\"\"
Sunday,20 August,2017

Human Resource Management System

Human Resource Management System

What is Human Resource Management System?

Human Resource Management System (HRMS) can be defined as a set of systems used to ensure that an organization’s human capital are utilised efficiently and productively. It can also refer to tools or software used to assist or simplify the Human Resource Management activities in an organization such as:

  • recruitment,
  • payroll,
  • benefits,
  • compensation,
  • communication,
  • training,
  • performance management,
  • safety,
  • and so forth.

 

HRMS at work

For the purpose of this article, we will refer to the later.

The importance of maintaining an excellent HRMS cannot be underestimated. 

In smaller companies, the HRMS may only involve keeping paper records in files locked in cabinet and doing calculations using calculators.

Which is perfectly fine for companies with less than 20 staff. 

employee

But for bigger companies with a large number of employees, there is a great need for efficiency using technology that would ensure that the Human Resource department would not stumble into chaos and enable the HR managers to retrieve and understand information swiftly, and using that information to present ideas cogently and clearly.

Human Resource Management System includes, among others, functions that track attendance, sick leave and vacation days accrued and taken by each employee which will help HR managers assess each employee’s performance and detect if there are any room for improvement.

track record employee

A consolidated report would make it easier for management to decide whether an employee requires further training and to pinpoint his or her strengths and weaknesses.

Aside from that, there is also the HR information system that keeps record of employees’ personal information which could also include payroll.  Such a system would be of great help to the HR managers especially when they need to provide specific input during meetings and company planning.

HRMS software

Another brilliant thing about the HRMS software or tools is that they could also help an employer to keep records of employees under more than one companies, thus allowing a separate set of records for each company within a single database.

There are many tools and software available out there that a company could use to improve its HRMS.

Choosing one that would suit its needs and capabilities is another issue that requires in depth and careful analysis, after taking into consideration the current and future direction of the company.

This is when an IT executive or manager would come in handy. 

Nobody wants to be responsible for purchasing software that is not compatible with the existing systems in the company.

It is certainly a daunting task, seeing the huge number and variety of HRMS software packages available in the market these days.

Would any one care to share their HRMS software-purchasing experience?

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Shasha Reply

    Pekerja telah menghantar notis sebulan bermula pada 22/7/17 brakhir pda 22/8/17.tetapi pkerja absent pda 21/7/17.bekerja pada 22/7/17 shingga 23/7/17 Dan cuti mingguan pada 24/7/17.bekerja pada 25/7/17.pada 26/7/17 pkerja hanya bekrja pada jam 10 hingga jam 1 ptg. Dimaklumkn tidak bekerja Kerana sakit. Dan mengambil cuti sakit(mc) Pada 27 Dan 28.pada 29 Dan 30 adalah annual leave yg yeah diluluskan. Pada 31/7/17 adalah cuti mingguan pkerja. Layakka pekerja mendapat Gaji unk sebulan stau apakah tindakan kepada pkerja.

    July 30, 2017, 3:34 am
  • Noor Reply

    Saya ingin bertanya, dalam tempoh kontrak, seseorang itu tidak punch out secara selang2, dan telah terima reminder sebanyak tiga kali, adakah dia layak untuk diberhentikan?
    Sebab dia terlupa adalah kerana dia ada kerja tambahan di tingkat bawah dan perlu turun lebih awal (sebelum pukul 5 petang) untuk sediakan persiapan tempat dan kedatangan juga diambil.
    Bukti kehadiran juga ada dalam simpanan HR, namun apabila ingin mendapatkan bukti kedatangan kerja tambahan tersebut, pihak HR mengatakan mereka tidak menyimpannya lagi.
    Apakah tindakan dari pihak dia untuk menuntut haknya?

    July 11, 2017, 1:37 am
  • Mazhan Reply

    Sekiranya Pekerja Kontrak Menghantar Notis Sebulan untuk meletakkan jawatan kontraknya.

    Selaku majikan.. surat balas kepada pekerja tersebut adakah..

    a) Surat Penerimaan Perletakan Jawatan
    b) Surat Penerimaan Penamatan Kontrak

    Pilihan manakah yang lebih tepat?

    Terima kasih

    July 5, 2017, 9:37 am
  • aidafazil Reply

    saya ingin bertanya, jika seorang pekerja itu di gantung kerja tanpa diberi tempoh dan tanpa surat tunjuk sebab atas kesalahan yang dilakukan seperti meminta pekerja lain untuk punch card kan. dalam masa yang sama gaji disekat buat sementara waktu. pernah diberikan surat amaran pertama.apa tindakan yang perlu diambil oleh pekerja?

    May 23, 2017, 10:24 pm
  • khairul nazri b. md. shakari Reply

    Saya ingin bertanya, berkenaan tempoh lanjutan kontrak ditamatkan atas sebab cuti panjang (cuti sakit)

    Isteri saya telah tidak dilanjutkan kontrak oleh majikan tempat bekerja, sedangkan pada mulanya telah mendapat surat daripapa JPA bahawa kontrak telah dilanjutkan setahun lagi. Apabila surat tersebut diterima oleh majikan dan telah diulaskan oleh ketua jabatan supaya ditamatkan kontrak atas dasar cuti panjang. Isteri saya telah cuti sakit yang panjang dan diberikan cuti sakit hospital kerajaan (mengidap cancer usus besar) setelah bersalin beliau terus buat operation dan bercuti sehingga akhir tahun. Segala sijil sakit telah dikemukakan kepada majikan. Keadaan sakit pada mulanya agak sukar untuk beliau bekerja dan telah cuti sakit. dalam masa yang sama beliau mengandung.

    Soalan saya bolehkan isteri saya membuat rayuan penyambungan kontrak kerana isteri saya sudah bersedia untuk bekerja semula? ini adalah kerana komitment yang ada (isteri ada buat personal loan dan bayaran melalui biro angkasa)

    January 10, 2017, 6:57 am
  • Zulkhairi Reply

    Assalamualaikum tuan,

    Saya ingin bertanya perlukah notis berhenti kerja diberikan kepada majikan sekiranya saya tidak ingin melanjutkan kontrak kerja setelah kontrak kerja itu tamat. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih

    December 22, 2016, 4:46 pm
  • Abdul Reply

    Salam Tuan,

    Saya ingin bertanya jika sebuah syarikat berdaftar ( Sdn. Bhd ) yang menjalankan perniagaan di Malaysia tetapi pengurusan Human Resource di uruskan dari luar Malaysia ( Singapore ) di sebabkan tiada pengurusan di Malaysia. Mohon penjelasan berkaitan.

    December 6, 2016, 2:02 pm
  • SHAHHILA MASERI Reply

    salam tuan,

    saya ingin bertanya berkenaan ‘cooling period’ bagi kakitangan yang bekerja sebagai kontrak bagi tempoh masa tertentu. seperti yang difahamkan, tarikh terakhir putus kontrak pekerja diwajibkan bercuti sebagai tanda putus kontrak,. tetapi di dalam hal ini pekerja masih bekerja walau telah diarahkan bercuti. apakah tindakan yang boleh diambil keatas pekerja tersebut? 1 lagi sekiranya majikan yang mengarahkan pekerja bekerja pada tarikh putus kontrak, apakah tindakan yang boleh diambil ke atas majikan dan bagaimana dengan kadar kompoun atau penalti yang dikenakan?

    October 21, 2016, 1:38 am
  • ismail bin kamisan Reply

    Selama ini apa yang saya faham ialah 8jam kerja termasuk rehat 30 minit, dan majikan saya telahpun amalkan ianya bertahun2. waktu kerja yang ditetapkan oleh majikan ialah 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Rehat yang diberi ialah 1 jam (1.00 hingga 2.00 petang)Off day pada hari jumaat.

    Masalahnya :
    apa bila merujuk kepada pejabat JTK.. JTK menyatakan majikan saya telah salah tafsir pada perkiraan OT. Apa yang diamalkan kita akan bahagikan Rate gaji dengan 8jam dan x kadar
    Tetapi apabila dikira 8 – 4 (8 jam termasuk 1 jam rehat – bermakna kerja hanya 7 jam)
    sepatutnya kadar ot dikira dan dibahagi dengan 7 jam bukan nya 8 jam. Pada masa perjumpaan dengan JTK baru saya tahu masalah ini. Pihak JTK telah berikan notis dan diarah jawab dalam masa 14hari sebab telah melanggar kesalahan pembayaran ot. Macam mana nak buat. Klu kena bayar tunggakan adakah kena kira dari pekerja tersebut mula kerja di majikan saya ini. Dan boleh tak majikan buat penetapan waktu kerja yang baru kepada pekerja dari 8 hingga 5.00 petang. Klu pekerja tak terima , adakah boleh.
    Minta tolong berikan pendapat.

    October 14, 2016, 4:02 am
  • era Reply

    Saya ingin tanyakan soalan… adakah majikan mempunyai hak untuk memberhentikan pekerjanya sekiranya pekerja diarahkan bekerja pada cuti umum namun pekerja tidak hadir dan tidak memberitahunya dahulu atas ketidakhadirannya…

    September 12, 2016, 2:01 pm
  • Ahmad Reply

    Penamatan perkhidmatan tanpa notis….adakah pekerja yg ditamatkan dikehendaki utk berkhidmat selama tempoh notis (sebulan) yg dinyatakan didalam surat tanpa terima gaji atau ditamatkan serta merta dan dikenakan bayaran sebulan notis kpd majikan?

    September 8, 2016, 1:38 am
  • nazri Reply

    saya tersinggah baca sini Tuan ismail..
    nak share sikit pengalaman dolu-dolu..haha
    saya bidang iT.. lepas habis praktikel dulu ade keje dengan company IT yang buat dan jual software. dan saya kene handle part payroll system nih..atau name lain HRMS ni lah..
    bidang tugas saya dulu install, setup dan configure software payroll ni kat site, maksudnya pegi company yang beli software ni dan install kat server diorg. selepas dah siap tu saya akan beri training kepada staff HR untuk cara guna system ni dari awai configure hingga la cara submit borang byr gaji ke bank, epf, cetak ea form sume2 tu.. lebih 10 company dalam semenanjung ni jugak dah saya pegi untuk setup dan bagi training. memang indah pengalaman tu..dan banyak ilmu yang saya dapat waktu tu.. setelah habis training still lagi bagi tunjuk ajar kepada HR staff tu untuk guide mereka sampai boleh buat/guna sendiri dua tiga bulan sistem tu..kadang2 sampai 4 lebih pun ade.. kira support service mcm tu..guna skype dan telefon je.. betul orang kate, byk kite beri, banyak yang kite dapat. The power of give. satu lagi tak tahan tu, sy kene test dan uji system tu kene ikut requirement dari LHDN..haha..klu result tak lepas @ tak same dengan pengiraan dari LHDN system ni xdapat lesen dan tak boleh jual.. alhamdulillah.. sebelum sy tamat kontak keje kat situ untuk smbung blaja, saya dah selesaikan test dari LHDN tu..yeay berjaya…rindu kat tempat keje lame nih.. moge Allah bg hidayah kepada kengkawan staff sy dulu dan dapat masuk islam.. <3 the end..

    June 10, 2016, 1:54 am
  • fairuz bakar Reply

    Assalam, ada 2 kes yg berlaku:-
    1) Pd 2015 kwn sy bekerja di kilang bhgn stor membawa fork lift. Dia dituduh telah menjatuhkan & merosakkan barang padahal hari kejadian dia MC.
    2) Pd bln Februari 2016 dia kemalangan semasa otw kerja & dpt MC selama 1 bln.

    Soalan sy, bila dia masuk kerja majikan telah memberi notis berhenti 1 bln tanpa alasan yg kukuh & tanpa pampasan, dia juga di paksa sign surat mengatakan dia yg menjatuhkan & merosakkan barang (kes 1). Tempoh notis 1 bln akan tamat pd 13/05/2016. apa g perlu dia lakukan & ada peluang x nak menang kes di IC…tq

    May 9, 2016, 7:42 am
  • Imanina Reply

    Salam tuan..
    Sy nk tnya bolehkan majikan mmaksa pkerja untuk bekerja walaupun dah tahu pekerja tersebut mc dan mmpunyai sijil cuti sakit dari hospital kerajaan? sekiranya ingkar dikenakan tndakan ats alasan tidak berminat utk bkerja dan berkira dengan syarikat..

    Bolehkan majikan memecat pekerja hanya dalam tempoh 24 jam atas alasan kekurangan peruntukan untuk membayar gaji dan pampasan yang diberi hanya sebulan gaji walaupun pekerja itu sudah bekerja lebih dr 2 tahun, dan majikan mengurangkan gaji semua pekerja lain yang sudah bekerja lebih 10 tahun, tapi gaji 900, penurunan gaji dengan serta merta dan memberitahu jika tidak setuju boleh meletak jawatan disebabkan sukar untuk mncari keje lain, pkerja trpksa setuju…ada tak akta bagi gaji pekerja ikut tahun bekerja?

    bolehkah memaksa pekerja untuk ot, dan jika tidak dikenakan tindakan kerana melanggar arahan oleh pihak atasan?

    bolehkah seorang pekerja diberi tugasan yang berbeza beza setiap hari atas akta syarikat iaitu mengikut semua arahan yang diberikan oleh pihak atasan, tapi gaji tidak berubah? contohnya unit maintenance, tapi trpksa buat kerja restoran krana kekurangan pkerja untuk mngurangkan kos upah…

    bolehkah cuti am dikira sekali dengan off day sekiranya kebetulan off day pd hari cuti am dan tidak boleh dibawa ke depan dengan alasan “nasiblah”..?

    sekiranya pekerja ingin mmbentuk persatuan pekerja, bolehkah syarikat menghalang dengan mmberhentikan org yg mencadangkan agar prsatuan itu tidak dpt ditubuhkan?
    cuma perlu jawapan…terima kasih tuan…
    #buntu

    April 20, 2016, 6:14 pm
  • Aida Reply

    Perlantikan Pengurus Besar secara kontrak selama 3 tahun bermula umur 55 hingga 58. Selepas itu tiada surat sambung kontrak tetapi tetap bekerja dan menerima bayaran gaji dan bonus selama setahun. Bila memasuki umur 60 tahun, terdapat surat sambung kontrak. Tidak pasti kontrak disambung untuk berapa tahun lagi..Adakah bayaran gaji semasa beliau berumur 59 tahun layak diterima tanpa surat sambung kontrak dan apa-apa dokumen yang ditandatangani pada tahun tersebut boleh disahkan.

    April 2, 2016, 11:46 pm
  • Irwan Reply

    As’salam, sy merupakan pekerja swasta di sebuah syarikat dri Oct 2008 & pd akhir Oct 2015 sy telah di gantung kerja oleh pihak majikan dgn di sertakn surat pngantungan 2 minggu utk mmbntu siasatan atas prtuduhan yg sy trima, ttapi ia brlanjutan shingga 5 kali tempoh lnjutan (4 Nov-17 Nov, 17 Nov-23 Nov, 24 Nov-30 Nov, 1 Dis-2 Dis, 3 Dis-15 Dis) keseluruhan sbnyak 43 hari sy di gntung krja, pd 16 Dis sy di pggil utk mndgar kputusan dr pihak yg mnjlnkn siasatan ttapi ketika itu yg ad hanyalah seorg staff HR yg mmberitahu hasil siasatan mnunjukkn sy bersalah & ingin terminated sy dr company tpi dlm pd masa yg sama d tawarkn utk berhenti kerja sndiri dgn mnulis notis brhenti @ syarikat yg mmberhentikn, jdi utk tidak di pnjgkn crita sy telah mminta utk brhenti sndiri dgn mnulis notis brhenti kerja 24 jam berkuatkuasa. Tamat utk yg ini.
    Pada 17 March 2015 stlh 3 bulan sy berhenti kerja, company trsebut tlh mnghubungi sy utk mminta mnuliskn kmbali notis brhenti serta mminta salinan pngantungan kerja yg ad pd sy dgn mmberi tahu yg notis brhnti & surat pngntungan krja sy tlh hilang dlm simpanan syarikat swktu mmbuat kerja pmindahan brg2 office, shingga ke hari ini msih mminta sprti trsgt2 pnting, ingin mminta pndpt adakah ada ssuatu yg x kena di situ..? mcm ad byk keraguan..?

    March 29, 2016, 11:27 am
  • izzati Reply

    Salam saya sedang dalam tempoh cuti bersalin 60hari, namun saya ingin berhenti kerja dan memberikan 2bulan notis berhenti kerja dalam tempoh cuti bersalin ini iaitu sebulan sebelum saya masuk bekerja semula . Soalan saya adakah selepas hantar notis berhenti itu elaun sebulan cuti bersalin masih di bayar atau tidak?

    December 18, 2015, 10:27 pm
  • lin Reply

    saya ingin bertanya bekenaan pekerjaan suami saya, suami saya telah diarahkan oleh syrikatnya untuk behenti kerja dengan tanpa surat notis. Alasan yang diberikan adalah nama suami saya ada dalam rekod KDN, kerana kesalahan lampau.adakah suami saya boleh menuntut ganti rugi atau faedah. Suami saya telah hilang pekerjaan dan perlu menanggung keluarga yang ramai

    December 18, 2015, 4:00 am
  • Anis Reply

    Assalamualaikum..saya ingin bertanya mengenai cuti mengejut yang diumumkan oleh sultan dan kerajaan negeri..
    1.Adakah majikan wajib memberikan cuti kepada pekerja @ meminta pekerja untuk bekerja pada hari cuti mengejut tersebut..?
    2.Adakah cuti mengejut termasuk di dalam cuti umum yang dipilih oleh majikan..?3.Sekiranya pekerja kena bekerja pada cuti mengejut tersebut, adakah cuti tersebut perlu digantikan @ dibayar mengikut kadar gaji berganda..?
    Mohon penjelasan kerana semaklum saya cuti mengejut adalah cuti yang pekerja tidak perlu hadir ke tempat kerja..

    December 17, 2015, 9:31 am
  • ahmad Reply

    minta sedikit pandangan dari pihak tuan.tempat kerja sy sebelum ini bekerja pada hari isnin – jumaat pada jam 9am-6pm..tp baru-baru ini bos dah keluarkan arahan mulai tahun depan kami semua perlu bekerja pada hari sabtu 9am-1pm..adakah pada hari sabtu tersebut dikira ot atau hari kerja biasa..apa yg perlu saya lakukan..diharap tuan dapat membantu.

    December 16, 2015, 4:52 am
  • Diana Reply

    Assallamualaikum Tuan,
    Mohon rujukan,
    Bagaimana untuk membuat pengiraan HRP dan ORP sekiranya waktu kerja adalah seperti dibawah : (Gaji asas RM1100/bulan)
    Mon – 10 jam kerja (termasuk 1 jam rehat)
    Tue – 10 jam kerja (termasuk 1 jam rehat)
    Wed – OFF
    Thu – OFF
    Fri – 12 jam 30 minit kerja (Termasuk 2 jam rehat)
    Sat – 12 jam 30 minit kerja (Termasuk 2 jam rehat)
    Sun – 10 jam kerja (Termasuk 1 jam rehat)
    Adakah cara pengiraan adalah seperti dibawah :-

    1.ORP = 1100 / 26
    2.HRP = (1100 / 26) / 8JAM @ 9JAM?

    berapakah jumlah kerja jam kerja sehari yang perlu diambil sebagai asas pengiraan gaji @ OT?

    Terima kasih Tuan.

    December 15, 2015, 3:16 am
  • nurul Reply

    jika syarikat tidak mahu beri cuti yang telah di umumkan kerajaan negeri selangor sempena kemenangan bola sepak pasukan selangor adakah majikan wajib bagi cuti ganti atau tidak? adakah cuti peristiwa ini wajib di ikut oleh syarikat?

    December 14, 2015, 6:08 am
  • Siti Reply

    Kerajaan negeri S’gor telah mengumumkn 14/12/2015 adalah cuti umum bagi s’gor kerana menang bola tetapi majikan memanggil pekerja datang bekerja seperti biasa tanpa bayaran tambahan atau cuti ganti. Bolehkan pekerja membuat aduan atau menuntut bayaran lebih? Sila beri pencerahan

    December 14, 2015, 3:59 am
  • Zowey Reply

    Assalam tuan.

    Saya nak bertanya sesuatu. saya berkerja di syarikat swasta, syarikat kecil. Saya bekerja secara kontrak, majikan tak bagi KWSP sebab kontrak katanya, agrement ada diberi, job scope hanya online marketing, tapi suruh buat macam2 kerja, seperti repair pc, buat design, buat website, buat macam2 lah, sampailah sales online tak bergerak smooth, so tak ada sales, so sya dipersalahkan. dia nak buang saya kerja. Boleh tak sy SUE dia balik?

    Mohon bagi pencerahan. TQ..

    December 14, 2015, 3:44 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Jika anda dibuang kerja, anda boleh cuba buat tuntutan untuk penamatan kerja yang tidak sah.

      December 14, 2015, 1:25 pm
  • Lyna Arwani Reply

    saya ingin bertanya, sekiranya kerajaan negeri memberi Adhoc cuti umum( cth cuti umum pada hari ini kerana kejayaan pasukan bola sepak selangor) kalau syarikat menyuruh pekerja datang bekerja seperti biasa dengan alasan cuti hari ini tidak diiktiraf oleh syarikat.. ( syarikat tidak akan memberikan replacement leave )
    adakah perkara ini ada termaktub dalam undang2 buruh?.. just bertanya untuk pengetahuan dan untuk menerangkan kepada pekerja bawahan

    December 14, 2015, 3:04 am
  • nelinah Reply

    hi saya ingin kepastian,sekiranya cuti umum(kemenangan bola sepak) kita bekerja itu kira gaji biasa atau berganda dan wajib ke majikan ganti cuti umum kepada hari lain??

    December 14, 2015, 1:53 am
  • Fazli Reply

    As salam.

    14 December merupakan Cuti Peristiwa bagi negeri Selangor. Jika seorang pekerja swasta diarahkan bekerja pada hari itu, adakah pihak syarikat wajib memberikan cuti ganti (replacement leave) atau membayar pekerja itu? ATAU pihak syarikat mempunyai pilihan untuk tidak mengambil Cuti Peristiwa itu?

    Sekian, Terima Kasih

    December 14, 2015, 1:05 am
    • Ismail N Reply

      Rujuk artikel terbaru mengenai hal ini. Terima kasih.

      December 14, 2015, 2:14 pm
  • nurrul Reply

    Salam..

    Saya ingin bertanyakan 2 soalan.

    Pertama, suami saya bekerja di sebuah syarikat swasta di Selangor. Seperti yang diketahui, kerajaan Selangor mengumumkan Isnin 14/12/2015 sebagai cuti peristiwa. Akan tetapi majikan suami saya tidak membenarkan semua pekerjanya cuti pada hari tersebut dengan alasan syarikat tidak mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai cuti am.
    Pekerja juga dimaklumkan tiada bayaran lebih masa dan tiada cuti gantian kerana bekerja pada tarikh berkenaan. Adakah perkara ini dibenarkan? Apakah ia melanggar hak sebagai pekerja?

    Kedua, suami saya kerap ditugaskan pada hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad tetapi tidak dibayar lebih masa atau diberikan book off untuk menggantikan cuti hari minggu ke hari biasa. Jumlah hari bekerja syarikat suami saya bekerja hanya isnin hingga jumaat namun suami saya kerap ditugaskan bekerja isnin hingga sabtu dan pernah ditugaskan bekerja isnin hingga ahad tanpa sebarang bayaran atau cuti gantian. Saya beranggapan majikan tersebut menindas hak sebagai pekerja berikutan tiada siapa pernah mengemukakan hal ini kepada CEO syarikat berkenaan kerana khuatir dibuang kerja. Adakah tindakan CEO syarikat itu dibenarkan atau suami saya serta pekerja syarikat tersebut boleh membuat aduan?

    Terima kasih.

    December 13, 2015, 5:30 pm
  • shah Reply

    salam tuan, saya ingin kepastian, dimana saya baru mula bekerja sebagai service advisor disebuah syarikat. Waktu kerja yang ditetapkan oleh syarikat baru ini agak berlainan dgn waktu kerja syarikat yg pernah saya bekerja sebelum ini, dimana waktu wajib kerja Isnin hingga Jumaat ialah 0800 hinnga 1730 termasuk waktu mkn tgh hari dan Sabtu 0800 hingga 1300.
    persoalannya adakah syarikat telah melanggar akta buruh dan apakah tindakan sewajarnya?

    sekian wasalam

    December 13, 2015, 12:29 pm
  • Mohamad azam Bin Ramli Reply

    Apakah semua pekerja berhak mendapat cuti setelah diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor bahawa hari Isnin 14/12/2015 adalah cuti peristiwa (Setelah selangor memenangi Piala Malaysia 2015) ?

    December 13, 2015, 8:47 am
    • Ismail N Reply

      Rujuk artikel terbaru berkaitan cuti peristiwa. Terima kasih.

      December 14, 2015, 2:15 pm
  • Mohamad azam Bin Ramli Reply

    Assalam…Nak kepastian
    >Bolehkah syarikat melaksanakan 2 calender tahunan untuk pekerja-pekerja di dalam syarikat terbabit?….
    contohnya :
    *Ada yang pekerja yang mendapat 11 hari cuti umum dan ada pula yang mendapat 18/19 hari cuti umum dalam tahun yang sama….
    >Dari apa yang saya tahu syarfikat hanya boleh mengambil 1 calender tahunan sahaja cuti umum untuk satu syarikat….Contohnya : kalau syarikat mengambil 18 hari cuti umum untuk tahun 2015….bererti semua pekerja akan mendapat 18 hari cuti umum….
    Betulkah?

    December 13, 2015, 8:43 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Ya boleh dan memang dipraktikkan di banyak syarikat terutama yang terlibat dalam industri pembinaan, hotel, perkilangan dan sebagainya yang mana tenaga kerja diperlukan 24 jam sehari 7/7 seminggu. Selalunya yang kerja pejabat akan dapat full cuti sebab mereka tidak terlibat dalam operasi sebegini dan cuma diperlukan dari hari isnin hingga sabtu sahaja dari 8 hingga 5. Syarikat hendaklah memaklumkan sebelum tahun baru bermula melalui sekular cuti – apa-apa cuti yang mahu diambil dan mana-mana pekerja yang terlibat.

      December 13, 2015, 12:10 pm
  • dayah Reply

    assalamualaikum tuan.. sy nk tnya jika pekerja pertikaikan rehat pada tghari hanya 45 minit yang diberikan syarikat..pekerja tersebut menyatakan dlm akta buruh wajib 1 jam rehat diberikan kpd pekerja ….adakah waktu rehat tertakluk dlm mna2 akta..boleh tuan jelaskan waktu rehat sebenar yang pekerja perlu dapat… terima kasih

    December 13, 2015, 12:41 am
  • siti Reply

    Salam..
    saya nak tanya adakah majikan boleh memberi pekerja nya cuti tahunan walaupun mereka belum berkhidmat selama setahun? majikan saya ingin memberi cuti tahunan kepada pekerjanya yg belum genap setahun bekerja tetapi pengurus HR xbenarkan dan memotong gaji pekerja tersebut kerana pekerja tersebut belum genap setahun berkhidmat. Adakah wajib majikan saya ikut peraturan pengurus HR tersebut? tq

    December 11, 2015, 7:20 am
    • Ismail N Reply

      Terpulang kepada majikan jika mahu berbuat demikian. Namun, dia perlu arahkan pengurus HR utk menukar polisi syarikat dalam hal ini.

      December 13, 2015, 12:30 pm
  • muaina Reply

    saya muaina bekerja di swasta,hari tu saya beritahu kepada pengerusi bahawa saya cuti selama seminggu,dan saya akan cari pengganti saya,dan dia pun setuju,pengganti saya adalah staff lama juga,sebelum ni dia cuti bersalin selama 2 bulan dan tidak disuruh bekerja lagi,oleh kerana pengerusi blok m masuk kerja,dan sebenarnya dia masih bekerja dan tidak dibagi gaji sebulan masa cuti bersalin,selepas seminggu saya cuti,dan saya sambung lagi cuti saya selama seminggu,dan saya ada beritahu office bahawa saya masih cuti,dan selama 3 minggu saya cuti dan selepas itu saya nak masuk kerja semula dorang tak bagi saya kerja semula dan pengerusi blok m dakwa saya ke pejabat buruh bahawa saya kena bayar ganti gaji notis sedangkan saya tak ambil gaji semasa saya cuti,,gaji pada masa saya cuti itu dibagi pada staff yang gantikan saya..adakah saya wajar di ambil tindakan sebegitu oleh kerana sakit hati pada saya..yang ambil tindakan pada saya bukan pengerusi yang sebenar..adakah tindakan dia itu betul,,harap dibagi penjelasan secepat mungkin kerana minggu depan saya perlu hadir ke pejabat buruh untuk membayar ganti gaji notis pada persatuan,

    December 11, 2015, 4:00 am
  • Eika Reply

    Salam. Waktu bekerja sy ade dua shift, pagi 10am-6pm dan petang 2pm-10pm dgn rehat 1 jam. Seminggu ade sehari cuti rehat. Sy nak tanya, wajar tak majikan melarang staff membuat ot pd hari biasa ? Sy sbgai manager basic rm1350 dan ot dibayar hanya sejam rm4.

    December 10, 2015, 6:15 am
    • Ismail N Reply

      Kerja lebih masa itu adalah dasar keperluan syarikat. Jika majikan rasa tidak perlu buat, maka pekerja tidak boleh suka-suka buat atau ia dikira sebagai kerja sukarela dan tidak dibayar apa-apa bayaran tambahan. Namun, majikan boleh take nbote dalam year-end appraisal, jika ada.

      December 13, 2015, 12:32 pm
  • zahid Reply

    salam, saya ingin bertanya apakah tindakan yg perlu diambil terhadap pekerja sekiranya pekerja sentiasa mengambil cuti sakit, sehinggakan dia telah kehabisan kelayakan cuti sakit di suku 1 tahun.

    December 9, 2015, 4:17 am
    • Ismail N Reply

      Pekerja yg telah habis kelayakkan cuti sakit akan ambil cuti tanpa gaji. Jika majikan ada mengesyaki sesuatu, majikan perlulah buat siasatan dan ambil tindakan sewajarnya. Majikan perlu juga panggil pekerja untuk kaunseling dan mengingatkan pekerja memperbaiki kedatangan, etc. Rekod-rekod ini perlu disimpan dan boleh digunakan terhadap pekerja jika majikan mengambil keputusan utk tidak menyambung kontrak pekerja, jika dia di bawah fixed term contract.

      December 13, 2015, 12:36 pm
  • Jais Reply

    Saya bekerja sebagai pump attendant, saya bekerja tanpa kontrak bertulis, saya dipaksa bekerja 12 jam satu hari 1 jam rehat 1 hari cuti seminggu. Tiada caruman KWSP, tidak dibenarkan kerja 8 jam, dan saya tidak dibayar untuk overtime. Apakah tindakan yang patut saya ambil?

    December 8, 2015, 9:37 am
    • Ismail N Reply

      Anda perlu minta ini semua dari majikan dan jika tidak dilayan, maka aduan boleh dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja & EPF. Terima kasih.

      December 13, 2015, 12:39 pm
  • Norsaidy Idris Reply

    Adakah seorang kakitangan kerajaan yang mengambil cuti sakit dari hospital kerajaan / swasta boleh dipotong gaji ?. Kalau ya, mengapa ?

    December 8, 2015, 8:40 am
  • Sharifah Reply

    Assalam,

    Cuti umum yang minima adalah 11 hari. Adakah diikut pada bilangan hari yang diambil atau mengikut cuti umum tersebut?
    Contoh :
    8/2 – CNY
    9/2 – CNY
    23/3 – Sultan Birthday
    1/5 – Labour Day
    4/6 – Agung Birthday
    6/7 – HRP
    7/7 – HRP
    31/5 – National Day
    12/9 – HR Haji
    16/9 – Msia Day
    2/10 – Awal Muharam
    29/10 – Deepavali

    kalau diikut pada bilangan hari adalah 12 hari, tetapi kalau diikut pada cuti umum itu sendiri
    bilangannya cuma 10 hari.. yang mana perlu diikut untuk menjadikan bilangan cuti umum minima 11 hari.

    December 8, 2015, 7:18 am
  • liz Reply

    saya ingin bertanya kepada :
    sejak awal lagi saya telah digesa oleh majikan saya supaya saya menghantar surat letak jawatan. Tapi saya berkeras untuk tidak meghantar surat tersebut. Dan sepanjang tempoh ini saya diberi macam-macam tekanan kerja desakan maki hamun oleh pihak majikan. Saya meminta pihak majikan sendiri yang mengeluarkan surat jika hendak memberhentikan saya. Namun mereka enggan. Dalam tempoh ini juga saya telah menerima byk surat amaran dari majikan namun saya setiap surat amaran beliau saya sangkal dakwaan yang beliau berikan. sehingga lah saya di keluarkan surat notis 2 bulan atas sebab untuk mengurangkan pekerja. Tapi hanya saya seorang yang diberi surat begitu tanpa ada apa2 perbincangan.
    Kini saya sudah tidak tahan untuk menunggu notis 2 bulan berakhir, saya ingin mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh beberapa minggu yang tinggal ini.

    Tuan, apa yang patut saya lakukan??
    saya amat buntu.

    December 8, 2015, 7:05 am
  • Vissa Reply

    My question is can we carry forward our annual leave to following year?

    December 7, 2015, 7:33 am
  • nurmursyidah Reply

    Sy nak taye.. berdasarkan contract of service company menawarkan jawatan sbg account assistant.. namun saya telah buat kerja sbg cashier selama 4 bulan bekerja dengan alasan belajar dari bawah serta kebetulan ada pekerja yang hendak bersalin, jd sy di arah menggantikan tempatnya. Selepas pekerja yang bercuti tu masuk kerja sy sekali lg diarah untuk menggantikan tempat pekerja yang bercuti bersalin. Saya bertayakan tentang status pekerjaan saya kepada penyelia dan beliau menjawab saya diambil bekerja sebagai cashier. Tetapi dalam contract saya adalah sebagai account assistant. Boleh kah saya nk buat aduan ? Saya harap encik dapat bg bantuan

    December 6, 2015, 11:33 pm
  • watie Reply

    Ingin tahu…cara pengiraan ot…gaji pokok 900..jika pekerja bekerja shift dan majikan bayar elaun shift mlm 5.00 …perlukan pengiraan ot …gaji pokok +elaun shift iaitu 900 + 5.00 atau hanya gaji pokok 900/26/8×1.5

    December 4, 2015, 2:24 pm
    • Ismail N Reply

      Elaun shift tidak di masukkan dalam pengiraan.

      December 5, 2015, 11:16 am
  • suraya Reply

    salam
    .Bagaimana dengan guru-guru di Malaysia … adakah tertakluk kepada undang-undang buruh tersebut.
    2. Pensyarah di IPG diberi gred DG yang bersamaan dengan guru… tetapi baru-baru dicadangkan cuti tahunan (bukan mengikut cuti pelajar) dan ini sangat2 mengganggu waktu interaksi pensyarah dengan pelajar…
    Bolehkah kami menuntut cuti semester seperti sebelumnya

    December 4, 2015, 7:03 am
    • Ismail N Reply

      Guru-guru dan semua kakitangan kerajaan tidak tertakluk pada Akta Kerja 1955. Perlu rujuk pada peraturan & pekeliling kerajaan.
      Terima kasih.

      December 4, 2015, 12:01 pm
  • nini Reply

    saya telah bekerja dengan sebuah syarikat ni selama 5tahun… setiap kelewatan atas kehadiran saya akan dipotong bila tiba hari bayaran gaji… baru2 ni saya tak sihat.. saya ditahan di hospital selama 8hari… tapi sekali pon majikan saya tidak datang menjenguk saya atau bertanya khabar… selepas keluar dari hospital saya masuk kerja seperti biasa… majikan saya tinggalkan pelbagai tugasan yang harus saya bergerak keluar… doktor dah melarang saya untuk tidak selalu terkena angin luar… bila saya tengok semua yang tersedia di atas meja, saya tahu majikan saya pergi bercuti… saya bekerja dan terus bekerja hingga saya sakit semula… saya enggan ke hospital takut ditahan di hospital lagi… hari ni adalah hari gaji… majikan saya bercuti ke new zealan selama 2minggu tak pedulikan syarikat… tapi tak potong gaji… saya pekerja dia yang uruskan segala pengurusan selama 5tahun dipotong gaji sebab takda surat cuti sakit dari doktor… layak kah seorang majikan bersifat sedemikian? tanpa ada rsa simpati pada pekerja?

    December 4, 2015, 4:04 am
    • Ismail N Reply

      Soal layak atau tidak, maaf saya tidak boleh komen. Cuma majikan anda boleh jelaskan pada anda sebab-sebab mereka bertindak demikian.

      Apa-apa pun dari segi undang-undang, majikan memang boleh tolak gaji jika tiada cuti sakit dari doktor.

      December 5, 2015, 11:29 am
  • Diya Reply

    Salam. Saya diya. Saya ada kawan foreigner from indonesia yang baru berkahwin dengan perempuan warganegara malaysia yang masih belim dapat visa pekerja tp telah bekerja di salah satu syarikat slama beberapa bulan ni.majikannya telah mendera physical nya. Sekiranya die mengadu apa tindakan tenaga buruh?

    December 3, 2015, 1:19 pm
    • Ismail N Reply

      Jika dera, itu sudah kes jenayah. Perlu dilapur dengan polis dan bukannya JTK lagi.

      December 5, 2015, 11:34 am
  • fara Reply

    salam sejahtera,
    tunang saya bekerja sebagai technical advisor di salah sebuah bengkel sebagai pekerja tetap, persoalannya dia telah diturunkan pangkat dan gaji juga diturunkan dari rm2800 kepada rm 2500,epf juga hanya bayar dari bulan 4 hingga bulan 7, boleh saya buat aduan hal ini kepada jabatan tenaga kerja? saya mohon pandangan pihak tuan terima kasih

    December 3, 2015, 8:56 am
    • Ismail N Reply

      Boleh adukan pada JTK. Gaji tidak boleh diturunkan tanpa persetujuan pekerja. Hal EPF pula hendaklah diadukan pada EPF.

      December 5, 2015, 11:40 am
  • Ahmad Reply

    Tuan,
    Boleh kah sekiranya seorg pekerja berhenti kerja akibat tekanan dan disebabkan ” demoralized” yg mana ketua tempat kerja secara halus memaksa dan tidak memberi merit yg secukupnya kpd pekerja walaupun pekerja tersebut telah melakukan kerja dengan cemerlang, tetapi dianggap gagal kerana ada hasutan dan pandangan org drpd luar jabatan tetapi didalam syarikat yg sama.
    Kerana tekanan dan ketidakpercayaan kepada pekerja tersebut maka pekerja tersebut telah meletakkan jawatan dan membawa kes ini ke mahkamah, ada kah pekerja tersebut boleh berbuat demikian?

    December 3, 2015, 2:03 am
    • Ismail N Reply

      Pekerja boleh berhenti tanpa apa-apa alasan. Yang penting beri notis sebagaimana yang diperuntukkan dalam kontrak.
      Soal hendak bawa ke mahkamah itu perlu ada sebab yang kuat dan bukti yang mencukupi.

      December 5, 2015, 11:43 am
  • nad Reply

    Saya telah bekerja di syarikat ini lebih 5tahun dengan gaji rm3000 sebulan. Namun demikian majikan baru-baru ni mensyaratkan bahawa cuti tahunan mesti dihabiskan sebelum menjelang tahun berikutnya (tiada carry forward). Baki cuti saya ada 20hari lagi namun tidak dapat dihabiskan kerana terikat dengan komitmen kerja. Jika gagal dihabiskan, cuti dikira lupus (burned) tanpa sebarang bayaran pampasan akan diberikan. Adakah perkara itu dibolehkan?

    December 2, 2015, 4:20 am
    • Ismail N Reply

      Ya, boleh. Kecuali jika sebelum ini anda ada apply cuti tetapi tidak diluluskan majikan.

      December 5, 2015, 11:48 am
  • Diana Reply

    Assamualaikum,
    Mohon rujukan,
    Bolehkah seorang majikan mengantikan bayaran kerja lebih masa pekerjanya (gaji RM1500 kebawah) dengan cuti rehat?
    Kontrak kerja telah menyatakan perkara ini terlebih dahulu.

    Contoh situasi ;
    Isnin :12 jam berkerja termasuk rehat 2 jam.
    Selasa :9 jam berkerja termasuk rehat 1 jam.
    Rabu :Cuti Gantian.
    Khamis :Cuti Rehat
    Jumaat :12 jam berkerja termasuk rehat 2 jam.
    Sabtu :12 jam berkerja termasuk rehat 2 jam.
    Ahad :12 jam berkerja termasuk rehat 2 jam.

    December 2, 2015, 4:01 am
    • Ismail N Reply

      Ikut kiraan di atas, jumlah waktu kerja sebenar dalam seminggu adalah 48 jam. Oleh itu, majikan tidak perlu membayar OT pada pekerja.

      December 5, 2015, 11:51 am
      • Diana Reply

        Terima kasih Tuan atas penjelasan.
        Berdasarkan waktu kerja diatas, sekiranya staff diminta untuk membuat kerja lebih masa (berkerja lebih dari 48jam seminggu), adakah kiraan OT (mengikut jam) seperti berikut ;

        Gaji asas / 22 hari bekerja / 10 jumlah kerja sehari = Jumlah OT sejam.

        Terima kasih.

        December 7, 2015, 2:07 am
  • Hedrik Reply

    ADUAN
    Saya bekerja dengan majikan kurang daripada setahun dan telah diberhentikan kerja tampa notis dan sebab yang kukuh. Adakah saya layak menerima pampasan? Selain daripada itu, majikan tidak membenarkan pekerja merekod masa kerja mereka (sama ada kerja lebih masa atau sebaliknya) dan mengaji pekerja indonesia dan “OKU” tampa mengetahui hak asasi pekerja ( Notis perjanjian dan perfahaman tidak ditandatangan oleh kedua-dua pihak). Apakah tindakan yg harus dikenakan oleh majikan tersebut?. Saya terasa tertipu oleh majikan tersebut yang ingin mengaut keuntungan tampa, memikir beban yang dialami oleh pekerja.

    December 1, 2015, 7:47 pm
    • Ismail N Reply

      Sebagaimana yang sering saya nasihatkan kepada pembaca blog ini, bila anda ditamatkan/diberhentikan kerja tanpa alasan yang kukuh, anda hendaklah segera membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Biar mereka siasat kes anda terlebih dahulu dan lihat apa bentuk remedi yang boleh anda tuntut. Tidak semestinya berjaya, namun ia lebih baik dari tidak berbuat apa-apa. Terima kasih.

      December 6, 2015, 11:40 pm
  • zila Reply

    Sekiranya saya sebagai majikan, pekerja tersebut telah bekerja selama setahun tetapi pihak majikan tidak memberi sebarang surat pengesahan jawatan sehingga selepas setahun beliau berkhidmat di syarikat ini, beliau ingin meletakan jawatan notis selama seminggu mengikut terma daripada offer letter (probationer period 3 to 6 mths). Selepas 4 bulan beliau bekerja kami sebagai majikan telah memberi segala keistimewaan sama seperti pekerja yang sudah disahkan kejawatan seperi cuti berbayar dan bonus cuma kami tidak memberi surat pegesahan jawatan beliau. soalan saya,
    1. boleh kah pihak pekerja untuk memberi notis 7 hari bekerja seperi terta dalam perjanjian offer letter?
    2. Adakah pihak majikan berhak untuk meminta beliau untuk meletakan notis sebulan? Alasan kami, beliau di kategorikan “confirmed” secara automatik.
    3. Adakah kami sebagai majikan boleh membawa perkara ini ke mahkamah sekiranya beliau hanya memberi notis 7 hari?

    harap pihak tuan dapat memberi pencerahan sedikit sebanyak.

    Terima Kasih

    November 30, 2015, 7:22 am
  • Syarifah Reply

    Salam tuan,
    Saya nak tanya negeri saya telah diberi cuti oleh Sultan di atas kemenangan bola sepak. Adakah cuti tersebut wajib di ambil.
    Syarikat saya tidak pernah mengambil cuti tersebut.
    Terima kasih.

    November 28, 2015, 2:55 am
  • hasbullah Reply

    assalamualaikum….saya nk tanye sy kje dekat tempat A selama lebih kurang 6 bulan dan pada 2 miggu lpas sy berhenti kje kat tempat A kerana sy dapat tawaran kerja yang baru yang gaji lebih tinggi…pada 15hb sya mendapat panggilan kje di tempat B dan kerani tempat B bagi taw sy diterima kje di tempt B dan kene melaporkan diri pada 16hb…so sy bagitaw majikan sy di tempat A pada hari itu juga yang sya mendapat kje baru dn perlu melaporkan diri segera…masalahnya sekarang majikan A xnak bayar gaji saya dari 11hb-15hb dengan alasan saya berhenti 24 jam….saya nk tanye apakah tindakn yang sya kne buat untuk tuntut balik gji saya…untuk makluman tuan mjikan A tidak mengeluarkan kontrak perkhidmatan untuk saya walaupun sya kje lebih kurang 6 bulan..adakah sy bleh report kat pejabat buruh…

    November 28, 2015, 1:54 am
  • Kumar Reply

    Salam, pengurus tempat kerja,menghubungi saya dan menyuruh dan paksa saya meletak jawatan dengan atas pengakuan saya sendiri, dengan alasan tiada sales meningkat,apa saya boleh buat dengan situasi macam ini…tqsm

    November 26, 2015, 9:50 am
  • fw Reply

    Salam Tuan Budiman,

    Dimanakah saya boleh mendapatkan contoh surat “Kontrak UNTUK perkhidmatan” ?

    Terima kasih

    November 26, 2015, 6:57 am
    • Ismail N Reply

      Kalau yang versi BM susah mau cari tapi kalau dalam BI, rasanya banyak di internet. Google perkataan ‘contract for service sample’.

      December 2, 2015, 10:53 pm
  • Jenny Chay Reply

    I was diagnosed with leukemia and got admitted to hospital on 13-08-2015. As of today, i did received 2 months of MC leave.
    My question is i start work in October 2014, so on the 1st of Oct 2015, i have been with the company 1 year full?
    My hospital leave will be reset to another 60days?
    How about my Annual Leave?

    November 25, 2015, 5:38 am
    • Ismail N Reply

      Hi Jenny,

      It’s best to check with your HR Department first. Some companies use calendar year, some use the traditional approach – i.e based on date joined. If it is the latter, then YES, ON 1st Oct, you should be entitled to a new hospitalization leave entitlement. This is however subject to your contract terms (please check your contract especially if you are not covered by the Employment Act 1955). Thank you.

      December 1, 2015, 1:36 am
  • Hetty Hamdan Reply

    Assalamualaikum Tuan,
    Saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan nilai gaji yang boleh dituntut oleh majikan ke atas pekerja yang berhenti tanpa notis.
    Adakah ia gaji kasar atau bersih yang telah ditolak kwsp, socso dsb.
    Sekian, terima kasih.

    November 24, 2015, 8:56 am
    • Ismail N Reply

      Nilai gaji kasar (basic salary) sahaja.

      November 30, 2015, 10:57 pm
  • Fareez Reply

    Salam
    Sy bekerja 12jam sehari
    Shift 8pagi – 8 malam

    Hari bekerja
    Selasa – jumaat dan ahad
    Sabtu off day
    Isnin offday
    Ahad 24 jam

    Patutkah ahad tiada ot kerana telah melebihi 12jam bekerja ? Hanya digantikan dengan cuti hari isnin .

    Mohon pencerahan dari pihak encik

    November 24, 2015, 4:47 am
    • Ismail N Reply

      Jika gaji basic anda RM2k dan ke bawah, maka wajib di bayar OT bila sudah berkerja melebihi 48 jam seminggu.

      November 25, 2015, 12:12 am
  • izzati Reply

    Salam.. saya ada kemusykilan.. comp kami mahu ambil seorang wanita ini untuk jd jurucakap produk kami… kami nk buat kontrak dengan dia selama setahun… jika lepas setahun masih nak guna servis dia, kami akan renew kontrak lg..

    kami akan byr dia sebulan rm2000… dia x perlu dtg kerja mcm staff biasa.. dia juz perlu terlibat jika ada nk buat fotoshoot, masuk tv, majalah n bnde2 lain yg berkaitan…

    soalannya.. adakah dia dikira sebgai staff kami? kami perlu mencarum kwsp socso dia ke? adakah dia akan ada anual leave, MC, public holiday mcm staff kami yg dtg opis mcm biasa?

    dia dianggap kerja kontrak atau separuh masa? jika kontrak, adakah kontrak dia dikira sebagai contract for service atau contract of service? apakah beza kedua2 itu?

    Harap tuan dapat membantu saya.. terima kasih..

    November 23, 2015, 5:02 am
    • Ismail N Reply

      Rujuk jawapan di bawah. Terima kasih.

      November 24, 2015, 12:25 am
      • deen Reply

        Assalamualaikum..saya nk tya jika alasan majikan tidak mahu membyr pampasan pekerja menggunakan alasan pindah ke tmpat lain boleh ke?sebb kami tidak tahu niat sebenar sama ada ia satu helah atau tidak..bagaimana kita nak lakukan?sekian..terima kasih.

        November 24, 2015, 2:08 am
  • izzati Reply

    Salam.. saya ada kemusykilan..comp kami mahu ambil seorang wanita ini untuk jd jurucakap produk kami… kami nk buat kontrak dengan dia selama setahun… jika lepas setahun masih nak guna servis dia, kami akan renew kontrak lg..

    kami akan byr dia sebulan rm2000… dia x perlu dtg kerja mcm staff biasa.. dia juz perlu terlibat jika ada nk buat fotoshoot, masuk tv, majalah n bnde2 lain yg berkaitan…

    soalannya.. adakah dia dikira sebgai staff kami? kami perlu mencarum kwsp socso dia ke? adakah dia akan ada anual leave, MC, public holiday mcm staff kami yg dtg opis mcm biasa?

    dia dianggap kerja kontrak atau separuh masa? jika kontrak, adakah kontrak dia contract for service atau contract of service?

    saya harap ada yang boleh memberi info atau cadangan terhadap situasi comp kami ini.. sekian terima kasih…

    November 23, 2015, 4:57 am
    • Ismail N Reply

      Anda boleh pilih samada mahu beri dia contract of service atau for service. Masing-masing ada pro & cons nya.
      Jika contract of service mcm staff lain – kosnya lebih tinggi sbb anda perlu mencarum EPF/Socso, bagi annual leave, cuti, etc. Tapi senang mahu mengawalnya sebab dia tertakluk pada polisi & peraturan syarikat.
      Contract for service pula lebih murah dari segi kos namun oleh kerana dia bukan staff syarikat, dia tidak tertakluk pada peraturan syarikat. Yang penting kerja siap dan ini perlu dinyatakan dengan jelas dalam kontrak.

      November 23, 2015, 11:37 pm
  • ivey Reply

    Salam,mohon pencerahan ya… sy berkerja di salah satu farmaci area foh sang,pada tarik hari inI…majikan sy telah memberhentikan saya tanpa notis, tetapi sy baru berkerja dalam 2bulan lebih… alasan di berikan tidak memuaskan hati saya…khamis lalu sy ambik off dan sudah di buat kn jadual waktu pada awal bulan… tetapi dalam masa yg sama, seorang staff telah mengambik sick leave… manakala saya pula kena mrnghadiri penerimaan sijil sekolah anak saya dan membayar yuran sekolah…. majikan mengatakan kami tidak bertolak ansur kerana ambik cuti serentak…. so dia terus menyuruh saya berhenti kerja hari ini tanpa notis.

    November 21, 2015, 3:34 am
    • Ismail N Reply

      Sebaiknya anda dengan segera membuat aduan ke Jabatan Tenga Kerja berdekatan. Biarpun anda masih baru, ini tidak bermakna majikan boleh memberhentikan anda sesuka hati tanpa sebab yang wajar.

      November 22, 2015, 9:39 am
      • ayoi Reply

        salam,pihak majikan saya mengambil cuti umum sebayak 11 hari termasuk 5 hari yg ditetapkan ,6 hari yang selebihnya pihak majikan telah memilih cuti umum yang tertentu.
        1- salah 1 adalah cuti deepavali 10/11(selasa) dan pada hari tersebut pihak majikan bagi cuti tetapi saya kena ganti semula cuti tersebut pada 14/11(sabtu),dimana pada hari tersebut adalah off day saya?persoalannya bolehkah pihak majikan ganti cuti umum tersebut dan adakah pihak majiakn kena bayar saya 1+2?
        2- dan macam mane dengan off day saya?adakah pihak majikan perlu memberi cuti ganti atau bayar kepada saya?
        saya harap pihak tuan dapt memberi penjelasan kepada saya.
        Reply

        November 23, 2015, 7:53 am
        • Ismail N Reply

          W’salam. Jika Deepavali adalah salah satu dari 11 cuti umum yang dipilih oleh majikan anda, maka ia adalah cuti bergaji & tidak perlu diganti semula. Jika anda diperlukan untuk berkerja pada hari tersebut maka bayarannya adalah 1 + 2. Apa-apa pun cuba dapatkan penjelasan lebih lanjut dari majikan akan status hari Deepavali untuk syarikat anda. Terima kasih.

          November 23, 2015, 11:27 pm
  • Suhaila Reply

    Kepada Yang Berkenaan

    Saya wakil dari pihak majikan ingin makluman lebih lanjut berkenaan pemberhentian pekerja.
    Sekiranya majikan telah memberhentikan seorang pekerja sertamerta dengan memberi pampasan adakah pekerja tersebut boleh menuntut hak pampasan yang lain sedangkan pekerja tersebut telah bersetuju dengan apa yng dinyatakan di dalam surat permohonan dimana salah satu pihak boleh berhenti atau diberhentikan dengan memberi 1 bulan notis. Memandangkan majikan telah memberhentikan pekerja tersebut dengan sertamerta, majikan telah membayar 1 bulan gaji dan 2 bulan pampasan.
    Saya berharap agar tuan/puan dapat memberi maklum balas dengan kenyataan saya di atas

    Terima Kasih

    Regards
    Suhaila Jumri

    November 20, 2015, 4:28 am
    • Ismail N Reply

      Maksud ‘surat permohonan’ itu ialah offer letter? Dalam kes-kes penamatan kontrak pihak majikan perlu berhati-hati kerana klausa mengenai notis hanya terpakai pada pekerja sahaja. Untuk majikan pula, prinsip yang digunakan adalah samada ianya munsabah dan adil pada pekerja. Oleh itu perkara seperti tempoh perkhidmatan, jenis kontrak dan sebab pekerja diberhentikan akan diambil kira. Untuk lebih selamat, pastikan pekerja menandatangani surat pembayaran pampasan itu dan dinyatakan dalam surat tersebut dia berpuas hati dan tidak akan membuat sebarang tuntutan yang lain lagi kepada majikan.

      November 22, 2015, 9:48 am
  • fiza Reply

    Salam En, saya ada dapat surat tunjuk sebab tidak datang kerja tanpa sebab. Saya reply surat itu melalui email dengan menghantar notis berhenti kerja kepada hr tetapi tidak dapat apa-apa reply dr hr. Boleh saya tahu, jika mereka membuat DI, adakah ianya akan dibawa ke mahkamah kah dan adakah saya akan diblacklist.

    November 18, 2015, 4:57 pm
    • Ismail N Reply

      W’salam. Dalam apa-apa urusan berkaitan dengan pekerjaan, KOMUNIKASI itu amat penting. Sebaiknya berhubung dengan majikan jika mahu berhenti kerja. Tidak elok hantar email dan berdiam diri sahaja.
      Soal tuntutan dibuat atau tidak terpulang pada majikan. Ia bergantung samada anda pelu beri notis berhenti atau tidak. Blacklist itu tidak ada lah. Cuma kalau apply kerja di tempat lain, for sure majikan anda tidak mahu beri ulasan yang baik mengenai anda bila diminta.

      November 22, 2015, 11:39 pm
  • Faisal Reply

    Salam, minta pencerahan mengenai kiraan potongan gaji/jam (unpaid leave);
    1) bolehkah company menguna pakai rate 30 hari berbanding 26 hari dalam perkiraan rate unpaid leave per hour.
    2) bolehkah company guna kadar jam yang berlainan digunakan utk staf gaji rm2k ke bawah berbanding staf gaji rm2k keatas untuk perkiraaan unpaid leave.
    Cth: utk 2k kebawah- basic salary/208 jam
    2k keatas- basic salary/240 jam
    (waktu bekerja sama untuk semua staf)
    TQ.

    November 18, 2015, 6:20 am
    • Ismail N Reply

      Kiraan bahagi 26 tu cuma wajib untuk kiraan OT dan lain2 kiraan yang dinyatakan dalam Akta Kerja & tidak termasuk untuk tujuan unpaid leave. Oleh itu, rasanya tiada masaalah untuk gunakan kiraan ikut jumlah hari dalam sebulan. Untuk kadar jam pula, asalkan ia munsabah dan tidak merugikan pekerja, seharusnya boleh pada pendapat saya. Saya tiada rujukan kes mengenai hal ini. Oleh itu, jika boleh anda rujuk juga peguam IR/atau konsultant IR. Terima kasih.

      November 23, 2015, 12:18 am
  • Arieff iskandar Reply

    Assalamualaikum. saya arieff dan ingin bertanya mengenai gaji pekerja sebagai hotel reception. Saya telah diberi basic RM 900.00, kerja 12 jam sehari dah diberitahu bahawa saya hanya mengambil OT hanya 2jam. Pengiraan OT untuk 1jam ialah RM 4.30 ianya adalah sangat sikit. Boleh beritahu saya bagaimana dan apa tindakkan yang perlu saya ambil?

    November 16, 2015, 7:05 pm
    • Ismail N Reply

      Kiraan OT untuk satu jam untuk hari biasa adalah:

      RM900/26 bahagi 8 x 1.5 = RM 6.50 sejam.

      Cuba tanyakan majikan mengapa kadar adalah rendah & jika jawapan tidak memuaskan, anda boleh adukan pada Jabatan Tenaga Kerja.

      Terima kasih.

      November 23, 2015, 12:21 am
  • Farah Reply

    Boleh jelaskan tentang cuti kecemasan untuk pekerja?? Hak pekerja untuk cuti kecemasan.. Terima Kasih

    November 16, 2015, 8:36 am
    • Ismail N Reply

      Tiada cuti kecemasan khas untuk pekerja. Pekerja boleh gunakan annual leave (jika ada) untuk cuti kecemasan ini. Terima kasih.

      November 23, 2015, 4:52 am
  • faaidrihan Reply

    Terima kasih tuan.
    “Rasanya tidak salah sebab gaji tidak dipotong cuma kiraan dianjakkan ke belakang sahaja.”

    b’dsrkn ape yg tuan ckp gaji akan dianjjk ke bulan hadapn cthnye:
    gaji rm2000-30%=rm 1400.
    gaji berikutnye rm2000+30% ditolak=rm2600.

    ttp dlm hal ini majikan x membayar 30% di bulan berikutnye.
    bgaimna???

    November 15, 2015, 10:47 am
    • Ismail N Reply

      Situasi nya adalah HR ingin melaksanakan pengiraan gaji dri 21h-20hb dan gaji akan dpt pd 27/28hb.
      pd asalnya gaji dikira dikira dri 1hb-30hb dan gaji akan dpt pd 1hb-3hb.
      Utk melaksanakn pengiraan gaji/ cycle gaji ini, pengiraan gaji di kira dri 1hb-20hb dan gaji akan diberikan pd 27hb/28hb.

      Dalam pengiraan gaji ada opening & closing. Asalnya opening untuk syarikat anda adalah 1hb dan closing pada hujung bulan (29,30 atau 31). Ini membolehkan payroll membuat kiraan pada 1 & 2 haribulan dan account membuat bayaran pada 3hb.

      Saya rasa mesti ada yang tidak puas hati sebab gaji lewat terima (3hb).

      Oleh itu, perlu buat adjustment pada kiraan gaji.

      Untuk bulan seterusnya, closing dibuat awal iaitu pada 20hb bagi membolehkan gaji keluar awal (24 atau 25 mungkin sudah keluar).

      Gaji tidak dipotong. Cuma gaji bagi tempoh 21 hb hingga hujung bulan tidak dikira lagi sebab opening & closing sudah berubah. Gaji yang diterima adalah untuk kerja dari 1hb hingga 20hb sahaja.

      Untuk bulan seterusnya, gaji dikira dari 21hb hingga 20hb yang akan datang. Maka, ia cukup satu bulan kerja – gaji penuh.

      Bila closing pada 20hb ini, maka bila ada pekerja yang mahu berhenti dan notisnya tamat pada hujung bulan. Gaji yang diterima adalah 1 bulan campur 10 hari yang belum dikira ini. Ini merupakan anjakan gaji yang saya nyatakan sebelum ini.

      November 16, 2015, 12:13 am
      • Faisal Reply

        Salam En. Ismail,

        saya ada pertanyaan mengenai hari pembayaran gaji, current practise di kilang tempat saya kerja ialah bayaran gaji dibuat selewat-lewatnya 7 hari selepas tutup akaun, dan dari dulu sememangnya gaji masuk akaun bank pada hari ke 7 (paling awal dapat hari ke 5 jika hari ke 7 jatuh hari ahad).
        Adakah saya berhak untuk mintak gaji dibayar selewat-lewatnya 3 hb.
        Terima kasih.

        November 23, 2015, 3:48 am
        • Ismail N Reply

          Majikan ada sekurang-kurang 7 hari untuk proses gaji. Sebab itu, ada sesetengah majikan yang closing awal agar gaji dapat diterima pekerja sebelum bulan berakhir.
          Jika closing untuk syarikat anda adalah pada 30hb, maka pada 3hb, anda belum boleh tuntut gaji lagi. Boleh minta ihsan majikan, cuma tidak wajib majikan tunaikan. Terima kasih.

          November 23, 2015, 4:57 am
  • faaidrihan Reply

    salam tuan,
    sy ign mohon pencerahan berkenaan pemotongan gaji sbnyk 30%.
    Situasi nya adalah HR ingin melaksanakan pengiraan gaji dri 21h-20hb dan gaji akan dpt pd 27/28hb.
    pd asalnya gaji dikira dikira dri 1hb-30hb dan gaji akan dpt pd 1hb-3hb.
    Utk melaksanakn pengiraan gaji/ cycle gaji ini, pengiraan gaji di kira dri 1hb-20hb dan gaji akan diberikan pd 27hb/28hb.
    Oleh yg demikian 30% dari gaji akan ditolak.
    Bulan yg berikutnya gaji adalah spt biasa.
    Contohnya, gaji RM2000 tolak 30% = RM 1400.
    Bln seterusnya gaji spt biasa RM2000.
    Spt tidak msuk dek akal sbb kt ttp bekerja sebulan.
    Notis telah diberikan tnpa persetujuan di antara pekerja lain.
    Bgaimana hndak menyelesaikn mslh ini??
    Adakah pihak majikan berkuasa mutlak?
    30% bkn ckit tp sgt bnyk!
    Mohon bantuan! ASAP!

    November 15, 2015, 3:38 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Jika begitu alasan, maka bagi saya boleh lah ditolak gaji sebanyak itu. Namun, ia memang menyusahkan pekerja dan kebanyakkan syarikat yang amalkan sistem ini biasanya assume yang pekerja akan hadir hingga ke hujung bulan. Jika tidak hadir dalam tempoh 20 hingga 31hb, gaji akan dipotong pada bulan seterusnya. Rasanya tidak salah sebab gaji tidak dipotong cuma kiraan dianjakkan ke belakang sahaja. Ia agak menyusahkan pekerja tapi senangkan payroll & accounts.

      November 15, 2015, 9:41 am
  • Alisya Reply

    Salam,saya berkerja di restoran. Soalan saya..saya baru bersalin Dan kematian bayi. Masalah saya sebelum bersalin majikan bagi cuti bersalin dua bulan, lepas saya dah bersalin majikan kata cuti bersalin hanya seminggu sebab bayi meninggal..apa perlu saya buat..

    November 14, 2015, 10:56 am
    • Ismail N Reply

      Maksud Bersalin (Confinement):
      melahirkan anak selepas sekurang-kurangnya 22 minggu hamil samada anak itu hidup atau mati. Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (baca bersama Akta Pindaan 2012) :

      Dalam kata lain, cuti bersalin tidak boleh dipendekkan oleh majikan atas sebab anak itu meninggal dunia.

      Rujuk juga artikel: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-bersalin-dan-faedah-bersalin

      November 15, 2015, 9:32 am
  • nurul Reply

    salam tuan, masih kurang faham dengan hospitalisasi.Apakah maksudnya?
    Wanita yang keguguran termasuk dalam hospitalisasi atau tidak?
    Rakan saya keguguran dan telah menerima MC daripada hospital. Bagaimana MC tersebut dikira? Rahan saya telah bekerja selama 5 bulan.

    November 12, 2015, 8:39 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Hospitalisasi ialah bila anda di tahan dihospital untuk rawatan. Jika rawatan secara outpatient (pesakit luar)/tidak perlu tinggal tidak kira sebagai hospitalisasi.

      November 15, 2015, 9:29 am
  • Pn mila Reply

    Salam saya nak tahu kalau perkerja saya nak cuti tahunan 1 bulan ambil 2 kali boleh tak? 1 lagi kalau perkerja saya nak ambil cuti dekat2 macam 1 hb dengan 2 hb boleh tak?

    November 12, 2015, 3:17 am
    • Ismail N Reply

      Terpulang pada majikan. Hak majikan untuk luluskan cuti atau tidak.

      November 15, 2015, 9:19 am
  • suzana wati mat yunoh Reply

    assalam. nak tanya anak saya umur 15 tahun bekerja sambilan masa cuti sekolah di kedai pakaian. tanpa memberikan notis telah diberhentikan kerja setelah 7 hari bekerja dan gaji akan dibayar pada 7/12/2015 pada hari yg anak saya bekerja. apakah perkara wajar perlu saya lakukan

    November 12, 2015, 1:41 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Mengapa bulan 12 baru majikan mahu bayar? Cuba tanya majikan itu dulu. Jika jawapan tidak memuaskan, anda cuba rujuk dengan Jabatan Tenaga Kerja untuk bantuan dan tindakan. Terima kasih.

      November 15, 2015, 9:18 am
  • justriezal Reply

    salam saya ingin bertanyakan kemusykilan dgn situasi yg sedang saya hadapi.Saya baru mula bekerja selepas mc panjang akibat kemalangan hamper 55 hari…minggu lepas syarikat tempat saya bekerja sudah memanggil kesemua staff yang syarikat terpaksa membuat keputusan untuk mengurangkan kos atas masalah kewangan dan ekonomi sekarang.Mereka mengeluarkan dua option
    1…berhenti secara sukarela dan akan dibayar pampasan satu bulan setengah atau
    2…diberhentikan dan hanya dibayar satu bulan pampasan
    saya musykil…saya merupakan staff permenant.Bila saya berbincang dgn hr…terlalu byk pertikaian tentang pampasan yg selayaknya.
    Jika saya tidak silap…mereka perlu membayar pampasan mengikut beberapa pekara seperti berapa lama berkhidamat dan saya merupakan staff permenant bukanya kontrak.
    Gaji saya lebih 3500 sebulan.Bolehkan saya mengadu tentang masalah saya.Dan saya dalam dilemma…saya risau jika saya berhenti…urusan pampasan perkeso saya atas sbb kemalanagn dan patah anggota akan tergantung
    Harap dapat menjawap soalan saya.

    November 11, 2015, 10:01 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Ya, sebagai staff yang lama dan tetap, maka anda berhak kepada jumlah pampasan yang lebih besar. Oleh itu, sebaiknya anda tunggu sehingga diberhentikan dan kemudian dengan segera buat tuntutan bagi penamatan kontrak secara salah. Untuk makluman dan nasihat lanjut, rujuk peguam IR yang berdekatan. Terima kasih.

      November 15, 2015, 9:09 am
  • Nor Izzati Zadrul Izham Reply

    Saya ingin bertanya…
    1.Adakah salah di sisi undang-undang jika majikan ingin menolak gaji saya dari bulan 3 2015 hingga bulan 10 2015 atas sebab saya tidak memberi tunjuk sebab ingin bercuti.Padahal setiap bulan majikan akan meminta surat tunjuk sebab cuti,dan saya pernah bertanya ada tak lagi surat tunjuk sebab cuti yang masih belum saya berikan pada majikan,majikan kata sudah tidak ada,dan pada bulan 10 saya telah mendapat surat berkenaan cuti saya dan akan menolak gaji saya tanpa notis jika saya gagal memberi surat sebab.
    2.Bolehkan majikan menolak gaji tanpa memberi tahu detail tentang penolakan gaji tersebut.Majikan hanya tulis di slip gaji ” Unpaid Leave” dan jumlah RM sahaja.Saya tidak tahu penolakan gaji itu untuk tarikh bila.Mohon Penjelasan sekian t.kasih

    November 11, 2015, 7:26 am
    • Ismail N Reply

      Rujuk jawapan saya di bawah. Terima kasih.

      November 15, 2015, 9:06 am
  • Nor Izzati Zadrul Izham Reply

    Saya ingin bertanya…
    1.Adakah salah di sisi undang-undang jika majikan ingin menolak gaji saya dari bulan 3 2015 hingga bulan 10 2015 atas sebab saya tidak memberi tunjuk sebab ingin bercuti.Padahal setiap bulan majikan akan meminta surat tunjuk sebab cuti,dan saya pernah bertanya ada tak lagi surat tunjuk sebab cuti yang masih belum saya berikan pada majikan,majikan kata sudah tidak ada,dan pada bulan 10 saya telah mendapat surat berkenaan cuti saya dan akan menolak gaji saya tanpa notis jika saya gagal memberi surat sebab.
    2.Bolehkan majikan menolak gaji tanpa memberi tahu detail tentang penolakan gaji tersebut.Majikan hanya tulis di slip gaji ” Unpaid Leave” dan jumlah RM sahaja.Saya tidak tahu penolakan gaji itu untuk tarikh bila.Mohon Penjelasan

    November 11, 2015, 7:23 am
    • Ismail N Reply

      1. Wah, berat sungguh hukuman itu. Ia adalah tidak berpadanan dengan kesalahan dan anda boleh adukan pada JTK jika ia dilaksanakan.
      2. Sudah tentu tidak boleh. Namun, anda hendaklah terlebih dahulu meminta penjelasan dari majikan sebelum membuat apa-apa tindakan.

      November 15, 2015, 9:03 am
      • Nor Izzati Zadrul Izham Reply

        Terima Kasih Banyak2

        November 16, 2015, 12:30 am
  • Ayra Reply

    Salam Tuan,
    Saya ada beberapa soalan :
    1) Syarikat kami sedang mengalami masalah kewangan dan menyebabkan gaji pekerja dibayar lambat sehingga ke 20hb, namun pekerja telah dimaklumkan tentang ini dan adakah pihak syarikat masih akan dikenakan tindakan sekiranya ada pekerja yang membuat aduan di jabatan tenaga kerja?
    2) Ada diantara staff management yg ingin mengambil cuti unpaid leave dan beliau tidak mengisi borang atau pun memberikan apa-apa surat kepada pihak syarikat, beliau sekadar memaklumkan kepada Managing Director menggunakan aplikasi whatsapp.
    Sekiranya pihak syarikat tidak menerima atau meluluskan permohonan unpaid leave beliau dan ingin mengeluarkan surat untuk meminta beliau berhenti adakah dibenarkan? untuk pengetahuan Tuan, beliau masih belum lagi menjadi pekerja tetap (blm confirm lagi)
    3) Berapakah hari yang dibenarkan untuk mengambil Emergancy Leave dalam setahun, dan adakah pihak syarikat boleh memberikan surat berhenti kepada pekerja yang kerap mengambil Emergancy Leave?
    Sekian, terima kasih

    November 11, 2015, 2:45 am
    • Ismail N Reply

      W’salam.
      1. Memang boleh dikenakan tindakan. Namun, tidak bermakna majikan tidak boleh buat rayuan dengan menunjukkan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan kepada Pengarah JTK.
      2. Ini lebih kepada polisi syarikat dan dalam melaksanakan polisi syarikat anda perlu konsistent dan telus. Staff hendaklah dimaklumkan dan tindakan perlu konsistent terhadap semua pekerja dan rekod-rekod mengenai konsistensi ini hendaklah ada. Amaran hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu dan diikuti dengan surat tunjuk sebab sebelum prosiding disipilin dimulakan. Biarpun pekerja di bawah probation, adalah sebaiknya tindakan awal seperti amaran ini dilakukan terlebih dahulu.
      3. Sekali lagi ini melibatkan hal polisi. Ia ditetapkan oleh majikan. Namun, perlaksanaan hendaklah jelas dan konsistent.

      November 15, 2015, 9:00 am
  • fiza Reply

    Salam En, saya sudah tidak datang bekerja selama seminggu kerana saya berniat utk berhenti tanpa notis. Sekarang majikan saya ada hantar surat untuk tunjuk sebab saya tidak nadir bekerja. Sekiranya saya ignore kan dan tidak reply surat itu, adakah saya akan di kenakan tindakan undang2. Sekiranya saya memohon pekerjaan baru, adakah majikan saya boleh semak sama ada saya telah dibuang kerja kerana tidak nadir bekerja jika saya tidak letakkan majikan lama saya ini sebagai refference dlm resume. Harap encik dpt berikan maklum balas utk pertanyaan saya ini.

    November 10, 2015, 9:50 pm
    • Ismail N Reply

      Bila anda tidak datang kerja tanpa sebab munsabah, majikan punyai opsyen untuk ambil tindakan disiplin seperti menggantung anda kerja tanpa gaji dan memberhentikan anda tanpa notis. Terpulang pada majikan untuk melaksanakannya.
      Memang bila anda ditamatkan kerja atas sebab disiplin, tentunya bila bakal majikan lain buat rujukan pada majikan lama, perkara ini boleh dibangkitkan.

      November 15, 2015, 3:44 am
      • fiza Reply

        Salam En.Ismail, sekiranya majikan berhentikan says, adakah saya perlu membuat apa-apa bayaran kepada majikan saya. Berkenaan dgn rujukan, sekiranya saya tidak meletakkan dlm resume bhw saya pernah bekerja di syarikat itu, adakah majikan baru saya boleh semak sama ada saya ada bekerja di syarikat mana selain syarikat yg ada dlm resume.
        Harap En. dpt beri maklum balas. Terima kaseh.

        November 16, 2015, 7:31 am
  • kurush Reply

    A bekerja di sebuah restoran(fastfood),die merupakn pekerja sambilan yg mane gaji A di bayar mgikut jam(rm4.++ per hour).waktu berkerja A 4pm-11pm(closing shif),yg mnjadi masalah ialah selepas pkul 11pm,tiada kiraan gaji padahal A di bayar gaji per jam,malah majikan yg punch out kad A tepat2 pkul 11.10 sedangkn A msih lagi brkerja sehgga pkul 12am,mlah kadang2 pkul 1am.bermakna dalam 1bulan A berkerja 20jm tanpa d kira gaji.dan adakah majikan memang d beri kuasa penuh untuk punch out kad pekerja tanpa pengetahuan pekerja tu sendiri?

    November 10, 2015, 12:21 am
    • Ismail N Reply

      Dalam hal ini, A perlulah memberitahu majikan bahawa dia hendak pulang kerana masa kerjanya telah tamat pada jam 11 mengikut perjanjian kerja. Jika majikan masih mahu dia meneruskan kerja maka, dia hendaklah dibayar pada kadar yang dipersetujui. Punch card hendaklah di punch sendiri oleh pekerja dan bukannya majikan.

      November 15, 2015, 3:42 am
  • alif512 Reply

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ingin tahu jika seseorang perkerja tnb telah di buang kerja kerana kesalahan copy shop dan akan di bawa ke mahkamah perusahaan ada kah perkerja yang di buang kerja akan di terima kembali walaupun ada bukti?..

    November 7, 2015, 10:39 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Jika sudah dibuktikan salah, maka terpulanglah kepada majikan untuk terima kembali ya. Rasanya tidak sebab majikan sudah bersusah payah ke Mahkamah untuk buang pekerja, takkan mahu kembali tak?

      November 8, 2015, 3:02 am
  • fiza Reply

    Says bekerja di bank yg perlukan 3 bln notis utk resign tapi majikan baru saye xdpt tggu utk 3 bln. Jadi saye berhenti tanpa notis. Adakah saya akan dikenakan legal action oleh majikan lame saya.harap boleh berikan jawapan utk sy.

    November 7, 2015, 2:46 am
    • Ismail N Reply

      Ya, boleh. Mereka boleh tuntut nilai gaji itu in lieu of notice. Cuba rayu pada majikan untuk kurangkan tempoh notis tersebut. Tulis baik-baik dan jumpa dengan boss utama untuk dapatkan simpati. Terima kasih.

      November 8, 2015, 3:05 am
      • fiza Reply

        Kalau saya gagal utk buat bayaran tersebut, ape yang akn terjadi pd saye. Hrp encik boleh bg penerangan.

        November 8, 2015, 5:15 am
        • Ismail N Reply

          Asasnya bila ada pemecahan kontrak, pihak satu lagi boleh menuntut. Oleh itu, majikan anda boleh menuntut jumlah tersebut dari anda di mahkamah jika dia mahu. Ia dimulakan dengan membuat lapuran terlebih dahulu ke Pejabat Buruh (Jabatan Tenaga Kerja) yang akan memaklumkan anda tuntutan telah dibuat. Jika anda tidak layan, maka terpulanglah kepada
          majikan semada mahu membawa kes ke mahkamah atau tidak.

          November 10, 2015, 12:09 pm
          • fiza

            Salam En. Ismail, maknenye majikan lama saya akan hantar notis tuntutan nilai gaji kepada saya telebih dahulu. Jika saya gagal membayar maknanye mereka boleh bawa kes ini ke mahkamah tetapi jika saya membayar, ianya tidak akan dibawa ke mahkamah.

            November 12, 2015, 10:38 am
      • nike Reply

        salam admin saya nk tanya klu cuti tahunan tidak ada dalam sesebuah kompeni malahan cuti umum jugak tidak diberi cuti cuma ketika hendak mengambil cuti sakit akan diberi tetapi cuma sehari,sama ada sakit sudah sembuh atau tidak tidak diambil kira..apakah tindakan yang boleh sy ambil jika ingin membuat aduan?

        November 10, 2015, 1:13 am
        • Ismail N Reply

          Anda boleh rujuk kes anda ke Jabatan Tenaga Kerja. Bawa dokumen-dokumen berkaitan dan bukti2 untuk memudahkan JTK menasihati anda.

          November 10, 2015, 12:10 pm
  • Lieza Reply

    mohon pencerahan admin mengenai kelayakan cuti tahunan. Adakah salah sekiranya syarikat mengambil kira cuti tahunan bermula dr bulan mac ke bulan mac tahun seterusnya dan bukan bulan january ke december? Dan sekiranya cuti tahunan itu tidak dihabiskan utk tahun yg sama bolehkah cuti itu dibawa ke hadapan dan perlu dihabiskan pada waktu tertentu?

    November 5, 2015, 2:38 pm
    • Ismail N Reply

      Ada dua cara syarikat selalu gunakan iaitu ikut tarikh mula kerja atau ke duanya ikut tahun kalendar. Cara ke dua lebih popular dewasa ini kerana mudah untuk di kira. Jika pekerja belum cukup satu tahun perkhidmatan, kiraan pro-rata digunakan pada 1hb Januari.

      Samada boleh di bawa ke hadapan atau tidak terpulang pada polisi syarikat. Cuma ia perlu jelas dan diterangkan pada pekerja terutama jika ia akan disita jika tidak digunakan tanpa sebab munsabah.

      November 8, 2015, 3:14 am
  • azam Reply

    Saya ingin bertanya dan mohon pencerahan.bolehkah pihak atasan menggunakan perkataan kesat contohnya :bodoh,sial,bangang,kuli batak,ingat ini kompeni bapak kau dll kepada orang bawahan?apa tindakan yang sepatutnya jika ini berlaku?

    November 5, 2015, 2:24 am
    • Ismail N Reply

      Ini agak biasa berlaku di banyak syarikat. Cuma kalau hendak ambik tindakan memang amat tipis sebab undang-undang cuma lindungi dari sebarang ‘actual loss’ yang selalunya dalam bentuk financial sbb yang lain susah hendak ditunjukkan. The best thing ialah bersabar dan tumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja. Terima kasih.

      November 8, 2015, 3:19 am
  • Ekin Salleh Reply

    Salam, saya bekerja sebagai kerani hr di sebuah kilang selama 1 tahun 8 Bulan.
    Pada, 30/10/15. Saya telah memberi notis 24jam perletakan jawatan atas alasan masalah keluarga dan perlu berhenti dgn segera melalui emel dan pihak majikan telahpun menerimanya. Walaupun sy tahu jika pekerja yang telah confirm perlu memberi notis selama sebulan.

    Pada 4/11/15 saya menerima surat Untuk hadir memberi notis 1bulan atau bayar gaji satu Bulan jika tidak sy akan dikenakan tindakan undang2.

    Masalah disini-
    * kenapa kena beri notis satu Bulan, kena kerja sebulan lg ke?
    * jika saya bayar sebulan gaji, perlukah sy bayar penuh, even baki cuti Untuk tahun 2015 masuk belum claim tahun depan. Dan saya bekerja selama, 5 hari tanpa gaji kerana punch card baru bermula setiap 25hb.
    *saya tak mahu berjumpa, bolehkah pembayaran dilakukan dalam cek?
    *jika pekerja di buli oleh atasan dan majikan tidak percaya, di mana perlu sy laporkan.

    November 4, 2015, 8:12 am
  • Nashriq Reply

    Asslammualaikum ,

    Saya ada beberapa pertanyaan :

    1)2 aset syarikat ( laptop ) di bawah penjagaan saya hilang akibat kecurian yang berlaku di rumah saya.Sekarang syarikat tanpa sebarang notis atau pemberitahuan menahan gaji saya tanpa memberitahu sampai bila gaji saya akan ditahan.Boleh ke sesebuah syarikat berbuat begitu?

    2)Berapa lama had maksima penahanan gaji yang boleh dilakukan oleh sesebuah syarikat sekiranya berlaku special kes seperti kes saya di atas.

    Di harap tuan dapat menjawab pertanyaan saya.

    Terima kasih

    November 4, 2015, 7:41 am
  • Akmal Reply

    Saya bekerja di syarikat swasta sebagai pekerja kontrak selama setahun. Saya mendapat surat tawaran dan didalam surat tawaran bertulis ada menyatakan jika saya ingin berhenti kerja saya mestilah mengemukakan 2 bulan notis dan jikalau syarikat ingin berhentikan saya, mestilah dikemukan sebulan notis kepada saya. Pada akhir bulan Oktober, saya telah diberhentikan atas alasan “No Demand” dan diberi notis selama 7 hari sahaja dan tidak akan dibayar gaji untuk bulan november. Apakah yang boleh saya lakukan dan bolehkah saya menuntut gaji sebulan sebagai pampasan untuk saya kerana berhentikan dan diberi notis selama 7 hari sahaja.

    November 4, 2015, 5:15 am
  • Nur ain syahirah Reply

    Hi,
    saya ingin bertanya bagi jika ada sebuah syarikat tidak memberi gaji dalam tempoh 3 bulan bekerja.Adakah ia ada dalam lingkungan terma dan syarat.Setahu saya,jika 3 bulan bekerja dan akan mendapat 3 bulan gaji sekali gus bukan nya hanya mendapat tak sampai sebulan gaji.Satu lagi,ada kah wajar seorang pengurus jabatan tidak memberikan cuti walaupan telah bekerja selama 2 minggu tanpa henti dan jadual yang diberikan tidak teratur.Saya dapati pengurus jabatan tersebut juga tidak membenarkan pekerja yang beragama islam untuk solat disebabkan pengurus tersebut berbangsa cina.Jika masuk bekerja hampir sebulan tetapi tidak lagi mendatangi mana-mana perjanjian adakah boleh berhenti tanpa surat dan adakah gaji selama sebulan saya bekerja itu akan dapat?Harap dapat jawapan dari pihak berkenaan sebab saya rase ini penganiyaan terhadap orang melayu terutamanya.

    November 2, 2015, 3:04 am
  • dk Reply

    assalamualikum. sya nak tnyaskiranya majikan menolak tuk berikan cuti tahunan kpda sya degan alasan staff tdk mncukupi apkah y perlu sya lakukan. majikan sepertinya tdak igin meberikan cuti tahunan kepda sya manakala staff lain diberikn. sya telah beberapa kali meminta nya tetapi alsan tetap sama.. pa kah y prlu sya lakukan’?

    November 1, 2015, 10:18 am
  • Zahar Reply

    Assaalamualaikum, saya tlh bekerja di 7eleven selama 43 hari, saya ingin bertanya sekiranya sye berhenti secara mengejut meskipun saya dtg bekerja sehari sblm saya meletakkan jawatan dan telah memberi notis 24 jam, adakah pihak 7 eleven berhak tidak membayar gaji saya pada bulan terakhir memandangkan ini adalah malam dan bln terakhir saya bekerja? Store manager saya pernah memberitahu gaji pnuh akan dibayar akhir bulan akn tetapi saya diberitahu gaji bln 11 saya blm dibayar penuh, bagaimana saya nak claim?

    October 31, 2015, 7:38 pm
  • NORAZLINA MOHAMAD Reply

    Salam.. saya adalah pekerja swasta dan majikan mengenakan potongan KWSP sebanyak 18% setiap bulan melalui gaji kakitangan dan juga syarikat.. saya nak Tanya, boleh ka saya membatalkan atau mengurangkan potongan KWSP tersebut? Ini kerana potongan yang banyak menyebabkan saya mengalami kemerosotan Ekonomi dan juga terlepas dari mendapat BRIM pada jumlah yang sepatutnya. ini kerana, pihak kerajaan tidak sesekali menilai kelayakan BRIM berdasarkan gaji pokok/gaji kasar tetapi berdasarkan Jumlah potongan KSWP..
    Harap saya mendapat penjelasan. terima kasih

    October 30, 2015, 3:59 am
  • Ms keliru Reply

    Assalamualaikum.., sy seorang pekerja mengikut shift di salah sebuah syarikat sbgai penyelia percubaan.. tempoh percubaan adalah selama 3bulan shj.. bgaimanapun.., stlh cukup 3bln.., sy mendapat notis gagal percubaan dan dilucutkan jwtn dan telah diturunkan pngkat kepada kakitangan am dgn 3bln lg waktu percubaan dgn gaji yg rm700 shj.. sy musykil.., sy tidak pernah diberi latihan semasa tempoh percubaan sbgai penyelia.., sbb2 sy digagal kn pula adalah sgt tidak munasabah kecuali dtg sedikit lewat bagaimanapun sy tlh bekerja mengikut jam yg ditetapkan.. ay juga tidak pernah menerima apa2 notis amaran samada lisan atau pn bertulis.. sy juga telah memberi komitmen sepenuhnya dgn bekerja tanpa rehat selama 2 syif berturut turut kerana kekurangan staff.. adakah sy layak utk memfailkan saman terhadap majikan sy dan bagaimana caranya..?? Mohon pencerahan..

    October 30, 2015, 2:38 am
  • Faisal Reply

    Salam, minta pencerahan mengenai kiraan potongan gaji/jam (unpaid leave);
    1) bolehkah company menguna pakai rate 30 hari berbanding 26 hari dalam perkiraan rate unpaid leave per hour.

    2) bolehkah company guna kadar jam yang berlainan digunakan utk staf gaji rm2k ke bawah berbanding staf gaji rm2k keatas untuk perkiraaan unpaid leave.
    Cth: utk 2k kebawah- basic salary/208 jam
    2k keatas- basic salary/240 jam
    (waktu bekerja sama untuk semua staf)
    TQ.

    October 28, 2015, 7:44 am
  • haji Reply

    Salam tuan..sy bekerja di syarikat penerbangan. Waktu kerja 2 shift 13jam pagi(0700-2000hrs) /petang (1900-0800hrs) 52jam seminggu.masalah sy disini..sy diwajibkan OT(jika ingkar akan diambil tindakan ) sehingga jam 2400hrs(tambah lg 4jam-total 17jam sehari). Atas alasan staf tak mencukupi.soalannya :-
    1.bolehkah sy menolak OT tersebut?
    2.atas akta buruh yg mana perlu sy rujuk?
    Terima kasih Tuan

    October 28, 2015, 5:00 am
    • Ismail N Reply

      Jika gaji RM2k dan ke bawah, maka Akta Kerja 1955 boleh dirujuk. Jika tidak, rujukan adalah pada kontrak kerja.

      Untuk OT, majikan memang tidak boleh paksa jika pekerja enggan buat OT. Akan namun, kengganan pekerja boleh dianggap sebagai engkar perintah dan tindakan tatertib boleh dikenakan bergantung kepada seriusnya kesalahan dan kesan pada operasi perniagaan. Terima kasih.

      November 1, 2015, 6:45 am
      • Firdhaus Reply

        Salam, jika saya enggan ot atas sebab kesihatan?

        November 7, 2015, 3:27 am
        • Ismail N Reply

          Jika sebab kesihatan perlu buktikan pada majikan melalui pengesahan doktor.

          November 8, 2015, 3:03 am
  • suri Reply

    syukur sejak kerja syarikat ini berapa tahun ada sahaja kenaikan gaji majian berikan. tinggi juga kala bandingkan dengan pekerja lain.setuju dengan kata admin kenaikan in bergantung pada budi bicara majikan. mereka tahu hasil kerja kita macam mana.

    tapi kalau gaji tak naik atau naik sikit kena redha nak paksa majikan tak boleh juga..wahualam..

    October 26, 2015, 8:04 am
    • Ismail N Reply

      Untung lah kalau macam tu. Semoga terus murah rezeki selalu.

      November 1, 2015, 6:36 am
  • Uncle Zuan Reply

    pening juga kalau kena handle hr ni

    October 25, 2015, 3:33 pm
    • Ismail N Reply

      Mencabar sebab urus orang. Lain-lain orang lain perangainya. 😀

      October 25, 2015, 11:36 pm
  • hanif samsi Reply

    Salam saya merupakan seorang pekerja leasing staff die sebuah syarikat glc..telah berkhidmat lebih 6 tahun tetapi tiada kenaikan gaji masih kekeal rm1200 daripada 6 tahun lepas..adakah ada peruntukan akta yang saya boleh gunakan untuk meminta pihak majikan menaikkan gaji saya atau menjadikan saya staff kontrak atau tetap??

    October 24, 2015, 2:38 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Dukacita saya maklumkan bahawa tiada peruntukkan yang sedemikian. Hal kenaikkan gaji adalah 100% budibicara majikan tertakluk kepada peruntukkan Perintah Gaji Minima.

      October 25, 2015, 7:50 am
  • hafina Reply

    saya nak bertanya,

    1) kalau pekerja kontrak perlukah pihak syarikat berikan cuti tahunan,cuti sakit dan cuti kecemasan?

    2) Jika syarikat yang tidak berdaftar dengan JTK perlukah pekerja mengikut undang-undang syarikat tersebut?
    (hanya untuk pengetahuan umum sahaja)

    sekian terima kasih.

    October 22, 2015, 6:24 am
    • Ismail N Reply

      1. Kecuali cuti kecemasan, jika gaji dibawah 2k ia jadi wajib kerana Akta Kerja mewajibkannya. Jika lebih 2k anda boleh runding agar semua faedah ini dimasukkan dalam kontrak.

      2. Peraturan dalam syarikat adalah berasakan kontrak dan Akta Kerja (jika pekerja dilindungi Akta). Tiada kena mengena dengan pendaftaran dengan JTK.

      October 23, 2015, 11:32 pm
      • Hafina Reply

        Maksudnya pekerja kontrak pn ada cuti tahunan lah ya?? Patutkah pihak syarikat tolak gaji pekerja kontrak tu jika majikan tidak berikan cuti tahunan??

        October 29, 2015, 9:08 am
  • Jumat Bin Raska Reply

    Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia,
    Soalan saya, saya telah di lantik dan menjawat jawatan dalam sektor swasta. Tempoh percubahan dalam surat kontrak selama 6 bulan tetapi saya baru berkhidmat selama 5 bulan, pihak majikan telah menamatkan perkhidmatan saya secara lisan dengan alasan pihak syarikat ingin mengurangkan kos. Dalam masa yang sama majikan juga minta saya buat surat berhenti kerja serta-merta atas kemahuan sendiri. Mohon pencerahan dari tuan kerana menamatkan perkhidmatan saya secara serta-merta tanpa surat pemberitahuan akan menjejaskan sara hidup saya dan keluarga. Sekian, Terima kasih.

    October 22, 2015, 4:45 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Jika anda dalam tempoh percubaan, tidak salah majikan tamatkan kontrak selepas tempoh tersebut tamat. Cuba sebaiknya jika ada kelemahan dan perkara yang perlu diperbaiki, ia perlu diberitahu terlebih dahulu. Majikan tidak perlu minta anda untuk buat surat berhenti pun. Mungkin mereka kurang pasti apa yang perlu dibuat dan ingin melepaskan tanggungjawab kepada anda. Saya nasihatkan anda jangan tulis surat berhenti kerja dan sebaliknya buat surat rayuan dan mohon penjelasan lanjut mengapa perkhidmatan anda mahu ditamatkan.

      October 23, 2015, 11:28 pm
      • Jumat Bin Raska Reply

        Assalamualaikum, mohon pencerahan… tempoh percubaan saya selama 6 bulan tetapi pihak majikan telah menamatkan perkhidmatan saya sebulan lebih awal iaitu saya baru berkerja 5 bulan tanpa notis hanya secara lisan sjh. Soalan sy, apakah saya berhak menuntut gaji sebulan mengikut kontrak yang telah diberikan oleh majikan dan dalam kes sy ini adakah sy boleh membuat aduan kepada JTK.
        Terima kasih.

        October 28, 2015, 2:19 am
  • Zahari Hashim Reply

    Salam En Ismail

    Sekiranya terdapat pekerja yg selalu ambil MC boleh tak kita tetapkan Satu klinik untuk waktu biasa dan satu klinik 24 jam untuk pekerja tersebut..selain dari klinik tersebut…kita akan tidak akan menerima MC yang dikemukakan.

    October 20, 2015, 3:59 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Ya. Majikan boleh tetapkan prosedur untuk mengambil MC bagi mengelakkan salahguna faedah ini. Yang penting adalah prosedur itu munsabah dan tidak terlalu menyusahkan pekerja. Contohnya: Klinik panel yang terlalu jauh dari pejabat atau rumah pekerja. Terima kasih.

      October 20, 2015, 11:52 pm
  • Atsari Baiza Bin Zaiton Reply

    Saya seorang pekerja syarikat swasta. seandainya pihak syarikat mahu memberhentikan saya disebabkan prestasi kerja saya, adakah syarikat boleh memberhentikan saya atau pihak syarikat sepatutnya memberikan saya peluang dengan menukarkan saya ke bahagian lain dalam syarikat? adaka pihak majikan berhak memberhentikan saya hanya disebabkan prestasi kerja saya dan pencapaian kerja saya?

    October 19, 2015, 4:51 am
    • Ismail N Reply

      Majikan memang boleh memberhentikan pekerja atas alasan prestasi kerja. Akan tetapi ini hendaklah dilakukan selepas amaran diberikan, kesalahan atau kelemahan diperjelaskan dan surat tunjuk sebab dikeluarkan. Dalam kata lain, majikan telah beri peluang kepada pekerja untuk perbaiki diri, namun pekerja masih gagal meningkatkan prestasi ke tahap yang dikhendaki oleh majikan. Adalah tidak perlu untuk majikan pindahkan pekerja ke jabatan lain, lebih-lebih lagi tiada keperluan di jabatan lain dan pekerja di ambil untuk tugasan di jabatannya sekarang. Terima kasih.

      October 20, 2015, 11:31 pm
  • saripsan Reply

    saya telah di berhentikan kerja . dan saya tidak berpuas hati dengan penamatan kerja yang telah majikam saya buat .alasan mereka memecat saya .adalah saya tidak memberitahu bahawa saya telah keluar pulang dari tempat kerja tanpa meminta kebenaran . sebetul nya pada masa itu saya sakit demam panas yang sangat saya tidak dapat tahan , lagi2 terkena aircond saya keluar sejuk yang teramat . sebelum tu ada manager saya suda bagitahu tetapi pada masa itu maneger cakap kurang staff . maksud dia suruh saya bertahan begitu . saya keluar balik pun bukan ke ruma saya ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan selepas itu saya meminta MC kepada panel doktor . mungkin salah saya ka atau bagaimana ? lepas tu mereka tidak terima klem duit kos perubatan dari klinik . padahal suda ada resit dari pihak klinik untuk saya membuat klim duit balik . jadi bagaimana ka ?

    October 18, 2015, 1:09 am
    • Ismail N Reply

      Dalam kes pemecatan tanpa sebab yang kukuh, pekerja perlu melapurkan dengan seberapa segera kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan lanjut. Terima kasih.

      October 18, 2015, 3:31 am
  • Sani Reply

    Good system can help company to manage people in small company.

    October 16, 2015, 11:57 am
    • Ismail N Reply

      Absolutely bro.

      October 18, 2015, 3:30 am
  • margeena beeve Reply

    Jururawat yang bertugas di klinik pakar ( waktu pejabat)8.00 hingga 5.00 petang.Adakah mereka layak mendapat cuti sabtu dan ahad?
    Sekiranya jururawat tersebut mengambil cuti rehat sepanjang satu minggu, adakah beliau masih layak mendapat cuti sabtu dan ahad

    October 15, 2015, 4:55 am
    • Ismail N Reply

      Terpulang kepada majikan. Yang wajib bagi majikan adalah memberikan SATU hari rehat dalam seminggu dan pekerja cuma disuruh berkerja tidak lebih 48 jam dalam seminggu (tidak termasuk masa rehat).

      October 18, 2015, 3:27 am
  • Dian anna Reply

    Mohon pendapat Rasional daripada para-para cendiakawan,

    Sesebuah syarikat membuat ‘ PEMBERHENTIAN KERJA ‘ ke atas pekerja-pekerjanya secara ‘ Mandatory’.Pihak HR akan memanggil serta menyerahkan’ Surat/Notis pemberhentian tersebut’.sebagai contoh :-
    Pekerja itu berkhidmat hampir 15 Tahun,Namun bayaran pampasan untuk pemberhentian tersebut tidak setimpal mengikut tempoh tehun perkhidmatan pekerja tersebut”.Mohon pendapat ” Sekian.

    October 13, 2015, 11:03 am
    • Ismail N Reply

      Kami di sini bukanlah cendiakawan tetapi akan cuba membantu memberi pendapat mengenai isu-isu berkaitan undang-undang buruh di Malaysia.

      Dalam soal pemberhentian kerja dan pampasan, ia bukanlah sesuatu yang agak straight forward. Ianya perlu diteliti secara kes ke kes. Antara perkara yang bakal dipertimbangkan termasuklah: sebab dihentikan kerja? adakah ia adil? jika ada prosedur yang perlu diikuti, adakah ia telah dijalankan? dan sebagainya.

      Biasanya nilai pampasan adalah berdasarkan persetujuan pekerja dan majikan. Jika tiada persetujuan dapat dicapai, maka pekerja bolehlah dan seberapa segera mengadukan pada Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan lanjut dan mungkin akan di dengar Mahkamah Perusahaan untuk hakim memutuskannya.

      Terima kasih.

      October 14, 2015, 5:17 am
      • De Anna Reply

        Salam sejahtera & Terima kasih di atas komentar yg bernas ini, tambahan bagi pertanyaan merujuk kpd soalan saya berkenaaan ‘ perbentian pekerja’.Sbb utama adalah syarikat mengalami penurunan ekonomi hampir 2 tahun. Dengan budjet kewangan syarikat tidak mampu menanggung kos operasi keewangan.Di sini bagaimanakah syarikat begini Akan membuat cara pemberhentian & cara pembayaran.Swkian

        October 17, 2015, 12:23 am
        • Ismail N Reply

          Proses retrenchment ini memang satu topik yang amat popular dan banyak sekali diperkatakan. Namun, perlaksanaanya amat kompleks dan saya rasa ada baiknya juga syarikat anda engage seorang peguam IR atau mohon bantuan MEF dalam perlaksanaanya.

          Amnya, bila syarikat mengalami masaalah kewangan, jalan yang paling logik adalah membuat down-sizing iaitu mengecilkan operasi dan ini menjadikan ramai pekerja tidak lagi diperlukan (redundant).

          Redundancy menyababkan syarikat melaksanakan retrenchment dan sebaiknya ia dibuat secara persetujuan bersama iaitu amaun pampasan di persetujui oleh kedua-dua pihak. Majikan juga sebelum melakukan retrenchment sebaiknya melapurkan pada Pejabat Buruh (Jabatan Tenaga Kerja) dengan mengisi borang yang disediakan.

          Bila ada pekerja yang mahu dikekalkan dan ada yang mahu dibuang, prinsip LIFO perlu juga dipertimbangkan. Manakala dalam soal amaun pampasan, rujukan pada Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980 hendaklah juga di buat.

          Setiap syarikat ada kes yang berbeza dalam hal ini. Itu sebabnya saya galakkan anda engage peguam/pakar dalam hal ini untuk berikan konsultansi sebelum menjalankan proses tersebut.

          Terima kasih.

          October 18, 2015, 3:24 am
  • eja Reply

    saya ingin bertanya … dalam sebulan contoh macam bulan august .. ada 31 hari … boleh ke majikan kira gaji basic bahagi dengan 31 hari ?? sebab total hari bekerja saya dalam sebulan 22 hari sahaja .. sabtu & ahad cuti … dan lagi satu. syarikat swasta sepatut nya bayar gaji selewat-lewatnya berapa hari bulan ? 7hb ke boleh lebih drai itu … & kalau 7hb tu sepatut nye cheque baru diberi atau sudah clear dalam account pekerja ??

    October 13, 2015, 2:19 am
    • Ismail N Reply

      Untuk tujuan apa kiraan dibuat? Jika untuk kiraan OT, ia perlu dibahagikan dengan 26 (jika gaji anda tidak melebihi RM2k). Jika untuk tujuan potongan gaji bagi tempoh unpaid leave, maka boleh guna kiraan bahagi jumlah hari dalam sebulan (yang lebih menguntungkan anda sebenarnya).

      Bila bayar itu bergantung kepada closing checkroll anda iaitu lihat tempoh bayaran gaji. Kebanyakkan syarikat mungkin kira dari 1hb hingga 30/31 hb. Selepas closing, majikan perlu bayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh tersebut.

      October 14, 2015, 5:28 am
  • Addnan Reply

    As Salam, saya di fahamkan bahawa “Akta Pekerjaan Seksyen 60(D) menetapkan 10 hari cuti umum bergaji dimana enam hari cuti umum ditetapkan oleh akta dan selebihnya ditetapkan oleh majikan. Enam hari cuti umum adalah cuti bagi:
    1. Hari Kebangsaan;
    2. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong;
    3. Hari Keputeraan Sultan/Raja atau Yang Dipertua Negeri di negeri di tempat pekerja bekerja sepenuhnya atau sebahagian besarnya di negeri tersebut;
    4. Hari Wilayah Persekutuan bagi pekerja sepenuhnya atau sebahagian besarnya di Wilayah Persekutuan; dan
    5. Hari Pekerja
    6. Hari Malaysia

    Sekiranya majikan tidak mengambil cuti umum lain (bukan seperti diatas) seperti Maulidurrasul, Awal Muharram, Thaipusam, Hari Wesak dan pekerja wajib bekerja pada hari cuti umum tersebut,

    Bagaimana pula dengan kadar gaji? Adakah majikan akan membayar 2 hari gaji kepada pekerja atau ia dikira pembayaran gaji mengikut overtime pada cuti umum atau majikan tidak perlu membayar gaji untuk hari yang bekerja pada cuti umum. Mohon pencerahan.

    October 12, 2015, 6:38 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Sebenarnya lima sahaja yang automatik wajib pilih ya. Anda perlu baca #3 dan #4 bersama-sama. Kemudian majikan perlu tambah lagi enam hari cuti dari cuti-cuti lain yang diwartakan di Malaysia. Inform awal tahun di notice board, ini sahaja 11 hari yang majikan kira sebagai cuti umum.

      Jika Awal Muharam tidak dikira oleh majikan sebagai cuti umum syarikat, maka perkerja perlu kerja seperti biasa pada kadar gaji biasa.

      October 14, 2015, 5:36 am
  • Mazlan Reply

    Gaji 1800,majikan janji bayar imbuhan 2% komisen pada kerja2 yg dibuat pd hujung tahun tanpa syarat utk pancing saya bekerja.Bila dah kerja dan sain kontrak(berlaku selepas 11/2 bulan setelah mula bakaerja) ada pula syarat tambahan yg 2% itu akan dibayar hujung tahun kalau syarikat ada untong,dan pekerja tidak boleh tahu hal akaun syarikat dan ia jadi hak majikan pulak.Kontrak itu tiada saksi.Mcm mana saya nak dapatkan komisen yang dijanjikan sbb kontrak berat sebelah dan tidak adil sebab ada syarat atas syarat yg berlapis lapis.

    October 12, 2015, 4:01 am
    • Ismail N Reply

      Sebaiknya sebarang persetujuan sebegini diletakkan secara bertulis untuk mengelakkan sebarang keraguan dan konflik. Jika majikan tidak mahu bayar dan tidak setuju kewujudan terma sebegini, maka amat sukar anda menuntutnya.

      October 14, 2015, 5:40 am
  • azian Reply

    Cuti mingguan organisasi saya pada hari jumaat & cuti shif saya pada hari sabtu. Masalah saya jika public holiday jatuh pada hari sabtu iaitu sama dengan cuti shif saya, layak @ tidak saya dapat cuti gantian.

    October 8, 2015, 2:06 am
    • Ismail N Reply

      Bergantung kepada majikan anda. Majikan cuma perlu beri satu cuti rehat sahaja seminggu dan saya rasa yang rasmi adalah yang ikut organisasi anda. Oleh itu, cuti ganti cuma untuk bila PH jatuh pada hari Jumaat.

      October 14, 2015, 5:54 am
  • shima Reply

    sekiranya saya kerja hanya 22 hari seminggu, tetapi majikan kira setiap bulan 27 hari semasa kira gaji, adakah ini betul?

    October 7, 2015, 6:37 am
    • Ismail N Reply

      22 hari seminggu? 22 hari sebulan lah kan? Untuk tujuan apa kiraan dibuat? OT?

      October 14, 2015, 5:55 am
  • rohaida Reply

    salam saya nak tnya
    apakah kiraan rate kerja lebih masa pada hari sabtu?
    adakah berbeza kiraan dgn hari ahad utuk office hour

    yang saya dapat kiraan lebih masa pada hari sabtu adalah x1.5

    October 7, 2015, 3:22 am
  • Siti Reply

    Aslam,saya nak tanya sya berkerja di sebuah kilang.waktu kerja saya dri 8.30-5.30.di sini sya ingin bertanya.kalau ot dari jam 5.30-8.30 majikan kira hanya 2 jam je ot.
    Dan saya diberhentikan kerja dengan alasan saya tidak mengikut perimpunan pagi jm8.15 tampah surat amaran dan disuruh pulang.apa yg patut saya buat.

    October 7, 2015, 3:10 am
    • Ismail N Reply

      5.30-8.30 = 3 jam. Ada anda tanya dahulu kepada majikan mengapa mereka potong 1 jam?
      Alasan untuk tidak munasabah dan adil. Mohon bantuan Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan lanjut. Terima kasih.

      October 14, 2015, 6:01 am
  • Vignes Reply

    Salam sejahtera.Saya telah bekerja sbgai Admin clerk di sebuah syarikat selama 5 bulan. Dalam tempoh sebulan, saya telah jadi pekerja tetap dgn gaji RM1000. Tapi saya tiada tandatangan sebarang dokumen seperti appointment letter, confirmation letter ataupun agreement. Saya diberitahu sbgai pekerja tetap secara lisan dan dipotong caruman EPF & SOCSO. Dalam tempoh bulan ke5 saya telah mendapat tawaran kerja di syarikat lain. Saya memberi notis berhenti selama 10hari dan berhenti selepas itu. Tapi mereka tidak mahu bayar gaji saya, lalu berkata saya perlu bagi notis sebulan.Saya bagitahu mereka,saya tidak tanda tangan sebarang dokumen yang berkata saya perlu beri notis sebulan. Tapi mereka tak peduli.Apakah yang saya perlu buat utk hal ini?

    October 6, 2015, 11:33 am
    • Ismail N Reply

      Salam Vignes. Tiada kontrak bertulis tidak bererti tiada kontrak. Cuma ia menimbulkan masaalah terutama bila ada konflik sebegini. Di bawah Akta Kerja 1955, tempoh notis minima bagi pekerja yang kurang dua tahun perkhidmatan adalah 4 minggu (Rujuk: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-notis-berhenti-kerja). Namun, anda boleh cuba berunding dengan majikan anda minta diabaikan notis atau tunggu sahaja sehingga mereka membuat tuntutan terhadap anda.

      October 14, 2015, 6:11 am
  • az Reply

    Salam, saya ingin bertanyakan soalan seperti berikut:-

    1. Sepertimana yang saya tahu tarikh akhir bagi pembayaran gaji bulanan adalah pada 7hb pada setiap bulan, sekiranya majikan menetapkan untuk membayar gaji pada setiap 10hb adakah ianya menjadi suatu kesalahan? Bagaimana pula sekiranya majikan tidak memenuhi janjinya itu dan membayar gaji mengikut keselesaannya?

    2. Adakah majikan dibenarkan untuk menurunkan taraf jawatan pekerjanya dari tetap ke kontrak atas alasan kewangan syarikat tidak stabil?

    3. Apa yang perlu dilakukan oleh seorang pekerja sekiranya majikan culas dalam membuat potongan bulanan (KWSP & SOCSO).

    Harap saudara dapat membantu saya dalam memahami perkara diatas.
    Sekian, terima kasih.

    October 5, 2015, 7:44 am
    • Ismail N Reply

      W’salam.
      1. Ya, ianya salah. Jika tempoh gaji biasa adalah pada 30/31 haribulan sebelumnya.
      2. Tidak boleh kecuali pekerja bersetuju (rasanya tiada yang bersetuju kan?)
      3. Mohon kerjasama majikan. Jika tidak diendahkan, lapurkan kepada KWSP dan Perkeso.

      October 14, 2015, 6:14 am
      • az Reply

        Terima kasih diatas jawapan yg diberikan.
        Pada pendapat tuan, apakah langkah yg perlu diambil sekiranya perbincangan bersama majikan utk menyelesaikan masalah bg soalan 1 & 2 tidak mendatangkan sebarang hasil?

        October 18, 2015, 6:02 am
        • Ismail N Reply

          1. Boleh di adukan pada Jabatan Tenaga Kerja.
          2. Pekerja tidak wajib untuk tandatangan. Jika perlu majikan hendaklah memberhentikan pekerja dan pekerja boleh menuntut pampasan atas pemberhentian yang salah.

          Apa-apa pun dalam kes sebegini, pekerja harus bersedia dan meneroka peluang pekerjaan di tempat lain & tidak menunggu sehingga keadaan menjadi lebih teruk. Contohnya: majikan menutup perniagaan akibat kerugian kerana tanda-tanda ke arah itu sudah pun ada.

          Terima kasih.

          October 18, 2015, 6:30 am
  • MOHAMMAD suhardy Reply

    bolehkah seorang pekerja di potong gaji 3 hari sekiranya ponteng kerja sehari???

    October 5, 2015, 7:04 am
    • Ismail N Reply

      Tidak boleh.

      October 14, 2015, 6:16 am
  • RUZISALIDA Reply

    salam tuan,
    saya ingin bertanya bagaimana sekiranya pekerja tidak cukup bekerja selama 8 jam ketika public holiday?

    sehari sebelum public holiday balik awal, dan pada keesokan harinya (PH) datang bekerja seperti biasa, macam mana nak key in dalam pay roll?

    October 1, 2015, 7:43 am
    • Ismail N Reply

      Jika dia balik awal tanpa kebenaran, maka anda bolehlah tolak gajinya iaitu bayar ikut masa sebenar dia berkerja. Jika 4 jam, sahaja, maka bayar pada kadar 4 jam x ORP.
      Utk hari PH juga jika tidak masa kerjanya, maka ikut jumlah sebenar waktu kerja x kadar hari PH.

      October 3, 2015, 8:43 am
  • eric Reply

    Apakah waktu kerja maximum untuk executive level seminggu?

    October 1, 2015, 6:33 am
    • Ismail N Reply

      Undang-undang buruh tidak rujuk pada jawatan tetapi pada gaji. Jika gaji lebih dari RM 2k, maka bergantung pada terma kontrak pekerja.

      October 3, 2015, 8:48 am
  • eddy Reply

    salam,

    ingin bertanya saya berkerja dengan syarikat swasta,saya diberi kerja untuk jaga site diluar kawasan,pihak syarikat telah menberi elaun sebagai contoh rm 600 sebulan,dan saya berulang alik dari kl ke N9 setiap hari,jika saya cuti sakit,dan tempat saya digantikan staf lain
    elaun saya dipotong mengikut kadar mile claim staff tersebut,sedang kan elaun saya yang diberi tidak mengikut kadar mile claim,contoh staff terbabit mile claim dia rm135 pergi dan balik dan dalam sebulan saya ambik cuti 1hri ke 3hari.jadi elaun saya tinggal berapa shj ,sedang kan elaun saya tu la untuk cover minyak toll dan selain nye… skrg persoalan nye ada kah pihak syarikat boleh menbuat demikian? potong elaun mengikut kadar mile claim staf gantian.
    sekian terima kasih

    September 28, 2015, 2:35 am
    • Ismail N Reply

      Bab elaun ini perlu rujuk persetujuan anda dengan majikan ya. Jika disebut dalam kontrak atau apa-apa memo, perlu rujuk. Jika anda tidak bersetuju, perlu runding dengan majikan. Terima kasih.

      October 3, 2015, 8:59 am
      • eddy Reply

        dlm kontrak tiada sebut apa pun pasal pemotongan atau apa apa memo

        October 6, 2015, 3:03 am
  • fateen Reply

    Ade x udang2 yg bile kite cuti emrgenci contoh hari sabtu atau ahad majikan tolak gaji kita 3 hari gji sesuke hati??

    September 26, 2015, 7:28 am
    • Ismail N Reply

      Undang-undang kontrak. Gaji itu terma asas dalam kontrak. Maka, majikan tidak boleh potong gaji sesuka hati tanpa alasan yang sah dan tidak menyalahai kontrak.

      October 3, 2015, 9:01 am
  • sensasi2020 Reply

    Rupanya gaji RM2k ke atas, majikan tak bayar OT. Pasal tu dia hanya kumpul jumlah jam dan di kira menjadi hari lalu diberi cuti hari mengikut jumlah jam terkumpul.

    Contoh: Jika ada buat OT selama 16 jam, majikan akan beri 2 hari curi bergaji, adakah ini dikira majikan telah berlaku adil kepada pekerjanya?

    September 25, 2015, 7:28 pm
    • Ismail N Reply

      Kira majikan baik terhadap pekerja kerana undang-undang tidak mensyaratkannya.

      October 3, 2015, 9:08 am
  • Leo Reply

    Apakah pekerja tetap dalam sebuah company yang dibayar gaji secara bulanan Layak membela diri setelah secara tiba2 di tukarkan kepada freelancer walaupun pekerja tersebut tidak berseteju menandatangani surat yang diberi oleh syarikat tersebut tetapi dipaksa dan syarikat memaklumkan kepada pekerja tersebut ianya harus ditandatangan dan secara langsung pekerja tersebut bermula dari hari itu juga sudah dijadikan freelancer yang kononya bila hanya perlu baru company akan memangilnya bekerja dan jika tidak pekerja tersebut terpaksa menunggu bila dia akan dipanggil bekerja tanpa gaji.company tersebut memberi alasan yang pekerja tersebut prestasi kerjanya merosot sedangankan apa-apa surat amaran pun belum pernah pekerja tersebut terima dan menandatangan surat amaran tersebut yang menandakan pekerja tersebut akur dengan tindakan company.apakah pekerja tersebut layak membela diri dengan tindakan company tersebut setelah sedar yang ianya telahpun diberhentikan kerja sertamerta dengan cara itu bagi company mengelak daripada membayar pampasan dengan menurunkan status pekerja yang dibayar gaji secara bulanan dengan freelancer?

    September 23, 2015, 2:00 pm
  • Dira Reply

    hi nama saya dira … saya bekerja di bidang perhotelan. saya nak tanya perlukah saya meminta kontrak untuk teruskan bekerja. sebab saya tidak dibayar untuk public holiday dan saya tidak didaftarkan EPF dan socso, tiada cuti tahunan dan ketika di tanya semua nya di sangkal oleh majikan ,apakah cara cara untuk menyelesaikan masalah ini.

    September 23, 2015, 6:26 am
  • miera Reply

    Salaam
    Saya nk tya..sy berhenti kerja notis 24 jam sbb masa tu ibu sy sakit di hospital Dan beliau yg menjaga anak sy..jd bila beliau sakit sy terpaksa ambil EL kerana sy seorg ibu tunggal..tetapi pengurus sy tidak membenarkan sy EL Dan memaksa sy utk masuk bekerja seperti biasa jadi sy terpaksa utk menghantar notis itu secara email Dan beberapa hari selepas itu dia suruh sy dtg ofis utk isi borang berhenti..selepas sbulan sy terima surat penerimaan resignation sy n sy diminta utk byr gaji 1 bulan n 5 hari kerana sy berhenti pada pay day..sy faham sy perlu byr jg persoalan nye ialah sy berkerja bhgian sales jd incentive sy dibayar pd bulan berikut nye sy kol hr Dan die ckp sy x kn dpt incentive tu once I tender. Adakah sy boleh buat rayuan utk menuntut incentive sy? Sbb sy da minta EL tp x dibenarkan malah sy diugut jika sy ambil mc sy x kn dpt kerja dgn tenang..

    September 21, 2015, 6:54 am
    • Ismail N Reply

      Anda perlu faham yang masaalah peribadi tidak boleh dicampuradukan dengan kerja. Pihak majikan hanya akan meneliti samada anda diperlukan utk kerja pada hari tertentu atau tidak dalam memberi kelulusan cuti. Kelulusan ini adalah budi bicara dan mengikut operasi syarikat.
      Ok, ada syarikat yang lebih bertimbang rasa dalam soal ini. Namun, ia bukan kewajipan syarikat utk membantu pekerja dalam soal urusan peribadi.
      Berkenaan dengan insentif anda itu, ia perlu dirujuk pada kontrak. Sebaiknya anda mhon bantuan kaunselor JTK/peguam kerana latar belakang kes dan dokumen2 berkaitan adalah amat relevan dan perlu di kaji terlebih dahulu. Terima kasih.

      September 21, 2015, 11:21 pm
  • bee Reply

    saya ingin bertanya,boleh kah majikan sebuah syarikat swasta kasih hold gaji seorg pekerja hanya kerana pekerja tersebut meletakkan jawatan dengan notis sebulan atau 3 bulan seperti yang di nyatakan dalam surat penlantikkan jawatan dulu ?
    seperti yang saya tahu , dalam setahun kalendar bekerja , majikan hendak la membuat pembayaran public holiday yang tertentu jikalau pekerjanya ada bekerja pada public holiday tersebut akan tetapi jikalau majikan menafian pembayaran cuti2 tersebut boleh kah pekerja mengadu kepada jabatan buruh ?

    September 20, 2015, 5:03 am
    • Ismail N Reply

      1. Jika syarat notis telah dipatuhi, maka tiada sebab untuk majikan menahan gaji pekerja kecuali ada sebab yang munsabah dan ianya juga tidak boleh lewat dari tujuh hari selepas tarikh gaji perlu dibayar. 2. Soal OT pada public holiday pula perlu lihat dulu samada pekerja layak pada faedah ini dan PH itu diambilkira untuk tahun tersebut. Harap anda rujuk dulu artikel berkaitan cuti umum dalam artikel ini ya. Terima kasih.

      September 20, 2015, 5:43 am
  • Kate Reply

    Saya ingin tahui jika kerja OT pada Hari Rehat / Cuti Umum, kiraan OT perlu kali dengan 1.5 juga?

    Kah terus bayar 2x / 3x dari gaji pokok?

    September 19, 2015, 2:45 am
  • KECIK Reply

    SALAM.
    1. Saya bekerja di syarikat swasta yg mempunyai 2 shift. Saya sudah bekerja hampir setahun. Masalah sy.,wktu bekerja sy 9jam. Dlm 9 jam ini, sy amat jarang mendapat rehat 1 jam pd 1shift. Disebabkan itu, sy mengambil langkah utk dtg lewat waktu kerja selama 1/2jam. Pada 3 bulan pertama , sy diberi warning letter pertama dan dlm surat itu sy sertakan dgn permasalahan 1jam rehat.In-charge dan GM sy bersetuju mereka akan menitik beratkan hal ini. Tetapi.,incharge sy tidak pernah mengotakan janji dlm surat itu. Sy kembali ke langkah asal.
    #Valid tak jika sy diterminate atas sbb dtg lambat tetapi mereka masih tidak mengotakan janji mereka dan disini tiada thumbprint@pengesahan wktu kerja. Bolehkah sy bwk perkara ini ke pejabat buruh jika sy diterminate??
    2. Syarikat ini memberi kami KPI Bonus RM150 setiap bulan. Drpd jumlah ini terbahagi kpd 3. Saat KPI sy ditolak, sy akan diberitahu permasalahannya. Pd satu bulan, syarikat menolak KPI sy tanpa sbb yg munasabah yg tidak boleh dibuktikan oleh mereka. Dan kami semua staff terkejut krn KPI ini dibatalkan tanpa notis pd bulan berikutnya. Bolehkah sy kemukan masalah ini ke JTK??

    Insan yg dinodai.TQ

    September 17, 2015, 9:37 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. 1. Dalam bahasa Inggeris ada falsafah yang menyatakan “Two wrongs don’t make a right”. Makananya disebabkan supervisor anda tidak mematuhi arahan/peraturan tidak bermakna anda juga bertindak sedemikian. Ia harus ditangani secara berasingan. Jika majikan mengarahkan kerja lebih 8 jam sehari, maka anda boleh tuntut faedah OT untuk jam seterusnya. Jika tidak diberi, ia boleh diadukan pada JTK untuk bantuan/tindakan lanjut. 2. Tindakan anda untuk sengaja datang lewat adalah satu kesalahan yang serius dan boleh dikenakan tindakan disiplin. 3. Bonus KPI tidak diwajibkan oleh undang-undang. Ia bersifat kontrak dan rujukan pada terma kontrak perlu dibuat samada perlanggaran kontrak oleh majikan atau tidak.

      September 20, 2015, 4:04 am
  • chun Reply

    Selamat petang.
    Saya ada soalan yang berkaitan dengan pengiraan gaji lebih masa. Jikalau syarikat saya ada bagi saya attendance allowance dan incentive allowance, adakah allowance tersebut perlu ditambah dengan basic gaji semasa membuat pengiraan OT? Sebagai contoh: basic gaji RM1000, attendance allowance RM100, incentive allowance RM100. Cara pengiraan OT ialah:
    (RM 1000+RM100+RM100) / 26Hari/ 8jam *1.5jam= RM 8.65?
    ATAU
    RM 1000/ 26 Hari/ 8jam *1.5 jam=RM 7.21?

    Terima kasih.

    September 17, 2015, 4:27 am
    • Ismail N Reply

      Bergantung samada elaun itu dimasukkan dalam kiraan gaji pokoknya. Biasanya dalam praktis adalah TIDAK. Baca juga artikel: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-samada-pekerja-di-lindungi-oleh-akta-atau-tidak . Terima kasih.

      September 20, 2015, 4:04 am
      • chun Reply

        Selamat pagi. Terima kasih kerana membalas. Saya pernah telefon jabatan tenaga buruh, pengawai memberitahu saya bahawa jikalau pekerja tersebut ada menerima attendance allowance atau incentive allowance, maka pihak syarikat wajib tambah allowance tersebut dengan gaji pokok pekerja ketika membuat pengiraan OT.
        Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh encik Ismail, adakah ini bermaksud sesebuah syarikat tidak menyalahi undang-undang akta kerja 1955 jikalau allowance tersebut tidak ditambahkan dengan gaji pokok ketika membuat pengiraan OT?
        Sekian, terima kasih.

        September 23, 2015, 2:52 am
  • Hanif Reply

    assalamualaikum tuan@puan;
    Saya adalah majikan kepada seorang pekerja yang sudah berhenti kerja berpunca daripada pergaduhan pada 31.12. 2013 antara beliau dengan penyelia syarikat saya.Beliau telah membuat aduan kepada Pejabat Tenaga Buruh dan menyatakan bahawa beliau telah diberhentikan kerja tanpa notis daripada syarikat,sedangkan pihak majikan tidak mengeluarkan apa-apa notis berhenti kerja kepada beliau.Pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah mengeluarkan satu perintah supaya pihak syarikat hadir untuk perbicaraan kes pada 28 Januari 2014 berkaitan tuntutan pekerja terhadap majikan. Semasa prosiding perbicaraan bermula,pihak JTK telah mengambil keterangan daripada penyelia syarikat saya tanpa surat kuasa wakil syarikat.
    .soalan saya;
    1.Adakah keterangan yang dibuat oleh penyelia syarikat ini boleh mempengaruhi keputusan perbicaraan sedangkan pihak syarikat tidak mengeluarkan sebarang surat wakil kuasa kepada penyelia untuk mewakili syarikat.
    2.Bolehkah salinan perintah daripada mahkamah diambil oleh penyelia syarikat tanpa surat kuasa daripada syarikat.
    Selepas selesai sesi perbicaraan tersebut,pihak JTK telah meminta pihak syarikat membuat satu surat penafian secara bertulis dan pihak syarikat telah menghantar surat tersebut pada 7 Februari 2014. Pada 20 Jun 2014,pihak JTK akan membacakan keputusan perbicaraan tersebut yang mana pihak syarikat didapati perlu membayar pampasan kepada pengadu bagi menyelesaikan kes tersebut. Pihak syarikat walaubagaimanapun tidak membuat sebarang bayaran kepada pengadu menyebabkan pihak JTK telah memfailkan saman di mahkamah majistret kerana telah ingkar mematuhi perintah Ketua Pengarah Tenaga Kerja.
    3.Pada 25/6/2015,pihak JTK telah menghantar mesej melalui whatsapp memohon agar pihak syarikat mengeluarkan satu surat kuasa wakil dari syarikat membenarkan penyelia syarikat mewakili syarikat.Mohon pencerahan daripada pihak tuan adakah keputusan yang dibuat oleh JTK itu mengikut SOP yang sepatutnya sedangkan pihak JTK tidak mengikut kod etika yang betul dalam membuat keputusan.
    sekian,terima kasih.

    September 12, 2015, 4:54 pm
    • Ismail N Reply

      Soalan saya pula, bagaimana penyelia yang tidak ada kuasa boleh hadir dan memberi keterangan semasa prosiding? Seharusnya, pihak syarikat memantau isu ini dan memastikan pegawai yang berkenaan sahaja untuk mewakili syarikat. Apa-apa pun dalam banyak hal memang biasanya JTK akan berat kepada pekerja. Itu tidak dapat dielakkan kerana fungsi mereka juga untuk membantu pekerja dari ditindas. Atas sebab itu, majikan hendaklah mengambil sikap berhati-hati dan peka dalam kes-kes sebegini. Bila, keputusan telah dibuat, maka apa yang boleh dilakukan oleh majikan adalah membuat rayuan menerusi saluran yang betul. Sebaiknya guna khidmat peguam jika perlu.

      September 16, 2015, 11:29 pm
  • eka Reply

    Assalam tuan,

    baru-baru ini saya sada menandatangai satu surat tawaran bekerja si sebuah syarikat guaman. saya tidak dibenarkan untuk membawa balik salinan saya selepas saya menandatangai surat tawaran itu. nak dipendekkan cerita, saya tidak dapat masuk kerja kat syarikt tu atas sebab-sebab peribadi yang berkaitan dengan terma-terma syarikat itu. tambahan pula saya tidak dibenarkan untuk membawa salinan yang sepatutnya saya bawa pulang itu untuk baca di rumah dan berbincang dahulu dengan keluarga. dan selepas saya menandatangai surat tawaran bekerja itu, sya meminta salinan saya, tetai tidak dibenarkan membawa pulang selagi saya tidak memulakan kerja saya. tarikh letter offer itu adalah 10.9.2015, tapi disebabkan saya datang untuk tandatangan surat tawaran itu lewat, dan masa nak tandatangan tu, staff dia yang serve saya… staff dia kata “ok, you datang sign on 15.8.2015, so nanti masuk kerja on 15.9.2015” say apn kata “ok”. and pada 7.9.2015 saya memberitahu bos tu bahawa saya tidak dapat join atas sebab2 peribadi yang tidak dapat dielakkan… Bos dia membalas whatssup saya dengan nada marah “No way we have to follow the Letter of Employment signed”… saya jadi pelik sebab yang saya tandatangan itu adalah letter of offer dan bukan letter of employment dan dia pn cakap sebelum saya nak tandatangan tu bahawa yang sy sign tu adalah letter of offer… bila jadi macam ni dia terus cakap saya signed is letter of employment. saya tetap dengan keputusan saya tidak dapat masuk atas sebab2 peribadi. dan dia mengugut saya akan memfailkan perkara ni ke mahkamah sebab saya tidak mematuhi syarat dalam letter offer yang dia pusing cerita letter employment tu. Sampai sekarang saya tidak diberi satu salinan letter of offer tu, bila saya mintak, dia cakap saya hanya boleh terima letter of offer tu once saya dah masuk kerja,,, saya ingin bertanya, apa tindakan yang dia boleh ambil ke atas saya..? dalam letter of offer yang saya dah sign tu… dia kata untuk 15bulan pertama xboleh berhenti untuk ape2 sahaja alasan, kalau dalam masa 15 bulan tu saya berhenti, saya kena re-imburse ballik pada dia… dan sekarang dia cakap dia nak file kan perkara ni kat mahkamah. saya rasa macam tak adil, kerana… kalau dia boleh cakap saya hanya akan dapat letter of offer tu bila saya dah mula bekerja, bermakna saya pun boleh cakap, semua terma-terma tu akan bermula jika saya dah memulakan kerja. sekarang saya belum mula bekerja lagi. nak tanye, ape tindakan yang dia boleh buat.
    Terima kasih atas maklum balas.

    September 10, 2015, 7:58 am
    • Ismail N Reply

      Sekiranya anda belum mulakan kerja, maka tiada apa yang boleh dia lakukan. Tapi anda perlu decide samaada mahu kerja di sana atau tidak.

      Tentang salinan kontrak atau offer letter pula, biasanya syarikat tak beri salinan empoyment contract sehingga anda mulakan kerja. Anda boleh datang dan baca tapi tidak dibenarkan bawa balik. Tapi offer letter, yes selalunya diberi bawa balik utk rujukan. Namun, ini terpulang pada polisi setiap syarikat. Ingat diperingkat ini baru ‘negotiation’ dan belum ada kontrak kerja yang sah lagi.

      September 16, 2015, 11:16 pm
  • Jenn Reply

    Hi, saya nk tanya, saya bergaji cuma Rm1,300 dan majikan kata,sekiranya sy bekerja lebih masa maka tidak akan dibayar OT memandangkan jawatan saya adalah “executive”. tetapi mengikut penjelasan Tuan, gaji kurang daripada 2k adalah wajib dibayar ”OT” sekiranya ada. Saya keliru apakah jawatan ”executive” sememangnya tidak entitle OT?

    September 10, 2015, 5:08 am
    • Ismail N Reply

      Jika jawatan Manager atau Director sekalipun, asalkan gaji RM2k dan bawah, majikan wajib membayar OT.

      September 16, 2015, 4:10 am
  • Nordin yasin Reply

    Boleh kah majikan membayar rate ot ikut prorata dan tidak ikut pengiraan berpandukan formula gaji asas? Cth saya skrg di bayar gaji sebyk rm2200.00 dan rate ot rm10 sejam, manakala ot2 rm15 dan ot3 rm20. Mohon pencerahan.

    September 8, 2015, 4:57 am
    • Ismail N Reply

      BOLEH, Untuk pekerja yang bergaji RM2k dan ke atas. Malah tidak diwajibkan untuk membayar OT bagi pekerja yang bergaji sebegini.

      September 16, 2015, 4:09 am
  • ainul Reply

    Saya nk tahu patut kah saya membuat aduan kepada pejabat buruh tentang kerje saya ni klau datng lewat kena potong gaji ….kita cuti kerje kena potong gaji juga… tapi kalu kita bagi mc boos tak boleh terima ….apa kah saya harus buat aduan pada pejabt buruh atau sebalik nya

    September 7, 2015, 1:39 pm
    • Ismail N Reply

      Anda boleh dapatkan nasihat dari Jabatan Tenaga Kerja (Pejabat Buruh). Soal samada tindakan boleh diambil bergantung kepada banyak fakta dan JTK akan hubungi majikan utk maklumat lanjut. Apa-apa pun jika tiada alasan yang dibenarkan undang-undang, maka pemotongan gaji adalah tidak dibenarkan.

      September 16, 2015, 4:08 am
      • mia Reply

        Salam..saya inginkn bertanyakan soalan..saya bekerja di salah satu tempat kerja swasta bahagian sales dan telah bekerja selama setahun tetapi tidak pernah menandatangani sebarang confirmation letter.dan setelah 6 bulan bkerja manager saya memberitahu saya outomatic menjadi confirmed staff setelah adanya diskaun untuk staff .walhal saya tidak pernah mendapat apa2 cnfirmation letter dari pihak atasan dan dalam offer letter saya telah dinyatakan jika staff belum confirm kena bagi notis selama 2 minggu..dan sy anggarkan sy belum cnfirm lagi dsebabkn tidak menerima sebarang cnfirm letter.sy tidak hadir ke tmpt kerja dari 27hb november tetapi saya sudah hantar via email iaitu notis 24 jam pada hari ke 4 iaitu pada 30 november selepas saya menyepikan diri kepada manager dan hr saya ..persoalan saya adakah saya layak dapat gaji kerana bulan lepas masih tersisa 3 kali public holiday .beserta komisyen ataupun saya tidak berhak mendapat gaji dan akan dikenakan tindakan kerana saya bagi notis 24 jam sahaja ?harap diberi pencerahan.terima kasih ☺

        December 1, 2015, 7:05 pm
  • ahmad Reply

    salam, sy ingin bertanya.
    1- sebagai customer service.. bekerja shift.. adakah ada perkara di dalam akta yang menyatakan waktu rehat antara kerja hari ini dan esk mestilah melebihi 12 jam? contoh hari ini kerja tamat 10.00pm dan untuk esk kerja mula 8.30am jadi 10 pm ke 8.30 am tidak sampai 12 jam…adakah boleh atau tidak boleh?
    2- jika gaji sekarang melebihi 2000 adakah akta ini terpakai kepada sy?

    terima kasih

    September 2, 2015, 12:44 pm
    • Ismail N Reply

      W’salam. Tidak ada peruntukkan sedemikian. Yg ada adalah pekerja tidak boleh diarahkan berkerja melebihi 12 jam sehari.
      Jika gaji melebihi RM 2,000, maka Akta Kerja 1955 tidak terpakai. Rujukan perlu dibuat kepada kontrak kerja.

      September 16, 2015, 4:06 am
  • shirmay Reply

    Tuan , saya nak tanya . kalau saya berhenti pada 21.08.2015 . majikan boleh menolak hari unpaid leave saya termasuk hari ahad ke ?

    August 29, 2015, 3:54 am
    • Ismail N Reply

      Maksud anda? Saya kurang faham apa yang boleh ditolak oleh majikan bila cuti itu adalah unpaid?

      September 15, 2015, 8:37 am
  • nuar Reply

    Salam Tuan,

    Saya nak bertanya mengenai kerja lebih masa, adakah saya dikira bekerja lebih masa jikalau saya di arahkan untk bekerja pada hari jumaat atau sabtu? JIkalau benar, adakah saya berhak untuk menuntut cuti tanpa rekod? kerana waktu bekerja saya adalah 8- 5 pm , ahad sehingga khamis. Sebelum ini kami di benarkan untuk memohon cuti tanpa rekod jikalau kami di arahkan bertugas pada hari jumaat/sabtu namun arahan baru kami tidak boleh mohon lagi cuti tanpa rekod dengan alasan itu adalah tugas hakiki kami sebagai seorang pendidik. Jadi saya mohon pihak tuan jelaskan mengenainya kerana saya agak keliru dengan alasan tidak boleh mohon cuti tanpa rekod kerana itu tugas rasmi kami sedangkan kami lakukan tugas rasmi itu pada hari rehat.

    August 28, 2015, 2:34 pm
    • Ismail N Reply

      W’salam. Anda perlu rujuk kontrak anda ya. Jika anda dilindungi Akta sekalipun, Akta cuma wajibkan satu hari rehat dalam seminggu dan cuti tanpa rekod adalah sejenis polisi syarikat dan tiada dalam peruntukkan akta. Cuba tanyakan Jabatan Sumber Manusia untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

      September 15, 2015, 8:36 am
  • Risha Reply

    Hi…saya adalah pengurus sumber manusia di sebuah syarikat , Saya kurang pasti dengan kadar pengiraan overtime untuk perkerja yang berkerja lebih masa (1pagi hingga 5pagi ). Ini adalah untuk standby semasa renovation di jalankan. Waktu kerja mereka adalah 5ptg hingga 1 pagi
    Adakah pengiraan overtime berdasar kepada 1.5 or double.

    Sekian , Terima Kasih

    August 27, 2015, 9:05 am
  • siti zaleha Reply

    salam tuan..info yang sangat berguna untuk saya bila dah dapat kerja nanti..terima kasih..

    August 26, 2015, 9:35 am
    • Ismail N Reply

      Terima kasih. Semoga dapat kerja nanti.

      September 15, 2015, 7:29 am
  • velle Reply

    Hello..
    Sy bkerja d sbuah tadika international…dan ada contract selama setahun..tetapi sy ingin berhenti kerja setelah bekerja selama 5bulan..sebabnya gaji ditolak untuj epf tetapi bila cek kwsp takde pun penambahan nilai..mksdnya majikan tak masuk kan epf tapi ditolak dari gaji.. sy sudah pun menhantar surat berhenti tetapi majikan enggan menerimanya malah mengugut untuk menyaman kerana berhenti kerja sedangkan kontrak kerja belum habis..bagaimanakah agar saya boleh berhenti tanpa membayar saman?? Dan adaka saya boleh berhenti kerja?

    August 24, 2015, 6:38 am
    • Ismail N Reply

      Anda boleh berhenti kerja dengan memberi notis yang cukup buat majikan. Rujuk artikel penamatan kontrak kerja dalam blog ini. Terima kasih.

      September 14, 2015, 12:01 am
  • hazi Reply

    assalamualaikum.

    saya bekerja di sebuah syarikat agensi pelancongan. setiap tahun kami akan mengambil bahagian dalam program Matta Fair di PWTC yang berlangsung selama 3 hari,jumaat sabtu dan ahad. Masalah yang saya hadapi sekarang adalah saya sedang sarat hamil 8 bulan 2 minggu dan tidak berupaya untuk bekerja lebih masa di fair yg sebesar itu kerana bimbang akan keselamatan saya dan bayi. adakah menjadi satu kesalahan jika majikan saya memaksa untuk bekerja tanpa ada budi bicara untuk mengecualikan saya dari menyertai kerana hamil?

    mohon penjelasan dari pihak tuan.

    terima kasih.

    August 10, 2015, 8:26 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Dalam kes ini, anda seharusnya mendapatkan surat doktor sebagai sokongan. Adalah tidak salah untuk majikan menyuruh pekerja utk melakukan apa-apa tugasan bila dia masih berkemampuan utk ke tempat kerja. Namun, perlulah mengikut pertimbangan sewajarnya dan bila ada surat dari panel doktor yang melarang pekerja melakukan sesuatu tugasan, biasanya saranan ini wajar diikuti.

      September 13, 2015, 11:59 pm
  • naddy Reply

    Selamat pagi.
    Saya baru sahaja mula bekerja di syarikat ini pada 19 Jun yang lalu sebagai kerani. Jadi saya ingin mengetahui, cara mengira gaji pekerja yang betul. Ini kerana, majikan saya menyuruh saya untuk menolak berapa jam yang tidak dihadiri oleh pekerja daripada waktu kerja lebih masa pekerja tersebut.
    Contoh:
    Aminah bekerja lebih masa selama 15 jam pada bulan Julai yang lepas. Tetapi pada 20hb Julai, Aminah terpaksa balik awal untuk menghantar anaknya ke hospital akibat demam. Waktu kerja Aminah adalah dari jam 10pagi – 7mlm. Aminah pulang untuk menghantar anaknya ke hospital pada jam 2ptg. Ini bermakna dia cuma bekerja 4jam sahaja. Jadi baki 4 jam yang tidak dihadirinya itu ditolak dari waktu kerja lebih masa. Jumlah waktu kerja lebih masa adalah 15 jam, ditolak 4jam maka baki waktu kerja lebih masa cuma 11jam.
    Saya ingin mengetahui, jika ini adalah cara yg betul atau adakah cara ini salah? Jika boleh, adakah sebarang panduan yang boleh saya rujuk daripada Undang-undang Pekerjaan 1955, untuk membetulkan keadaan di syarikat saya?Tterima kasih.

    August 10, 2015, 2:02 am
    • Ismail N Reply

      Jika masa kerja biasanya adalah 10 pagi hingga 7 malam, maka apa-apa kerja yang dilakukannya selepas pukul 7 malam adalah kerja lebih masa. Jika dia ada keluar selama 4 jam dalam masa kerja biasanya, jumlah ini boleh ditolak dari jumlah masa kerja lebih masanya itu.

      September 12, 2015, 9:40 am
  • azaren misbah Reply

    Salam tuan,

    Saya ade sedikit permasalahan dengan manager saya yang bersikap rasis dan selalu mengeliarkan kata2 hasutan apabila ketidakuashatian siatas hasil kerja saya.Adakakah saya perlu membuat laporan polis terhadap manager tersebut utk mendapat keadilan sebagai peerja bawahan?
    2.Sekiranya laporan polis telah dibuat adakah menjadi satu kesalahan dalam akta kerja?
    3.Adakah saya akan menghadapi notis buang kerja sekiranya saya buat laporan polis atas sebab hasutan yang saya terima dari manager saya?
    4.Bolehkah saya buat aduan/laporan pada HR apabila manager meninggikan suara dengan kenyataan yang berbaur hasutan.
    5.Baru-baru ini saya diberi kauseling, kerana saya adukan perkara ini pada HR utk dapatkan keadilan.Apakah yang patut saya lakukan.
    6.Apakah saya boleh membuat laporan
    Terhadap majikan saya seorang warga asing berbangsa perancis yang memperlekehkan agama islam sewaktu bulan puasa dan tidak menghormati budaya kita?

    Terima kasih diatas penjelasan

    August 6, 2015, 11:56 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Sudah tentu bila berkerja dalam syarikat yang pengurus/pemiliknya berlainan agama, masalah sebegini akan wujud terutama dalam zaman ini yang soal tolerensi sering diketepikan dan kebebasan bersuara ditekankan. Ia adalah satu cabaran/dugaan buat anda dan saya mohon maaf kerana dalam isu sebegini ia adalah tidak sesuai dibincangkan dalam petak komen blog ini.

      September 12, 2015, 9:38 am
  • ejam Reply

    Salam tuan…..
    Berkenaan kes saya ini….saya telah pun menghantar notis 2 bulan….. tetapi pihak majikan ingin memberhentikan saya dalam tempoh notis tersebut…..padahal saya tidak datang kerja dan saya mengikut procedure yg telah di tetapkan oleh pihak majikan….. cth…saya inform kt office…. wajar kah majikan memberhentikan saya dan di arah membayar kpd mereka?

    August 4, 2015, 6:55 pm
    • Ismail N Reply

      W’salam. Jika majikan yang memberi notis kepada anda, mengapa perlu anda membayar kepada mereka lagi? Boleh saya tahu apa sebabnya? Ada dinyatakan dalam surat mereka?

      September 12, 2015, 9:37 am
  • edmund Reply

    salam tuan,
    saya berkerja di sabahsebagai salesman syarikat selama lebih 5 tahun(tiada kontrak bertulis) bulan lalu syarikat berhentikan saya atas alasan down bsnes tanpa notis sebelumnya (hanya oral) tanpa faedah atau pampasan. di lepaskan seperti anak itik. bagi yg berkeluarga spt saya, ia amat sukar. adakah saya berhak mendapat pampasan atau apa2 faedah?

    August 4, 2015, 3:35 pm
    • Ismail N Reply

      Anda perlu adukan dulu kepada Pihak Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sabah bagi mendapatkan bantuan dan tindakan lanjut. Terima kasih.

      September 12, 2015, 9:36 am
  • nizam Reply

    salam,

    Nak bertanya mengenai cuti tahunan (a/l), bolehkah majikan menetapkan tarikh untuk pekerja mengambil cuti tahunan. For example, masa hari raya tempoh hari, saya ingin apply for a/l tapi HR bagitahu semua a/l akan diberi semasa cuti kristmas pada bln 12 kerana company akan tutup selama seminggu dan juga kerana bos saya penganut christian. Masa hari raya tempoh hari hanya dapat unpaid leave sahaja. Apa komen encik ? Di mana saya perlu lapor kan hal ini ?

    August 3, 2015, 7:24 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Annual leave memang hak anda. Akan tetapi majikan masih ada budibicara akan BILA ia boleh diluluskan. Jika tidak, pastinya setiap hari raya, banyak kedai/syarikat terpaksa tutup bisness kerana semua pekerja mohon cuti dan terpaksa di luluskan oleh majikan. Namun, majikan tiada kuasa untuk paksa pekerja menggunakan AL jika pekerja tidak mahu biarpun majikan mahu tutup operasi pada musim perayaan tertentu.

      September 12, 2015, 9:35 am
  • imran y Reply

    majikan saya membuat cuti secara giliran,cuti saya pada bulan julai ialah isnin,cuti bulan ogos pula hari ahad tetapi hari ahad itu berselang selama 12 hari,bermakna saya bekerja selama 12 hari tanpa,adakah boleh majikan berbuat begitu dan bagaimana difinisi ketetapan kerja tidak melebihi 48 jam seminggu dalam kes saya ini?

    August 1, 2015, 9:10 am
    • Ismail N Reply

      Majikan boleh buat cuti secara giliran. Namun, syarat-syarat tertentu hendaklah dipatuhi. Hari rehat itu hendaklah sekurang-kurangnya 1 kali seminggu dan telah pun ditetapkan dan diberitahu pekerja awal bulan lagi. 48 jam itu meliputi jumlah keseluruhan masa sebenar anda berkerja dalam sebulan tidak termasuk masa rehat.

      September 12, 2015, 9:34 am
  • li shan Reply

    calculation bagi gaji bulanan kenal ambil gaji pokok bahagi dengan 26 hari ,adakah caculation ini bagi setiap bulan?(maksudnya bulan feb 28 hari dalam bulan itu,bulan jun 30 hari dalam bulan tu,bulan julai pula 31 hari dalam bulan tu)

    August 1, 2015, 2:56 am
    • Ismail N Reply

      Untuk tujuan pengiraan OT dan lain-lain kiraan yang berkaitan, jumlah gaji hendaklah dibahagikan dengan 26, tidak kira bulan apa sekalipun.

      September 12, 2015, 9:33 am
  • Arifen Reply

    Assalamualaikum tuan…. saya nak bertanya sket…. sy brkhidmat di sebuah syarikat swasta yg menjaga hospital..

    1. saya d letakkan untuk bekerja shif.. cuti saya diletakkan pada hari jumaat iaitu sebanyak 4 kali lbh kurang dalam sebulan… saya diminta bekerja selama 12 jam… di waktu kerja mlm jadualnya adalah dari 8 malam sampai 8 pagi dimana 3 jam pertama adalah ot wajib… pada hari khamis dari 8 malam sehingga 11 malam adalah ot wajib… yg menjadi persoalan saya pada jam 11 malam sehingga 8 pagi hari jumaat nya sy dikira bekerja untuk hari jumaat atau hari khamis.. masalah timbul bila hari jumaat jatuh pada hari cuti umum….

    2. Di negeri johor jumaat adalah hari dimana hari bekerja separuh hari… apabila saya d pindahkan pada shif dimana jumaat adalah hari cuti saya tidak merasai cuti separuh hari… jika menurut kontrak trdahulu di waktu jumaat ketika siang sekiranya bekerja d waktu petang ianya dikira ot dan kontrak itu masih belum di pinda lagi… persolan saya berapakah jumlah jam yg sebetulnya dalam sebulan untuk bekerja atau ianya boleh d pinda mengikut kontrak..

    August 1, 2015, 2:43 am
    • Ismail N Reply

      Mengikut maklumat yang anda berikan, anda berkerja mengikut shift dan shift anda adalah dari jam 11 malam hingga 8 pagi dengan OT dari jam 8 malam hingga 11 malam.

      Oleh tiada timbul masaalah pada hari jumaat mahupun hari cuti umum.

      Pada 11 malam (Khamis) hingga 8 pagi (Jumaat), anda hendaklah dikira berkerja pada hari Khamis. Hari kerja jumaat anda cuma bermula pada 11 malam (Hari Jumaat) yang mana sepanjang tempoh shift anda (jika anda berkerja) perlu di bayar pada kadar cuti umum.
      1/2 hari pada hari jumaat tidak termaktub dalam undang-undang buruh. Oeh itu, majikan boleh tentukan samada minta perkerja berkerja 6 hari seminggu atau 5 1/2 hari seminggu.

      September 12, 2015, 2:46 am
  • lynn Reply

    1)Jika seorang pengurus disuruh berhenti kerja, pihak syarikat perlukah memberi wang pampasan. Pengurus tersebut telah berkhidmat selama 4 tahun.
    2) berapa jumlah wang pampasan
    3) patutkah pengurus tersebut memberi notis resign atau pihak syarikat yang mengeluarkan surat. Yang mana lebih menguntunkan kpd pekerje?

    July 31, 2015, 7:26 am
    • Ismail N Reply

      Samada anda mendapat pempasan dan berapa banyak pampasan itu bergantung kepada mahkamah. Pertamanya, perlu dipastikan samada tindakan itu adalah secara tidak adil kepada pekerja dan tuntutan atas perhentian secara salah telah dibuat dengan segera.
      Sebaiknya pekerja jangan menghantar surat berhenti kerja jika ada niat untuk menuntut pampasan kecualilah kedua-dua pihak boleh bersetuju dari segi nilai pampasan.

      September 12, 2015, 2:05 am
  • June Reply

    Hi, saya perlukan nasihat anda tentang offer letter..Jikalau saya sudah sign offer letter dgn company baru tetapi company lama re-offer saya dgn lebih baik punya benefit dan saya telah membuat keputusan kerja balik.. Adakah saya boleh batalkan offer letter dgn company baru?
    Offer letter company baru pula dan terms ni
    SYARAT-SYARAT PEKERJAAN
    Terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan umum akan dikawal selia berdasarkan peruntukan “Akta Pekerjaan, 1955” dan undang-undang lain yang digubal berkaitan melainkan dinyatakan secara khusus oleh pihak pengurusan yang dinyatakan di dalam peraturan HR dalaman yang diluluskan (Handbook_Rev20_010315 Pekerja) atau semakan terbaru yang ditetapkan oleh Pengurusan . Pihak pengurusan berhak untuk menyemak semula terma-terma dan syarat yang ditetapkan dalam garis panduan apabila difikirkan perlu.

    Saya amat menghargai jika anda boleh menasihatkan saya secepat mungkin.
    Terima kasih.

    July 30, 2015, 8:08 am
    • Ismail N Reply

      Offer letter cuma effective bila anda sudah mula berkerja dgn majikan baru.

      August 9, 2015, 1:43 am
  • fairus bin pararazi Reply

    kerja shif
    Duty roster>> 1st>7am-4pm, 2nd >4pm-12am, 3rd >11pm- 8am…satu hari keje 9 jam,3 hari keje satu hari cuti….lebih 1 jam berkeje tidak dikira ot….masuk bulan ke 3 ada satu hari keje(tiada cuti) keje normal 8am-5pm..atas alasan mencukupkn jam keje……sebelum ni 1st 7am-3pm 2nd 3pm-11pm 3rd 11pm-7am…boleh ker di tuntut ot tu atau kita boleh balik lepas 8 jam keje?

    July 30, 2015, 2:54 am
    • Ismail N Reply

      Untuk tuntut OT – ianya mestilah lebih 8 jam kerja tidak termasuk masa rehat & kerja tambahan itu atas arahan majikan.

      August 9, 2015, 1:42 am
  • Mohd Fuad Reply

    Salam… Tuan,
    Saya bekerja dibidang perhotelan. Skrg di hotel yang baru dibuka. Mula bekerja pada 26hb June lalu. Gaji untuk bulan Jun dikira gaji harian. Utk dapatkan gaji harian tersebut, majikan mengira seperti berikut – Gaji Pokok /31…bukankah sepatutnya Gaji Pokok /26?

    July 29, 2015, 10:37 pm
    • Ismail N Reply

      Ia bergantung kepada tujuan kiraan di buat. Jika untuk OT, maka ia perlu di bahagikan dengan 26. Jika untuk kiraan gaji sehari yang mahi dibayar, boleh di bahagikan dengan jumlah hari dalam bulan. Rujuk juga artikel mengenai gaji & OT dalam blog ini. Terima kasih.

      August 9, 2015, 1:40 am
  • Harzarul Reply

    Salam tuan. Saya ad kemuskilan untuk bertanya. Bolehkah majikan MEMAKSA kita untuk melakukan overtime(ot) pada hari biasa mahupun pada sabtu dan ahad? Waktu bekerja hanyalah isnin sehingga jumaat 8.30am-6.30pm.
    terima kasih

    July 28, 2015, 11:43 am
    • Ismail N Reply

      Majikan boleh minta kita dan jika kita tidak buat, maka tindakan disiplin boleh dikenakan kerana engkar perintah.

      July 29, 2015, 11:13 pm
  • segari Reply

    maaf ya. saya ingin bertanya berkenaan pengiraan gaji pada hari cuti umum (public holiday). Saya bekerja dari pukul 9.00 pagi sampai 6.00 petang dan menyambung kerja dr pukul 7.00 ptg hingga 1 pagi.. bagaimana gaji saya akan dikira. adakah dibayar bayaran triple atau double

    July 28, 2015, 6:50 am
  • hanim Reply

    Salam tuan, saya ingin bertanya. Sy bekerja dlm shift 12 jam. 2 hari siang, 2 hari malam dan 4 hari off. Gaji saya adalah rm4000. saya ingin bertanya adakah saya layak menerima OT (bayaran triple) pada public holiday? Skrg ini majikan hanya membayar flat rate shaja sama iaitu sama seperti OT di hari biasa dengan alasan saya bukan non-exec tapi executive. Terima kasih.

    July 23, 2015, 12:37 pm
    • Ismail N Reply

      Di bawah undang-undang buruh Malaysia, majikan tidak diwajibkan membayar pada kadar OT untuk pekerja-pekerja yang gajinya melebihi RM 2,000.

      July 26, 2015, 4:26 am
  • JESSICA Reply

    Hi saya skrg berkja di mr diy….saya nk tyk blh ke abm hold advance saya sedangkan saya hri2 masuk kja…tak ada lewat pun…tapi alasan yg di bg coz saya byk absent..dlm puchkad yg saya tgk tak ada 1 hari pun saya absent…mohn bantu saya

    July 23, 2015, 3:29 am
    • Ismail N Reply

      Majikan tidak wajib beri advance kecuali di sebut dalam kontrak. Jika gaji pula, boleh lewat sikit untuk tujuan kiraan (teknikal) tetapi tidak boleh lebih 7 hari dari tarikh due. Jika anda tidak absent, maklumkan kepada pihak pengurusan berserta bukti sekali (rakan sekerja boleh jadi saksi).

      July 26, 2015, 4:29 am
  • Index Apk Reply

    ternyata macam tu ye HRMS tu

    July 17, 2015, 10:21 pm
    • Ismail N Reply

      Ya. Macam itu lah. Terima kasih atas kunjungan ya.

      July 26, 2015, 5:01 am
  • Roslan Bin Ismail Reply

    Assalam.
    Saya memasuki syarikat ini dengan tawaran sebagai eksekutif bergaji rm2000 dan bekerja waktu normal. Job scope saya adalah membuat penambahbaikan proses kerja, sistem kerja, mengurangkan defect dan kos syarikat. Alhamdulillahdengan kerjasama owner syarikat (bangsa jepun) banyak perkara saya dapat lakukan termasuk kerja penambahbaikkan hal ehwal keselamatan pekerja, latihan dan sebagainya. Owner syarikat amat berpuas hati dengan hasil kerja saya. beliau selalu menyebutkan tentang pencapaian saya di dalam mesyuarat syarikat. Beliau juga sentiasa memanggil saya untuk berbincang dan mendapatkan pandangan sekiranya terdapat masalah yang berlaku. Perkara ini mendatangkan rasa ketidakpuasan hati rakan pengurusan saya terutama yang lebih senior. Selang beberapa lama ownwr syarikat kemalangan dan terpaksa menjual syarikat ini dan pulang ke jepun untuk rawatan. Apabila pengurusan tertinggi bertukar tangan, rakan pengurusan saya mula memainkan peranannya supaya saya tidak lagi mendapat kepercayaan dari pengurusan atasan. Organisasi pun bertukar dan tanpa miss conduct atau domestic enquiry, saya diturunkan kerja dan hanya membuat kerja kerja operator sahaja (QC inspector, loading kontena, membuat kerja operator pengeluaran. saya juga telah diarahkan untuk memasuki sistem syift 12 jam sehari. Sehingga kini rakan kerja sentiasa memburuk burukkan saya semasa mesyuarat syarikat (yang saya tidak lagi dipanggil ke mesyuarat kerana bertaraf operator sahaja) juga memburuk burukkan saya di hadapan operator dan leader lain serta cuba mencari kesalahan saya walaupun kecil ke pengetahuan pengurusan atasan. saya juga tidak dibenarkan lagi mengaksess data syarikat. Seolah olah saya telah melakukan satu kesalahan besar. Sekiranya ada komplain dari pelanggan saya akan dipersalahkan dan diarahkan untuk menjawab, mencari sebab dan membuat penambahbaikkan dengan kadar segera. Saya rasa tertekan dan malu dengan situasi ini. Ada leader memaklumkan bahawa pengurusan pernah berkata mereka akan melakukan ini semua sehingga saya tersingkir dari syarikat ini. apa yang perlu saya lakukan.

    July 14, 2015, 8:20 pm
    • Ismail N Reply

      Ini di panggil sebagai politik dalam pejabat dan ia berlaku di mana-mana. Oleh itu, setiap pekerja perlu bersedia dan cuba berkerja sama dengan semua pihak terutamanya pihak pengurusan. Dapatkan bantuan dari Jabatan Sumber Manusia jika ada. Selain dari itu, anda juga boleh merujuk pada peguam atau kauselor JTK untuk mendapat pandangan samada ada terma-terma kontrak kerja yang tidak dipatuhi oleh majikan anda. Downgraded adalah satu bentuk ‘constructive dismissal’ jika ia tidak dibuat mengikut prosedur yang betul.

      July 26, 2015, 1:52 am
      • Roslan Bin Ismail Reply

        Jabatan sumber manusia juga terlibat dalam perkara ini

        August 24, 2015, 3:57 pm
  • mie Reply

    saya terima surat tarawan oleh majikan untuk bertukar cawangan.tp ia agak membebankan tambahan tiada keniakian gaji.tetapi majikan berkata jika saya tidak melapor diri di cawangan pada tarikh tawaran saya akan automatik ditamatkan perkerjaan…adakah saya boleh menolak tarawan untuk bertukar cawangan?jika ia membebankan

    July 11, 2015, 2:37 am
  • zairi Reply

    Assalamualaikum…
    Disini saya ada satu soalan yang x terjawab. Saya bertugas sebagai security guard. Baru baru ini syarikat telah memulakan sistem 3shift. Soalannya berapa jamkah waktu rehat sebenar seseorang pekerja sebelum sambung bertugas semula. Ada kalanya saya hanya dapat rehat selama 8jam sahaja sebelum shift saya yang seterusnya.

    July 10, 2015, 4:25 am
    • Ismail N Reply

      Biasanya jika syarikat itu punyai banyak cawangan, dalam kontrak akan nyatakan secara spesifik yang anda boleh dipindahkan ke mana-mana cawangan bila perlu. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dianggap engkar kontrak dan boleh dkenakan tindakan disipilin termasuk diberhentikan kerja. Cuma jika anda ada alasan munsabah, sila buat rayuan terlebih dahulu kepada majikan untuk dipertimbangan.

      July 26, 2015, 1:58 am
  • DILA Reply

    hi. saya nak tanya. adakah ada perbezaan antara mc dan claim perubatan? kerana baru2 ini saya sakit dan telah mendapat mc 2 hari. beserta jumlah perubatan sebanyak rm46.00. Namun bos saya beritahu cuma boleh pilih antara 1. jika mahu pilih claim, bermakna mc tidak diambil kira. dan jika ambil mc, claim tidak diambil kira. Adakah wujud undang2 sebegitu? setahu saya keduanya boleh diambil kira. mohon penjelasan. untuk pengetahuan, saya juga tidak diberikan offer letter oleh syarikat selepas habis prohibition period.. saya sudah bekerja 7 bulan..

    July 9, 2015, 7:24 am
    • Ismail N Reply

      Cuti sakit bergaji diperuntukkan oleh undang-undang (bagi mereka yang gaji dibawah RM 2k). Untuk faedah perubatan pula, ia tertakluk pada budibicara majikan. Untuk pemahaman lanjut undang-undang buruh, rujuk artikel: Undang-Undang Buruh Di Malaysia: Akta Kerja 1955

      July 26, 2015, 2:21 am
  • farra Reply

    Assalam…sy cuma nk minta pendapat…

    1) sy permenant staff & telah bekerja selama 14thn… thn ni sy telah mendpt MC dari hospital pakar sebanyak 42hari @ trigger fingger surgery…skrg masih treatment for carpel tunnel syndrom… Bagaimanapun, ia masih belum melebihi kuota tahunan iaitu 60hari..

    * Bolehkah majikan berhentikan sy atas sebab bilangan MC yg byk walaupun belum melebihi had tahunan?

    2. sy ade follow up appointment dgn doc..then majikan mengarahkn 2 org officemate utk menemani sy berjmpa dgn doc atas alasan concern dgn masalah kesihatan yg sy alami..sy rase tertekan, tersinggung & malu seolah2 sy ade membuat kesilapan yg besar…

    * adakah majikan berhak membuat begitu? Ape yg perlu sy lakukan utk mengurangkn rase tekanan & malu…

    Thxs

    July 5, 2015, 5:34 pm
    • Ismail N Reply

      W’salam. Majikan boleh berhentikan pekerja jika didapati pekerja tidak lagi berupaya menjalankan kerjanya lagi. Mungkin atas sebab itu, majikan anda menghantar office mate anda untuk menyiasat keadaan anda. Kes-kes sebegini akan subjektif dan bergantung kepada banyak faktor dan peruntukkan pada kontrak perlu dilihat juga.

      July 26, 2015, 2:22 am
  • Fairuz Leong Reply

    Assalamualaikum tuan,

    Saya ingin mengajukan soalan untuk adik ipar saya yang bekerja di syarikat swasta di bawah bahagian IT / construction. Beliau memiliki sijil dan ditawarkan gaji sebanyak RM1,500. Akan tetapi, beliau sering balik lambat sehingga pkul 12pm kebiasanya. Waktu kerja beliau bermula jam 9am. Dah sehingga kini majikan beliau masih belum memberikan kontrak bekerja, walaupun sudah bekerja selama sebulan setangah. Dan beliau diperlukan untuk keluar ke “site” hampir setiap hari tanpa ada perlindungan insuran atau socso. Gaji dibayar penuh RM1,500 tanpa potongan EPF & Socso.

    Bolehkan beliau mengambil tindakan ?

    July 4, 2015, 5:20 pm
    • Ismail N Reply

      Ia adalah satu kesalahan untuk tidak mencarum EPF & Socso bagi pekerja yang layak. Begitu juga menyuruh pekerja bekerja melebihi had masa yang ditetapkan undang-undang. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari Perkeso, KWSP dan Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan lanjut.

      July 26, 2015, 2:22 am
  • Chan Lai Zun Reply

    Saya ingin tanya jika gaji sebulan saya ialah RM2000. Dalam tempoh percubaan, saya telah ambil cuti 1 hari. Jadi, saya ingin tahu bagaimana hendak kira gaji sehari saya dan berapa yang patut ditolak dari gaji saya jika saya ambil unpaid leave itu.

    Terima kasih

    July 2, 2015, 11:04 am
  • norezwanizzam Reply

    Assalamualaikum..saya bekerja sebagai pemandu lori cargo disebuah syarikat swasta…hari sabtu(27/8/15) dan hari isnin(29/6/15) saya tidak diberi trip atas beberapa sebab alasan…

    Dimana mereka memberi alasan menuduh saya kerana (1)mengingkar arahan dan (2)tidak mengambil pesanan…sekarang saya merasa mereka seperti mahu membuang saya secara senyap…dimana segala kad,kunci permit lori telah diambil tanpa pengetahuan…

    Ini menyebabkan saya merasa terkapai-kapai…APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN WAKTU INI ,DISAAT DAN KETIKA SAYA MEMERLUKAN WANG untuk pelbagai komitmen dan apatah lagi bakal menyambut aidilfitri yang bakal menjelang?

    June 29, 2015, 1:49 pm
  • Ali Ismail Reply

    nak tanya , adakah menjadi satu kesalahan majikan memaksa perkerja nya kerja lebih masa ( overtime ) dan bayaran tetap di berikan mengikut rate over time 0.5/ 2.0 / 3.0 .
    Dan sekiranya perkerja enggan untuk overtime adakah majikan boleh memberi surat “warning letter” ( surat amaran ) ke atas perkerja mereka? Harap dapat di jelaskan. Terima kasih.

    June 29, 2015, 7:49 am
  • hidayah Reply

    assalamualaikum,
    saya nak tanya, hari jumaat saya rehat 12 thghari-2.30ptg. saya halfday sebelah pagi dan masuk kerja sebelah petang, OT yang saya buat pada hari itu, majikan telah campurkan ke dalam hari biasa. contohnya saya start bekerja pada pukul 2.30ptg hingga pkul 5ptg.selpas pkul 5, saya akan ot sehingga pukul 9mlm. di sebabkan hari jumaat waktu rehat lama, majikan saya menolak ot saya da mencampurkan ke dalam waktu biasa iaitu 8jam sehari.maknanya saya tidak mendapat OT pada hari jumaat tersebut. bolehkah majikan berbuat demikian?

    June 29, 2015, 3:02 am
  • Fairus Reply

    Gaji 2k++, Berkhidmat 2 tahun++ sbg Exec Acc.. Notis 2 bulan berhenti kerja telah dikeluarkan, masih ada baki 10 hari cuti tahunan dan akan di pro rate. Bila bertnya sykt bila tarikh akhir, dia mengira sabtu dan ahad sebahagian dari kiraan. Bila bertnya, kenapa hari ahad dikira sama, sedangkan itu hari bercuti. Jawapan di beri, ianya cuti berbayar kpd pekerja. Soalan sya adakah ini kaedahnya. Apakah kaedah pengiraan tersebut?

    June 26, 2015, 2:46 am
    • hafiz Reply

      Bos sy nk tnya kalu sy punya tmpat kerja xdaftar ap2…lpas tu dye ttl xbg notis bley buat aduan kew

      August 3, 2015, 3:27 pm
  • maz Reply

    saya berkerja di senai selama 10 tahun,pada tahun ini bahagian tempat saya kerja berpindah ke pasir gudang sejauh 50km.majikan saya suruh saya pergi juga ke pasir gudang..saya tidak mahu kerana jauh dan faktor keselamatan.jalanraya apa kah yang perlu saya lakukan.?
    1.adakah saya dapat apa apa imbuhan dari kilang saya itu.
    2.adakah saya dapat vss…sebab isteri saya dapat vss semasa dia berkerja kilang jam.dulu.

    June 25, 2015, 4:01 pm
  • Fatin Fatimah Reply

    Salam,
    Saya ingin bertanya adakah pekerja berhak untuk meminta majikan contract sebagai permanent staff? Kami hanya menerima surat permanent yg menyatakan anda permanent staff(sehelai sahaja) tapi tiada surat rasmi sedangkan kami bakal diberhentikan. Dan kami juga dijanjikan mendapat bonus selama sebulan tapi pada bulan 4 majikan hanya membayar separuh dan berjanji untuk membayar separuh di bulan hadapan tapi sampai bulan 7 masih tiada bonus. Berapa lamakah tempoh yang diberi kepada majikan untuk membayar bonus kami? Terima kasih.

    June 25, 2015, 6:01 am
  • Krishnan Reply

    Salam sejathera, nama saya krishnan. Saya berkerja sebuah majikan sebagai pemandu lori,tahun 2006Masa saya kerja kecederaan ke mata saya . Selepas saya pergi hospital,lepas rawatan saya punya satu mata tak boleh nampak langsung. Masa itu majikan tak potong kwsp n socso. Selepas i pergi report kat kwsp n socso.kes tgh jalan lepas 8 tahun ,i dah approve daripada socso pencin ilat. Tapi kwsp kes sedang jalan, sekarang saya terima satu notis daripada kwsp kes aduan ditamatkan dan ditutup.kerana tak ada bukti-bukti kukuh untuk mengaitkan elemen perhubungan di antara majikan dan pekerja. Saya ada slip gaji 3bulan,masa saya telahberkerja majikan. Blh saya jumpa jabatan buruh nak minta tolong.terima kasih.

    June 25, 2015, 4:15 am
  • Syahirah Reply

    Okay begini. Saya bekerja sebagai Marketing Assistant. Basic gaji saya RM1800. Dapat elaun attendence (RM100) dan transport(RM100). Saya tak entitled untuk dapat OT. Sy mula bekerja pada Feb 2014 sehingga sekarang. Masa saya bekerja pukul 9am – 6pm (isnin -sabtu) . Ahad offday. Tiba2 sy punya management menukar sy punya jadual kerja yg meminta sy untuk bekerja hari Ahad dan tukar off day pd hari bekerja. Means jumaat, sabtu ahad saya kena kerja. Then, management minta apa2 hari public holiday yg jatuh pada hari Sabtu dan ahad, sy diminta bekerja juga.. dan tukar offday. juga. tapi x dibayar double sebab dlm kontrak saya x entitle untuk dapat OT. Sy ada hak tak untuk menolak arahan management. Kerana saya mmg x dapat nak bekerja ari ahad. Lebih2 lagi Public Holiday sy tidak dibayar double. Hanya tukar offday saja. Minta penjelasan…. Terima kasih

    June 25, 2015, 1:12 am
  • Ery Reply

    Assalammualaikum En. Ismail,

    Saya ingin meminta pendapat dan pandangan Encik ttg situasi saya. Saya telah mula bekerja selama 6 bulan tanpa sebarang contract dengan gaji >Rm2k. Saya di letakkan Contract under company X yang suppler man power untuk Company Y,

    Situasi yang di hadapi:_
    1) Saya di bayar utk Hours (ada Thumbprint) tetapi ada gaji bulanan. Which mean thumprint hanya untuk pembayaran OT. Tetapi pada masa yang sama apabila sy cuti, di mana sy meminta cuti dari Company Y dan approved, Company X akan tolak gaji melalui hourly rate. Adakah betul kaedah ini??

    2) Tentang cuti umum atau Public holiday, Sy bertanya kepada company X ttg cuti umum raya yg jatuh pada hari Sabtu adakah sy mendapat INLIEU atau ganti, mereka kata tidak kerana company X tidak buat begitu. Apakah tidnakan yg sy boleh ambil? adakah benar mengikut Undang-undang buruh?

    June 23, 2015, 4:31 am
    • ERY Reply

      Tuan Ismail.. kenapa tiada jawapan pada soalan sy?

      July 30, 2015, 4:05 am
  • al-haziq Reply

    assalamualaikum.
    1) Saya nak tanya tentang apa syarat yang perlu dikenakan kepada company yang menghantar pekerjanya training bekerja ke luar negara? sambil menggunakan VISA PEKERJA.
    2) Saya dibayar elaun ke luar negara serta gaji di malaysia dan luar negara tetapi pada akhir bulan gaji saya perlu dibandingkan dahulu, company hanya bayar gaji yang paling tinggi setelah dibandingkan gaji kedua-duanya. Adakah cara ini betul dan adil?
    2) Disebabkan saya training ke luar negara gaji saya dikenakan tax kerajaan, sedangkan basic saya 1500, saya tanya kepada HR mereka menjawab pendapatan saya sebulan (gaji + elauan) perlu dikenakan tax kerana telah melebihi syarat. Apakah syarat gaji yang perlu dikenakan tax?
    Harap Tuan/Puan dapat bantu saya kerana saya ‘fresh graduate’ tiada pengalaman dalam undang-undang tenaga buruh dan saya bukan dari orang senang serta perlu membayar PTPTN. Diharapkan sekali lagi tolong memberi penjelasan tentang masalah saya ini.

    June 20, 2015, 2:27 pm
  • Sya Reply

    Assalammualaikum.. Saya nak tanya pekerja yang masih dalam tempoh percubaan (3bulan) sekiranya sakit dan mempunyai mc,perlu dibayar juga atau UL(unpaid leave) alasan majikan saya,sebab saya tak confirm lagi. so kalau sakit UL..mohon pencerahan.

    June 18, 2015, 2:14 am
  • sss Reply

    hi,
    kalau saya ada kontrak bond training, tetapi majikan saya tidak bagi saya sebarang training yang sah selama hampir dua tahun saya bekerja. adakah saya boleh matikan kontrak itu dengan meletak jawatan tanpa sebarang denda yang telah ditetapkan oleh majikan saya dalam kontrak itu?dan jika saya melanggar tempoh notis peletakan jawatan. adakah saya akan di denda oleh majikan saya?jika saya cuma tidak hadir bekerja atau telah bekerja di tempat baru.

    June 17, 2015, 11:23 am
  • Pn Nhj Reply

    Salam wbt saya nk bertanya..
    -Saya telah mula bkeja pada 04 March 2014 dan telah berhenti kerja pada 08 Mei 2015 dgn notis berhenti 24jam
    -Company tersebut tidak memberi apa2 offer letter atau surat sah jawatan.
    – Sya mempnyai bukti yg mngatakan dia akn membayar gji sya tp sehingga kini balance gji saya masih tidak dapat..
    – Saya diberi gaji sbyk RM 1500.00 dan bos hanya membayar RM 1000.00 shj..
    – Balance gji sye masih tidak di bayar RM500.00 + (Gaji) 1mei hingga 8mei dan sye tlah di ugut mcm2 dripada bos tmpt lama sye bkerja ini kerana company tersebut adalah milik seorg Dato Paduka..
    – Adakah sya layak utk membuat aduan di pjabat buruh oleh kerana sya tdak di beri offer letter?
    -Company tersebut tidak mempunyai pay slip mahupun kwsp & sosco..
    – Mungkin RM500++ nmpk sikit tp besar nilainya bg saya..
    – Tlg sya mcm mana hendak menuntut semula gaji saya?!

    June 15, 2015, 5:00 am
  • shila Reply

    Salam
    Saya bekerja sebagai palestine promoter.pada 25.6.2015 saya inform dgn sulervisor saya pasal notis berhenti kerja saya.saya bagi taw la sebab saya berhenti adalah masalah kewangan.gaji saya 800 sebulan xda ot komisyen pun selepas 3 bulan bkrja baru ada,elaun xda.tapi supervisor saya tidak bagi saya berhenti alasan sebab dia sekarang outstation.tp saya btl2 ada masalah kewangan.saya bagi tahu 1.06.2015 saya berhenti.saya dah bagi notis.lps saya dah berhenti gaji yang sepatutnya diterima 5.06.2015 sampai sekarang 14.06.2015 saya belum dapat gaji terakhir saya.saya belum ada apa2 confirm letter dengan company tu.saya perlu gaji saya.apa patut saya lakukan sekarang?

    June 14, 2015, 1:16 am
    • Ismail N Reply

      W’salam… Gaji terakhir anda (jika ada) hendaklah dibayar pada hari terakhir anda bekerja atau selewat-lewatnya tujuh hari selepas tarikh tersebut. Anda perlu dapatkan maklumat dari majikan anda mengenai kelewatan ini. Jika alasan yang diberikan adalah tidak munasabah, maka anda boleh adukan pada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan untuk bantuan dan tindakan.

      June 14, 2015, 4:38 am
  • amirul Reply

    sy baru bekerja salame sebulan, dh mse 27 hari bulan, sy suda submit notis perlatakan jawatan, namum ditolak atas sebab tiade penganti, dan phak sharikat menolak, dan didalam notis itu tarikh yg sya beri pada 27 mei, tpi lps semingu , pihak syarikat baru terima surat itu ,iaitu 5-6 baru syarikat terima surat itu, adakah tempoh sy 14 hari notis itu dikira dari tarikh sya tetap kn itu atau tarikh surat dihatar?? krana sy telah mgambik cuti skit slme 3 ari dari tarikh 27 mei, adakah tempoh 14 hari itu dikira dari tarikh 27mei itu atau tarikh sy sumbit,??? jika ikot logik, pihak syarikat telah terima tarikh surat itu yg bertukis bertarikh 27 mei, so makne nye pihak syarikat setuju dengam tarikh yg tetap kn iaitu 27 mei, waloupon syrikat trima surat pada 6,-5??bkn kh itu pihak syarikat suda setuju dgn tarikh itu kn, n knpe sy dipakse ikot tarikh surat itu diterima??? perlukah,?? sedang notis sya pada 27 mei,???

    June 10, 2015, 6:06 pm
    • Ismail N Reply

      Surat perletakkan jawatan tidak boleh ditolak oleh majikan. Mereka boleh berunding dan memberi terma yang lebih baik jika mahu anda kekal dalam syarikat mereka. Untuk tarikh mula notis berkuatkuasa, ia hendaklah pada tarikh komunikasi di buat iaitu pada tarikh surat diterima oleh majikan.

      June 13, 2015, 1:09 pm
  • hairi Reply

    Assalammualaikum.
    Saya ingin bertanya tentang kadar OT bekerja saya.
    Saya bekerja shif 8jam rotation 24jam di sebuah syarikat swasta. Gaji basic saya rm2700 dan elaun shif rm360. Kadar bayaran kerja lebih masa 4jam ke atas hanya elaun makan sebanyak rm40 sahaja dan ianya dibayar dikira sebagai bayaran OT. HR jelaskan bahawa jawatan saya dibayar elaun makan sahaja untuk kerja lebih masa dan jawatan ini sudah ditetapkan mengikut skim perkhidmatan syarikat. Kerja lebih masa saya dibuat bila ganti pekerja lain dalam shif yang lain (0800-1600, 1600-0000, 0000-0800). Kadar jam kerja lebih masa adalah tetap 8jam dan rehat diberi sejam setiap shif. Soalan saya ialah:
    1) Berapakah sebenarnya kadaran bayaran OT yang saya patut dapat jika kerja lebih masa 8jam?
    2) Adakah elaun shif dibayar untuk bersedia bila2 masa untuk buat OT?
    3) Wajarkah kerja lebih masa dibayar elaun shif sahaja dan bukannya bayaran OT.

    Terima kasih

    June 10, 2015, 12:17 pm
  • PEKERJA SWATA Reply

    Saya mula bekerja di satu syarikat swasta pada Feb 2014, (tanpa offer letter).
    Saya telah keguguran pada Ogos 2014 (keguguran ke-3.
    Kini, kandungan sy telah 21 minggu, ekoran keguguran yg terjadi sebelum ini, saya dirujuk ke Klinik Kesihatan Ibu Anak seawal kandungan 6 minggu. Sedia maklum, pemeriksaan adalah setiap bulan.
    sepanjang 21 minggu kehamilan, saya telah mendapat 9 hari MC (berlainan slip MC) drpd EPAU Hosp Sg Buloh.
    cuti tahunan saya telah habis, ekoran kerap mengambil cuti kerana anak sakit dan masalah kesihatan sendiri.
    Maka, mulai Jun2015, saya telah diberi notis, bahawa sebarang ketidakhadiran & cuti sakit saya selepas ini akan dikira sbg “unpaid leave”.
    Time slip untuk pemeriksaan bulanan jg akan ditolak gaji mengikut kadar jam.
    adakah ini wajar? tolak gaji walaupun ada time slip? MC bergaji saya masih berbaki 5 hari, adakah boleh majikan tolak gaji? mohon pencerahan.

    June 10, 2015, 4:03 am
    • Ismail N Reply

      W’salam..
      1) Untuk pekerja yang bergaji RM 2,ooo ke atas, mereka adalah tidak dilindungi oleh Akta Kerja. Atas sebab itu, majikan tidak wajib membayar pada kadar kerja lebih masa (OT) yang ditetapkan oleh Akta. Majikan boleh tentukan sendiri apa-apa imbuhan yang mahu diberi terhadap mereka.
      2) Elaun shift adalah elaun yang bersifat kontraktual. Oleh, itu anda perlu merujuk pada kontrak kerja anda.
      3) Sama dengan 2).

      June 13, 2015, 1:14 pm
  • Rahim Ruslan Reply

    asalamualaikum tuan.. terima kasih kerana beri peluang utk sy bertanyakan soalan tentang nasib si makan gaji..

    sy bekerja sbgai pemandu lori dgn
    sebuah syarikat pengangkutan dlm pelabuhan dgn lesen ‘D’. masa bekerja sy adalah 24 jam , dan 24jam kemudian berehat atau bercuti. 8pg masuk, hingga 8pg esok balik.

    baru2 ini semasa shif sy bekerja, sy telah menghadapi sedikit masalah keluarga, d mana pd pkul 6 petang makcik sy tlah meminta bantuan sy utk mengambilnya di stesen bas pd lbih kurang pkul 11 mlm hari itu.

    sy dh bg tahu kat kerani bertugas yg sy perlu balik. dan kerani tersebut tidak mengizinkn sy balik atas alasan tiada pengganti . maka, sy pun tidak mempedulikannya dan terus balik pada pukul 12 malam itu.

    atas masalah ini, sy telah dikenakan tindakan iaitu membayar penalti sebanyak rm50 setiap jam yg sy tinggalkan waktu bekerja. dan kesemua jumlah penalti yg sy perlu tanggung adalah sebanyak rm400 dari pkul 12.00am hingga 8.00am ..

    sy ingin bertanya kepada Tuan, adakah wajar sy menanggung penalti tersebut ? sedangkan setahu saya itu adalah tnggungjawab syarikat utk menyediakan pemandu gantian sekiranya pemandu sedia ada, mempunyai hal2 yg x dapat di elakkan..

    rm400 terlalu bnyak pd sy. gaji pun harapkan komisen rm5 setiap kontena yg sy tarik. kalau rm50 satu kontena sy x kisah. klau boleh, sy perlukan sedikit sebanyak nasihat daripada Tuan tentang kemuyskilan sy terhadap mslh ni.

    Harap Tuan balas secepat mungkin…

    June 9, 2015, 12:11 pm
    • Ismail N Reply

      W’salam. Ia sebenarnya bergantung kepada gaji basic anda iaitu samada ia melebihi RM 2,000 atau tidak. Jika ya, maka anda tidak dilindungi oleh Akta Kerja dan peruntukkan kontrak anda adalah perlu dirujuk. Namun, untuk pengetahuan anda, bagi mereka yang dilindungi Akta adalah tidak boleh diarah berkerja 24 jam berterusan sehari. Majikan juga tidak boleh memotong gaji tanpa mematuhi peruntukkan Akta. Untuk makluman lanjut dan bantuan berkenaan hal ini, anda boleh merujuk pada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan. Terima kasih.

      June 13, 2015, 1:29 pm
  • Syahirah Reply

    Assalamualaikum, saya nak tanya. Majikan saya suruh saya bekerja pada hari Cuti Umum. Tetapi tidak mahu bayar gaji 2 kali ganda. Mereka hanya suruh saya ganti 1 hari cuti sahaja. boleh ke encik ? bukan sepatutnya 2 hari cuti? sama nilai nya kalau dibayar gaji 2 kali ganda?

    June 9, 2015, 6:38 am
    • Ismail N Reply

      W’salam. Ia bergantung kepada samada anda tertakluk pada Akta Kerja atau tidak. Rujuk artikel ini: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-samada-pekerja-di-lindungi-oleh-akta-atau-tidak . Jika YA, maka majikan wajib bayar pada kadar yang ditetapkan Akta. Jika tidak, maka rujuk pada kontrak kerja anda. Terima kasih.

      June 13, 2015, 1:41 pm
      • Syahirah Reply

        Okay begini. Saya bekerja sebagai Marketing Assistant. Basic gaji saya RM1800. Dapat elaun attendence (RM100) dan transport(RM100). Saya tak entitled untuk dapat OT. Sy mula bekerja pada Feb 2014 sehingga sekarang. Masa saya bekerja pukul 9am – 6pm (isnin -sabtu) . Ahad offday. Tiba2 sy punya management menukar sy punya jadual kerja yg meminta sy untuk bekerja hari Ahad dan tukar off day pd hari bekerja. Means jumaat, sabtu ahad saya kena kerja. Then, management minta apa2 hari public holiday yg jatuh pada hari Sabtu dan ahad, sy diminta bekerja juga.. dan tukar offday. juga. tapi x dibayar double sebab dlm kontrak saya x entitle untuk dapat OT. Sy ada hak tak untuk menolak arahan management. Kerana saya mmg x dapat nak bekerja ari ahad. Lebih2 lagi Public Holiday sy tidak dibayar double. Hanya tukar offday saja. Minta penjelasan…. Terima kasih

        June 16, 2015, 2:56 am
  • Kalaivanee Reply

    Hi, I would like to clarify the minimum retirement age, 55 or 60?
    Is there any clause as a Company can choose the retirement age minimum to 55 or 60?
    What is the latest version of Labour Law available in market?
    Vanee

    June 8, 2015, 8:34 am
    • Ismail N Reply

      Hi Vanee. The retirement age for private sector is 60. The employer can set the retirement age before 60 but the employee must also agrees with that. The last amendment to Employment Act was made in 2012. So, any version of the act from 2013 onwards should be sufficient. Thank you.

      June 13, 2015, 1:59 pm
  • azi Reply

    Salam.. Sy ada seorg kwn yg bkerja sbgai pelayan di sebuah Club mlm.. Dia mempunyai mslah dimana gaji nya dikira RM45 sehari.. Waktu kje yg X menentu.. Msuk keje jam 10mlm dn habis kje plg awal pukul 5pg dn plg lewat pukul 7pg.. Kje lbh msa X dikira ot. Tetapi jika lewat msuk di potong RM 10 setiap 1jam.. Komisen yg sepatutnya diterima sekali dgn gaji pda 3 hrbln kini dia msih X dpt smp skrg.. Alasan diberi majikan slh kira komisen sedangkn pelayan cuma ada 2 org shj. Blhkah dia dilindungi oleh mna2 akta? Dn bgaimana dia nk tuntut komisen dia? Dn yg trbaru majikan nya tidak memberi sebarang komisen pada pelayan mulai bulan ni?? Tlg jelaskn pda sy.. Tq

    June 6, 2015, 6:38 pm
    • Ismail N Reply

      Berdasarkan gajinya, dia dilindungi oleh Akta Kerja 1955. Oleh itu, sebarang kerja lebih masa (OT perlu dibayar pada kadar OT minima yang disebut dalam Akta. Komisyen pula faedah yang berasaskan kontrak. Perlu rujuk pada kontrak kerjanya.

      June 8, 2015, 2:08 pm
  • nor hakim Reply

    Sy bekerja sehari 12 jam..sebulan 20 hari….basic sebanyak 1300….company membuat kiraan basic dibahagi dengan 26 hari bekerja dan ot dikali dengan 20 hari bekerja…adkah btol kiraannye

    June 6, 2015, 9:12 am
  • Niena Othman Reply

    salam tuan. Sy ade beberapa soalan mengenai labour law bg yg bekerja di kedai jualan yg beroperasi dari pagi hingga malam. Minta tuan reply sy melalui email utk memudakn kemukakn soalan sy. Tq

    June 5, 2015, 1:18 am
  • rohaniza Reply

    saya nak bertanya.. jika saya ot dari pukul 5 ptg – 5.45 ptg.. di kira ot 45 minit @ 1 jam ya? ini untuk hari bekerja.

    June 4, 2015, 1:47 am
  • RAHIZAH AB KADIR Reply

    waktu bekerja Lebih Masa ( Overtime) selepas jam 5.00 petang, pekerja telah bersetuju untuk tidak keluar waktu tea-break 15 minit, perlukah kami meminta persetujuan tandatangan dari pekerja terlebih dahulu.

    June 3, 2015, 9:10 am
    • Betty Reply

      Hi, saya Kerja Dari 9.30am- 5.30pm, 8 jam . Kalau saya nak lunch keluar 1 jam, boles kah boss ku potong satu jam yang aku ambil?
      2) sabtu I Kerja 8 jam, tak keluar lunch, boss ada bagi ot, Kira 1500/26/8=7.21 x 1.5=10.81sejam I dapat? If I ot saja 0.45 minit, kira 10.81 x 0.45 =4.86 I dapat?
      3) cuti besar 11 hari tu company tak Kerja, Jika public holiday yg lain seperti Christmas Day, wesak day ada double? Tapi awal balik, 7jam Kerja.

      June 3, 2015, 12:46 pm
    • Ismail N Reply

      Tidak perlu. Anda cuma perlu kira masa kerja sebenar sahaja.

      June 8, 2015, 2:05 pm
  • Chin Reply

    saya seorang pekerja syarikat swasta…tempat bekerja adalah bertempat di shopping mall…waktu bekerja kami ialah 12 jam sehari dimana sepanjang 12jam ini kami diberikan masa rehat selama 2 jam yang diambil secara berasingan , bermaksud waktu bekerja kami yang sebenar ialah 10 jam . Gaji kasar saya sebelum potongan EPF ialah RM1450 dan saya mempunyai monthly allowance sebanyak RM250 sebulan dan juga komision bulanan tetapi komision bulanan adalah berdasarkan jumlah jualan dalam sebulan . Adakah dalam keadaan ini saya layak untuk menuntut OT ? adakah peraturan yang mengatakan jumlah kiraan OT sudah dicampurkan sekali dalam gaji kasar bulanan kami ?

    May 31, 2015, 4:53 am
  • fendy Reply

    saya nak bertanya tentang bekerja lebih masa maksud saya ,kerja lebih dari 8jam , ok macam ni ,,kilang tempat saya bekerja melakukan rombakan jadual bekerja dari 8jam masa bekerja ke 12jam tanpa bayaran overtime , maksudnya kalau mengikut undang2 buruh lebih dari 8jam masa bekerja akan di bayar overtime , tapi di tempat saya kerja ,lebih dari 12jam bekerja dalam sehari baru akan di bayar gaji overtime tu ,, ,, sekarang saya nak minta dari pihat JTK tentang hal ini ,

    May 29, 2015, 7:24 pm
  • Radzi Aman Reply

    sy pernah bekerja disektor awam secara lantikan kontrak. kemudian sy mendapat tawaran di sektor swasta. sy telah beri notis berhenti kerja selama sebulan (25/3 – 24/4) tetapi majikan lama sy lambat membuat bayaran gaji kepada sy wlpn telah sebulan berlalu dari tarikh sy letak jawatan. adakah mereka berhak berbuat sebegitu? bila di tanya jawapan prosedur. ada ke prosedur menahan gaji lbh dr sebulan wlpn sy telah menghantar notis ? mohon bantuan

    May 28, 2015, 1:16 pm
    • Ismail N Reply

      Memang boleh tahan gaji jika pekerja mahu berhenti, namun tidak lah boleh sehingga sebulan. Paling lama pun 7 hari sahaja.

      June 8, 2015, 2:00 pm
  • suhadah Reply

    hai tuan/Pusan..berkaitan dgn masalah sy.. sy dalam keadaan mc sampai 3bulan Dan diberikan Oleh doktor pakar hospital besar berkaitan lutut yg cedera dalaman.. Dan akhir2 ini. sy telah dberhentikan kerja serta merta. Alasan sy x confirm Dan Mc trllu lama.. sy mpunyai hak untuk mdpt keadilan n pampasan..
    tq

    May 26, 2015, 2:09 pm
    • Ismail N Reply

      Maaf ya. Saya kurang faham sebab diberhentikan kerana x confirm itu. Berapa lama anda sudah berkerja dan ada apa-apa kontrak yang telah anda tandatangani? Sebaiknya anda rujuk pada Jabatan Tenaga Kerja dan kenal pasti sebab utama anda diberhentikan kerja. Terima kasih.

      June 8, 2015, 1:59 pm
  • NURUL Reply

    As salam,

    saya bekerja sebagai promoter event bermula pada april lepas tanpa sebarang kontrak bertulis, dan akan tamat pada bulan oktober ini. mengikut perjanjian yang dikatakan gaji akan dibayar mengikut hari bekerja pada setiap bulan. namun sehingga kini saya masih tidak menerima pembayaran bagi bagi bulan april yang lepas. bolehkah saya membuat aduan pada pejabat buruh berkenaan perkara ini?

    May 25, 2015, 2:53 am
    • Ismail N Reply

      W’salam….. Anda boleh rujuk pada JTK untuk aduan dan nasihat.

      June 8, 2015, 1:58 pm
  • mohd rodzi Reply

    Saya baru berkerja di sebuah restoran yang sudah beroperasi lebih kurang 3tahun,jadual kerja saya bermula dari 11am-11pm, dan diberi rehat selama 2jam. Tanpa dikiri overtime, soalan saya!! Betulkah dan bolehkah waktu berkerja serupa itu tidak termasuk masa overtime? Harap beri penjelasan, dan jika salah.apakah yang harus saya buat untuk menuntuk hak saya, dan saya belum lagi menandatangani surat akurjanji kerja.

    May 22, 2015, 9:10 am
    • Ismail N Reply

      Tanpa surat pun tidak mengapa asalkan gaji anda RM2k ke bawah dan digajikan sebagai pekerja, maka anda adalah dilindungi oleh akta. Untuk kerja-kerja yang melebihi masa kerja biasa atau 8 jam sehari ataupun 48 jam seminggu (tidak termasuk masa rehat) hendaklah dibayar mengikut kadar kerja lebih masa. Untuk membuat aduan, sila lakukan di Jabatan Tenaga Kerja berdekatan.

      June 8, 2015, 1:57 pm
  • Rosliza Syuhada Bt Razali Reply

    Assalamualaikum,

    Tuan sy ingin meminta pendapat.
    Saya sudah hampir dua tahun berkhidmat di Syarikat B,dan selama itu juga sy melakukan semua kerja di cawangan ini sendiri bersama seorang pengurus cawangan.Dari kerja store,koordinasi,jadual keja pemasangan,akaun,khidmat pelanggan,kerja2 membersih pejabat juga dilakukan oleh saya,malah syarikat juga menggunakan akaun sy utk memberi duit untuk ‘ultilities’ setiap bulan tanpa ada surat hitam dan putih.
    Pada awal feb lalu syarikat telah memberi bonus pada pekerja2 lain dan tidak kepada saya,bila sy tnya alasan mereka adalah ini adalah ‘management dicretions’ (sebenarnya yg betul adalah sbb sy cuti bersalin)jadi pihak syarikat telah meyakinkan saya bahawa masih ada lagi 1 pusingan untuk bonus,jadi sy boleh tunggu untuk pusingan ini.Seperti yg saya jangkakan sy tidak jugak mendapat bonus ini.
    Saya membuat keputusan untuk berhenti kerena terlalu byk janji2 yg tidak ditunaikan.Pada minggu ke-2 sy mula berkeja di sini sy telah menandatangani ‘letter of appointment’ dan sy meneliti surat itu dan mendapati bahawa sy seharusnya memberi 2 bulan notis berhenti,dan sy telah pun bercakap dgn seorang pegawai HR ditempat kerja saya ttg hal ini,dan katanya sy boleh bg short noticed with stable atau alasan yg konkrit.
    Dan sy yakin ini semua juga ‘management discretion’ bukan?
    dan sekarang sy telah pun memberi notis 34 hari kpd majikan saya,tetapi hingga ke hari ni (hari ke 13) dari hari yg mereka terima surat perletakkan jawatan saya ,sy masih tidak menerima sebarang perbincangan atau kata putus dari majikan saya.
    Saya ada menghubungi mereka dan kata salah seorang pembantu mengatakan bahawa sy telah memberi short notis dan kalau management agree untuk sy berhenti pun sy kena bayar.
    Bagi sy,sy tidak perlu membayar apa2 disebabkan pihak majikan sendiri tidak memberitahu sy ttg apa2 hal yg perlu sy lakukan,kalau mereka tidak setuju dgn notis 34 hari saya sepatutnya mereka memberitahu saya dan berbincang tentang hal ini.
    Dari apa yg sy faham,gaji sy akan disekat kerana memberi short notis.

    apa pandangan Tuan ttg hal sy.
    terima kasih

    May 21, 2015, 9:22 am
    • Ismail N Reply

      W’salam… Pertamanya, YA bonus adalah budi bicara majikan. Kedua, soal notis pula ia perlu dipatuhi mengikut kontrak. Majikan boleh abaikan (waive) tempoh notis itu jika mahu. Biasanya semasa kita hantar resignation letter, kita perlu submit tempoh yang penuh iaitu jika sebulan, maka tulis juga sebulan notis. Namun, kita selitkan jugadalam surat berhenti itu akan permohonan agar notis dipendekkan untuk pertimbangan majikan.

      June 8, 2015, 1:56 pm
  • NOR APIZA Reply

    Salam tuan.
    Saya bekerja di syarikat swasta. saya ingin bertanya sekiranya terdapat staf yang bergaji asas bawah RM2000 layak dapat ot tanpa mengambilkira semua bayaran elaun ? Bagaimana pula sekiranya gaji asas dan elaun berjumlah lebih RM2000 bagi pekerja perkeranian (pejabat), layak dibayar ot atau tidak? dan bagaimana pula jika pekerja ialah pekerja buruh (gaji asas + elaun = lebih RM2000), layak dibayar ot?
    Terima kasih.

    May 21, 2015, 4:23 am
  • farain Reply

    Hai,saya baru bekerja start awal tahun 2015 sampai sekarang,dan sy nk berhenti kerja kerana dapat offer di tempat lain,seperti biasa jika nak berhenti perlu beri notis 1 bulan,ttapi di tmpt kerja baru suruh saya masuk lebih awal,iaitu 2minggu awal dari 1 bulan notis,boleh ke kalau saya berhenti tidak mengikut notis 1 bulan tu tetapi mintk gji di potong selama 2 minggu tu..(surat bertarikh 21/5/2015 dan last bekerja 6jun 2015)

    May 20, 2015, 12:16 pm
    • Ismail N Reply

      Maaf, Tak boleh. Anda perlu bayar majikan pada nilai yang sama dengan notis yang tidak dapat dipenuhi jika berhenti awal. Tujuan utama diadakan notis adalah agar pekerja terus berkerja sehingga tempoh masa tertentu dan menyerahkan semua tugasan pada pekerja lain dengan sempurna.

      June 8, 2015, 1:54 pm
  • MOHD FIRDAUS Reply

    salam,

    saya berhenti kerja tanpa cukup notis, notis yang diperuntukan ialah selama sebulan tetapi saya hanya bagi 7hari, berbaki lagi 7hari. Saya didenda dengan amount yang tertentu.
    Persoalannya di sini:
    1) wajarkan saya didenda selepas gaji akhir saya tidak dapat
    2) adakah saya wajar minta bil, untuk tahu status berhutang

    terima kasih

    May 20, 2015, 9:18 am
    • Ismail N Reply

      W’salam…
      1) Gaji anda ditolak bagi baki notis yang tidak anda penuhi
      2) Selalunya majikan akan hantar surat minta jelaskan amaun tertentu. Anda tidak perlu minta dari mereka. Jika mereka senyap, mungkin mereka tidak mahu tuntut apa-apa dari anda lagi.

      June 8, 2015, 1:53 pm
  • rohaimih binti amit Reply

    saya bekerja di syarikat swasta sbg Admin clerk. Sy mhu tnya apa y perlu sy buat mmndgkn gji sy smpai skrg blm lg d byar mmndgkn kontrak sy dah tamat pd 10hb mei lg. Bla sy tnya bos sy, dia hnya blas gji akn di byar pd mggu dpan (minggu ni).ttapi shingga skrg bos sy tidak mberi sbrg tndakblas apa2 pn bla sy brtnyakn ttg gji,malah sy msg pn dia xblas. Apa y patut sy lakukan?

    May 20, 2015, 3:35 am
    • Ismail N Reply

      Gaji cuma boleh lewat maksima 7 hari dari ia due. Jika x dibayar, maka aduan boleh dibuat kpd Jbtn Tenaga Kerja berdekatan.

      June 1, 2015, 9:35 am
  • eiey sweetheart Reply

    Assalamalaikum…salam sejahtera..sy dahulu kerja dgn company E ni dh 3 tahun lebih (cawangan)..bila cawangan tu berpecah..dri cawangan dijadikn compny sendiri..tapi masih product yg sma..cuma supply barang pda compny lme sahaja..masalahnya sekarang..dri mula buka compny ni sept14 hingga skg may15..9bln..hnya sy sorg je yg jdi kerani..admin..account..stock..cleaner..smua sy yg buat..untuk staff lain smua bahagian jualan berkerja diluar..utk ofis sy sorg..sy ada ckp jgk bila nk ambl staff bru..sbb skg bkn cawangan cm dulu..skg dh hq..takkn hq sy sorg yg buat kje office..lagi bertmbh2 kje..bak kata..smua a-z smua sy buat..dh lme sy bersabar..sbb ingt bos byk berjasa kt sy msa sy susah mula2 kje dulu..tpi mkin lme makin pijak kepala kte..cm dh tk ikut law compny btl2..apa yg patut sy buat..

    May 19, 2015, 10:45 am
    • Ismail N Reply

      W’salam… Majikan anda tak lakukan apa-apa kesalahan. Dia cuma mahu jimatkan kos & mungkin rasa anda mampu buat semua kerja itu.

      June 1, 2015, 9:32 am
  • KHAIRUNNISA Reply

    tuan, boleh tak terangkan bagaimana dengan waktu dan hari berkerja staf bhg operasi. Adakah sama dengan pejabat

    May 19, 2015, 6:27 am
  • Naz Reply

    Saya pekerja swasta…sy dibuang kje dlm keadaan sy cuti sakit…sy kemalangan pd 16 april 2015 mse bk kje…lpz tu sy just g klinik panel shje dptkn rawatan dpt mc 2 ari…seterusnya disebabkn tngn sy bgkak sy g hospital utk x-ray , didapati tangan retak admit 1 mlm dan cuti sakit sehingga 12 may 2015…sy da call boss utk bgthu sy mc smpy 12 may 2015 sblm sy sempat nk hantar mc kat opis…mslh sy skrg sy baru kerja 4 bln disitu dan tidak mempunyai offer letter..or surat penamatan kerja…dalh die buang sy pd 9.5.15…dan gaji bln 4 sy cuma dibyr hingga 16.4.15…selebihnye yg mc tidak dibyr…disitu sy mempunyai tidak puas aty trhdp syarikat…apa yg boleh saya lakukan utk mendapatkn keadilan…harap tuan dpt membantu sy dlm menyelesaikn mslh nie…maaf jika sy terkasar bahasa jika kami pekerja yg baru bekerja dan tmpoh tidak sampai setahun tidak mempunyai ape2 surat, tidak layak ke kami menuntut keadilan yg sewajarnya…terima kasih

    May 18, 2015, 2:00 am
    • Ismail N Reply

      Anda boleh rujuk kes anda ke Jabatan Tenaga Kerja untuk aduan dan bantuan. Terima kasih.

      June 8, 2015, 1:52 pm
  • mastura Reply

    Tuan,saya ingin bertanya.didalam akta kerja 1955,adakah terdapat hitam putih bahawa jika seorang pekerja tidak hadir kerja maka OT sebanyak 8jam akan dipotong?

    May 17, 2015, 12:23 pm
    • Ismail N Reply

      TIDAK. Cuma dia boleh dikenakan tindakan disiplin oleh majikan kerana enggan mematuhi arahan.

      May 31, 2015, 8:51 am
      • jas Reply

        Saya seorang pemandu lori.Saya telah bekerja disyarikat yang saya bekerja ini selama 4thn.Gaji pokok yg saya terima selama ini adalah sebanyak RM350 sahaja dan tiada potongan KWSP .Kami cuma ada insentif trip sahaja jika banyak trip yg kami buat ,bayak la pendapatan kami dan tiada OT.Had waktu kami bekerja kadang kadang melebihi 12 jam.walaupon had gaji minimum telah dilaksanakan oleh kerajaan tetapi gaji kami masih ditakuk lama.
        bagaimanu cara untuk saya mendapatkan hak saya iaitu potongan KWSP dan gaji minimum RM900??

        June 4, 2015, 8:30 pm
  • insaf Reply

    As Salam saya nak tnya. Kwn saya ni dia ada mslh. Dia skrg ni dlm keadaan stress. Bagaimana saya nak mbantu dia dlam keadaan dia stress ni. Dia sekarang ni diberi “surat suspended pending investigation” dari majikan dia. dia mmg mgakudia bersalah. adakah selepas suspension 14 hari tu dia kene diberhentikan keja ke ?? takde peluang ke majikan nak terima dia semla bkerja memandanglan dia byk komitmen dan byk tanggungan kluarga. sbb dia suspended ini melibatkan wang yang taklah berbillion…cume beribu ringgit jer. cmana ni tuan ???

    May 16, 2015, 8:02 am
    • Ismail N Reply

      Suspension ini biasanya sementara menantikan siasatan. Jika siasatan didapati dia bersalah, maka di boleh dibuang kerja. Oleh itu jika dia rasa tidak bersalah, maka mohon bantuan peguam untuk membuat tututan ‘wrongful dismissal’. Jika dalam siasatan dalam pihak syarikat, didapati tidak bersalah, maka syarikat perlu kembalikan dia dikedudukan asal dan jika ada gajinya ditahan, maka ia perlu dikembalikan juga padanya.

      May 31, 2015, 8:51 am
  • minjb Reply

    salam
    jika seseorang ITU bekerja normal waktu kerja
    saya nak tahu jika pekerja bekerja lebih masa sehingga 4 atau 5 pg atau 24jam Dan majikan suruh masuk kerja mcm biasa waktu bekrja PD hari berikutnya…adakah dia perlu dapat waktu rehat utk bekerja pada hr berikutnya…jika perlu bolehkah beri saya kadar waktu rehat menngikut jam…

    May 15, 2015, 4:18 am
  • azlan ali Reply

    Salam tuan,

    Saya adalah pekerja swasta dan masih bekerja. Telah bekerja hampir 1 tahun.

    Soalan saya ialah, mengenai cara pembayaran gaji.

    Syarikat tempat saya bekerja, masa kerja ialah dari hari Isnin hingga Jumaat manakala Sabtu setengah hari. Pembayaran gaji pula dikira mengikut hari bekerja dalam 1 bulan.

    Contoh: 1 bulan ada 31 hari (untuk bulan Mei), hari bekerja ialah 21 hari dari Isnin hingga Jumaat, manakala Sabtu ada 5 hari. Gaji penuh dikira dari Isnin hingga Jumaat manakala hari sabtu gaji dikira setengah hari ( Sabtu ada 5 hari kalau diambil setengah hari jadi 2 1/2hari) jadi hari bekerja saya untuk 1 bulan ialah 23 1/2 hari. Sepatutnya dikira sebanyak 26 hari bekerja. Boleh kah pihak majikan membuat perkiraan seperti berikut?
    Didalam surat tawaran bekerja, tidak dinyatakan bila kerja pada hari sabtu, upahnya dikira separuh hari.
    Tetapi sekiranya mengambil cuti tahun, dikira 1 hari.

    Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pihak majikan?

    Sekian terima kasih.

    May 14, 2015, 11:16 pm
    • Ismail N Reply

      W’salam. Terpulang pada majikan bagaimana hendak uruskannya dan ia perlu dipersetujui pekerja semasa memasuki kontrak. Namun, jika pekerja bergaji di bawah RM 2k, syarat-syarat minima perlu dipatuhi juga. Untuk hari Sabtu itu – jika hadir kerja majikan cuma beri gaji pada kadar 1/2 hari, maka masa cuti pun kadar yang sama perlu dipatuhi. Tidak boleh lain-lain.

      May 31, 2015, 8:50 am
  • syahmie Reply

    Assalam tuan.. saya nak bertanya.. ada ke peruntukan dlm akta kerja yang mengatakan suami isteri tidak boleh kerja sekali??

    May 14, 2015, 12:28 am
    • Ismail N Reply

      Maksud anda berkerja bersama-sama dalam satu pejabat? TIADA peruntukkan sebegitu

      May 31, 2015, 8:49 am
  • Sue Reply

    Salam.
    Saya mempunyai kemusykilan mengenai majikan saya yang tidak membayar gaji saya sehingga hari ini iaitu 13hb Mei 2014 dan ini bukan kali pertama. Mengikut kontrak perjanjian pekerjaan saya gaji mestilah dibayar sebelum 7hb setiap kalender bulanan. Apabila saya bertanyakan pengawai atasan saya dia memberi alasan yang saya tidak mempunyai “collection” pada bulan tersebut. Jawatan saya adalah “Regional Sales Manager” dan gaji saya tanpa elaun adalah sebanyak RM3100 dan telah berkhidmat selama 3 tahun 5 bulan. Apakah tindakan atau sebarang nasihat untuk saya?
    Jikalau majikan saya ingin memberhentikan saya dalam kontrak ada tertera mana-mana pihak harus memberi sebulan notis. Adakah saya berhak mendapar pampasan dari pihak majikan saya? Sekian terima kasih

    May 13, 2015, 5:52 am
    • Ismail N Reply

      Anda perlu bawa kontrak anda pada peguam atau kaunselor JTK utk mentaksirkan ‘gaji’ dan ‘collection’ anda di bawah kontrak itu sebelum apa-apa tindakan boleh dibuat.
      Di bawah kontrak kerja, notis sebulan adalah tidak memadai untuk majikan memberhentikan pekerja biarpun di sebut dalam kontrak. Ia hendaklah dengan sebab yang munsabah atau tuntutan ‘wrongful dismissal’ boleh dibuat di bawah IRA 1967. Mohon bantuan peguam untuk buat tuntutan.

      May 31, 2015, 8:49 am
  • Azyan Reply

    Salam sejahtera. Saya ingin bertanya. Macam saya adalah seorang pereka grafik. Saya ada membuat kerja freelance dengan sebuah syarikat advertising bagi menambah pendapatan. Saya telah bekerja dengan syarikat itu sudah 3 bulan. Tp pada menjelang akhir 3 bulan tempoh saya bekerja, syarikat itu tidak membayar gaji saya yg mana sebelum ini telah mencapai kata sepakat antara kami berdua secara LISAN pada satu amaun yg sudah dipersetujui. Sekarang pada tarikh 13hb may 2015, gaji untuk bulan yang lepas saya masih tak dapat malahan, pihak syarikat itu masih email kepada saya artwork/kerja yang perlu disiapkan. Malah bila saya bertanya tentang gaji, pihak syarikat itu tidak menjawab sebarang persoalan saya. Saya beranggap mungkin, kes kesilapan yang saya lakukan iaitu “tersalah ejaan” di dalam satu artwork yang telah disiap print. Mengakibatkan pihak syarikat kena menanggung rugi kos printing.

    Jadi wajarkah saya juga turut menanggung kerugian itu jika saya hanya seorang pekerja walaupun ralat itu datang dari kesilapan saya seorang sedangkan ada teammate yang lain?

    Disini saya ingin memberitahu pihak encik, pada mula-mula saya teriwa tawaran berkerja itu adalah secara LISAN. Tapi pada awal kerja saya, saya ada meminta surat kontrak or offer letter. Tapi hingga sekarang pihak syarikat itu tidak pernah menulisnya untuk saya.

    Segala conversation berbentuk email dan whats app, saya masih simpan antara saya dgn pihak syarikat itu. Jadi sekarang saya ingin bertanya beberapa perkara,

    i) adakah saya masih boleh meminta gaji saya pada bulan lepas pada pihak syarikat yang masih belum berbayar, memandangkan telah masuk pertengahan bulan. Sedang email masih masuk untuk membuat beberapa artwork.

    ii) adakah saya tidak berhak mendapat gaji atas kesilapan yang dilakukan? jika YA, mohon pencerahan

    iii) jika saya ingin berhenti, saya boleh berhenti dalam tempoh 24jam? Dan perlukah segala soft copy/artwork untuk BULAN INI (MAY) diserahkan pada pihak syarikat walaupun gaji pada bulan APRIL masih tidak dapat lagi?

    May 13, 2015, 4:48 am
    • Ismail N Reply

      Sebagai freelance, anda bukanlah pekerja dalam erti kata sebenar tetapi kontraktor yang mendapat bayaran atas kerja-kerja yang dibuat. Namun, ia bergantung juga kepada bagaimana perjanjian itu dilaksanakan. Adakalanya, ia boleh membuatkan anda dikira sebagai pekerja. Rujuk artikel berkaitan kontrak kerja dalam blog ini untuk pemahaman lanjut. Jika anda rasa anda pekerja, maka mohon bantuan JTK utk mendapatkan gaji.

      Jika anda benar-benar freelancer dan kontrak utk supply artwork sahaja, maka cuba dapatkan bantuan peguam atau buat tuntutan menerusi Tribunal Tuntutan Kecil. Terima kasih.

      May 31, 2015, 8:48 am
  • Luthfi Reply

    Salam Sejahtera,

    Saya ingin bertanya berkenaan pemberian surat amaran oleh majikan. Apakah patut saya diberi surat amaran tanpa sebarang surat tunjuk sebab. Saya hanya dipanggil untuk sesi kaunseling sekali dan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja, saya diberi surat amaran pertama.

    Sekian.

    May 12, 2015, 8:22 am
    • Ismail N Reply

      Setiap syarikat ada prosedur disiplin masing-masing. Yang penting adalah prosedur ini adalah mencukupi bagi menunjukkan bahawa pekerja telah diberi peluang untuk membela diri dan memperbaiki diri bila tindakan disiplin yang keras seperti pembuangan atau penggantungan kerja dikenakan.

      May 31, 2015, 5:34 am
  • syaza Reply

    Salam.
    Sy nak tanya adakah aduan boleh dibuat jika pihak pengurusan syarikat mengamalkan ‘racism’?
    Hasil kerja sy lebih elok nak bandingkan dgn pekerja lain yg sebangsanya..tetapi sy tidak mndapat imbuhan yg setimpal dgn usaha sy..dimana pekerja yg sebangsa dgn majikan mendapat lebih dr kami kaum melayu….bonus yg byk dan kenaikkan gaji yg banyak sedangkan hasil kerja mereka tidak lah sprti imbihan yg patut mereka dpt..sy terasa dianiayai oleh pihak pengurusan majikan. Pihak pengurusan cuma memberikan bonus dan kenaikkan gaji tanpa evaluation seseorg pekerja ttpi lebih kpada aspek racism..bagaimana ini boleh membantu sy dan rakan sekerja sy yg teraniaya ini? Harap tuan dpt mmberikan jalan kpd masalah ini.

    May 12, 2015, 6:24 am
    • Ismail N Reply

      Tuduhan ini agak serius dan jika didapati majikan mengamalkan diskriminasi, ia sesuatu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Namun, bukan mudah hendak buktikan hal ini kecuali anda ada aksess pada fail perbadi semua pekerja-pekerja dan dokumen-dokumen yang menyatakan praktis ini benar-benar berlaku. Lagipun, hak-hak majikan dalam menentukan cara pentadbiran dan operasi perlu juga dihormati. Jika anda benar-benar ada bukti kukuh dan bukan sekadar apa yang sebutkan di atas, anda boleh minta bantuan peguam. Terima kasih.

      May 31, 2015, 5:31 am
  • haris Reply

    Salam tuan..saya ingin bertanya kepada tuan.saya bekerja dengan gov.nak tanya boleh atau tidak seorang penyelia menyuruh pegwai di bawah selaianya membuat kerja2 di luar bidang tugas..contohnye pembinaan tandas bersubsidi.sedangkan krajaan telah memperuntukan dana khas untk pembinaan tersebut.bila di tanya untuk menjimatkan kos

    May 12, 2015, 3:30 am
    • Ismail N Reply

      Ini lebih kepada isu dalaman. Oleh itu, tuan hendaklah bertanyakan perkara ini kepada pegawai atasan tuan, iaitu bos kpd pegawai bergred 29 tersebut. Minta nasihatnya dgn baik. Sekiranya ada bhgn HR, jumpa pegawai HR.

      May 21, 2015, 2:53 am
  • zuraini Reply

    salam,

    adik ipar saya berkhidmat sebagai pengawal keselamatan dan beliau dikehendaki bekerja 24 jam dalam satu hari bagi menggantikan rakan sekerja yang cuti. Saya difahamkan pekerja tidak boleh diarahkan bekerja melebihi tempoh 10 jam sehari. Saya ingin dapatkan pencerahan berhubung perkara ini.

    May 12, 2015, 2:56 am
    • Ismail N Reply

      Boleh, tetapi hendaklah dibayar pada kadar yang berbeza, lebih tinggi. Namun, terdapat juga had untuk kerja lebih masa ini. Harap rujuk pada artikel had kerja lebih masa dalam blog ini. Terima kasih.

      May 21, 2015, 3:20 am
  • elsa_520 Reply

    selamat tengah hari sy ucapkan, sy ingin tanya beberapa soalan. beberapa hari yng lalu, saya tidak mwnghadirkan diri utk bekerja. sy juga tahu ini kesalahan saya tetapi sy memang tidak boleh tahan dgn perbuatan rakan sekerja saya dan juga HEAD DEPARTMENT saya. saya sering dibuli oleh mereka. halnya begini, tanggungjawab saya adalah setiap hari saya kena pergi ke bank dan lain lain tempat. kadang2 sya tidak selesa , dan sy tidak blh berdiri lama bawah matahari adalah sebab saya ni LOW BLOOD PRESSURE, saya juga memberitahu mereka dan juga pergi tengok doctor tetapi mereka mengendahkan saya. sdh banyak kali mereka buat macam itu. sy juga meminta bahawa bg rakan sekerja saya supaya blh mengganti sy utk keluar, sy juga tdk diendahkan.walaupun hujan lebat mereka juga memaksa saya keluar, bukan kata saya tak nak tolong mereka buat, sy juga tahu ini kerja saya, tapi nak pergi bank bank tu blh suruh org ganti sehari. mereka x peduli jugak, kalau mereka suruh org lain ganti pun, mereka tunjuk muka kat saya. buat semua kerja sedangkan rakan sekerja yng lain tu senang2. memang dah x blh nak bersabar. dan saya juga ada sign kontrak semasa mula bkerja di situ. harap tuan/puan blh memberi tunjuk ajar kpd saya. Terima kasih berbanyak.

    May 8, 2015, 5:00 am
    • Dea Reply

      salam,
      saya nak bertanya berkenaan kadar ot, waktu kerja saya adalah 8.30pg-5.30ptg. sekiranya majikan meminta pekerja datang kerja pada pukul 3 pagi – 5.30 ptg untuk stanby di site. jadi berapa kiraan ot yang perlu dibayar adakah 1.5 atau 2.0

      May 12, 2015, 9:22 am
      • Ismail N Reply

        Ia bergantung pada hari anda berkerja – samada hari biasa, rehat atau cuti umum. Untuk maklumat lanjut rujuk artikel Infografik: Cara Kira OT dalam blog ini. Terima kasih.

        May 21, 2015, 3:12 am
    • Ismail N Reply

      Tidak menghadirkan diri tanpa kebenaran boleh mengakibatkan tindakan disiplin terhadap anda. Jika lebih dari dari dua hari, anda boleh ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta. Dapatkan MC dari doktor jika anda sakit dan apply cuti tahunan jika tidak mampu pergi kerja pada hari-hari tertentu.

      Anda boleh merayu dan membuat surat kepada pihak pengurusan bagi menjelaskan keadaan anda, namun terpulang kepada majikan untuk menerimanya.

      May 21, 2015, 3:22 am
  • QWERTYUIOP Reply

    Selamat pagi, saya nak tanya sikit soalan ..saya pekerja pemernant sebagai clerk di sebuah syarikat .Bberapa hari yng lalu, saya tidak menghadirkan diri utk bekerja adalah sebab saya dibuli oleh rakan skerja saya. contohnya, tanggungjawab sy adalah pergi bank setiap hari , dgn lain2 tempat lagi. saya mengaku bahawa kesihatan sy memang lemah. dan sy meminta HEAD DEPARTMENT sy agar sy dpt rehat di office. tp. dia tidak peduli dan mrmaksa sy pergi dgn alasan ITU KERJA SAYA. saya faham yng itu kerja sy. tetapi saya memang x blh nk berdiri di bwah matahari yng kuat itu dgn alasan saya ada LOW BLOOD PRESSURE, sometime juga gastric. dan juga surat doctor lagi yng memberitahu sy meati kena rehat. mereka juga tidak mengendahkan.. HUJAN LEBAT pun mereka memaksa saya keluar. saya tidak blh tahan dgn perbuatan mereka dan terus tidak menghadirkan diri utk bekerja. blh tuan / puan memberi penerangan kpd sy utk kes ini? terima kasih berbanyak.

    May 8, 2015, 4:26 am
    • Ismail N Reply

      Tidak menghadirkan diri tanpa kebenaran boleh mengakibatkan tindakan disiplin terhadap anda. Jika lebih dari dari dua hari, anda boleh ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta. Dapatkan MC dari doktor jika anda sakit dan apply cuti tahunan jika tidak mampu pergi kerja pada hari-hari tertentu.

      Anda boleh merayu dan membuat surat kepada pihak pengurusan bagi menjelaskan keadaan anda, namun terpulang kepada majikan untuk menerimanya.

      May 21, 2015, 3:18 am
  • Arif bin Ali Reply

    Gaji bulanan di potong kerana MC melebehi 60 hari, tanpa pengetahuan pekerja walaupun secara mulut atau pun bertulis.
    Adakah ia melanggar akta/peraturan pekerja.

    May 8, 2015, 12:11 am
    • Ismail N Reply

      Tidak. Jika kelayakkan cuti sakit (MC) telah habis, maka secara automatik cuti sakit itu menjadi cuti tidak bergaji (unpaid leave).

      May 21, 2015, 3:11 am
  • boy Reply

    saya pengawal keselamatan swasta baru bermula keja. adakah gaji minimum dikenakan kepada sy?kalau ada berapa gaji minimum yg dikenakan sedangkan kerja kami ikut kontrak atau tender..kerja tanpa diberikan cuti. adakah jtk membenarkan majikan berbuat demikin. keja over time tu, layak ka sya terima? actually from sabah. company security capvest sdn bhd

    May 7, 2015, 8:52 am
    • Ismail N Reply

      Jika di Sabah gaji minima yang ditetapkan adalah RM800 sebulan dan sebagai pekerja anda layak pada bayaran kerja lebih masa (OT, cuti sakit dsb). Cuti tahunan cuma layak selepas 1 tahun berkerja. Rujuk artikel cuti tahunan. Terima kasih.

      May 21, 2015, 3:10 am
  • liza Reply

    assalam tuan,
    Suami saya bekerja do sykt swasta. Baru-baru ni terdapat perselisihan antara suami dan majikan. Setelah kes dobawa ke JPP, satu memorandum telah dipersetujui kedua belah pihak.
    Antara kandungan memorandum, gaji, pangkat dan tempat bekerja kekal seperti dalam surat tawaran kerja dan majikan perlu membayar gaji tertunggak selama 2 bulan.
    Sekarang suami saya kembali bekerja, tetapi gaji tertunggak hanya akan dobayar pada tutup gaji bulan ini (mei 2015). Dalam pada itu dia diberi tekanan dalam bidang kerja beliau.(mungkin supaya beliau letak jawatan secara sukarela)
    Soalan saya,
    bolehkah suami saya meletakkan jawatan dgn memberi notis sebagaimana dalam surat tawaran kerja?
    adakah memorandum terbatal (makna sykt tidak perlu bayar gaji tertunggak)?
    harap dapat bantuan nasihat dari tuan.
    terima kasih.

    May 5, 2015, 4:40 am
    • Ismail N Reply

      Tanpa meneliti kandungan Memorandum & Kontrak Pekerjaan suami puan, saya tidak dapat memberi pendapat yg spesifik. Tetapi, secara amnya, saya rasa tidak. Namun untuk lebih pasti, suami puan boleh bawa memorandum tersebut kepada peguam untuk mentafsirkannya. Sebaiknya suami puan berhati2 dan bersabar dlm menangani mslh ini terutama sekiranya beliau berpendapat ada elemen ‘constructive dismissal’. Terima kasih.

      May 21, 2015, 3:09 am
  • sangitha Reply

    Salam sejahtera Tuan,

    Saya mengandung sekarang ,nak ingin berhenti kerja atas sebab kesihatan saya.Sebab sebelum ini pernah mengalami keguguran anak.Saya berkerja dengan majikan selama 2 tahun + debgan keadaan tekanan .Berapa lama notis berhenti kena bagi.

    May 4, 2015, 3:21 am
  • ain Reply

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..
    saya telah berhenti kerja di sebuah poliklinik slps 41 hari bekerja disana disebbkan berlaku banyak salah faham antara staff walaupun itu bukan salah saya. bila bertanya, mereka tak pernah nak ajar baik2, marah2 saja..buat saya rasa sangat down di sana.. bila shif malam,saya tak pernah pergi tidur..dan sebaliknya ia rutin bagi mrk setiap kali shif malam sbb mrk senior staff..apa saja masalah, saya disalahkan beramai-ramai walaupun saya pernah bertanya bagaimana nak uruskannya, ia tak pernah dijawab baik.. tidak tahan dgn keadaan itu, jadi saya berhenti begitu saja. masalahnya saya dah sain kontrak setahun.. dan kena bagi notis sebulan atau notis 24 jam.. tapi sbb saya tak buat, maka saya dapat surat dari majikan lama yg saya kena bayar notis 24 jam. termasuk 2 hari advance gaji saya masa bulan tu. yang saya nak tanya, bolehkah saya nak claim hari kerja OT saya yg lepas masa kerja di sana. dan elaun shif untuk kurang notis yg perlu saya bayar.. kalau saya tak mampu bayar notis tersebut, apakah tindakan selanjutnya dari pihak majikan itu yg boleh menyusahkan saya di kemudian hari?

    May 3, 2015, 6:26 am
    • Ismail N Reply

      Dalam sesuatu organisasi, memang ada banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. Akan tetapi, ini tidak bermakna anda boleh mengenepikan soal prosedur dan terma kontrak yang telah ditandatangani.
      Keperluan notis perlu dipatuhi atau majikan boleh tuntut dari anda.
      Soal OT dan elaun pula perlu diurus dari sudut lain pula. Harap anda rujuk pada JTK dan bawa dokumen berkaitan seperti kontrak dan surat-menyurat yang lain. Terima kasih.

      May 4, 2015, 4:39 am
  • zool Reply

    eh.. saya baca kebanyakan komen.. nampaknya tuan ni agak arif juga mengenai human resource ni..
    banyak persoalan dari pembaca yang dijawab dengan baik..

    May 2, 2015, 7:54 am
    • Ismail N Reply

      Terima kasih. Hendak cakap arif tu tidak lah sangat. Cuma dah lebih sedekad dalam HR dan sekadar ingin berkongsi pengetahuan.

      May 4, 2015, 4:33 am
  • zool Reply

    ada beberapa sistem HRMS yang open source.. tapi mungkin tak menepati semua ciri-ciri yang pejabat mahukan

    May 2, 2015, 7:53 am
    • Ismail N Reply

      Yang percuma selalunya ada kelemahan sikit. Kalau company yg banyak pekerja perlu diuruskan, sebaiknya keluar modal sikit dan cari yang terbaik di pasaran. Yang penting adalah stabil, tak banyak masaalah dan ada service after sale.

      May 4, 2015, 4:30 am
  • Hanani Reply

    Admin,
    Saya diberi gaji sebanyak RM900 dan OT saya dibayar sebanyak RM 2.50. Adakah itu amaun yang patut saya dapat untuk kerja lebih masa?
    Apabila isu ini dikemukakan kepada majikan, mereka mengatakan hanya itu amaun yang mampu mereka bayar kepada kami.
    Minta pandangan admin. Terima Kasih.

    April 30, 2015, 11:37 pm
  • Rukmmani Reply

    saya diberhentikan kerja selepas bekerja 135 hari dan yang peliknya saya dipanggil untuk menulis surat berhenti kerja.saya tidak tahu apa nak dibuat.mohon pencerahan..terima kasih

    April 30, 2015, 2:34 am
    • Ismail N Reply

      Jangan tulis surat berhenti itu. Biar majikan pecat dan buat tuntutan utk pemecatan yg salah. Apa-apa pun sebaiknya mohon juga nasihat Jabatan Tenaga Kerja kerana ada banyak fakta yg perlu dipertimbangkan. Terima kasih.

      May 2, 2015, 7:44 am
  • Ida Reply

    Hai..sy nk tny,,
    stp sabtu sy mmh halfday..tp bila sy apply ct utk
    hri sbtu,, majikan tolak cuti utk 1hari.. mjikan ckp mmg
    undang2 buruh..btl ke?

    April 30, 2015, 1:23 am
    • Ismail N Reply

      Ya. Cuti hari Sabtu mmg rugi sikit sbb tetap kira 1 hari. Sebabnya? Anda dapat gaji pun full utk kerja 1/2 hari tiap-tiap minggu.

      May 2, 2015, 7:42 am
  • onlia Reply

    Gaji saya RM5,000 dan syarikat baru saja mengumumkan penutupannya tanpa membayar pampasan kepada kakitangannya. Adakah saya dibolehkan menuntut hak saya sebagai staff jika syarikat tidak mahu membayar pampasan dengan alasan tiada wang?

    April 29, 2015, 7:16 am
    • Ismail N Reply

      Jika syarikat tidak dapat diteruskan atas sebab pelbagai masaalah, maka kontrak adalah tamat atas sebab frustration of contract. Tiada pampasan dalam kes sebegini.

      May 2, 2015, 7:40 am
  • QUEENY Reply

    hai . salam . saya kerja di sebuah klinik ni .. basic buat masa ni rm850 . elaun rm50 . haritu terpaksa ot satu hari 5jam sbb takde staff . cuti hujung minggu pun tpaksa kerja 8jam . yg kerja time cuti rehat tu macam kira ? tqvm .

    April 29, 2015, 2:39 am
  • Mama Arif Reply

    bagusnya kalau ada sistem macam nie dekat syarika kami..syarikat tempat saya bekerja tak berapa nak ikut low pun..

    April 28, 2015, 7:18 am
    • Ismail N Reply

      Human resource system management ini kos pelaburannya. Bergantung pada majikan samada ingin melabur atau tidak.

      May 2, 2015, 7:34 am
  • Ireen Reply

    Saya baru bekerja di majikan ni pada 6/4/15. gaji saya ialah rm 1,600.00tempoh probation period saya ialah 3 bulan.pada 22/4/2015 saya telah terima surat “termination of service” dari majikan saya mengatakan saya tidak menepati expectations majikan saya dan tarikh akhir saya di syarikat ini adalah pada 30/04/2015. boleh kah majikan saya terminate saya hanya dengan memberikan notis seminggu?

    April 28, 2015, 2:53 am
    • Ismail N Reply

      Majikan boleh tamatkan pekerja dlm probation dengan syarat ia dibuat dengan alasan munasabah (just cause or excuse). Ia juga bukanlah atas niat jahat. Dalam kes anda, majikan perlu ada sebab utk mengatakan bahawa khidmat yg anda berikan tidak menepati kehendak mereka.

      May 2, 2015, 7:32 am
  • Mama Reply

    Salam, saya nak tanya berkenaan perkerja nursery/ guru guru taska, adakah akta mereka sama dengan akta pekerja dari sektor2 lain?
    min and max working hour?
    standard OT rate?
    Ini kerana pihak mgmt. nursery anak saya telah menaikan harga OT dr RM3 ke RM5/hour after 7pm.
    Dan yuran bulanan pun dinaikkan sebanyak RM60 untuk 7am-7pm.
    Saya tidak tahu nak rujuk di mana.
    harap encik dapat membantu.

    April 28, 2015, 1:35 am
    • Ismail N Reply

      Asalkan nursery/tadika ialah milik swasta dan gaji pekerja tidak melebihi RM 2k, maka peruntukkan yang sama wajib dipatuhi.

      May 1, 2015, 9:46 am
  • Armin Reply

    Salam Tuan,

    Mohon sedikit penerangan tuan, gaji pokok saya rm2300 dan bekerja 5 hari setengah, (8am-5pm) & (8am-1pm), berapakah jumlah gaji sehari saya? dan berapakah jumlah gaji sejam saya? berapakah jumlah kadar o.t saya selepas waktu bekerja,terima kasih tuan

    April 26, 2015, 6:10 am
  • lena Reply

    slam sejahtera..sya bru shaja memulakan kerja ttpi blum smpai semnggu sy trpksa mnghantar notis brhenti kerja 24 jam atas masalah yang tdk dpt sy elakkan..akan ttpi sy tlah mnandatangani kontrak yg mmpunya tmpoh percubaan slma 3 blan….sy mnjdi buntu skiranya sy d mnta utk mmbyar blik utk 3 blan gji trsebut.
    sya mngharapkn pndapat scepat mngkin..trma kasih..

    April 24, 2015, 8:14 am
    • Ismail N Reply

      Jika ada keperluan notis dalam kontrak, maka ia wajib dipatuhi. Anda juga boleh cuba memohon jasa baik majikan untuk mengabaikan notis tersebut.

      May 1, 2015, 9:36 am
  • Hannah Leeyana Reply

    Salam saya nak tanya , saya bergaji bawah RM2000 dan syarikat mengadakan bengkel sehingga lewat malam pada hari bekerja dan program menyediakan makan dan minum. Adakah patut kami tidak dibenarkan claim sebagai OT kerana ia adalah program yang dirancang syarikat dan apakah akta yang berkaitan , Boleh kami mengambil tindakan atas akta ?

    April 21, 2015, 3:05 am
    • Ismail N Reply

      Jika bengkel itu wajib dan boleh dikenakan tindakan tindakan jika tidak hadir, maka anda boleh claim OT jika dilakukan melebihi had masa normal kerja.
      Akta berkaitan ialah: Akta Kerja 1955.

      May 1, 2015, 9:32 am
  • Hamba Allah Reply

    Apa khabar,
    Saya ada satu soalan yg panjang terlebih dahulu saya beri butiran:-

    Tempat kerja: Syarikat A adalah syarikat multinasional yang mempunyai cawangan di serata dunia. Pada Julai 2014 Syarikat A baru membuka cawangan di Malaysia dan saya diambil bekerja di syarikat A malaysia pada Ogos 2014.

    Gaji: RM10,000 kasar(bersih dalam RM6900)

    Cuti tahunan: 17.5 hari

    Ceritanya;
    Syarikat A mempunyai cawangan di Singapura. Bos Syarikat A di Malaysia menghantar saya untuk on-job-training di syarikat A cawangan Singapore mulai Oktober 2014. Dalam kontrak assigment Singapore ni, disebut length of assigment ni sebanyak 6 bulan dan saya akan dibayar elaun S$2500 sebulan serta diberi tempat tinggal. Mereka juga telah mengaturkan work permit utk saya. Dan saya difahamkan saya akan tertakluk kepada tax singapore sebanyak 15%. Gaji saya di malaysia berjalan seperti biasa.

    Pada akhir bulan februari 2015 saya mengambil keputusan utk berhenti atas sebab-sebab tertentu. Pada ketika ini saya masih dalam tempoh probation dan mengikut kontrak, saya hanya perlu mengemukan notis sebulan sahaja. Selepas berbincang dgn bos saya, dia bersetuju melepaskan saya terus dgn syarat gaji terakhir saya di hold dahulu utk menyelesaikan percukaian di Singapura. Selepas selesai, baru lah akan dibayar baki gaji terakhir saya termasuk cuti tahunan.

    Jumlah elaun yang saya terima sepanjang berada di Singapura utk 4 bulan lebih adalah S$12000 dan saya fikir akan bayar cukai sebanyak 15%=S$1800(RM4590). Branch Singapore menasihati saya agar memohon perlepasan cukai singapore dan saya pun buat la segala isi borang. Tapi akhirnya didapati saya tak layak mohon perlepasan cukai oleh kerana yg membayar elaun tersebut adalah Syarikat A Singapore dan bukan Syarikat A Malaysia. Dan juga selain elaun, kos sewa tempat tinggal saya di Singapura pun kena tax ke atas saya. Jadi instead of total income singapore saya S$12000, dia jadi S$18374 dan 15%=S$2756.10(RM7028!!!). Dan itu melebihi gaji bersih saya RM6900!! Baki cuti tahunan saya 13 hari dianggap forfeit lalu sekarang saya di kira berhutang dengan syarikat A.

    Jadi disini saya ingin mengetahui adakah saya mempunyai kes keatas Syarikat A? Dan bagaimana proses utk saya membuat aduan dan kepada siapa saya boleh buat aduan?

    April 21, 2015, 3:01 am
    • Ismail N Reply

      Berdasarkan gaji anda, anda tidak dilindungi oleh mana-mana Akta/Ordinana. Oleh itu, isu ini akan merujuk sepenuhnya pada kontrak anda itu. Berkenaan dengan cukai di Singapura, saya tidak fasih. Akan tetapi oleh kerana anda menjalankan tugas di sana, maka undang-undang percukaian di negara tersebut perlu juga di patuhi.

      Dalam hal ini, sebaiknya anda mohon pertolongan peguam untuk mentaksirkan kontrak anda dan dokumen-dokumen berkaitan yang lain.

      May 1, 2015, 9:26 am
  • Sharul Reply

    Assalamualaikum, saya berkerja 56jam seminggu 4 hari 8jam 2 hari 12jam cuti tahunan tiada ataupun cuti kecemasan,
    Majikan hanya memberi:
    Gaji RM900 dan elaun bulanan RM150 dan kwsp dan socso sahaja
    Sila beri penjelasan dan penerangan dengan situasi ini.. Terima Kasih

    April 20, 2015, 9:07 pm
    • Ismail N Reply

      56 jam itu termasuk masa rehat tak? Jika tidak termasuk, maka bayar OT perlu dibayar bagi kerja-kerja melebihi 48 jam.
      Cuti tahunan hanya ada selepas setahun berkerja. Anda boleh rujuk artikel Cuti Tahunan dalam blog ini untuk maklumat lanjut.
      Cuti tahunan x diperuntukkan dalam undang-undang. Gunakan cuti tahunan bagi tujuan cuti kecemasan.

      April 28, 2015, 11:30 pm
  • advantera Reply

    Apakah akta itu Dan kandungannya..
    Apakah yang saya harus lakukan kerana HR berkeras mengatakan saya Company tidak membayar OT …

    April 20, 2015, 9:29 am
  • nazarul Reply

    salam,saya tanya tentang kawan saya.dia seorang penyelia yang bergaji rm3000 sbln.tugasnya mengawasi pekerja baikpulih pesawat dan dia juga sama -sama staffnya membaiki pesawat.adakah dia termasuk dalam akta kerja?lagi satu,syarikat membayar kerja lebih masa berdasarkan gaji Rm2000,bukannya Rm 3000 gaji asasnya sebulan.adakah betul apa yang syarikat buat?bukan sepatutnya upah kerja lebih masa dikira dari upah sebulan dibahagi dengan (wkatu kerja x hari bekerja)?

    April 17, 2015, 1:43 pm
    • Ismail N Reply

      1. Jika gajinya 3k iaitu melebihi RM 2k yang dinyatakan di bawah akta, maka dia tidak dilindungi oleh Akta Kerja 1955. Oleh itu, perlu di rujuk pada kontrak kerjanya akan terma-terma kontrak.

      2. Soal OT juga adalah sama, rujuk pada kontrak kerjanya.

      April 17, 2015, 11:16 pm
  • advantera Reply

    gaji pokok rm1600, tetapi tidak di kira OT jika ada buat kerja lebih masa.
    Mohon pencerahan..

    April 17, 2015, 10:06 am
    • Ismail N Reply

      Itu adalah satu kesalahan. Pekerja yang gajinya RM2k dan ke bawah wajib diberi faedah minima yang di tetapkan oleh akta dan ini termasuklah membayar pada kadar OT utk kerja lebih masa.

      April 17, 2015, 11:18 pm
  • alysa neo Reply

    boleh kah sesebuah company tu menghalang pekerja islamnya dr memakai tudung??tidak kira sama ada warga asing atau tidak???ada mana-mana peraturan yang boleh dirujuk???

    April 17, 2015, 1:03 am
    • Ismail N Reply

      Itu di kira sebagai ‘diskrimasi’ dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ia sama sekali tidak boleh dilakukan.

      April 17, 2015, 11:20 pm
  • norhaslinda Reply

    Asaalammualaikum…saya nak tahu bolehke company tu tamatkan kontrak saya 2 bulan awal dari kontrak yng sebenarnya iaitu 6 bulan..saya ditamatkan kontrak semasa saya mengandung…saya masuk kerja 1 12 2015 dan diberi notis untuk penamatan kontrak 9 april 2015….adakah boleh sy mengambil apa2 tindakan untuk pampasan atau tindakan yng lain??? Sy rasa macm dizalimi oleh syarikat tersebut diberhentikan tanpa alasan yang munasabah…

    April 16, 2015, 10:02 am
    • Ismail N Reply

      Anda perlu failkan dengan segera tuntutan utk penamatan kontrak secara salah oleh majikan anda. Mohon bantuan JTK dalam hal ini. Terima kasih.

      April 17, 2015, 11:22 pm
  • Mages Reply

    Suami saya berkerja sbg pemandu lori (membw buah kelapa sawit selama 14 thn tiba2 last month 4-3-2015 boss dia kata nak tutp sbb gst. so abg say buat tuntuan minta gaji 3 bln sbb boss dia tak bg dia masa utk cari kerja.So 1st April dia hantar lori kat rumah boss dia dn boss srh dtg pd 4.4.2015 untk ambil gaji, Tp sampai smlm dia tak bagi gaji hari ini dia kata dia tak nak bayar gaji lagi dia mrh abg saya dgn bahasa kotor. So blh tak saya ambil tindakan kat atas dia. Pls help us. tq

    April 16, 2015, 8:28 am
    • Ismail N Reply

      1.Untuk tuntut gaji bagi kerja yang sudah dibuat pastinya boleh dan ia boleh dilakukan menerusi Jabatan Tenaga Kerja.
      2. Untuk pampasan, keseluruhan kes perlu dilihat dan anda boleh minta bantuan kaunselor JTK untuk memberi nasihat.

      April 17, 2015, 11:25 pm
  • Suriya Reply

    last department masa sebelum berhenti kerja buat full time business dari rumah, adalah buat sistem HRMS. Ya Rabb sungguh complicated, banyak sungguh requirement dan cases yang tak terimaginasi dalam kepala.

    April 15, 2015, 4:11 pm
    • Ismail N Reply

      Buat the software/program HRMS atau handle itu software?
      Rasanya kalau handle software tu mula-mula sahaja kot susah. Lama-lama bila dah cekap key-in ke dalam sistem jadi mudah. Plus HR biasanya key-in bahagian HR dan payroll akan key-in bahagian payroll.

      April 17, 2015, 11:27 pm
  • Mia Reply

    saya ingin bertanya, saya ada kawan yang berkerja dengan syarikat security service, gaji pokok diberi RM450.00 dan keja 8 jam 4 jam OT! adakah syarikat itu berhak bagi gaji pokok serendah RM450.00, setahu saya gaji minimun sabah adalah RM800.00? apakah harus kawan saya buat?

    April 15, 2015, 4:37 am
    • Ismail N Reply

      Ia gaji minima di Sabah adalah RM800. Majikan boleh kurangkan gaji sebanyak 30% dalam tempoh percubaan tetapi ia tetap lebih tinggi dari RM 450. Kawan anda boleh adukan pada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sabah di bangunan KWSP di Sadong Jaya.

      April 17, 2015, 11:30 pm
  • paramasivam Reply

    salam sejatera,saya nak ingin tahu tentang saya bekerja di suatu syarikat selama 5 bulan tetapi belum confirm lagi. sekarang i nak berhenti kerja di syarikat lama dan sudah summit notis kepada hr berhenti kerja 10 hari di syarikat lama tetapi sekarang i ingin tahu saya boleh dapat gaji ke tidak sampai saya berkerja di syarikat lama….? ia kerana saya nak ingin bersambung kerja di tempat lain selepas 1o hari dari tarikh notis keluar di syarikat lama.

    April 14, 2015, 5:15 am
    • Ismail N Reply

      Itu bergantung kepada keperluan notis yang ditetapkan di bawah kontrak kerja anda. Anda boleh rujuk dalam artikel ‘Notis Berhenti Kerja’ dalam blog ini. Terima kasih.

      April 17, 2015, 11:33 pm
  • Nor Azlinda Reply

    Assalamualaikum.. saya nak tanya untuk waktu solat pekerja. Saya difahamkan boleh menunaikan solat Zohor semasa waktu rehat (lunch time). Tetapi sekiranye saya bekerja di lua pejabat dan apabila saya balik ke pejabat, berapa masa yang saya perlu untuk menunaikan solat? Selalu nya saya menunaikan solat selama 15 minit untuk Zohor dan 5 minit untuk Asar (kerana wudhuk masih ada), saya wanita dan memerlukan masa sedikit sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor. Dan sekiranya pada waktu rehat saya harus keluar untuk urusan lain dan menyebabkan masa rehat saya kurang untuk saya menunalkan solat, bolehkah saya gunakan waktu bekerja biasa untuk menunaikan solat?

    April 10, 2015, 9:17 am
    • Ismail N Reply

      Tiada peruntukan undang-undang berkaitan waktu solat. Oleh itu, anda hendaklah rujuk pada majikan dalam hal ini.

      April 13, 2015, 11:30 pm
    • Mohd Zaidi Othman Reply

      Assalamualaikum, terpanggil nk komen sikit. Berkenaan hak untuk menunaikan ibadat termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 11.Kebebasan Beragama. Persefahaman bersama antara majikan dan pekerja amat perlu untuk mewujudkan keharmonian ditempat kerja. Mungkin majikan yg belum Islam tidak faham konsep ibadat dalam Islam, jadi saya sarankan kita memberikan buku panduan solat sebagai panduan kepada majikan untuk memahami konsep ibadat dalam Islam. Berkenaan soalan saudari,saudari boleh solat diluar pejabat ketika melakukan tugasan luar dan kembali ke pejabat bila tugasan selesai. Solat diawal waktu amatlah dituntut, jika saudari mengumpulkan solat saudari zohor diakhir waktu dan solat asar diawal waktu, rugi dari segi perlaksanaan dan disiplin ibadah itu sendiri. Inshaallah kita sama-sama mencari kebaikan dalam kesempatan waktu yg sedikit ini.

      April 21, 2015, 6:37 am
  • Rosmi Ibrahim Reply

    Tuan, saya ingin mendapat penjelasan lanjut mengenai ‘split shift’. Sebagai contoh, saya mempunyai 2 orang petugas yang mempunyai kemahiran dan mempunyai lesen menjaga dandang.
    Apabila salah seorang bercuti, saya meminta pekerja saya berkerja ‘split shift’, beliau akan memulakan tugas pada 6.00am sehingga 10.00am dan dibenarkan pulang tetapi beliau perlu kembali bertugas pada jam 5.00pm hingga 9.00pm.
    Persoalannya adalah, bagaimana cara pengiraan gaji beliau pada hari tersebut.
    Terima kasih.

    April 10, 2015, 3:37 am
    • Ismail N Reply

      Oleh kerana masa kerja tidak lebih 8 jam, anda boleh kiranya ikut kadar biasa.

      April 13, 2015, 11:23 pm
  • Sabariah Reply

    Selamat pagi…saya ingin bertanya mengenai emergency leave. Baru-baru ini sy mendapat surat peringatan kerana mengambil El 1 hari pada bulan 4/2/15, dan 2 hari pada bulan 26 & 27/3/15. Isi surat menjelaskan bahawa saya telah melanggar peraturan di dalam manual pekerja (kami tidak punya akses terhadap manual pekerja tersebut) di mana perlu 3 hari lebih awal sekiranya ingin mengambil cuti. Persoalan sy skrg, EL & AL adalah 2 perkara berbeza, bukan? Selama 6 tahun bekerja sy tidak pernah diberi sebarang maklumat mengenai EL (cara-cara utk memohon EL dan sebagainya). Jadi, pemahaman sy adalah syarikat kami tidak membenarkan EL kerana mereka merujuk kepada clause AL. Adakah wajar atau betul tindakan syarikat memberikan saya surat yg mana isunya ilaha EL tapi merujuk kepada peraturan AL? dan juga jikalau begitu, perkara yg sama patut diberikan kepada pekerja yg memohon AL kurang daripada 3 hari bukan? kerana kebanyakan pekerja memohon cuti 1 hari sebelum dan tetap diluluskan dan tidak di ambil tindakan sedangkan saya diberikan surat kerana melanggar peraturan 3 hari tersebut. Maafkan sy kerana tidak begitu mampu untuk menerangkan dengan lebih baik. Harap Tuan/Puan faham apa yg cuba saya sampaikan. Terima kasih

    April 10, 2015, 3:18 am
    • Ismail N Reply

      Mungkin anda perlu merujuk dan mendapatkan penerangan dari HRD. Apa yang dinyatakan di atas adalah polisi syarikat dan ia bersifat ‘contractual‘. Peruntukan undang-undang yang sedia ada cuma menetapkan faedah minima buat pekerja. Ia tidak campurtangan dalam urusan polisi syarikat.

      April 13, 2015, 11:20 pm
  • Yazid Bin Md Shah Reply

    Assalammualaikum…tuan @ puan.Soalan saya,bagaimana sekiranya majikan memberhentikan saya tanpa notis cuma hanya mengatakan “Saya tidak mahu memerlukan awak lagi untuk bekerja di sini “.Notis tidak akan saya keluarkan,saya ingin awak berhenti dengan sendirinya “…Ini kerana dulu ada pekerja yang diberhentikan dengan notis,apabila pekerja itu mendapat notis,lalu di bawa ke Pejabat Tenaga Buruh & di buat aduan di sana.Majikan telah diperintahkan oleh jabatan buruh untuk membayar pampasan pada pekerja itu..Di dalam kes saya ni pula,majikan cuba mengelak untuk mengeluarkan notis kepada saya,cuma majikan menyatakan saya tidak diperlukan lagi…Bagaimana harus saya lakukan Tuan @ puan???Semalam saya sudah merujuk ke Jabatan buruh,tetapi pihak jabatan buruh menyarankan kepada saya untuk bekerja seperti biasa…

    April 10, 2015, 1:25 am
    • Ismail N Reply

      Saya tidak pasti apa perbincangan antara anda dengan Jabatan Tenaga Kerja. Berdasarkan nasihat yang mereka berikan kepada anda, saya boleh andaikan mereka mendapati anda belum dihentikan kerja lagi dan oleh itu berhak untuk terus berkerja di sana dan majikan tidak boleh memaksa anda berhenti tanpa kerelaan. Jika majikan benar-benar mahu menghentikan anda, mereka perlu keluarkan notis terhadap anda. Jika mereka larang anda dari memasuki permis untuk membuat kerja, adukan pada JTK bahawa terdapat ‘constructive dismissal‘ yang dibuat terhadap anda.

      Terima kasih.

      April 10, 2015, 1:37 am
      • yazied Reply

        Selepas beberapa hari tidak menghadirkan diri ke tempat kerja kerana majikan saya menyatakan..khidmat saya tidak diperlukan disyarikatnya…notis berhenti telah dhantar sekaligus..amaran 1-3..Dinyatakan pihak syarikat memberhentikan saya atas alasan saya tidak hadir tanpa memberi sebarang alasan…Sedangkan hari saya hadir untuk bekerja pd 6/4/2015…satu kerja pon dia x bg…dan bila dtanya…awak tidak diprlukan di sini..Bila minta notis berhenti,dia kata…pandai2lah..pihak syarikat tidak akan keluarkan notis berhenti,saya dah pegi ke pejabat buruh pada hari yang sama tetapi pegawai pejabat buruh menyatakan supaya saya teruskan kerja di syarikat tersebut..adakah bolehkan sekiranya saya mengambil tindakan degn notis dibrhentikan secara begini amaran pertama bertarikh 6April -7April menyatakan saudara tidak hadir bekrja pada tarikh yang di nyatakan tadi tanpa alasan yang tidak munasabah,amaran ke dua bertarikh 8April-9April menyatakan saudara tidak hadir jugak tanpa memberi alasan yang munasabah & surat amaran yang ke tiga adalah degn ini saya sebagai pengurus syarikat ingin memberitahu bahawa saudara telah tidak hadir bekrja pada tarikh 10April-11April tanpa alasan yang munasabah degn ini syarikat secara tegas memberi amaran ketiga sekiranya saudara tidak mematuhi syarat-syarat kerja yang telah ditetapkan bermakna say saudara telah diberhentikan kerja tanpa notis..surat amaran ke tiga bertarikh 13 April 2015 yang di hantar melalui pos expres yang di tanda tangani oleh pengirim sampai kepada saya pada 20 April 2015 ketiga-tiga surat amaran itu sampai didalam sampul yang sama..adakah saya perlu mengambil tindakakn atau abaikan sahaja..sekian terima kasih

        April 21, 2015, 5:20 am
      • ayoi Reply

        salam,pihak majikan saya mengambil cuti umum sebayak 11 hari termasuk 5 hari yg ditetapkan ,6 hari yang selebihnya pihak majikan telah memilih cuti umum yang tertentu.
        1- salah 1 adalah cuti deepavali 10/11(selasa) dan pada hari tersebut pihak majikan bagi cuti tetapi saya kena ganti semula cuti tersebut pada 14/11(sabtu),dimana pada hari tersebut adalah off day saya?persoalannya bolehkah pihak majikan ganti cuti umum tersebut dan adakah pihak majiakn kena bayar saya 1+2?
        2- dan macam mane dengan off day saya?adakah pihak majikan perlu memberi cuti ganti atau bayar kepada saya?
        saya harap pihak tuan dapt memberi penjelasan kepada saya.

        November 18, 2015, 3:33 am