Perlindungan PERKESO [SOCSO] untuk Pekerja Asing

Perkeso Pekerja Asing

 

Menerusi satu sidang akhbar pada 21hb November 2018, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran memaklumkan bahawa Kabinet memutuskan untuk meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mulai 1 Januari 2019.

 

Langkah itu disifatkan selaras dengan Konvensyen Kesamaan Rawatan (Pampasan Kemalangan) 1925 (No 19) dan Jawatankuasa Persidangan Penggunaan Piawaian di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

 

ilo

 

PERKESO untuk Pekerja Asing

PERKESO atau ringkasannya dalam bahasa Inggeris, SOCSO pada awal penggubalannya memang mewajibkan caruman pada pekerja asing. Rujukan pada Jadual 1, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) menunjukkan bahawa pekerja asing tidak tersenarai dalam golongan yang dikecualikan dari caruman.

 

Akan tetapi di bawah Pemberitahuan Keselamatan Sosial Pekerja (Pengecualian Pekerja-Pekerja Asing) 1993 [P.U. (A) 56/1993], pekerja-pekerja asing telah dikecualikan dari caruman Perkeso sehingga ke hari ini.

 

Pembatalan Pemberitahuan 1993

Untuk melaksanakan keputusan kabinet, suatu pemberitahuan baru telah dikeluarkan di bawah Sekyen 98 Akta 4, iatu Pemberitahuan Keselamatan Sosial Pekerja (Pengecualian Pekerja-Pekerja Asing) (Pembatalan) 2018 [P.U. (B) 735]. Ia membatalkan arahan terdahulu dan sekaligus pekerja asing kembali wajib didaftarkan dan dicarum.

 

Pekerja Domestik

Bagaimana pula dengan pekerja asing domestik seperti tukang kebun dan pembantu rumah?
Mereka tidak perlu dicarum kerana mereka adalah tersenarai di bawah Jadual 1 pada Akta 4. Begitu juga dengan pekerja tempatan yang digajikan di bawah sektor domestik.

 

akta 4 seksyen 3

 

Jadual 1 Akta Perkeso

 

Skim Perlindungan

Harus diingat pekerja asing cuma dilindungi di bawah Skim Bencana Kerja (SBK) sahaja. Antara feadah-faedah di bawah SBK termasuklah:

  1. – Faedah Perubatan
  2. – Faedah Hilang Upaya Sementara
  3. – Faedah Hilang Upaya Kekal
  4. – Faedah Orang Tanggungan
  5. – Faedah Pengurusan Mayat
  6. – Elaun Layanan Semasa
  7. – Kemudahan Pemulihan (kecuali Dialisis, Vokasional atau Program Return to Work).

 

Oleh kerana pekerja asing cuma menikmati faedah dari skim SBK sahaja dan tidak mendapat faedah dari Skim Keilatan, maka cuma majikan sahaja yang akan mencarum dan potongan caruman untuk pekerja tidak diperlukan.

 

Kilang

 

Syarat Kelayakkan

Pekerja asing hendaklah yang sah, iaitu mempunyai pas kerja yang SAH. Ia membawa persoalan seperti status pemegang-pemegang pass IMM13 di negeri Sabah, misalnya. Mereka adalah pekerja asing yang dibenarkan bekerja di negeri Sabah tanpa perlu memohon pas kerja.

 

Tarikh Pendaftaran

Bagi pekerja asing yang masih dilindungi di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA), majikan boleh menunggu sehingga perlindungan tamat terlebih dahulu.

 

Bagi pekerja asing yang baru pula, mereka wajib mendaftar sebaik sahaja mendapat pengesahan Jabatan Immigresen Malaysia di mana-mana tempat kemasukkan (port of entry) yang diwartakan. Ini juga satu isu yang menuntut penjelasan lanjut pihak Perkeso kerana pekerja yang baru masuk belum mempunyai pas kerja yang sah sehingga PLKS dikeluarkan. Adakala boleh mengambil masa sehingga sebulan.

 

Pembaca yang mahukan maklumat lanjut boleh melayari laman web Perkeso atau hadir ke pejabat Perkeso yang berdekatan.

10 thoughts on “Perlindungan PERKESO [SOCSO] untuk Pekerja Asing

  1. Hi , saya kurang jelas berkenaan caruman pekerja asing ni. Jika sebelum ni , permit pekerja dengan company lain . Lepastu company lama keluar surat mengatakan pekerja tersebut telah dilepaskan untuk bekerja dengan company baru. Dia renew permit under company lama sehingga tahun 2020 .

    Adakah company baru perlu mencarum untuk dia atau perlu tunggu sehingga insurance tamat ?

  2. Saya mau double confirm kalau pekerja yang guna IMM13 (Dari Sabah), masi mau payar Socso kah? Sebab saya call Sabah perkeso, officer bagi tahu saya IMM13 no need to pay Socso, only sesiapa yang guna work permit.
    Its that correct?

  3. Hi, saya ada soalan. Kontrak kerja selama 3 tahun. Sudah bekerja selama setahun lebih. Boleh ke majikan membuat kontrak seperti berikut: ‘Pekerja perlu membayar sejumlah wang pampasan kepada majikan sekiranya pekerja ingin berhenti atau diberhentikan sendiri oleh majikan’. Jika diberhentikan atas sebab yang tak relevan, perlukah pekerja membayarnya?

    1. Pekerja cuma perlu bagi notis jika hendak berhenti atau bayar ganti notis. Tempoh notis bergantung kpd tempoh perkhidmatan atau terma kontrak. Melainkan kontrak telah tamat, majikan tidak boleh memberhentikan pekerja tanpa alasan yang munasabah, walau dengan notis.

  4. Saya ingin bertanya berkaitan pengiraan gaji sebulan. Adakah kita perlu basic *26 Atau basic*30 Dan mengapa? Boleh saya dapatkan akta utk support soalan Ini.

    1. Ia bergantung kepada tujuan apa pengiraan itu dibuat. Untuk mendapatkan ordinary rate pay bagi kiraan OT, gaji dibahagikan dengan 26. Anda boleh rujuk Akta Kerja 1955. Terima kasih.

  5. hai , saya nak tanya berkenaan kontrak kerja . dalam kontrak tersebut hanya tertulis saya akan bekerja di syarikat tersebut selama setahun. itu sahaja yang tertulis di dalam kontrak tersebut . tidak dinyatakan syarat2 lain . kemudian setelah saya bekerja selama 3 bulan di syarikat tersebut saya dapati gaji saya dibayar hanya rm850 sebulan . apabila ditanya kepada majikan soal gaji, saya dimarahinya dan mengatakan saya tidak mempunyai sebarang komitmen untuk mempunyai gaji yang tinggi . syarikat itu jugak tidak ada caruman kwsp kepada pekerja2nya . saya mahu berhenti kerja di syarikat tersebut, tetapi saya terikat dengan kontrak tersebut . apakah yang perlu saya lakukan ?

    1. Berdasarkan maklumat di atas, jika anda pekerja sepenuh masa dan dibayar gaji bulanan, majikan mgkn telah melakukan bbrp kesalahan. Sekiranya majikan tidak melepaskan anda, sila buat laporan di pejabat JTK & KWSP berhampiran. Saya syorkan tuan bincang dgn majikan terlebih dahulu. Saya x fikir mereka akan menuntut apa2 dr tuan memandangkan kesalahan yg telah mrk lakukan.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.