Dulu Lain Logo
Konferens Maya ‘MSLSSL Employment Virtual Conference 2020 COVID-19: Coping With New Realm Of Realities’ Konferens Maya ‘MSLSSL Employment Virtual Conference 2020 COVID-19: Coping With New Realm Of Realities’
Antara kesan dan perubahan ketara yang saya alami semenjak MCO yang bermula pada 18 Mac 2020, adalah peluang untuk menambah pengetahuan dan peluang pembelajaran... Konferens Maya ‘MSLSSL Employment Virtual Conference 2020 COVID-19: Coping With New Realm Of Realities’

Antara kesan dan perubahan ketara yang saya alami semenjak MCO yang bermula pada 18 Mac 2020, adalah peluang untuk menambah pengetahuan dan peluang pembelajaran menjadi hampir tidak terbatas.  Pintu ilmu terbuka luas dengan bertambahnya kursus yang dibuat atas talian (online courses). Sebenarnya, kursus percuma pun banyak – dalam negeri dan luar negeri. Semestinya kursus atas talian dan kursus on-site memberi kesan dan pengalaman yang berbeza. Oleh itu, kita dapati fee pun jauh berbeza. Cuma kekangan masa dan bajet yang mungkin menjadi isu.

Konferens Maya “MSLSSL Employment Virtual Conference 2020 COVID-19: Coping With New Realm Of Realities’

Aktiviti ilmiah yang menarik perhatian kami di DLSL adalah konferens maya (virtual conference) ‘MSLSSL Employment Virtual Conference 2020 COVID-19: Coping With New Realm Of Realities‘ yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2020. Bermula dari 4 – 12 Ogos 2020, program ini akan mengupas isu-isu perburuhan dan perubahan-perubahan dalam amalan perburuhan dan sumber manusia akibat Covid-19.

Penganjur Konference

Konference maya ini dianjurkan oleh Malaysian Society for Labour and Social Security Law (MSLSSL) bersama dengan Malaysian Current Law Journal (CLJ). Terus terang, tidak banyak yang kami ketahui tentang MSLSSL. Manakala CLJ pula sangat terkenal dikalangan pengamal undang-undang dan ahli akademik sebagai sumber maklumat perundangan terkini yang berkualiti.

Objektif Konference

Antara objektif konference ini adalah untuk membantu para peserta:

  • mengetahui perkembangan terkini mengenai undang-undang buruh dan pekerjaan;
  • membuat persediaan untuk, dan menangani pelbagai cabaran di era ini;
  • lebih bersedia untuk mengurus risiko yang sedia ada atau yang dijangka.

Penceramah

Para penceramah/speaker berpengalaman dari pelbagai industri dan juga dari profession guaman akan membincangkan mengenai isu, antara lain, bekerja dari rumah (work from home), kelestarian perniagaan (business sustainability) dan hala tuju ke hadapan (the way forward). Antara penceramah yang dikenali ramai adalah:

  • Datuk Hj Shamsudin Bardan, Pengarah Eksekutif, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) – Beliau sering muncul di media massa dan mewakili kepentingan para majikan. Merupakan pakar mengenai undang-undang buruh dan telah berkhidmat dengan MEF sejak awal 80-an.
  • Andrew Lo, Setiausaha, Kongres Kesatuan Sekerja Sarawak (MTUC) – Memperjuangkan hak pekerja selama lebih 2 dekad. Beliau juga seorang pakar perihal undang-undang buruh dan sering mengutarakan pendapat yang menarik.
  • Donovan Cheah, Rakankongsi, Donovan & Ho – Orang muda yang juga pakar mengenai undang-undang buruh dan sering menulis mengenai isu-isu perundangan di blog firma beliau. Saya pernah mengikuti presentation beliau dan berpendapat beliau adalah penceramah muda yang sangat berbakat dan mampu menyampaikan mesej dengan cemerlang.

Program Konference

Konferens ini dibahagi kepada 6 sesi dan setiap sesi membincangkan topik yang berbeza. Peserta akan dapat mendengar penjelasan dan perbincangan oleh sekurang-kurangnya 2 orang penceramah/speaker yang merupakan pakar dalam bidang-bidang yang berkenaan. Berikut adalah topik-topik yang akan dikupas semasa setiap sesi:

  1. Work From Home
  2. Covid-19: Digitalisationi and the Future of Work
  3. New Jurisprudence on the Horizon
  4. Health and Safety to the Forefront
  5. Prioritizing Employee Mental Health and Well-Being
  6. Workforce Reduction, Business Sustainability and the Way Forward

Kos/Fee Konferens

Berbanding dengan Employment Conference 2019 yang mana fee adalah RM1,378 (termasuk SST 6%) , konferens maya anjuran MSLSSL-CLJ pada tahun ini cuma RM80 setiap sesi.

Participation Fees for MSLSSL Employment Virtual Conference 2020 COVID-19: Coping With New Realm Of Realities

Siapa Yang Patut Menyertai Konferens Ini?

Ramai yang boleh mendapat faedah daripada konferens ini. Antaranya adalah:

  • Pengurus Sumber Manusia (HR Managers)
  • Pengurus Perhubungan Perusahaan (Industrial Relations Managers)
  • Kesatuan Sekerja (Trade Unions)
  • Pengarah/Pihak Pengurusan (Directors/Management)
  • Penasihat Undang-undang Syarikat (In-House Counsels)
  • Peguam (Practising Lawyers)
  • Pengurus Pekerja (People Managers)
  • Mereka yang berminat dengan topik perbincangan

Jangan fikir bos-bos saja yang sesuai menyertai konferens ini. Jika anda berminat atau bercita-cita untuk menjadi Pengurus Sumber Manusia atau ingin menambah pengetahuan mengenai isu sumber manusia atau perburuhan pada masa kini, maka anda juga patut mendaftar.

Maklumat tambahan

Konference ini akan dianjurkan mengunakan platform ‘Zoom’. Para peserta boleh mengemukakan soalan semasa konferens sedang berlangsung dengan menggunakan butang ‘Q&A‘. Para peserta juga akan menerima nota penceramah dalam tempoh 3 hari dari tarikh sesi yang dipilih. Sijil digital pula akan dihantar melalui emel dalam tempoh 7 hari dari tarikh sesi yang berkenaan.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Konferens ini, sila lawat laman CLJ ini. Saya sendiri bercadang untuk menyertai sekurang-kurangnya 2 sesi iaitu Sesi 3 dan Sesi 6.

Zurainny Ismail

Previously an IR consultant focusing on industrial harmony, she now serves as a Legal Manager. She still loves exchanging ideas and thoughts with others on many subjects. An occasional knitter and an aspiring crooner.

  • Zumal

    July 29, 2020 #1 Author

    Norma baru yang sedikit sebanyak buat hidup kita rasa lain. Apa pun kita dapat jalani kehidupan lebih selamat

    Reply

    • Zurainny Ismail

      July 31, 2020 #2 Author

      Betul tu. Kita kena menyesuaikan diri dengan norma2 baru.

      Reply

  • mrhanafi

    July 25, 2020 #3 Author

    antara online dan bersemuka…

    online jimat tetatpi feel kurrang..

    nak berbalas senyuman dengan peserta lalin juga sukar

    Reply

    • Zurainny Ismail

      July 25, 2020 #4 Author

      Betul tu Mr Hanafi, byk kekurangan kursus online. Jamuan pun kena sedia sendiri….ahaks! 😉

      Reply

  • anies

    July 24, 2020 #5 Author

    boleh sy forward kat kawan ni sebab dia staf HR…

    Reply

    • Zurainny Ismail

      July 24, 2020 #6 Author

      Thanks Anies dear, mmg bagus kalau staf HR dpt tengok. Mgkn bos blh sponsor, atau kongsi tengok beramai2. Tapi kalau kongsi, sorg ja yg dpt sijil.

      Reply

  • abe kie

    July 23, 2020 #7 Author

    utk guru2 di sek mcm sy pun byk kursus on9 yg ditawarkan utk mencukupkan jam kredit jumlah kursus thnan…

    Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.