau kedatangan pekerja setiap hari & keluarkan surat amaran secepat mgkn supaya ia tidak menjadi ‘habit’.

      Tetapi jika sukar membuat pemantauan harian/mingguan & kalau hanya HR yg blh keluarkan surat amaran, maka boleh keluarkan 1 surat amaran utk kedua2 bulan, tetapi senaraikan secara terperinci setiap kelewatan yg berlaku pd bulan 8 & 9. Atau blh jg keluarkan surat amaran pertama utk kesalahan bulan 8 dahulu. Kemudian keluarkan surat amaran kedua utk kesalahan bln 9 (selepas habis bulan).

      Semasa menyerahkan surat amaran itu, pastikan supervisor beliau membuat teguran secara face-to-face juga utk menekankan bhw majikan memandang serius perkara tersebut.

      Jika kelewatan itu memberi impak yg besar kpd operasi syarikat, blh keluarkan surat Show Cause instead of surat amaran kedua. Ertinya dia wajib memberi penjelasan bertulis ttg kelewatannya utk rekod/pertimbangan majikan.

  3. Supervisor dibawah selian saya sering dtg lewat, waktu kerja mula pkl 8.00 tapi beliau datang pkl 9,30am,11.00am dan kekadangan 12.30 tengahari. Pernah diberikan teguran dan nasihat secara lisan.Pernah juga di berikan surat amaran.
    Malah bertambah teruk. Apakah langkah yg perlu dilakukan untuk memberhentikan pekerja tersebut?

    1. Kumpul semua bukti kesalahannya, termasuk surat amaran & laporan teguran/nasihat (verbal warning form, jika ada). Jika dibiarkan tanpa warning letter utk suatu tempoh yg lama, mgkn blh dianggap majikan telah memaafkan kelakuan beliau.
      Biasanya, syarikat akan keluarkan surat amaran kedua & terakhir. Tetapi Jika disiplinnya sdh terlalu teruk, blh skip warning letter & terus ke Show Cause letter. Bg dia peluang utk menjelaskan perbuatannya.
      Jika majikan x puas hati dgn penjelasannya, blh keluarkan notis Domestic Inquiry & adakan siasatan dalaman utk memutuskan samada dia bersalah & patut dikenakan hukuman (gantung kerja, turun pangkat atau buang kerja).

  4. Salam…adakah berhak sesebuah syarikat swasta memotong gaji pekerja yg datang lewat sebanyak RM5.00 bagi sebagai denda walaupon sudah dipotong dalam pengiraan gaji bulanan??
    Pemotongan tersebut tidak ditetapkan beberapa minit lewat tapi berdasarkan atas majikan ingin memotong minit ke berapa

    1. W’salam. Saya rasa artikel di atas sudah menjelaskan dengan terperinci hal ini. Gaji hal yang sensitif dan asas kontrak. Tidak boleh dipotong sebarangan tanpa alasan yang munasabah.

  5. Salam..nak tanya 2 soalan..
    1. pemotongan gaji tersebut berdasarkan gaji asas atau gaji asas + elaun?
    2. bolehkah majikan mengurangkan gaji asas seseorang tanpa notis? contoh gaji asas sebanyak RM1,800.00 dan kemudian dikurangkan tanpa diberitahu sebanyak RM1,500.00. Pengurangan sebanyak RM300.00 diberi sebagai elaun. Majikan membuat perkara tersebut bagi mengurangkan pembayaran kos KWSP.

  6. Assalam..
    sekadar bertanya, bagaimana pula dengan pekerja yg dtg awal, tapi tidak patuh terhadap waktu lunch yg telah ditetapkan. cth rehat 1 jam tapi sampai 3 jam. boleh tak Hr ambik tindakan?

    1. W’salam.

      Boleh ambil tindakan. Kata kunci dalam urusan HR sehari-hari adalah ‘munsabah’ (reasonable) dan data. Yang penting tindakan yang di ambil ialah adil & munasabah. Contoh: Kalau kurang sejam kerja, maka potong lah juga sejam kerja. Jika ia jadi kerap (habitual), maka amaran dan tindakan disiplin susulan dijalankan. Dalam masa yang sama tindakan ini disokong oleh data atau rekod yang menunjukkan kesalahan-kesalahan yang dibuat dan polisi telah disampaikan pada pekerja awal-awal lagi.

  7. dah tua-tua ini, maza sebagai kuli lebih memilih untuk bekerja dengan pekerjaan dan boss yang ‘flexible hour. Janji kerja siap tepat pada masanya dan berbekas gitew…

    ahaks..

    1. Ya benar tu. Dan terpulang juga cara majikan hendak menguruskan pekerja. Jatuh bangun dan untung rugi, majikan juga kena hadapinya.

    1. Semua pekerja pun prefer begitu. Tapi susah pula majikan hendak pastikan operasi dalam tahap optima. Maybe, yg perlukan kreativiti dan seni khas better galakkan pekerja ikut masa sendiri mereka. Tapi yg duty biasa2 tu, hmmm ikut office hour lah kan?

  8. Apakah pekerja tetap dalam sebuah company yang dibayar gaji secara bulanan Layak membela diri setelah secara tiba2 di tukarkan kepada freelancer walaupun pekerja tersebut tidak berseteju menandatangani surat yang diberi oleh syarikat tersebut tetapi dipaksa dan syarikat memaklumkan kepada pekerja tersebut ianya harus ditandatangan dan secara langsung pekerja tersebut bermula dari hari itu juga sudah dijadikan freelancer yang kononya bila hanya perlu baru company akan memangilnya bekerja dan jika tidak pekerja tersebut terpaksa menunggu bila dia akan dipanggil bekerja tanpa gaji.company tersebut memberi alasan yang pekerja tersebut prestasi kerjanya merosot sedangankan apa-apa surat amaran pun belum pernah pekerja tersebut terima dan menandatangan surat amaran tersebut yang menandakan pekerja tersebut akur dengan tindakan company.apakah pekerja tersebut layak membela diri dengan tindakan company tersebut setelah sedar yang ianya telahpun diberhentikan kerja sertamerta dengan cara itu bagi company mengelak daripada membayar pampasan dengan menurunkan status pekerja yang dibayar gaji secara bulanan?

    1. Sudah tentu tidak boleh tanpa persetujuan pekerja. Jika majikan mengatakan mutu kerja adalah merosot, maka prosedur disiplin hendaklah dijalankan terlebih dahulu dengan memberi amaran, surat tunjuk sebab, penyiasatan dan sebagainya sebelum tindakan diambil.

  9. As Salam,
    nak tanya sikit,
    Bagaimana dan tolong senaraikan tindakan tatatertib bagi pekerja yang tidak termasuk di bawah Akta Buruh di mana di dalam Kontrak Perkerjaan tidak pun dinyatakan bagaimana dan jenis2 tindakan tatatertib tersebut.
    Wassalam

    1. Tindakan tatatertib adalah urusan dalaman syarikat dan ia perlu dirangka sendiri oleh syarikat asalkan prinsip-prinsip asas keadilan dipraktikan. Agak subjektif dan biasanya boleh dirujuk pada prosedur standard yang diguna pakai dalam industri hari ini.

      1. Soalan saya,
        Saya mendapat arahan dari Pengarah untuk menamatkan perkhidmatan seorang pekerja atas alasan selalu datang lewat.
        Kelewatannya telah diberi peringatan melebihi 5kali. Pekerja tersebut hanya menjawab surat tunjuk sebab atas kelewatan tanpa sebarang bukti kukuh dan hanya alasan sahaja.

        Adakah process menamatkan perkhidmatan ini perlu untuk senaraikan setiap kesalahan termasuk kegagalan kerjanya selain kedatangan?

        Apakah pula yang dimaksudkan dengan pekerja yang bergaji 2ribu keatas adalah tidak tertakluk pada Akta kerja 1955.

        mohon pencerahan dari pakar. Didahului dengan terima kasih.

  10. susah nak tahu alasan datang kerja lambat tu memang genuine ke tak. apa pun, sebagai pekerja datang awal tu dah jadi tanggungjawab. dulu saya pun selalu lambat. tapi pejabat yang saya kerja dulu buat waktu anjal. tapi sekarang dah tak payah risau. sebab kerja kat rumah je, bisnes sendiri.

    1. Memang betul susah hendak periksa kesahihan alasan lambat tu.
      Kalau syarikat besar, maybe ada cukup pekerja utk buat siasatan. Company kecik2 terima aje alasan asalkan munasabah kan?

  11. den memang jarang lambat gi kerja.. kecuali hal-hal terdesak..
    sekarang ni opis lagi best, lambat punch even 1 minit pun nanti boss dapat sms.. huhuhu

  12. Assalamualaikum. Saya nak bertanya sedikit soalan yang terkeluar dari tajuk. Rakan2 saya bekerja di sebuah hospital (BUKAN KERAJAAN) di johor bahru. Apa yang saya dengar dari rungutan rakan2 saya, majikan telah mengarahkan mereka untuk training dalam tarian hanya semata2 membuat persembahan di majlis perkahwinan anak perempuan doktor tersebut. dan ini bukan pertama kali terjadi. selebihnya mereka diarahkan menjadi pelayan & penghidang pada majlis itu dengan bayaran sehari rm30 @ rm5/sejam. sedangkan mereka terdiri dari nurse, radiographer, HR dll. adakah patut majikan mengarahkan staff membuat tugasan diluar bidang hanya semata2 untuk kepentingan peribadi dan hanya ingin mengurangkan kos perbelanjaan. adakah kes seperti ini boleh diadukan pada JTK mengikut dari akta pekerja?

    1. W’salam,

      Pertamanya, hal sebegini memang berlaku di mana-mana. Kebanyakkan syarikat, malahan agensi kerjaan turut menggunakan pekerja untuk majlis2 tertentu yang diluar skop kerja mereka. Cuma bezanya, di agensi kerajaan ia tidak bersifat ‘peribadi‘ kerana agensi kerajaan tiada pemiliknya.

      Soal samada salah atau tidak bergantung samada, wujudnya terma spesifik dalam kontrak yang melarang majikan mengarahkan pekerja melakukan tugasan lain selain dari yang termetri pada jawatannya.

      Kedua, oleh kerana pekerja di arahkan oleh majikan, maka kerja-kerja dianggap sebagai dijalankan dalam ‘masa kerja‘, oleh itu, bayaran OT hendaklah dibayar mengikut kadar yang ditetapkan. Lebih dibenarkan, kurang tidak boleh. Rujuk artikel berkaitan kiraan OT untuk mengetahui samada kiraan di buat kurang dari yang ditetapkan oleh akta.

  13. Assalamualaikum tuan,
    Lama xkomen, jadi pembaca senyap je hehehe…
    Bagi saya perkara ni subjektif dan perlu dianalisis secara teliti. Zaman kini dah nampak keperluan untuk mengadakan waktu kerja yang fleksibel atau bekerja daripada rumah. Kehadiran fizikal ke pejabat adalah rutin yang fitrah terutama dibandar-bandar besar dan secara langsung menjadi kesesakan yang tiada penghujungnya. Harap pihak majikan mengambil tindakan yang pro-aktif tanpa perlu membuang atau memotong gaji pekerja.

    1. W’salam tuan,

      Terima kasih sebab jadi pembaca senyap. Komen itu bila ada keperluan sahaja kan? “Wise men speak because they have something to say; Fools because they have to say something.” – Plato

      Apa-apa saya setuju dengan pandangan tuan bahawa zaman dah berubah (tagline blog ini juga), dan dengan kemudahan teknologi yang ada seharusnya pekerja dibenarkan agar lebih flexible dalam pengurusan masa dan kerja mereka. Kos hidup yang tinggi juga perlu dipertimbangkan oleh majikan.

      Cuma dalam industri tertentu dan kerja-kerja tertentu itu, masa adalah amat sensitif. Misalnya ‘operator di loji air‘ atau ‘watchman‘ di tapak-tapak pembinaan perlukan pekerja berada di tempat kerja pada masa yang ditetapkan.

      Saya juga setuju yang tindakan membuang dan memotong gaji seharusnya dielakkan dan menjadi jalan terakhir. Di sini kebijaksanaan dan profesionalisme pengamal sumber manusia amat diperlukan.

      Terima kasih atas komen yang menarik itu.

    1. Boleh saya tahu dulu apa maksud “Apakah/Siapakah yang bertanggung jawab” itu?

      Kalau anda tanya dalam sudut pengurusan, ia bergantung kepada saiz sesuatu organisasi itu. Organisasi yang besar skalanya akan punyai satu jabatan yang menguruskan sumber manusia dan menangani isu ini.

      Dalam organisasi kecil, majikan atau pengurus akan melihat dan menyelesaikan isu ini.

      1. sebenarnya soalan tu dari soalan aasignment saya..”isu datang lewat ke tempat kerja”
        soalan2nya ialah:
        Apakah isu yang dibangkitkan?
        Apakah/Siapakah yang bertanggung jawab atas penimbulan isu ini?
        Apakah kesan/implikasi isu ini?
        Apakah rekomendasi anda untuk mengatasi isu ini?

        jawapan harus menggunakan keyword. untuk soalan sy pd en ismail : apakah/siapakah yang bertanggungjwb dlm isu itu ialah 1. pekerja 2. ketua jabatan 3. syarikat/organisasi 4. persekitaran. saya juga buntu utk keyword *pengenalan dan *kesimpulan saya harap en.ismail serba sedikit dapat membantu saya sekian terima kasih

        1. Hi Eleena,

          Anda student ke?

          Jangan risau bila buat assignment ya. Tenangkan fikiran dan think out of the box.
          Kedua, tackle the issue satu persatu bermula dengan soalan #1 dan seterusnya beralih ke isu seterusnya.

          Saya tak boleh beri anda jawapan bulat-bulat. Itu kira mcm disrespect to your lecturer. Nonetheless, artikel yang tulis saya ini dah kandungi banyak info yang anda boleh gunakan. Anda cuma perlu susun dan bayangkan anda berada dalam satu organisasi. Bayangkan anda boss and then anda ialah pekerja.

          All the best dan selamat maju jaya.

  14. Masalah lewat datang ke tempat kerja memang satu masalah yang “complex”. Pandangan aku secara peribadi, salah satu cara untuk mengatasi masalah pekerja datang lewat ini adalah melalui teladan oleh bos-bos atau majikan (walaupun cara ini bukanlah paling efektif). Pekerja akan rasa segan kalau setiap kali datang kerja, dia nampak bos dia dah sampai atau dah tercongok dalam office beliau.

    Hukuman-hukuman lain harus juga dikenakan sebagai pengajaran supaya pekerja beringat ingat tentang masa bekerja mereka. Pada akhirnya, mcm mana nk selesai masalah ni, akan bergantung kepada pendekatan organisasi masing-masing. Kalau pekerja tak puas hati, boleh bawa kes ke industrial court.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons