Tips Cemerlang Semasa Tempoh Percubaan (Probationary Period)

Probationary Period

Dahulu, kami pernah menulis tentang hak majikan dan pekerja semasa pekerja masih dalam tempoh percubaan.  Oleh kerana hampir semua pekerja pernah melalui tempoh percubaan dan ada yang bertahun-tahun kerja tetapi masih belum disahkan dalam jawatan, maka kami ingin berkongsi sedikit sebanyak tips yang diharap dapat mempercepatkan proses pengesahan jawatan para pekerja yang masih dalam probationary period.

Kalaupun tidak disahkan dalam jawatan, sekurang-kurangnya janganlah pula ditamatkan perkhidmatan.

Probationary Period

Tempoh percubaan atau ‘probationary period’ merupakan suatu tempoh kritikal di mana majikan menilai samada seseorang pekerja baru itu sesuai dengan jawatan yang dipegang atau tidak sebelum ia disahkan dalam jawatan tersebut.

majikan

Fahami Kehendak Dan Expectation Majikan 

Pastikan anda tahu tugas-tugas anda dari A hingga Z dan jangan ulangi kesilapan, tetapi belajarlah dari kesilapan.  Jika anda tidak faham sesuatu tugasan, mesti berani bertanya walaupun bos marah.

Contohnya: semasa saya mula-mula bekerja dengan syarikat GLC dahulu, minggu pertama kerja sudah kena ‘tiau kaw-kaw’ oleh penyelia.  Tugasan saya pada waktu itu adalah untuk mengumpul finalized Board Papers untuk dihantar ke HQ.

Selepas dikumpul, saya serahkan kepada kakitangan yang berkenaan untuk dikurier.  Ingatkan dia terus kurier, rupanya tidak sebab dia juga mengurus benda-benda lain. Perkara tersebut berlaku kerana saya tidak faham budaya kerja di tempat baru.  Maklumlah, tempat kerja dulu cuma firma kecil, staf tak ramai, maka semua kerja dibuat dengan segera.

Di pejabat besar, ada banyak ‘bos’, jadi kalau hendak cepat, mesti follow up berkali-kali. 

Dari saat itu, saya sentiasa follow-up kerja orang lain yang berkaitan dengan kerja saya.

Tingkatkan Kecekapan Dan Tambah Kemahiran 

Jangan biar diri kekal pada tahap yang sama.  Contohnya: jika anda seorang eksekutif admin, pastikan anda tahu menulis surat, mahir menggunakan komputer dan mesin fotokopi, dan lain-lain perkara yang bersangkut-paut dengan kerja anda.

tingkatkan skill

Adalah lebih baik lagi jika anda juga tahu melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh kerani admin dan setiap pekerja yang melakukan kerja-kerja yang mempunyai kaitan dengan kerja anda.

Jangan takut untuk belajar dan melakukan lebih dari KPI anda. 

Dan jangan kecil hati jika ada yang sindir anda, Contohnya:”semua kerja pun dia mau bolot” kerana realitinya tidak rugi menambah ilmu.

Realitinya, walau apa pun jawatan anda di pejabat, mestilah tahu melakukan perkara-perkara asas seperti menggunakan mesin fotostat, mesin pencetak, telefon ofis, dan sebagainya.

Hormati Dan Berbaik-Baik Dengan ‘Orang Lama’ Dalam Syarikat

Kakitangan yang telah lama berkhidmat dalam syarikat selalunya lebih memahami selok-belok syarikat dan dapat membantu anda apabila timbul masalah.  Misalnya, sejurus selepas peristiwa saya di ‘tiau kaw-kaw’ di atas, yang pergi mengadap supervisor saya untuk menerangkan perkara sebenar adalah PA Pengurus Besar syarikat, antara orang terawal saya kenali dalam syarikat tersebut.

Supervisor saya terus hilang marah dan kami dapat berbincang dengan baik cara-cara untuk mengelakkan perkara tersebut dari berulang.

well done

Oleh itu, hormati semua kakitangan dalam syarikat supaya mereka juga akan menghormati anda.

Semua kerja akan menjadi lebih mudah jika anda mendapat kerjasama dari semua orang.

Ringan Tulang

Mesti rajin membantu bukan sahaja pegawai atasan atau penyelia anda, tetapi juga pekerja bawahan anda.  Anggaplah tempoh percubaan sebagai suatu peluang menambah kemahiran di mana anda dibayar untuk belajar.

Maka itu, kalau ada kerja yang terpaksa dibuat lebih masa jangan berkira untuk claim OT.

Fikirkan perkara-perkara yang lebih penting misalnya pengesahan jawatan, bonus hujung tahun, kenaikan gaji, kenaikan pangkat, dan sebagainya.

Bertanya Jika Tidak Tahu!

Jangan segan bertanya kepada penyelia anda tentang kelemahan anda dan meminta nasihat tentang cara memperbaiki pencapaian anda di tempat kerja.  Biasanya inisiatif sebegini disukai oleh majikan dan pegawai syarikat.

Jika penyelia anda seperti tidak kisah, bertanyalah kepada kakitangan lama untuk pendapat mereka.

soalan

Pastikan Meja Anda Sentiasa Kemas

Meja yang kemas memberi gambaran bahawa kerja anda terkawal.  Ia juga menunjukkan yang anda bersedia menerima tanggungjawab yang lebih mencabar.

Tanggungjawab yang lebih mencabar merupakan peluang untuk mendapatkan bukan sahaja pengesahan kerja tetapi juga kenaikan gaji, dan lain-lain.

Cuba pelajari system-sistem pengurusan yang ada misalnya prinsip 5S (sort, set in order, shine, standardize, sustain).

5S methodology

Lain-Lain

Datang awal ke pejabat, berpakaian kemas dan sopan, jangan curi masa kerja untuk melayan FB, twitter, dll.

Paling utama adalah untuk menanam perasaan tanggungjawab dan hormat terhadap majikan yang membayar gaji anda.

Jika anda mengamalkan perkara-perkara di atas dengan sebaik mungkin, sekurang-kurangnya majikan tiada justifikasi untuk tidak mengesahkan jawatan anda.

Apabila telah disahkan jawatan, perkara di atas mesti diteruskan ya supaya terus sukses dalam pekerjaan.

188 thoughts on “Tips Cemerlang Semasa Tempoh Percubaan (Probationary Period)

  1. Salam… Saya ingin bertanya tentang macam mana nak convert full time promoter ke part time promoter?

    1. Tuan, kena rujuk terma dan syarat kontrak kerja. Amnya, tidak blh convert sedemikian krn ia akan mengakibatkan penurunan/pengurangan faedah terhadap pekerja tersebut.

  2. Salam… Saya ingin bertanya tentang boleh x kalu nak convert full time promoter ke part time promoter? Dan kalu boleh, macam mana nk convert?

    1. Tuan, kena rujuk terma dan syarat kontrak kerja. Amnya, tidak blh convert sedemikian krn ia akan mengakibatkan penurunan/pengurangan faedah terhadap pekerja tersebut.

  3. Saya merupakan pekerja swasta dan masih lagi dalam kontrak. Selama tempoh kontrak saya, saya di layan teruk oleh staff atasan saya (berumur 55) . Dia membeza-bezakan layanan diberikan. Dia juga kerap kali mencari kesalahan dan silap saya tanpa membantu dan memberi tunjuk ajar. Bahkan pernah mengugut saya ingin memberi surat warning kerana ketidaksukaannya terhadap saya. Dia seringkali memgunakan kuasanya untuk memberhentikan saya. Malah dia juga pernah mengambil kesemua fail saya dan meminta saya membuat surat berhenti kerja tanpa arahan boss. Tindakan tersebut telah dimaklumkan kepada boss, dan boss bertindak menghalangnya dan meminta saya meneruskan tugasan saya seperti biasa. Dia juga kerap kali berkomunikasi secara tidak langsung kepada saya dengan mengunakan orang perantaraan, dan kerap mengunakan bahasa badan seperti simbol tangan (menunjuk) dan mengangukkan kepala. Tindakan yang dilakukan menyebabkan masalah salah faham dengan apa yang ingin disampaikan atau dengan kata lain, miscommunication. Beliau akan membalas pertanyaan saya jika berhampiran dgn boss dan tika dikelilingi dengan staff lain. Beliau merupakan staff atasan dimana kebanyakkan tugasan perlu dilaporkan atau disemak olehnya. Saya telah melaporkan isu ini kepada boss saya, dan dia juga telah cuba menyelesaikan.Walaubagaimana pun, tindakan yang diberikan hanya sekejap sahaja. Beliau kembali tidak professional semula.

    Tempat kerja yang selesa, Pengurus yang baik dan rakan sejawatan yang baik tetapi staff atasan (admin) yang teruk.

    Soalan saya, Apa yang perlu saya dilakukan untuk menghadapi masalah seperti ini? Apakah tindakan sewajar untuk staff atasan yang tidak profesional seperti beliau.? di mana perlu saya membuat aduan.

    1. Tuan, masalah yg tuan hadapi sebenarnya juga dihadapi oleh ramai pekerja – pegawai atasan yg tidak kompeten dan tidak profesional. Walau bagaimanapun, perkara sebegini tidak diliputi oleh undang-undang. Ia merupakan masalah dalaman yg perlu diselesaikan bersama dgn bos dan dgn bantuan pihak HR. Cuba dptkan pendapat drpd kakitangan lain yg lebih berpengalaman. Menangani masalah sebegini perlu strategi dan bantuan org tengah. Kami syorkan tuan cuba bincang dgn pihak HR dahulu.

  4. Saya seorang pekerja syarikat swasta. Saya ingin bertanyakan satu soalan berkenaan cuti tahunan.

    Syarikat telah memberikan cuti tambahan sempena Tahun Baru Cina yang akan datang. Tetapi cuti tambahan tersebut diwajibkan guna cuti tahunan pekerja. Syarikat keluarkan memo cuti bermula 24hb sehingga 29 Februari(CNY 25&26 +27)akan tetapi 24,28&29hb diwajibkan apply guna cuti tahunan pekerja itu sendiri.. Jika pekarja masih belum dapat confirmation letter, mereka terpaksa ditolak gaji selama 3 hari tersebut kerana tiada cuti tahunan diberikan selagi belum dapat confirmation letter.

    Keadaan ini dikira sebagai force leave, tapi sy tidak mahu membazirkan cuti tahunan semata2 kerana company mahu tutup pada sekian haribulan. Apatah lagi nasib pekerja baru yg terpaksa ditolak gaji sebanyak 3 hari.

    Apa hak saya sebagai pekerja tetapi dipaksa menggunakan cuti tahunan tanpa rela. Dan juga hak pekerja baru yang perlu ditolak gaji kerana perayaan yang tidak berkaitan dengan mereka.

    Apa yang boleh saya buat untuk membela nasib saya dan pekerja2 lain? Mohon bantuan pencerahan dan pertolongan..

      1. hi HRM, saya ingin meminta pendapat terhadap salah laki pengurus syarikat atau bekas majikan saya.. saya baru berhenti bekerja dengan notis 1 bulan , 2 hari lepas, akibat ada 1 kesalahan yang saya buat iaitu salah daftar pakej telefon pelanggan, dan pelanggan telah pun menggunakan pelan tersebut selama 2 bulan skrg.. semasa salah daftar itu, pelanggan telah pun b’setuju utk membayar bulanan walau saya telah salah masuk kan pakej nya dan dia telah pun tandatangan kontrak antara provider dgn pelanggan selama 2 tahun.. disini apabila pada tarikh teralhir saya bekerja, pengurus syarikat memaksa dan meminta saya untuk membayar sejumlah wang kerana kuatir pelanggan tersebut akan kembali pada kedai dan membuat tuntutan serta aduan terhadap kedai nya dan ini akan memburuk kan nama kedai di dalam HQ.

        Gaji pula pada 6hb setiap bulan, saya kuatir mereka akan menahan gaji saya sehingga saya membuat pembayaran penalti itu. saya sudah memberitahu mereka bahawa pelanggan dah setuju untuk bayar tiap bulan n pelanggan telah guna selama 2 bulan tanpa sebarang tuntutan/aduan/masalah. mereka memaksa dan membuat saya tertekan.. pengurus itu membagitahu yg dia meminta aya membayar RM1400 itu utk guarantee saja, kalau pelanggan itu tidak datang utk marah2 atau buat tuntutan/aduan, dia akan mengembalikan RM1400 selepas 3 bulan..

        Harap encik dapat bantu saya yang teraniaya ini.

        1. Majikan tidak boleh menahan gaji pekerja sewenang2. Jika mereka berkeras utk berbuat demikian, bagitahu majikan yang anda akan melaporkan perkara itu kpd pihak JTK. Jika mereka berkeras juga, sila adukan kepada pihak JTK dgn segera. Pihak JTK bertanggungjawab utk menyiasat dan membantu anda.

  5. mohd hanzah bin jumaat

    Reply

    Saya telah bekerja dengan sebuah sharikat selama tujuh tahun.dan menjalankan tugas saya seperti mana yang telah dipersetujui sebelum saya terima tawaran tersebut .
    tiada cuti tahun,tiada cuti sakit tiada epf dan socso.
    setelah kematian saorang daripada rakan kongsi sharikat dan diambil alih olih isterinya saya terus melakukan kerja saya seperti biasa.dalam masa yg sama dia telah buat banyak perkara tampa pengetahuan saya
    saya dipanggil untuk berbincang yg saya berfikiran untuk meningkatkan prestasi sharikat. sebaliknya dia terus memberitahu saya bahwa saya akan diberhentikan atas alasan untuk menampung kos sharikat bagi melaksanakan caruman EPF dan SOCSO yg sebelum ini tidak dilakukan walaupon atas nasihat saya’
    selama tujuh tahun itu saya yg menguruskan hampir segala urusan berkaitan kerja 2 ditempat kerja hinggalah untuk memperbaharui kontrak dgn sharikat induk dan sebut harga bagi kontrak tersebut.
    Apakahyg saya harus lakukan untuk memperbaiki keadaan sedangkan saya menanggung isteri saya yg sedang menjalani process hemodialisis dan dengan kelingan mata pencarian ini akan menyusahkan kehidupan saya.

    1. Tuan, tanpa mengetahui keseluruhan fakta berkenaan fungsi dan hubungan tuan dgn syarikat, kami tidak dpt memberikan pandangan dgn berkesan. Kami syorkan tuan berjumpa dgn pegawai JTK utk mendapatkan pandangan yg lebih tepat. Bawa bersama dokumen2 yg berkaitan dgn kerja tuan & jg slip gaji, jika ada.

    1. Majikan tidak berhak menahan gaji pekerja. Majikan blh potong gaji pekerja dlm bbrp situasi bersesuaian dgn Akta Kerja, misalnya untuk bayaran ganti notis jika pekerja berhenti kerja tanpa memberikan notis mencukupi. Atau jika pekerja digantung kerja tanpa gaji sementara menunggu siasatan dalaman. Tetapi tak boleh tahan lama2.

  6. Assalamualaikum. Saya baru lima bulan bekerja di syarikat ini tapi saya rasa seperti dibuli sebab saya selalu disuruh membuat kerja yang tiada dalam skop jawatan saya sebagai contoh, saya disuruh membuat kerja QA Engineer padahal saya adalah Marketing Coordinator. Selain itu saya juga disuruh kerja lebih masa walaupun tidak dibayar OT. Menurut orang yang lama bekerja disini, mereka juga sering merungut tentang hal yang sama. Di samping itu juga, mereka langsung tidak prihatin dengan keadaan kawan saya yang sedang mengandung. Kawan saya seorang QA Engineer dan sedang sarat mengandung. Kawan saya tu tetap disuruh bekerja keras walaupun dia telah sarat dan dia pernah mengalami pendarahan beberapa kali.

    1. Wa’alaikumsalam. OT bergantung kpd terma kontrak & sama ada anda pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja. Mengarah pekerja membuat tugasan di luar skop kerja bukan suatu kesalahan, tetapi jika timbul masalah di kemudian hari, maka majikan tidak boleh menghukum pekerja tersebut. Sekiranya kawan anda merasa berlaku ketidak-adilan terhadapnya, maka dia blh mengadu kpd pihak HR syarikat.

  7. Saya berkerja di sebuah kilang swasta selama lebih 6 bulan. Sehingga sekarang saya tidak di berikan surat tawaran dan surat sahkan jawatan. Soalan saya boleh ke majikan berhentikan saya serta merta di dalam jangkamasa ini.

    1. Tidak boleh. Walaupun tiada surat hitam putih, anda tetap berhak kpd sekurang-kurangnya notis 4 minggu & majikan juga tidak blh memecat anda tanpa sebab yg munasabah.

  8. ‘SYARIKAT NERAKA’
    salam, saya nak bertanya situasi saya sekarang. bukan saya seorang sahaja yang mengalami masaalah ini,tapi semua rakan rakan saya yang masih bekerja disyarikat ini mengalami masalah yang sama di mana kami tidak dibayar atau lewat dibayar epf sedangkan setiap bulan gaji kami akan ditolak.sudah ada staff yang sudah pon berhenti dan masih belum mendapat bayaran epf mereka. Ada cerita yang mengatakan bahawa syarikat saya ada orang dalam yang boleh membuatkan kes ini ditutup serta merta.sepanjang setahun sy bekerja disini 14 orang pekerja sudah pon behenti dan syarikat masih lagi belum mencari penganti dan mengunakan tenaga pekerja yang sedia ada untuk cover kerja kerja staff yang sudah behenti.Apa yang saya boleh katakan syarikat ini sangat buruk pengurusannya,malah sikap bos yang cepat terasa hati dan terus mem’freezekan’ dan menuikarkan staff ke jabatan lain tanpa salah laku disiplin sesuka hati amatlah tidak professional. menurut staff yang sudah 10 tahun bekerja disini,mereka tidak pernah pon dinaikkan gaji malah bonus juga tidak diberi,ada yang masih lagi bekerja disini kerana memikirkan komitmen yang mereka tanggung,ada juga yang sudah pon berhenti malah tidak diberikan perhargaan khidmatnya selama ini. Saya juga dalam tempoh meletakkan jawatan kerana saya fikir tidak ada kebaikan untuk saya teruskan berkhidmat disini.

    1. Wa’alaikumsalam. Apakah soalan tuan?
      Tentang caruman EPF, sila printout statement EPF anda. Jika terbukti caruman tidak dibayar oleh majikan, sila laporkan kpd pihak EPF (bawa salinan slip gaji utk membuktikan anda pekerja syarikat dan bahawa gaji anda telah dipotong utk caruman epf). Pihak EPF blh membuat penyiasatan seterusnya.

    2. Hi…saya sudah bekerja bermula 1/10/2019 di sebuah syarikat dari luar negara sebagai PEMANDU kepada Pegurus Besar Syarikat…tetapi diatas kerja sambilan sehingga penghujung disember 2019…kemudian saya ditawarkan bekerja TETAP dgn syarikat itu pada awal januari 2020 sehingga ke hari ini dibawah tempoh percubaan sehingga Julai 2020…soalan sy 1)sudah hampir dua bulan tempoh percubaan tetapi sy tidak tandatangan kontrak percubaan sehingga hari ini.adakah sy terikat dgn peraturan2 syarikat? 2)sy diberikan gaji sebanyak rm2000(maksimum) tanpa elaun atau apa2 bayaran lain sebulan tanpa Overtime adakah berbaloi atau Overtime hanya untuk pekerja sudah habis tempoh percubaan sahaja..sy juga perlu kerja di luar waktu bekerja yg sepatutnya seperti cuti umum dan jika diperlukan sy perlu hadir bekerja pada jam yg tidak sepatutnya…bagaimana?

  9. Salam..sy ade soalan y xpasti, boleh bg pendapat ??
    1. Company sy tukar kiraan sistem gaji kami sblom ni gaji kami basic rendah (RM1500++) tapi belom campur ot + elaun (1 hari RM5) dan commision waktu bkerja (11.00am-10.00pm) setiap hari dan setiap tahun ade kenaikan gaji..sejak tukar sistem kiraan gaji baru kami rse mcm xsetuju..sbb company tambahkan mase waktu kerja isnin-jumaat (11.00am-10.00pm), sabtu dan ahad (10.00am-10.00am) tp basic kami (RM2400++ tu termasuk dgn target commision RM520) (xde ot) (xde elaun 1hari RM5) tidak akan ade lagi kenaikan gaji. Bila kami tanye kenape xde ot tp company jwb basic (RM2400++ tu sudah termasuk dgn ot,elaun 1hari RM5 dan target commision RM520) kami rase xpuas hati dgn sistem gaji yang baru itu..jika basic kami y rendah itu dgn waktu kerja kami akn dpt ot lebih dan setiap tahun kami ade kenaikan gaji 5% untuk 1tahun,2tahun 10%,3tahun 15%..soalan sy boleh company buat pkerja mcm tu??
    2. Start dr sistem gaji baru tu banyak perkara y kami betul2 xpuas hati..sebelum ni jika bulan itu ade public holiday y company sebelum ini membayar kami double pay tp sekarang company pakse kami ambil 2hari unpaid leave ( cuti yang akan menolak gaji kami) disebabkan company tidak mahu membayar double pay itu..setiap bulan cuti biase 5hari tambah 2hari unpaid leave ( cuti y ditolak dari gaji ).soalan sy bolehkah company memakse pkerja ambil 2 hari unpaid leave(cuti y dtolak dr gaji pkerja) kerana disebabkan tidak mahu membayar double pay??
    3. Adakah satu kesalahan jika sy sebagai pkerja kol HQ untuk tanya pasal gaji yang HQ selalu salah kira ??
    4. Bolehkah company memotong atau menolak gaji sy sebanyak RM350 kerana satu warning letter y manager sy bg atas kesalahan kelewatan sy hanya 1 hari itu tanpa disengajakan ?? Wlupun sudah berkali2 merayu, meminta maaf, menjelaskan sebab kelewatan y tidak sengajakan dan sy juga telah menulis surat kpd boss untuk menjelaskan dan memohon maaf agar ditarik balik warning letter itu walaupun kesalahan kelewatan pada 1 hari itu sahaje..??
    4. Boleh ke sy buat aduan krn manager dan company tidak berlaku adil kpd sy krn tidak suka suara tinggi sy wlupun itu suara semula jadi sy, dan kol HQ sbb tanye pasal gaji sy krn HQ selalu salah kira gaji sy..
    5. Adakah satu kesalahan sy sebagai pkerja dicompany tersebut mempertahankan hak2 sy sebagai pkerja dicompany itu kerana sy seorang sahaje y berani bersuara dan bertanya wlupun banyak perkara pkerja y lain turut tidak puas hati dgn dengan company tetapi pkerja y lain tidak berani bersuara krn takut akan dibuang kerja..
    6. Boleh ke company buang sy jika sy buat aduan ini ??
    Sy merayu sangat2 agar sy dapat diberi keadilan y sama rata dengan semua pkerja..sy xtahu lah kenape manager sy tidak adil dengan sy..manager sy berkali2 menyuruh sy resign kerana dia tidak suka sy krn suara tinggi sy wlupun suara itu memang suara semula jadi sy..die menuduh sy tidak hormat padanya krn suara tinggi sy..sy xtahu mcm mne nakk tukar suara..bila sy kecilkan suara sy dia tuduh sy tidak syok la apelah..habistu sy nakk buat mcm mne?? Sy sayangkan kerja sy kenape sy perlu nakk resign disebabkan org y tidak sukakan sy..sy buat mcm2 untuk naikkan kembali sales kedai dicawangan tempat sy kerja itu..sbelum ini sy kerja dgn company ini dr tahun 2007 – 2012 kemudian sy berhenti kerja dan dipanggil bkerja pd tahun 2015 hingga sekarang..sy harap sangat2 sesiapa y boleh tolong sy dan beru pendapat pd sy..Berkali2 sy menjelaskan dan merayu pd manager sy jgn memotong gaji sy krn sy ade mslh kewangan perlu dibayar tambah2 kereta sy pulakk excident..r.tax motor pulakk mati..sy xnakk berhenti kerja klu sy sygkan kerja sy ini..sy takut nakk kerja tempay lain krn takut tidak selesa ditempat baru..ibu bapa sy sudah tiada siapa lagi y sy perlu minta tolong kalau bukan diri sy sendiri jugak..harap korang boleh tolong beri pendapat untuk masalah sy ni..Terima kasih

    1. Wa’alaikumsalam tuan, panjang soalan ni. Kami cuba utk bagi pendapat kami sebaik yg mungkin.
      Kami andaikan anda bekerja di Semenanjung Malaysia, maka Akta Kerja 1955 yg terpakai. Walau bagaimanapun, oleh kerana gaji anda telah naik ke RM2400 (dan kami rasa anda bukan pekerja manual), maka anda bukan lagi pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja. Sila rujuk artikel kami untuk maklumat lanjut : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-samada-pekerja-di-lindungi-oleh-akta-atau-tidak
      1. Kami kurang jelas dgn kenyataan tuan : isnin-jumaat (11.00am-10.00pm), sabtu dan ahad (10.00am-10.00am). Hari rehat pun kerja tiap2 minggu ka? Amalan itu blh menjejaskan kesihatan & keselamatan kalau x cukup rehat. Mengenai OT, melainkan ada disebut dalam terma kontrak kerja anda atau polisi syarikat, apabila gaji telah melebihi RM2000, anda tidak berhak kepada OT. Namun begitu, caruman EPF anda bertambah. Semasa gaji RM1500 caruman EPF majikan cuma RM195; apabila gaji RM2400+ caruman EPF majikan menjadi RM315. Tentang kenaikan gaji dan bonus, ia bukan wajib melainkan dijanjikan dalam kontrak kerja anda.
      2. Boleh, kerana anda bukan lagi pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja.
      3. Tidak salah. Malah, jika mereka gagal memperbetulkan kiraan, anda boleh membuat aduan kpd JTK.
      4. Amnya, majikan tidak boleh menolak/memotong gaji pekerja sewenang-wenangnya. Sila rujuk terma kontrak anda. Walaupun anda bukan pekerja yg dilindungi oleh Akta Kerja, namun anda berhak pada keadilan dan boleh merujuk kpd JTK.
      4. Jika anda sudah berusaha untuk rendahkan volume suara anda, tetapi tetap tidak berhasil, mungkinkah ada masalah lain? Masalah pendengaran, misalnya? Jika anda mempunyai masalah pendengaran, sila dapatkan surat pengesahan dari doktor untuk dijadikan bukti untuk perhatian pihak pengurusan. Jika tiada masalah pendengaran dan anda juga tidak boleh menurunkan nada suara anda, maka anda boleh cuba menerangkan perkara tersebut kepada mereka/HR secara bertulis dan dapatkan ‘acknowledgement of receipt’ daripada mereka. Berkenaan aduan mengenai salah kira oleh HQ, itu adalah hak anda.
      5. Tidak salah untuk mempertahankan hak2 anda. Cuba untuk berunding dgn baik. Jika anda kurang pasti mengenai hak anda, sila berhubung dgn pihak JTK utk nasihat (bawa bersama kontrak kerja dan dokumen2 lain yg relevan utk rujukan JTK). Majikan tidak boleh memaksa anda untuk meletakkan jawatan.
      6. Company boleh pecat anda jika dibuktikan anda melakukan suatu salah laku serius atau pelanggaran terma utama kontrak kerja. Jika anda dipecat tanpa melalui proses yg adil (penyiasatan, peluang utk membela diri, dll), anda boleh melaporkan kpd pihak JTK atau membuat representasi di Mahkamah Perusahaan. Sila rujuk : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-perhubungan-perusahaan-1967 dan https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/aduan-kepada-jabatan-tenaga-kerja
      Sudahkah anda berbincang dgn rakan sekerja? Cuba dapatkan pandangan dari seorang yg jujur dan yg anda percayai. Kekadang, apabila kita berada di tengah2 suatu krisis, kita x dapat berfikir dgn rasional atau meneliti keadaan sekeliling. Sebelum mengambil sebarang tindakan drastik, cuba bersabar & ambil masa utk rehat/cuti supaya dpt menenangkan fikiran. Kami berharap masalah anda akan dapat diselesaikan dgn baik. Jika tidak, melainkan anda dpt tawaran kerja lain, kami syorkan anda bersabar dulu kerana apabila Akta Kerja dipinda pada tahun hadapan, anda mungkin akan kembali menjadi pekerja yg dilindungi (layak kpd OT) sebab tahap gaji mgkn akan ditingkatkan dr RM2000 kepada sekurang2nya RM3000.

  10. TUKIMAN BIN KASANYAD

    Reply

    Saya ingin bertanya, sekarang gaji besic saya, rm1100, kemungkinan tahun depan akan diturunkan kepada rm500 atau rm600, boleh ke majikan buat sedemikian, saya kerja sebagai pemandu lory

  11. Saya muhd adha bekerja di syarikat Kami Security
    Saya bekerja sebagai security hanya sebulan Di
    Aparment Dahlia Sg.Chua Kajang.
    Bos bernama shahul aizat tidak membayar gaji saya tolong bantu saya..
    Alamat office company
    No, 3-2, 5-1 & 5-2, Jalan Kasturi 1, Plaza Kasturi, Off Jalan Balakong, Batu 11, 43200 Cheras, Selangor

  12. Salam saya nk bertanya sikit saya cuma kerja di pusat cyber cafe, saya kerja hampir setahun tiada surat hitam putih.. kerja dengan gaji rm30 sehari cuti tidak menentu ada orang ganti baru boleh cuti , selalu kira 1 bulan cuma 1 hari cuti. Baru tadi saya terpaksa cuti sebab ayah saya sakit ini kali pertama saya cuti terkejut, boss saya bising2 suruh hadir juga kerja sebab tiada orang ganti.. mahu tak mahu saya terpaksa juga cuti . saya cuma balas mesej boss saya “terpaksa cuti juga kalau nk buang kerja buang la tak ada pilihan lain” tapi hari ni gaji saya cuma mintak gaji saya dibayar sahaja.. soalanya lepas saya reply terus saya dibuang dan hari in I sepatutnya gaji , terus ditahan boss.. boleh ka saya tuntut gaji saya Itu..

    1. Wa’alaikumsalam. Anda boleh membuat aduan di pejabat JTK berhampiran utk menuntut hak anda. Cuma kalau tiada sebarang dokumen (kontrak kerja, slip gaji, dll) mungkin majikan akan pertikaikan fakta yg anda pernah bekerja di sana. Atau dia akan tuntut bayaran ganti notis. Walau apa pun, anda jumpa dulu pegawai JTK & dapatkan pandangan mereka.

  13. Mohammad fazril Ahmad

    Reply

    Salam
    Ada 1 persoalan…baru baru ini saya pergi mendapat rawatan d klinik kesihatan Di sbuah klinik kesihatan kerajaan…. Utk pemeriksaan darah…. Setelah selesai Dan pihak klinik me beri surat akuan atau time slip utk dberi kan kepada company saya… Tetapi bila saya sudah beri kn surat itu kerani bahagian berkaitan berkata saya ttp akan dikenakn denda lewat spt lewat dtg kerja… Sedangkn saya mempunyai surat akuan tersbut… Lebih mnyedihkan n point saya dlm soal ini ialah… Mereka yakni company membuat peraturan yg xmasuk akal… Dengan setiap 15minit lewat akan ddenda 30minit lewat… 30minit lewat 1jam denda… .. Jika ikut pada kelewatan saya masuk bekerja pada hari saya pergi klinik itu 2 jam 30 minit… Bermakna caj denda saya sudah melebihi or hampir 5jam denda lewat… Persoalan saya skrg… Adakah pihak company boleh membuat peraturan sebegitu Sekali… Dan time slip hanya diberi 2 jam utk 1 bln… Bagai mna klu memerlukan lebih masa Di hospital or klinik?? Dan company sering kali menukar nukar peraturan2 didlm kerja… Ter utama berkaitan denda… Sekejap denda mcm ini… Sekejap caj denda mcm ini… Boleh kah begitu… Cuti juga peraturan xmasuk akal… Saya hanya dbenarkn amik cuti 1 hari setgh sahaja dlm sbln… Walaupon ada cuti tahu an shingga 16hari…jika ambil lebih dri itu akan dicaj cuti tanpa gaji… Boleh kah begitu…???dan juga cara pemotongan lewat dikira secara total gaji… Sedangkn ot atau kerja lebih masa saya dikira berasingan tapi bila hal memotong do kira secara total… Skali dgn duit2 ot dikira merdeka iaitu company saya… Boleh kah company membuat peraturan2 yg membeban kn pekerja begini kerana saya rasa xmasuk akal langsung n juga merasakn ada sedikit penindasan disini… Mohon pencerahan..

    1. Majikan x blh sesuka hati mengubah terma perkhidmatan pekerja tanpa persetujuan pekerja. Bagi pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja, potongan gaji juga mesti mengikut Akta Kerja. Kami syorkan anda mendapatkan pandangan lanjut drpd pegawai JTK.

    2. Salam saya nk bertanya sikit saya cuma kerja di pusat cyber cafe, saya kerja hampir setahun tiada surat hitam putih.. kerja dengan gaji rm30 sehari cuti tidak menentu ada orang ganti baru boleh cuti , selalu kira 1 bulan cuma 1 hari cuti. Baru tadi saya terpaksa cuti sebab ayah saya sakit ini kali pertama saya cuti terkejut, boss saya bising2 suruh hadir juga kerja sebab tiada orang ganti.. mahu tak mahu saya terpaksa juga cuti . saya cuma balas mesej boss saya “terpaksa cuti juga kalau nk buang kerja buang la tak ada pilihan lain” tapi hari ni gaji saya cuma mintak gaji saya dibayar sahaja.. soalanya lepas saya reply terus saya dibuang dan hari in I sepatutnya gaji , terus ditahan boss.. boleh ka saya tuntut gaji saya Itu..

      1. Wa’alaikumsalam. Anda boleh membuat aduan di pejabat JTK berhampiran utk menuntut hak anda. Cuma kalau tiada sebarang dokumen (kontrak kerja, slip gaji, dll) mungkin majikan akan pertikaikan fakta yg anda pernah bekerja di sana. Atau dia akan tuntut bayaran ganti notis. Walau apa pun, anda jumpa dulu pegawai JTK & dapatkan pandangan mereka.

  14. Saya ada ke JTK untuk buat aduan ttg bekas majikan yang tidak bayar komisyen tahunan saya disbebakan HR salah kira KPI sy. Semasa masih bertugas, sy sudah pernah hantar appeal kepada HR namun tidak dilayan. JTK meminta sy hantar surat ke bekas majikan sy untuk minta statement komisyen sy untuk tujuan tuntutan. Soalan sy, jika setelah kes dibawa ke mahkamah buruh, tapi majikan masih tidak mahu membayar dan mahu membawa kes ke mahkamah tinggi misalnya, bolehkah saya menarik semula tuntutan kerana sy tak mampu untuk upah peguam kerana kekurangan dana.

    1. Jika Mahkamah Buruh memutuskan bahawa tuntutan anda berasas & mengarahkan majikan membuat penbayaran, majikan boleh membuat rayuan/semakan ke Mahkamah Tinggi. Jika perkara itu berlaku, anda tidak perlu menarik balik tuntutan & tidak perlu mengupah peguam. Mahkamah Tinggi blh membuat keputusan berpandukan alasan keputusan Mahkamah Buruh & penghujahan majikan.

  15. salam, saya ingin bertanya ttg hak saya sebagai pekerja swasta, yang sentiasa dinafikan oleh penyelia justeru terlalu kerap juga ditukar bahagian , dalam tahun ini saja telah 3 tempat saya bekerja . penyelia ini bertindak pilih kasih justeru berdendam dgn saya dan beberapa rakan yg lain..mereka ini juga menerima nasib yg saya seperti saya. saya pernah meminta agar ditukarkan saya ke department lain dan bukan dlm pengawasan dia, ttpi masih juga dinafikan.harap pihak tuan dapat membantu

    1. Pindah department/bahagian adalah budibicara majikan dan bergantung kpd keperluan operasi. Bertukar department/bhgn jg merupakan peluang untuk menambah skil dan mencantikkan resume anda. Tetapi jika anda merasakan bahawa ia bermotif jahat, anda perlu berbincang dgn pihak HR. Jika anda dan rakan2 bersama2 membuat aduan, kami rasa pihak majikan tiada pilihan selain utk membuat penyiasatan terhadap penyelia tersebut.

  16. Hello,

    saya bekerja disebuah hotel, hotel nie gaji memang lumayan tetapi sistem di hotel nie ada lain sikit . pihak atasan tu lebih utamakan keluarga mereka daripada pekerja yang lain. ada seorang staff anak buah kepada boss, apa dia nak semua boleh, cth: dia nak cuti smpai 1 minggu boleh, klau staff lain hanya dibagi 4 hari sahaja limit . annual leave staff klau suda lebih 1 tahun baru dapat 8 hari annual leave tetapi jika anak buah boss tuu nak cuti mesti kena letak annual leave , semua okey dan dia x smpai pun setahun kerja di sini tapi kalau staff lain cuti hanya berapa hari sahaja diluluskan guna annual selebihnya potong gaji . kalau nak cakap waktu kerja anak buah boss kena bagi kerja pagi sahaja dari jam 7am – 4am , manakala yang jam 1pm-10pm & 10pm-7am kami dua staff nie laa yang kena pusing2x . kadang2x satu org malam sahaja yang sorang lagi tu dari jam 1pm-10pm , 1 month and kadang smpai 2 month jadi mcm tu . kami ada 3 orang staff reception kalau salah seorang dari kami cuti, kami kena ot , tetapi kami x dibenarkan thumb print masa kami masuk krja, kami disuru thumb print ikut waktu dalam jadual, jadual kami pun xda kna tulis ot , ot tu kami hanya disuru tulis d buku sahaja dan minta tanda tangan dari manager kami, itu pun ada manager kami x nak tanda tangan . klau ot kami kerja 12 jam sehari .. dari 7am-7pm & 7pm-7am .

    apa yang saya perlu buat ya? maaf ya saya x pndai sngat mengarang .

    1. Adakah OT anda dibayar sepenuhnya? Byk maklumat perly diambil kira sebelum blh membuat kesimpulan terhadap situasi anda. Kami syorkan anda cuba cari jalan untuk mengumpul bukti excessive OT & berhubung dgn pihak JTK utk nasihat yg lebih menyeluruh.

      1. Muhammad fitry nasuha

        Reply

        maaf saya nak bertanya jika saya di paksa berhenti kerana saya mahu bersolat adakah saya boleh buat aduan? kerana manager saya suruh meletakan jawatan kerana saya mintak untuk bersolat.

  17. salam..saya nk tanya tentang kes saya.. sebelum mula kerja saya telah menandatangani surat perjanjian bekerja dalam tempoh percubaan yg dibuat oleh majikan..dalam surat tersebut tempoh percubaan dalam 3 bulan atau 6 bulan saja.. jika majikan tidak puas hati dgn cara kerja saya atau sebagainaya mereka mengatakan boleh memberentikan saya dalam masa 24jam..tetapi sekarang majikan saya masih tidak mengambil saya kerja sebagai pekerja tetap dan masih tidak beritahu status saya di pejabat, kerana saya telah kerja hampir 2 tahun.. boleh kan saya berenti dalam tempoh 24jam?? walaupon dalam aggreement jika saya nk berenti perlu beri notis 3bulan..atau aggremnt tu masih valid kerana telah hampir 2tahun kerja dan masih tidak diberi kata putus oleh majikan samada saya tetap atau tidak..atau adakah boleh pihak majikan memberi tempoh percubaan selama 2tahun kepada perkeja

    1. Kami andaikan anda seorang pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja. Notis berhenti ada dinyatakan dlm artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-notis-berhenti-kerja
      Secara amnya, selagi majikan tidak beri letter of confirmation, probationers masih dlm tempoh percubaan. Dalam kes anda, telah berlaku ketidak-adilan kpd anda krn tiada sebarang pengesahan selepas 2 thn berkhidmat.
      Adakah anda telah mendapat pekerjaan lain? Jika ya, kami cadangkan anda tender notis mengikut Akta Kerja. Jika tidak, majikan blh meminta anda membayar ganti notis.

  18. Salam tuan, sy ingin bertanya gaji basic untuk pekerja swasta.
    sy telah berkhidmat disebuah syarikat kontraktor bermula pada 24 januari 2018 sehingga kini. Pada tahun 2018 gaji basic ialah RM1000 dan pada tahun 2019 gaji basic RM1100. Namun pada tahun ini gaji yg sy perolehi adalah RM1000 sahaja. Jadi, sy meminta jasa baik majikan untuk menggantikan semula RM100 pada 6 bulan iaitu berjumlah RM600. Sy sudah memaklumkan kepada majikan namun majikan tidak mahu mengganti gaji tersebut. Sy harap pihak tuan dpt membantu sy dengan memberi penjelasan tentang gaji ini. terimakasih wasalam.

    1. Wa’alaikumsalam saudari.
      1. Anda ada letter of offer/kontrak kerja? Ini utk membuktikan yg anda adalah pekerja bkn independent contractor.
      2. Adakah anda mencarum KWSP/Socso? Jika anda pekerja, ini wajib. Jika anda x tahu, blh buat pertanyaan di pejabat KWSP/Socso.
      3. Jika sdh pasti anda adalah pekerja, anda berhak mendapat gaji basic RM1100 (jika tolak EPF/Socso = 1100 – 121 – 5,25 = 973.75). Jika majikan x mematuhi perintah gaji minima, anda blh laporkan kpd pihak JTK.

  19. Wan Rusli Wan Mohamud.

    Reply

    Pada tahun 2016 Majikan telah memperuntukkan saya sebuah laptop untuk di gunakan tetapi pada bulan July 2019 laptop tersebut telah di curi yang mana kereta saya telah dipecahkan.laporan Polis telah di buat. Akibat dari kehilangan tersebut pihak majikan telah membuat potongan keatas gaji saya dengan mengikut harga asal semasa majikan membeli laptop tersebut tahun 2016. Saya terpaksa menandatangani borang pemotongan gaji tersebut memandangkan pihak syarikat mengatakan ianya adalah polisi ke atas aset syarikat. Saya merasakan sepatutnya ada susut nilai dan bukan mengikut harga asal. Dan apaguna laporan Polis jika saya perlu menggantikan dengan majikan memotong gaji saya. Mohon penjelasan.

    1. Kami tidak boleh menjelaskan perkara ini, hanya majikan anda yg blh berbuat demikian sebab itu adalah keputusan mereka. Kami jg tiada akses kpd polisi syarikat anda. Jika anda tidak pernah menandatangani sbrg dokumen di mn anda bersetuju utk membayar sedemikian jika berlaku kehilangan, maka anda mgkn blh membuat aduan di JTK (jika anda pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja) utk ‘unlawful deductions’.
      Sila rujuk : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-samada-pekerja-di-lindungi-oleh-akta-atau-tidak

  20. hi, saya mau tanya kalau gaji saya lebih rm 2000 yang kerja di bidang supermarket,saya dilindungi oleh JTK kah??
    sebab sekarang boss saya bilang management team tidak boleh ambil cuti pada public holiday dan tiada sebarang bayaran ot ataupun replace off day untuk saya. Sebab sekarang masa kerja saya ialah dari 10 am hingga 9.30pm.
    Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh saya sekarang , apakah langkah yang boleh saya ambil dan buat ??

    1. Anda masih boleh berjumpa dgn pihak JTK utk khidmat nasihat. Bawa bersama dokumen2/surat2 berkaitan dengan kerja anda agar mereka dpt memberi pandangan yg lebih tepat.

  21. Saya berkerja sebagai pemandu peribadi.tiada surat perjanjian dan gaji di kira seperti lamsam..tiada cuti tahunan,tiada public holiday,kalo ambik cuti kena gantikan dengan off day atau di potong gaji..soalan saya boleh kah saya bawak kes ni ke pejabat buruh untuk tindakan di ambil pada majikan saya? Majikan saya tiada syarikat dan hanye saya seorg bekerja dengannya dan saya di terima kerja tampa sebarang surat yang menyatakan saya sah bekerja denganye (offer letter)..

    1. Kami cadangkan tuan bertanya dahulu dgn pihak JTK dan mereka akan memberi nasihat sama ada kes tuan blh diambil tindakan seterusnya.

  22. Salam Puan Zurainny, saya ade kemusykillan samada kes saya ni boleh dibawa ke jtk @ tidak. Bolehkah sya dilindungi oleh mane2 akta.
    Supervisor sya telah mengugut sya untuk menangung kos kerosakan mesin yg mana kerosakan itu tiada bukti yang saya yg buat. Kosnya adalah sekitar rm70,000. Ataupn paling tidak beliau akan ushakan supaya sya akan menerima hukuman lain seperti tiada kerja lebih masa/kemaikan gaji dll.
    Untuk pengetahuan sya merupakan seorang juruteknik mesin. Pekerja tetap dan berpengalaman lebih 10 tahun berlerja ditempat yg sama.

    1. Wa’alaikumsalam tuan,
      Untuk mengetahui sama ada anda dilindungi di bwh Akta Kerja, boleh rujuk artikel kami https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-samada-pekerja-di-lindungi-oleh-akta-atau-tidak
      Kenaikan gaji dan kerja lebih masa adalah budibicara majikan, bukan hak pekerja.
      Amnya, majikan tidak boleh menghukum pekerja tanpa memberikan pekerja peluang untuk menjawab sebarang pertuduhan kecuali jika pekerja mengaku salah. Bagi pekerja yg dilindungi di bawah Akta Kerja, perlu ada siasatan/due inquiry. Setelah didapati bersalah, barulah pekerja blh dikenakan hukuman – dipecat, diturunkan pangkat, digantung kerja, dll.
      Jika majikan menghukum anda tanpa proses siasatan, maka anda blh merujuk kpd pihak JTK.

  23. Pekerja yang dianiaya

    Reply

    Saya nak tanya, incase kalau kita dah quit kerja lama.. Tapi masih ada tunggakan bayaran komisyen dan elaun, tapi sudah nak masuk 3 bulan masih belum langsai. Apabila kita minta, dia enggan lanjutkan baki kerana majikan ada isu tentang commission. Ada akta ke yg mengatakan hutang oleh majikan lama perlu langsai pada tempoh sekian2?

    1. Jika anda rujuk S.69B Akta Kerja, ada disebut bahawa Pengarah JTK blh menerima aduan berkenaan gaji atau bayran lain, tetapi tidak termasuk perihal komisen, elaun sara hidup atau OT. Oleh yg demikian, pihak JTK mgkn blh membantu anda utk menuntut bayaran elaun, tetapi tidak bayaran komisen. Kami syorkan anda segera membuat aduan di pejabat JTK terdekat utk bantuan.

      1. Pekerja yang dianiaya

        Reply

        Oh maksudnya mmg majikan blh senang2 tak bagi bayaran komisyen la kan sbb takde dalam undang2 buruh ya?

    1. Jika MC itu dikeluarkan oleh klinik yg memenuhi polisi syarikat (pengamal perubatan yang berdaftar atau panel klinik syarikat, rujuk terma perkhidmatan anda/polisi syarikat) maka pekerja berhak utk tidak masuk kerja.

      1. assalamualikum… sy bekerja di syarikat gps dan msih dlm tempoh percubaan. sy nak tanya kalau sy sudah dpt surat mc tp penyelia tmpt kerja sy mempertikaikan kenapa sy mc…dia ckp mcm ni “sedang kn dye dulu separuh nak mati msih dtg kerja juga” dia juga suruh sy berhenti kerja sahaja kalau cube tahu menyusahkan org.. padahal sy memang xsehat dan sudah dpt surat pengesahan dri dokter yg sy ni sakit… dan di jugak selalu menindas staff yg lain… apabila berlaku kesalahan staf tersebut akan di marah di hadapan staf yg lain dgn bahasa yg kasar.. sy juga dgr dri staf yg lama… kebanyakan staf yg behenti semua kerana tidak tahan dgn sikap penyelia terbabit… boleh kah sy buat aduan tentang sikap beliau

  24. Salam…saya baru sahaja bekerja part time di sebuah syarikat makanan segera pada 8April 2019 dengan rate rm4.00/sejam.pada 3mei gaji sebanyak rm570.24 telah di bayar dan payslip hanya di beri hanya mengunakan app whatapp. Pada payslip waktu bekerja saya tanpa ot hanya sebanyak 144.50jam..padahal saya telah bekerja sebanyak 160 jam.dan ot yang direkodkn pada payslip hanya la sebanyak 10.50jam.tetapi saya telah ot sebanyak 15jam 1/2.pada 4mei hari sabtu yang lpas saya tidak hadir ke tempat kerja kerana berasa amat kecewa dan tertipu.pada 5 mei adalah hari off day saya.pada hari isnin 6 mei saya telah di whattapp oleh manager saya menyuruh saya memulangkn apron kedai kerana tidak hadir pada 4 mei.pada hari selasa 7 mei saya telah whattapp bos bertujuan untuk bertanya dari tarikh apa account dibuka dan ditutup untuk di kira gaji.tetapi saya telah di marah dan di maki bos kerana bertanya mengenai gaji.Bos juga mencabar saya untuk membawa kes ini ke pihak jabatan buruh.soalan saya:
    1)boleh kah saya membawa kes ini ke atas kerana punchcard saya telah disorok oleh pihak syarikat dan saya hanya pekerja part time??
    2)bolehkan saya meminta boss saya membayar duit gaji yang boss saya x rekod ke dalam payslip??
    3)adakah saya boleh di berhentikn kerja hanya kerana tidak hadir kerja selama 1 hari??dan apa tindakkan yang harus saya ambil??
    4)bolehkah pihak syarikat buat aduan mengenai saya kerana tidak hadir ke tempat kerja 1 hari??kerana boss mahu mendakwa saya kerana tidak hadir ke tempat kerja.
    Terima kasih..itu sahaja soalan saya.

    1. Wa’alaikumsalam.
      Banyak isu di sini – macam soalan assignment pelajar IR. Kami bersimpati dgn nasib anda & berharap selepas ini, anda akan mendapat kerja di tempat yg jauh lebih baik.
      Berdasarkan maklumat anda, kami syak ada bbrp pelanggaran peruntukan undang2 oleh pihak majikan – Perintah Gaji Minima, Employment (Part-Time Employees) Regulation dan Akta Kerja. Kami syorkan anda berhubung dgn pihak JTK untuk bantuan dengan secepat mungkin, kerana nmpknya majikan ini tidak memberi kerjasama yg baik. Jgn risau tentang ketidak-hadiran sehari itu. Kesalahan anda tidak sebesar kesalahan majikan.

  25. saya sudah kerja selama 7 bulan tapi tidak dapat surat confirmation dari majikan . lagi 1 saya nak tanya , boleh ke OT pekerja di masukkan dalam bonus hari raya? sebab saya kena kerja sabtu & ahad

    1. 1. Tanya HR – adakah tempoh percubaan anda dipanjangkan atau anda telah disahkan ke jawatan. Rujuk jg terma kontrak/appointment letter anda.
      2. Apa maksud anda ‘dimasukkan’? Adakah pemberian bonus itu dianggap pembayaran OT? OT adalah wajib dibayar, bonus tidak wajib. Majikan mesti nyatakan dgn terang amaun pembayaran utk OT dan utk bonus.

  26. Salam… saya ingin minta nasihat dari pihak tuan … saya telah berkerja di dalam syarikat kewangan ini melebihi 24 tahun… sejak kebelakangan ini pihak syarikat sering meminta pekerjanya menukar jawatan mereka ke jurusan jualan…

    Saya dipaksa membuat pilihan munukar jawatan jualan sejak tiga tahun lepas (Sebelum itu saya kerja sebagai pegawai urusan hal)… Sebagai permulaan kami diberi tarket yang agar mudah dicapai…. Sehingga kini target dinaikkan dari tahun ke tahun…

    Ada dikalangan kawan kerja saya dipaksa rela berhentikan kerja disebabkan tidak mencapai target jualan yang dihendaki… (bukan itu saja …. mereka dimaki maki oleh pihak majikan disebabkan tidak mencapai target…)

    Pihak mejikan juga megunakan target yang kita tidak dapat capai sebagai alasan utuk pecat kita (selalunya kita diberi 6 bulan notis untuk mencapai target jika tidak dapat kita akan dihentikan)

    Kita juga benar berunding dengan majikan untuk menukar jawatan lain …. tetapi cara ini bukan semua perkerja akan dapat…

    Saya ingin mendapatkan nasihat dari pihak tuan….

    1. Tuan, tiada peruntukan dlm undang-undang yg menghalang majikan mengubah tugasan/jawatan pekerja. Perubahan zaman, persaingan, keperluan operasi, dll, memaksa syarikat untuk sentiasa berubah agar dpt maju kehadapan.

      Walau bagaimanapun, majikan hendaklah berlaku adil dan bukan berniat jahat (mala fide) terhadap pekerja. Jika pekerja mempunyai kelemahan dlm melaksanakan tugas, majikan hendaklah memberi nasihat/kaunseling dan memberi tunjuk ajar/latihan/kursus sebelum mengambil tindakan tatatertib atau menghukum pekerja.

      Oleh itu, jika pekerja dibuang kerja tanpa melalui proses yg adil/tanpa alasan munasabah, maka pekerja berhak memfailkan tuntutan utk reinstatement di Pejabat Perhubungan Perusahaan.

  27. Saya nk bertanya..saya ada terbaca boleh mmbuat aduan jika gaji antara 2000 – hingga 4999. Bagaimana ingin mmbuat laporan or aduan..jika gaji melebihi rm5000 dan majikan telah lewat mmbayar gaji selama 4 bulan

    Terima kasih

    1. Anda blh cuba bertanya dgn pihak JTK walaupun gaji melebihi RM5k, mgkn mereka dpt membantu. Biasanya, terpaksa menuntut di Mahkamah sivil.

  28. Assalamualikum tuan/puan,
    saya ingin bertanya, saya sudah 3 bulan berkerja dengan majikan tapi sampai ke harini tak ada Surat Tawaran Berkerja (Appointment Letter) yang dikeluarkan. Skop kerja, cuti, OT dan gaji masih tak jelas. Pada bulan pertama dah kedua gaji saya tak sama seperti yang dijanjikan sewaktu ditemuduga dan HR memberitahu bahawa saya jugak tidak entitle untuk membuat OT claim atas sebab gaji saya melebihi RM2000, walhal sewaktu temuduga boss sudah berjanji yang OT boleh di claim. Sekarang saya dalam keadaan yang curiga adakan saya secure untuk berkerja, atau ada apa-apa tindakkan yang boleh saya ambil. Terima kasih.

    1. Jika gaji melebihi RM2k, terpulang kpd majikan sama ada hendak membayar OT atau tidak. Walau bagaimanapun, anda berhak mendapat Kontrak Kerja/Appointment Letter utk mengetahui hak serta tanggungjawab anda. Adalah merupakan suatu kesalahan bagi majikan yg gagal menyediakan dokumen berkenaan. Anda blh meminta bantuan pihak JTK secara anonymous agar jawatan & hubungan anda dgn majikan tidak terjejas.

  29. Salam, saya telah bekerja di sebuah syarikat swasta yg merupakan half gomen, pada tahun 2016 saya diambil bekerja dan perlu menandatangani bond selama 2 tahun sehingga November 2018 jika ingin bekerja dengan syarikat tersebut. Pada september 2017, pihak syarikat memaksa saya untuk menandatangani bond yg kedua selama 2 tahun lagi sehingga Sep 2020. Jika saya tidak sign gaji saya tidak akan dinaikkan. Saya telah menanyakan kenapa saya dibond sedangkan saya tidak menggunakan duit syarikat ketika belajar atau sepanjang saya bekerja. Alasan mereka adalah kerana mereka mengambil saya bekerja jawatan executive dan mereka akan menghantar saya training yg berbayar secara percuma. Walaubagaimanapun, setelah hanpir 3 tahun, tiada satu training berbayar pun yang saya pergi menggunakan duit syarikat
    Persoalan saya adakah bond ini valid ataupun tidak dimana tiada reason yg kukuh untuk bondkan saya.
    dan jika saya ingin berhenti bekerja, adakah pihak majikan boleh menuntut 10k drpd saya kerana tidak menghabiskan bond kedua.

    1. Berdasarkan kenyataan anda di atas, majikan tiada hak untuk menuntut anda membayar nilai bond tersebut jika anda ingin berhenti kerja. Walau bagaimanapun, ia juga tertakluk kepada terma2 dlm perjanjian bond tersebut. Oleh itu, jika majikan menuntut bayaran balik, saya syorkan anda merujuk kpd pihak JTK.

  30. saya nk bertanya, notis berhenti kerja saya sepatotnye adalah 3 bulan notis,tetapi saya ingin berhenti dlm masa dua bulan notis dan mengikut perjanjian sy kena bayar sekiranye berhenti tidak mengikut notis. sekira sy berhenti juga tanpa membayar adakan saya boleh diambil tindakan.

    dalam masa yang sama saya juga telah membuat kerja di luar bidang saya iaitu yg tidak tertulis di dalam surat tawaran kerja skop kerja tersebut. boleh ke saya jadikan alasan ini untuk membela diri saya.

    1. 1. Jika anda berhenti kerja tanpa memberikan notis yg secukupnya, maka majikan berhak menuntut ganti notis terhadap anda. Jika anda x bayar, majikan blh memfailkan tuntutan di JTK terhadap anda.
      2. Walaupun skop kerja tidak ditulis dlm surat tawaran, anda hendaklah rujuk keseluruhan kontrak kerja. Biasanya, dlm kontrak/appointment letter ada dinyatakan bhw majikan berhak utk memberikan anda tugasan2 lain. Namun, ia bukan alasan utk membela diri terutama jika anda tidak pernah membuat bantahan bertulis tentang perkara itu.

  31. Saya telah memberikan notis berhenti kerja 2 bulan (seperti di dalam kontrak) iaitu tarikh akhir saya bekerja adalah 31 Mei. Tetapi bos telah meminta saya untuk berhenti pada 30 April. Jadi, adakah saya boleh meminta bos untuk compensate one month gaji? Jika bos tidak mahu membuat payment in lieu of notice, bagaimana?

    1. Ya, jika majikan yg mahu anda berhenti awal, majikan mesti bayar ganti notis 1 bulan. Jika majikan enggan, anda blh lapor kpd pihak JTK utk bantuan.

  32. Salam. Saya bekerja disebuah syarikat bumiputra. Dlm surat perlantikan telah dinyatakan bahawa ot dan claim boleh dibuat. Tapi bila saya dah mula bekerja, saya dipaksa ot tanpa dibayar dan tak boleh claim utk minyak (kenderaan sendiri) masa bekerja dari 9pagi-5ptg. Kemudian saya dipaksa kerja mlm sampai pkul 5-6 pagi. Dan syarikat tersebut tidak ada epf socso. Ape yg perlu saya lakukan?

    1. Kerja sampai 5-6 pagi? Majikan anda telah melakukan pelbagai kesalahan. Jika majikan x endahkan tuntutan OT, x buat caruman EPF & Socso anda, maka anda blh minta bantuan JTK utk dptkan OT, dan laporkan kpd pihak EPF & Socso. Pada masa yg sama, kami nasihatkan anda mencari kerja lain.

  33. assalamualaikum saya nak bertanya bagi pihak ayah saya,ayah saya hutang 7 kad kredit ,cimb bank RM 3000 ,public bank RM 3000 ,bsn RM 3000 ,alliance bank RM 3000 ,aeon bank RM 3000 ,bank rakyat RM 4000 hsbc amanah bank RM 3000 ,2 loan peribadi hong leong islamic bank RM 20.000 & RHB RM 30.000 ,semasa ayah kerja contract ayah still bayar 4 bank iaitu hong leong bank ,rhb bank ,bsn & bank rakyat ,last bulan 7 /2018 ayah bayar,semenjak ayah dah xkerja sekarang ayah dah tak bayar semua ..persoalannya adakah AKPK boleh tolong ? & nama ayah disenarai bankrup & blaklist ye ? sebab dh lama xbayar..

  34. hye ..saya tanya jika majikan tak bayar gaji disebabkan akaun bank sipekerja tidak ada.Dn telah dimaklumkan serta pihak bank pun sudah buat panggilan mengesakan sipekerja harus membayar dulu pinjaman dari bank barulah akaun bank di buka balik.tapi sehingga 15 hari belym ada pape penyelesaian.Dan maneger oulet hanya bagi janji dan harapan tapi masih belum dapat gaji..Pihak bank pun ingin surat dari company untuk mengesakan company diarahkan buka akaun bank di maybank.tapi pihak ccompany seolah tidak followup kes ini ..

    1. Bincang dgn majikan, jika mereka tidak dpt membayar gaji anda & tidak memberi surat berkenaan kpd bank, maka anda terpaksa meminta bantuan pihak JTK utk menuntut gaji anda.

  35. Kes saya dah ke industrial court .Sudah 8 kali pergi Industrial ,satu kes pun majikan tidak hadir.last ini hakim suruh buat fail hujah.Boleh tak kes ini selesai kalau majikan tidak hadir.

  36. saya sudah berkerja dengan syarikat pensendiriaan selama 7 bulan, selepas 3 bulan, majikan berjanji ingin membuat caruman KWSP dan SOCSO, tetapi sudah 4 bulan saya tidak dapat caruman tersebut semasa saya semak di KWSP, saya ingin meletakan jawatan selama 24jam adakah salah jika saya buat bergitu ?

    1. Jika anda berhenti tanpa memberi notis yg mencukupi, majikan blh menuntut anda membayar pampasan ganti notis/tolak gaji anda. Tetapi tindakan majikan tidak mencarum EPF/Socso lebih teruk, jika anda laporkan kpd pihak berkuasa, majikan blh didenda. Saya syorkan anda berbincang dahulu dgn majikan & minta dilepaskan dgn segera.

  37. SAYA INGIN BERTANYA.. MAJIKAN SAYA SELALU BAYAR GAJI LAMBAT KEPADA SEMUA STAF .. KADANG2 SAMPAI 15-28HB..DEKAT 1 BULAN LEWAT BAYAR.. EPF SELALU CARUM LEWAT.. KADANG2 3,4BULAN BARU CARUM.. DISEBABKAN GAJI SELALU LEWAT HAPIR SATU BULAN.. DALAM BERKERJA SAYA SELALU TAK DATANG BERKEJAR SEBAB MEMCARI DUIT DARI LUAR UNTUK TAPUNG HIDUP.. SOCSO SAYA LAST BAYAR 2017. PADA SLIP GAJI POTONG SOCSO DAN EPF.. BOLEH KE SAYA MEMBUAT ADUAN DI JTK.. DAN ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MEMBUAT ADUAN..DAN ADAKAH SAYA DIPERSALAHKAN SEBAB TIDAK HADIR BERKERJA SELALU. DALAM 1BULAN SAYA TIDAK HADIR 2,3HARI. SEKIAN TERIMA KASIH

    1. Boleh buat aduan di JTK & Socso. Jika anda bimbang periuk nasi terjejas, boleh minta identiti anda dirahsiakan. Kalau dipersalahkan & diberi surat amaran/tunjuk sebab, jawab surat itu dgn menyatakan sebab2 mengapa anda terpaksa x hadir. Saya syorkan anda periksa jg penyata EFP utk pastikan caruman dibuat dgn betul setiap bulan.

    2. assalamualaikum saya nak bertanya bagi pihak ayah saya,ayah saya hutang 7 kad kredit ,cimb bank RM 3000 ,public bank RM 3000 ,bsn RM 3000 ,alliance bank RM 3000 ,aeon bank RM 3000 ,bank rakyat RM 4000 hsbc amanah bank RM 3000 ,2 loan peribadi hong leong islamic bank RM 20.000 & RHB RM 30.000 ,semasa ayah kerja contract ayah still bayar 4 bank iaitu hong leong bank ,rhb bank ,bsn & bank rakyat ,last bulan 7 /2018 ayah bayar,semenjak ayah dah xkerja sekarang ayah dah tak bayar semua ..persoalannya adakah AKPK boleh tolong ? & nama ayah disenarai bankrup & blaklist ye ? sebab dh lama xbayar..

  38. Sya dah bekerja 7 tahun dan waktu bekerja saya 9-6.. dan selalu balikkul 6 or 6 lebih sikit. dapat Boss yg baru 3-4 bulan kerja. setiap hujung bulan saya buat claim RM50 untuk telephone benefit yg telah disediakan pada setiap staff (PA) dan Superior dah sign. Tp esok nya Boss return dan xnak sign claim RM50 tu sbb smlmnye saya balik kul 6.15. saya tanya knp xnak sign claim saya, dia jawab u oll semua balik awal. Tp waktu itu xde pun kerja yg kene setelkan urgently. sudah nya dia mmg x sign claim saya tu.

    1. Faedah bil telefon adalah perkara dalaman syarikat mengikut terma kontrak kerja/polisi syarikat, tiada peruntukan dalam Akta Kerja. Kami syorkan tuan berbincang dgn pihak HR/Admin syarikat utk tindakan selanjutnya.

  39. adik saya telah mendapat tawaran bekerja di tempat lain..yang menjadi masalahnya sekarang ini dia masih lagi dalam percubaan selama 2tahun(24bulan)..adik sy sekarang telahpun bekerja di situ selama 8bulan dan sekarang ini dalam dilema. kerana adik saya perlu menjelaskan bayaran baki percubaan dia..contoh gaji sebulan RM1500..baki percubaan 16bulan lagi..jadi adik sy perlu membayar kepada majikan berjumlah = 16bulan x RM1500 jika dia ingin berhenti..adakah perkara ini pekerja mempunyai hak untuk tidak membayar wang tersebut jika ingin berhenti? perkara ini tercatat di dalam kontrak tawaran kerja adik saya. boleh minta jelaskan pendapat

      1. Bergantung kpd terma perjanjian yg telah ditandatangani.

        Amnya, jika adik anda bekerja di sektor swasta, dia boleh memberi notis berhenti kerja kpd majikan (4 minggu) & tidak perly endahkan jika majikan menuntut ganti rugi, melainkan jika majikan telah mengeluarkan belanja pengajian/kursus & adik anda telah menandatangani dokumen Bond Agreement dgn majikan.

        Kami syorkan adik anda meminta nasihat drpd pihak JTK dgn membawa bersama perjanjian tersebut utk rujukan mereka.

  40. Siti Nuralia Adnan

    Reply

    Saya bekerja di sebuah supermarket tetapi digajikan oleh brand company, bukan supermarket tersebut. Saya mmpunyai masalah dgn assistant manager di supermarket itu di mana dia telah bertindak memilih kasih dan tidak melayan semua pekerja secara adil. Sbgai contoh, saya ingin meminta cuti pada hari ahad tapi beliau memarahi saya kerana sering meminta cuti pada weekend, walhal ini baru kali ketiga sy berbuat demikian sepanjang 7 bln bekerja. Beliau mmberi alasan bhwa pada hari itu sudah ramai yg bercuti, walaupun sy meminta cuti mengikut rules yg ditetapkan iaitu 3 hari sebelum tarikh ingin cuti. Sedangkan dia memberi tahu rakan sekerja sy yg sama kaum dengannya bhw dia bila2 masa boleh minta cuti weekend krana tak ramai yg bercuti pada hari itu. Dan rakan sekerja sy itu mmg kerap ambil cuti, setiap bulan pasti ada 1/2 hari. Rakan sekerja yg lain juga ada seperti itu, sama kaum juga. Ramai saja yg mengambil cuti pada weekend tapi saya tak pernah dengar mereka dimarahi atau ditegur. Bolehkah sy membuat aduan tntg hal ini? Kerana sy diberi amaran bahawa akan diberi explain letter jika masih minta cuti.

    1. Saya tidak faham dengan bentuk ‘chain-of-command’ anda – siapakah sebenarnya penyelia anda? Jika penyelia anda adalah assistant manager berkenaan, maka anda boleh membuat rayuan permohonan cuti kepada penyelia beliau. Jika anda ingin membuat aduan tentang diskriminasi pula, pastikan anda mempunyai bukti sahih.

      jIka rayuan/aduan anda masih tidak diendahkan, maka saya syorkan anda bersabar, jika boleh atau mencari kerja lain, jika x tahan.

      Fyi, pihak majikan berhak untuk menolak permohonan cuti. Anda blh cuba membuat aduan di pejabat JTK tetapi kami tidak pasti sama ada mereka blh memberi sebarang bantuan memandangkan perkara sebegini merupakan hak majikan.

  41. Majikan saya selalu lambat bayar gaji pekerja. Sedangkan majoriti pekerja mempunyai ramai anak dan semua nya masih sekolah dan tinggal di rumah sewa. Alasan boss bank problem. Tiada kesian dengan pekerja ke

    1. Terima kasih atas maklum balas anda. Jika majikan membayar gaji selepas 7hb, maka anda blh membuat aduan di pejabat JTK.

    2. Tuan saya bekerja disalah sebuah bank di Malaysia hampir 17 tahun. Saya telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus awal tahun ini dengan tempoh percubaan 6 bulan. Dalam tempoh 3 bulan percubaan ini, saya merasakan amat berat tanggungjawab yang dipikul untuk menjadi seorang pengurus, oleh itu merasakan ingin kembali ke jawatan asal iaitu penolong pengurus,
      Persoalan saya, adakah dari segi undang2 pekerja saya dibenarkan untuk berbuat demikian dan di kembalikan ke jawatan asal?? terima kasih

      1. Tiada peruntukan khas berkenaan situasi tuan. Dan sebagai seorang pengurus, saya rasa tuan bukan pekerja yang dilindungi di bwh Akta Kerja. Maka itu, hak tuan tertakluk kepada terma kontrak. Secara amnya, majikan berhak mengubah jawatan dan tanggungjawab tuan.

        Saya syorkan tuan berbincang secara baik dengan pihak majikan/HR dan membuat permohonan bertulis untuk pertimbangan mereka. Sila maklum bahawa sebarang faedah yg tuan perolehi akibat kenaikan pangkat tersebut boleh ditarik balik oleh majikan. Dan jika tuan ada menandatangani sebarang perjanjian berhubung dgn kenaikan pangkat tersebut, sila rujuk kepada terma tersebut agar periuk nasi tuan tidak terjejas.

  42. hi, saya nak tanya tentang permit sekatan wanita bekerja malam.
    Kalau service sector contoh macam bidang HOTEL perlu apply permit ini tak?
    TQ

    1. Mgkn ada blanket approval. Kami syorkan anda berhubung dgn pihak JTK utk maklumat terkini berkenaan hal ini. TQ

  43. Hai sya nak tny , sy dah kerja 2 thun lbih . Pada bulan 6 2018 sy diberhentikan kerana saya nak bersalin . Pada bulan 11 saya dipanggil semula bekerja . tetapi gaji yang dipanggil semula bekerja tidak sama seperti sebelumnya. apa patut saya buat ??

    1. Sepatutnya company x blh memberhentikan anda hanya krn anda hdk bersalin. Adakah ia krn sebab lain? Saya syorkan anda mendapatkan nasihat drpd pegawai JTK terdekat. Bawa bersama dokumen2 yg berkaitan.

    2. Assalamualaikum.
      Gaji Bersih yg saya dapat setiap bulan telah pun ditolak dgn Potongan2 berjadual seperti ansuran pinjaman, zakat, tabung koperasi dan skim hospital. Malangnya majikan tidak membayar potongan2 tersebut kepada pihak yg berkenaan dengan alasan amaun2 potongan itu digunakan dulu utk keperluan syarikat seperti bayar hutang suppliar dan sebagainya.
      soalan saya, bolehkah kami ambil tindakan ke atas majikan tersebut? Kami tahu majikan tak bayar kpd pihak ketiga bila kami dpt surat tunggakan hutang, caruman tak bertambah dan insuran kesihatan dibatalkan . Majikan ada janji nak buat bayaran tersebut tapi dah 2 tahun masih gagal dan masih potong gaji kami.

      1. Majikan telah melakukan perbuatan pecah amanah. Jika majikan tidak menyelesaikan perkara ini dgn segera, sebaiknya anda laporkan kpd pihak2 yg berkenaan, termasuk membuat laporan polis.

      2. Boleh kah saya buat aduan di jabatan buroh sedangkan saya masih lagi berkhidmat . ada org cakap kita boleh buat aduan bila dah berhenti atau kena berhenti. Selain dari jab.buroh mana lagi saya boleh buat aduan.

        1. Boleh buat aduan walaupun masih bekerja dgn syarikat. Anda juga boleh membuat aduan secara anonymous kpd JTK (Jabatan Tenaga Kerja) & memohon agar mereka membuat siasatan di syarikat anda. Pastikan caruman EPF & Socso telah dibuat oleh majikan.

  44. Assalamualaikum & selamat sejahtera..

    Saya ingin bertanya mengenai tindakan yang perlu diambil ke atas salah laku manager yg mengambil kesempatan dgn menggunakan data peribadi pekerja untuk membuat loan kereta tanpa pengetahuan pekerja tersebut.

    Aduan telah di buat dengan pihak majikan tetapi manager tersebut dilepaskan tanpa ada tindakan susulan. Dan 3 laporan polis juga telah dibuat tetapi keputusan tetap sama.

    Pekerja tersebut telah dianiaya dan tidak mendapat pembelaan drp mana2 pihak. Apa yg perlu dibuat utk membantu mangsa.
    Terima kasih

    1. Wa’alaikumsalam.
      Kami bukan arif dlm perkara ini tetapi sekadar berkongsi pendapat. Jika majikan dan polis tidak membuat apa2 tindakan kami syorkan mangsa:
      1. buat aduan di bank yg berkenaan & sertakan salinan laporan polis utk rujukan mereka
      2. buat aduan di pejabat SPRM

      Semoga berjaya.

  45. assalamualaikum..hy saya hamidah..saya nak tanya kalau majikan tidak bayar ot gaji pada pekerja apakah tindakan yang perlu saya ambil.saya admin dalam kilang ni..saya kesian bila tengok pekerja tak dibayar cuti tahun,mc dan ot..
    sedangkan mereka bekerja bermula dari pukul 3.30am hingga 5 pm..
    driver dan kelindan memulakan kerja mereka dari 3.30 pagi hingga 5 ptg..gaji mereka dibayar gaji hari..sehari rm60 bagi driver..tapi gaji dikira dari 8am hingga 5pm..sia2 rasenya kerja dari 3.3-0 pagi kalau tak bayar gaji..bila pekerja protes dekat bos bohs hanya bagi tahu bahawa mereka telah diberikan duit makan untuk perjalanan mereka..padahal duit makan tu baru rm20..kalau ot boleh dapat dekat 40 lebih..
    kalau mc pon tak dapat gaji..cuti tahun pon tak ade
    .so apakah tindakan yang perlu saya buat untuk menolong kawan2 saya itu..kalau boleh nak rahsiakan identiti kami supaya bos tak tahu sape yang buat aduan…terima kasih..

    1. Wa’alaikumsalam….
      Blh buat aduan secara anonymous (sulit/rahsia) ttg pelanggaran Akta Kerja dgn pegawai JTK yg berhampiran utk tindakan mereka. Pihak JTK akan membuat penyiasatan/pemeriksaan di premis majikan tersebut.

  46. Assalamualaikum Tuan/Puan,

    Tujuan saya menghantar email adalah untuk bertanya beberapa soalan berkenaan undang2 kerja.

    1. Adakah undang2 bekerja di sector telecollector sama seperti pekerjaan yang lain?

    2. Jika ya, saya nak tanya boleh ke majikan membuat penurunan gaji atas alasan pekerja tidak mencapai target yang diberikan. Seperti gaji sebelum ini RM1500 diturun ke RM1300.

    3. Boleh ke waktu bekerja diberitahu Isnin-Jumaat 8.30am-5.30pm dan Sabtu 8.30am-1pm tetapi , jika majikan menyuruh pekerja untuk bekerja lebih masa, sebagai contoh sehingga pukul 7pm baru tamat bekerja tetapi tidak dibayar overtime. Adakah dibenarkan dalam pekerjaan telecollector sebagai alasan untuk capai target majikan?

    4. Boleh kah pekerja diberi waktu kerja seperti ini :
    Minggu 1 & 2 & 3 : Isnin-Jumaat 8.30am-5.30pm
    Sabtu 8.30am-1pm
    Minggu 4 setiap bulan : Isnin-Sabtu 8.30am-5.30pm
    Ahad 10.00am-5pm
    Jika ikutkan minggu keempat pekerja diarah bekerja 7 hari tanpa satu hari rehat dan terus sambung lagi sehingga minggu seterusnya. Juga hari ahad tidak dibayar double pay.

    Harap untuk mendapat maklumbalas daripada pihak tuan/puan. Saya cuma ingin mengetahui jika perkara diatas dibenarkan atau tidak dibenarkan dalam undang2 pekerjaan Malaysia.

    Terima kasih.

  47. saya nak tanya, saya telah bekerja di syarikat ni 5tahun dan sekiranya mahu berhenti perlu menghantar notis 2 bulan tetapi saya menhantar notis 1 bulan dan dikenakan compensation. hari yang sepatutnya saya last kerja (notice 2 bulan) pada 07/02/19 tapi saya last pada 18/01/19 dan saya masih ada annual leave sebanyak 4.5 hari. saya telah membayar compensation sebanyak RM620 dari tarikh 25hb(0.5) – 7hb. saya dapati gaji saya bulan 1 telah ditolak lagi sebanyak 150 (RM1500 – bersih). apakah gaji saya perlu ditolak walaupun sudah membayar compensate pada company ?dan apakah untuk membayar compensate itu …seperti tarikh PH perlu dikira sekali untuk mengira jumlah compensate ?

  48. Kalau majikan tak nak bayar gaji sebab bagi notis lambat nak berhenti. Macam mana ye penyelesaiannye? Sebab masa iv pun dia tak pernah nak bagi tahu kena bagi notis la bagai. Tapi saya dah bagitau majikan kemungkinan saya akan dapat kerja tu. N saya dapat tapi dia tak nak bayar gaji yg tempoh beberapa hari saya kerja tu.

  49. SAIFUL BAHARI BIN MAT DZUKHI

    Reply

    Apa Yang perlu Saya lakukan untuk selesaikan masalah Saya…Saya membayar full sentlement pada bank tetapi setelah terima full sentlement bank tidak menerima itu sebagai full settlement malah guna duit Dari full sentlement Dan potong seperti bayaran bulanan…

    1. Ada bukti perjanjian/surat offer utk full settlement yg menyatakan amaun full settlement itu? Kalau ada, bawa ke bank berkenaan & bincang dgn pegawai bank. Kalau tiada, susah utk anda buktikan kpd bank bhw itu adalah byrn utk full settlement.

  50. salam..nak tanya..SL1M terikat tak dengan hak pekerja?sebab saya diminta bekerja pada hujung minggu+public holiday dan tidak dibayar sebarang ot atau diberikan cuti ganti.

    1. Wa’alaikumsalam. Anda hendaklah merujuk kpd terma kontrak yg dimeterai. Ada program SL1M yg diserap menmjadi pekerja tetapi ada yg sebagai pelatih sahaja.

  51. Saya memang ada masalah kenderaan baru-baru ini sejak bekerja selama 6tahun disebuah syarikat swasta. Tahun lalu majikan memberi surat amaran pertama berkenaan lewat datang. Dan minggu lalu, majikan telah memberikan surat amaran kali ke2. Dalam surat tersebut menyatakan “sekiranya kesalahan yang sama berulang lagi, majikan akan menggantung kerja saya atau menurunkan gaji saya”. Adakah tindakan ini dibenarkan?. Sedangkan tiap kali datang lewat, saya telah dikenakan potongan denda berdasarkan berapa minit saya lewat.

  52. Saya nak tanya, kalau unpaid leave, gaji yang dipotong cuma basic sahaja atau basic + elaun? Elaun yang majikan berikan elaun transport, elaun bil telefon, dan others elaun, tetapi bukan elaun kedatangan

    1. Elaun adalah budibicara majikan, kecuali jika mmg telah dijanjikan di dalam kontrak. Oleh itu, jika majikan hendak potong habis pun boleh.

  53. hi.. saya ingin tahu saya telah bekerja selama 2 tahun di syarikat security. gaji pokok saya 1000.00 dan kerja lebih masa saya ada kurang kira. saya sudah berehenti kerja dengan syarikat tersebut adakah saya masih boleh menunutut kerja lebih masa? sedangkan sebelum ini saya tidak perna mangadu perkara ini kepada majikan. dan berapa lama saya boleh menunutut kerja lebih masa saya dengan majikan? terima kasih

    1. Tindakan majikan tidak patut, tetapi malangnya, tiada peruntukan di bwh Akta Kerja untuk melindungi pekerja dr di maki hamun bos. Kalau blh cari kerja lain, resign.

  54. Hai.. saya bekerja di sebuah restoran terkemuka di KL yang beroperasi setiap hari..basic gaji saya adalah 1700. Dan tempat lerja saya memerlukan pekerja untuk kerja lebih masa dan dibayar rm6 per jam. Jika mengikut undang undang pekerja, waktu kerja lebih masa hendaklah dibayar mengikut gaji asas kita sebulan dan dibahagikan kepada 30 hari bekerja.. adakah ini adalah satu kesalahan kepada majikan yang membayar duit tambahan masa bekerja kurang daripada yang ditetapkan JTK? Dan waktu kami bekerja pula adalah 9 jam satu hari jika 1 shift.. sepatutnya waktu 9 jam itu adalah termasuk 1 jam waktu rehat tapi di tempat saya tiada waktu sesuai yang diberikan untuk rehat. Contohnya waktu rehat hanyalah waktu makan dan cuma 10-15 minit sahaja .. jika harus bekerja 2shift 8.30 – 10.30 barulah boleh mempunyai waktu rehat selama 1 jam sahaja .. jika bekerja dari jam 6.30 pagi – 10.30 malam, waktu rehat yang diberikan hanya lah 2 jam sahaja .. tempoh waktu kerja tambahan juga adalah lebih dari masa yang ditetapkan dalam undang undang JTK.. 6.30 pagi hingga 10.30 malam adalah lebih kurang 16jam waktu kerja.. adalah itu satu kesalahan?

    1. Kalau ikut Akta Kerja, utk setiap 5 jam bekerja, hendaklah beri sekurang-kurangnya 30 minit rehat. Masa kerja sehari tidak blh melebihi 8 jam, kecuali jika ada persetujuan di antara pekerja & majikan (tidak lebih 9 jam sehari & tidak lebih 48 jam seminggu).
      Formula kiraan ORP terpulang kpd majikan asalkan hasilnya tidak kurang drpd hasil kiraan mengikut formula dlm Akta Kerja iaitu upah/26 hari (utk yg gaji bulan/minggu). ORP adalah asas utk kiraan OT.
      Masa kerja anda terlalu panjang. Saya syorkan anda berhubung dgn pihak JTK utk bantuan lanjut.

  55. Hai, saya hadapi masalah pembayaran gaji dari majikan.saya telah berhenti kerja pada 16/12/2018 dengan notis seminggu. Masalah gaji ini bermula pd pmbyaran gaji bulan 11. Gaji bln 11 dibayar separuh dan separuh lagi pd akhir bln 12. Untuk gaji bulan 12, gaji belum dibayar kepada saya walaupun saya telah memaklumkan kepada mereka. Apabila saya bertanya kepada pihak majikan, mereka abaikan pertanyaan saya. Oleh itu, apa tindakan yang boleh saya lakukan. Kerana majikan nyatakan saya tiada offer letter bertulis dari majikan. Tetapi jawatan pekerjaan itu ditawarkan secara whatsapp( masih ada simpan). Apa tindakan yang boleh saya lakukan. Boleh ke bawa perkara ini ke JTK sekiranya tiada offer secara bertulis?

  56. Hii. Saya nk tanya boleh ke saya buat aduan mngenai hal ini? Saya kerja di klinik persendirian. Da la bayar gaji hari & public holiday suruh slh sorang staff kerja di byr double. Klo PH bkn ke cuti gaji jln. Bole ke saya buat aduan mngenai gj hari & PH.

    1. Saudari, tidak semua majikan membenarkan pekerja bercuti pada kesemua PH. Di bwh Akta Kerja, majikan cuma perlu memilih sekurang2nya 11 PH dlm setahun, tetapi mesti maklumkan kpd pekerja di awal tahun. Saudari hendaklah pastikan PH mana yg dipilih oleh majikan terlebih dahulu. Tetapi untuk mendapatkan penjelasan yg lebih spesifik, sila berhubung dgn pihak JTK terdekat & berikan segala info yg diperlukan.

        1. Iyee saya tahu 11hari. Memang xpernah pon cuti 11hari Tak de langsung bagitaw cik/tuan.
          2-3 kali je cuti PH. 😥klo cuti PH gaji takde

          1. Semua pekerja yg jatuh di bwh Akta Kerja berhak kpd 11 hari cuti umum. Jika majikan x bagi, blh adu kpd JTK.

  57. Assalamualaikum, sy sorang bekas guru tadika yg bekerja stahun di syarikat swasta. sewaktu mula sy kerja sy di minta utk memberikan details utk memproses permit. details smua sudah dberikan tetapi sehingga kini tidak dpt lg permit. berbulan2 sy minta utk simpanan saya, tetapi seperti angin lalu sahaja. kini sy berurusan lagi dgn pihak atasan mereka memberitahu permit sy dan guru2 lain tidak di proses oleh HR lama. dan saya perlu membuat medical checkup baru utk mendapatkan permit. tetapi sy dh berenti. so kiranya selama guru2 disini bkerja mmg tdk pernah ada permit la kan? bukankah tiada permit mengajar merupakan kesalahan? apa yg perlu sy buat? perlukah sy membuat aduan?

    1. Ia adalah suatu kesalahan. Puan berhak untuk membuat aduan, jika puan berpendapat itu adalah tindakan terbaik untuk mengelakkan perkara sedemikian berulang. Walau apa pun, sebaiknya puan dapatkan pandangan keluarga dan bekas rakan sekerja yg lain.

  58. Saya sudah bekerja di tempat sekarang masuk tahun ke 10 tapi masalah saya ada seorang rakan sekerja merangkap senior saya yang memang tidak pernah punctual dalam kedatangan & juga urusan kerja. Kami bekerja dalam bidang yang ada dateline, berurusan dengan LHDN yang menyebabkan kami mesti patuh tarikh akhir setiap bulan bagi mengelakkan kelewatan untuk semua klien kami. Saya tak ada masalah dengan perangai tak punctual dia tu kalau ia tidak menganggu kerja saya tetapi setiap bulan bila di penghujung bulan dia akan call atau whatsup saya bertanya perihal kerja hanya kerana dia cakap ini sangat urgent & perlu buat segera sebab sudah tarikh akhir LHDN sampai dia sanggup telefon mak saya jam 11 malam hanya semata sebab mahu cari saya kerana saya tak jawab panggilan dia. Dia juga akan sentiasa salahkan saya & beritahu pada semua senior /supervisor & jyga bos yang saya buat kerja tak lengkap menyebabkan dia juga tak boleh kerja sedangkan sepatutnya dia yang akan monitor & semak semua maklumat yang saya bagi dia lebih awal tapi dia akan simpan & tunggu sampai tatikh akhir baru mahu semak & ini menjadikan keadaan kelam kabut kalau ada klien yang tertinggal atau terlepas pandang dari saya. Saya memang tak boleh cakap apa kerana bagi dia kesalahan semua pada diri saya. Malah kawan saya yang merangkap pembantu dia juga dipaksa untuk balik lambat sehingga kadang-kadang jam 11 atau 12 malam walaupun kawan saya memberi alasan ada hal atau ada perkara lain yang mahu dilakukan atau suami dia minta balik awal tapi dia tak perbah peduli sebab bagi dia ini kerja & lagi penting. Kami tak tau apa yang dia cakap dia sangat sibuk sebab tu tak boleh buat awal sedangkan sepanjang 1 hari dalam 9 jam bekerja itu kami pun tak tahu apa yang dia buat.
    Sejujurnya saya sangat stress bekerja dengan dia tapi saya tak boleh buat apa apa kerana saya hanya orang bawahan & tak ada hak atau kuasa & lebih senang cakap dia tak pernah dengar cakap orang lain. Boleh kah aduan dibuat jika keadaan begini? Terima kasih

    1. Boleh adu, tetapi bkn dgn JTK. Saudari boleh adu kepada pegawai/supervisor kpd senior itu atau kpd HR Manager. Sebaiknya aduan dibuat bersama2 dgn pembantunya agar dapat support each other. Kalau buat seorang, memang susah sbb senior tu sdh lama gunakan saudari sebagai alasan. Dan saudari mesti ada bukti apabila buat aduan. Misalnya, apabila saudari submit kerja saudari kpd senior tersebut, pastikan saudari rekodkan tarikh penghantaran & minta pembantunya jadi saksi. Kumpul bukti whatsapp (pastikan dlm whatsapp saudari nyatakan bila tarikh hantar dokumen tu & minta dia jelaskan knp dia selalu lambat, dll).
      Tapi kerja kympul bukti bukan mudah. Dan untuk meyakinkan pihak atasan lagi susah. Jika saudari rasa terlaly tertekan, saya syorkan cari kerja lain – kesihatan perlu diutamakan. Semoga berjaya.

  59. Salam tuan,saya ingin bertanya,baru baru ini saya telah mendapat panggilan untuk menyertai pekerjaan di sektor kerajaan.jadi saya perlu berhenti dari syarikat saya yang sekarang kerana tarikh untuk lapor diri di pekerjaan yang baru adalah singkat.Saya tidak dapat serve notice yang dijanjikan di dalam agreement.Persoalannya,adakah majikan berhak juga menolak gaji saya sedangkan saya mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak serve notice yang sudah dijanjikan.terima kasih

  60. Salam..
    Sy nk tahu, adakah pihak majikan ataupun penyelia boleh menjatuhkan air muka atau memalukan seseorang pekerja dengan cara memarahi(dgn nada suara yg tinggi) memerli dgn niat memalukan di hadapan orang ramai ataupun rakan2 sejawat pekerja itu sendiri?..
    Dan adakah akta untuk pekara2 tersebut?

  61. Saya bekerja sebagai krew pemasangan led panel.Syarikat saya menjalankan perniagaan penyewaan led panel,lampu dan bunyi.Waktu kerja biasa adalah 9.30pg-6.30ptg.Masalah disini adalah kerja lebih masa yang dibayar jika ada majlis majlis di hotel dalam kawasan kl dan diluar kawasan.Jika didalam kawasan kl dan selangor dibayar rm40 setiap hari dan rm80 jika diluar kawasan.Waktu kerja lebih masa memang tidak menentu sehingga boleh capai 24jam sehari dan dibayar rm40 sahaja! Bolehkah aduan dibuat untuk tuntutan kerja lebih masa seperti undang2 buruh yg ditetapkan.Untuk pengetahuan tuan gaji basic pekerja tidak tetap dari 1400-3000.

    1. Tuan, tanpa merujuk kpd kontrak kerja tuan (contract for service / contract of service) dgn terperinci, kami x blh memberi sbrg pandangan. Sekilas pandang, mmg nmpk mcm ada salah laku di pihak majikan. Saya syorkan tuan mendapatkan nasihat pegawai JTK yg terdekat.

  62. NOR HAFIZA BINTI PAIROS

    Reply

    BOLEH SY TAHU TAK.. KLU MAJIKAN BYAR GJI LAMBAT SPERTI DI JANJI KAN HINGGA PERTGHAN BLN. DAN MAJIKAN MNYURUH STAFF TRIAL MMBUAT SATU KERJA PERBENTANGAN JIKA MAHUKAN GAJI UTK ESOK HARI PERTENGAHAN BULAN TU. ADAKAH ITU SATU UGUTAN ? BOLEH KE PIHAK PKERJA MMBUAT ADUAN THDP SYARIKAT TU .. DAH LAH BYR LAMBT PSTU UGUT SURUH BUAT KERJA KLU NK GAJI ESOK . MCM MNE TU .

    1. Gaji mesti dibayar selewat2nya pd hari ketujuh bulan berikutnya – cth, gaji utk kerja sepanjang bln November, hdklah dibayar pd atau sblm 7 Disember, tanpa syarat. Anda berhak buat aduan kpd pihak JTK.

  63. Saya adalah eksekutif Sumber Manusia yang telah lama berkhidmat di syarikat swasta (gaji bawah 2500). Baru2 ini saya cuti bersalin 90 hari, ada Pembantu yang menanggung kerja.Sekembali saya bertugas, kerja saya diberi kepada Pembantu dan saya ditukarkan ke Bhgn Kredit atas alasan mengecilkan Bhgn Pengurusan. Untuk makluman Bhgn Pengurusan hanya ada 5 orang termasuk saya. Arahan penukaran adalah secara paksa tanpa alasan munasabah dan tiada surat pertukaran malah tidak diberi masa untuk saya serahan tugas. Bolehkah saya membuat aduan?

    1. Majikan berhak utk menukar job description dan jawatan pekerja. Yg penting, tdk bercanggah dgn terma kontrak serta gaji dan faedah2 kerja tidak berubah. Sudahkan puan berbincang dgn bhgn HR syarikat?

  64. I tk puas hati sebab kena turun pangkat dari supervisor ke Senior sebab tak boleh handle staff padahal I tak buat salah.

    1. Sudah serahkan surat aduan rasmi kepada majikan? Penurunan pangkat tdk blh dilakukan dgn sewenang2. Sama ada anda pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja atau bukan, ia mesti dgn alasan yg munasabah & slps menjalani proses yg adil. Jika tidak, tindakan majikan mgkn blh dianggap ‘constructive dismissal’.

  65. Untuk makluman tuan/puan, saya menghadapi masalah berkaitan tuntutan perjalanan luar stesen yang mana setiap tuntutan perlu dikemuka secara online dan manual (bukti sokongan tuntutan perjalanan) kerja, pemohonan kelulusan bayaran dalam tempoh 3 bulan secara online dikemukakan selewat-lewatnya sebelum 15hb setiap bulan kebiasaan (tetapi tarikh penutupan akaun tidak tetap kalau membabitkan cuti perayaan umum akan lebih awal). Masalah saya bermula pada Sept 2016, apabila berlaku bertukar Pengawai yang meluluskan tuntutan bayaran. Pegawai baru hanya masuk bertugas pada 26 Sept 2016. Dalam tempohmasa tersebut tidak dapat dibuat tuntutan disebabkan belum dibuat perubahankuasa pelulus tuntutan kepada pegawai baru. Manakala pada 26 Sept 2016 pulak, saya telah mendapat surat arahan perpindahan antara syarikat berkuatkuasa 01/10/2016….sehingga hari ini walaupun tuntutan tersebut telah diluluskan secara online untuk bayaran selepas tarikh akhir utk bulan tersebut oleh pegawai disyarikat baru……..tiada bayaran diterima…..walaupun saya telah mengisi borang permohonan semula bayaran manual telah dibuat tetapi sehingga harini tiada bayaran diterima….walaupun telah beberapa kali followup dibuat melalui email scan pdf dokumen. So apa cadangan tindakan yang perlu saya ambil

    1. JIka anda pekerja kerajaan, sila rujuk kpd prosedur yg ditetapkan. Jika saudara pekerja di syarikat swasta dan bergaji di bwh RM5000, maka anda hendaklah merujuk kpd prosedur syarikat atau terma kontrak kerja. Jika tiada dinyatakan dgn jelas, dan pihak HR/akaun pun tidak dpt membantu, maka anda blh merujuk kpd pihak JTK utk khidmat nasihat bagaimana mendapatkan hak anda.

  66. salam , saya bekerja di syarikat swasta .. dulu dalam perjanjian majikan cakap gaji 10hb tapi sekarang lambat ? boleh ke saya buat aduan ?

    1. Boleh, tetapi sebelum itu, cuba selidik kenapa kelewatan ini berlaku? Adakah majikan tukar software gaji, atau mengalami masalah kewangan? Jika tiada sebab2 yg munasabah, dan puan x dpt menunggu lagi, sila buat aduan.

        1. Tiada kaitan antara masalah kewangan syarikat dgn kedudukan kewangan boss kerana keduanya adalah entiti yg berasingan (perniagaan vs urusan peribadi). Boss tidak perlu jadi bankrap secara peribadi utk menggulung syarikat. Jika beliau berpendapat syarikat sdh tidak boleh menjana keuntungan, maka beliau blh menutup syarikat. Melainkan ada bukti yg boss melakukan salah-laku atau menipu mengenai pendapatan syarikat, maka tidak boleh pertikai bagaimana boss menggunakan pendapatannya.

  67. CHE AZMAN BIN CHE UMAR

    Reply

    saya baru sebulan lebih bekerja di sebuah syarikat. Tiba tiba boss syarikat tersebut melalui pesanan ringkas pada jam 8 malam memberhentikan saya serta merta dengan alasan progress kerja tiada dan terpaksa mengantikan orang lain di tempat saya. Padahal Progress yang tiada itu berpunca daripada dia sendiri yang hantar lewat barang untuk dipasang oleh pekerja, cuaca tidak menentu dan tenaga kerja buruh mogok kerana tidak di bayar gaji. Perkara sebegini bolehkah saya buat aduan kepada JTK.

  68. Assalamualaikum..tuan,sya mohon pencerahan, sya nak tnya satu soalan, saya bekerja di sebuah syarikat swasta, saya bekerja selama hampir 15 tahun. soalan sya, majikan sya menasihatkan sya berhenti kerja kerana sya sakit buah pinggang?
    bolah ke sya buat pampasan ?
    apa ciri-ciri pampasan yang bolah buat kepada majikan?
    bolah sya masalah sya kepada (JTK)

  69. Saya dihenti oleh majikan hari ni dengan sebab tidak dapat memenuhi permintaan dia dan saya tak pernah terima warning letter dari company. Adakah in salah dari undang undang?

  70. Salam.. sy nak tanya.. sy dh berhenti kerja thun lps 2017.. masalah skrg ni claim sy xdpt2 lg.. dh bincang cara elok pn company diam je.. mcm mana ek?? Blh ke sy report ke jtk??

  71. Hasnizam abdul ghafar

    Reply

    Saya masih ada konterit 2/2/2019.tetapi komni lebih awal darimasa tersebut.4 bulan lebih awal .komni memberi satu bulan notis memberitahu perhimatan saya tidak perlu lagi…jadi saya nak taya apa hak saya seorang perkeja .komni tidak bayar pampasan saya.

    1. Tuan, kena rujuk terma kontrak utk pastikan hak tuan. Secara am, jika tuan blm sampai 1 thn kerja dgn majikan, maka tuan tidak berhak kpd pampasan pemberhentian kerja. Saya syorkan tuan bertanya dgn JTK utk kepastian. Bawa bersama kontrak kerja tuan.

    1. Minima RM920 sebab Perintah Gaji Minima terpakai kpd semua pekerja samada confirmed atau masi dlm tempoh percubaan.

  72. Saya nak nasihat dari puan,,saya bekerja sebagai agent @ majikan dikedai kasut,,kedai saya buka pukul 10am-9:30pm..
    Pada 12/12/2015 saya sepatutnya masuk kerja pukul 10 tetapi saya ada masalah sikit dan tiba2 saya dapat masej dari staff saya yang dia tidak sihat dalam pukul 11:30am,,Saya terus pergi kedai kerna risau padanya,,sampai kedai dalam pukul 12:15 terus masuk kedai menanyakan pada staff baru saya mana staff lagi sorang,,saya jumpa dia dengan bersaksikan staff baru saya dan saya cakap pada staff sakit tuh yang sy bagi dia balik pukul 12:30 untuk pergi klinik dan cuti rehat pada 13/12/2015,,tiba2 staff saya cakap baik saya benti keje je sebab tak heran dengan kerja ni dan terus amik beg,helmet,barang2nya dia pergi ke motornya di hadapan kedai dan hempas beg didalam bakul,,Disebabkan cara dia yang tiba2 itu saya pergi hadapan kedai dan berkata kalau itu akak da cakap saya terpaksa terima,lagi pon saya bagi akk balik rehat dan cuti rehat bukan bentikan akak kerja dan saya berkata tak apalah ini keputusan akk nanti hujung bulan saya beri gaji,,
    Dalam pukul 1:30 dia datang bersama tunangnya dan meninggikan suara berkata pada tunangnya yang saya halau dia macam anjing,sesuka berhentikan dia dan tuduh saya macam2,,Saya berkata benar dan cerita semua kepada tunangnya dengan bersaksikan staf baru saya tetapi staff itu tarik tangan tunangnya keluar dari kedai sambil berkata tunggu dan lihat,,
    Pada hujung bulan (30/12/2015) saya beri masej padanya yang saya ingin beri gaji semasa dia bekerja sampai dia berhenti,,pada malam tu dia datang dan saya bagi gaji kepadanya bersaksikan staff2. Saya kira semua gaji dia sebab tolak hutang dia ambil kasut,beg sekolah dan baju kerja,,resit semua saya copy dan beri gaji bersih padanya,,Dia amik gambar slip gaji dan resit terus keluar dari kedai,,

    Pada pertengahan bulan 1 anggaran 17/1/2016 dia telah masej area manager saya mengatakan gajinya tak cukup dan area manager saya minta semua salinan gaji dan hutangnya pada saya,,Setelah area manager kira semua gajinya cukup dan betul apa saya bagi,,Dan dia tak mampu berkata apa2,,
    Pada 27/01/2016 dia telah membuat aduan kepada pejabat buruh megatakan yang saya berhentikan dia tanpa notis dan saman saya kerna berhentikan dia tanpa sebab,,pejabat buruh bagi 1 tarikh perbicaraan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini dan saya tidak boleh bawa saksi pada hari tersebut,,

    1. Dia cakap berhenti padahal saya bagi balik untuk pergi klinik dan cuti rehat pada esok hari dan dia menuduh saya halau dia keluar macam anjing padahal saya hanya cakap hujung bulan saya bayar gaji walaupun akk berhenti dan staff baru saya terus berkata jangan fitnah saya sebab dia dengar semua apa yang berlaku..kerna dia tidak puas hati dia pergi pejabat buruh membuat aduan yang saya berhentikan dia,,semoga allah beri hidayah padanya agar berlaku jujur pada hari perjumpaan nanti,,saya berlaku jujur dan adil pada semua staff saya walaupun saya pernah ada staff yang mencuri tapi saya lepaskan dia dengan baik bukan menghukum,,

  73. Teringat zaman mula-mula masuk kerja which was lama dah ^_^ Memang betul, sebagai pekerja baru kita kena cuba belajar sebanyak mungkin apa yang patut dan jangan berkira. Kena respect orang lama, orang atasan bahkan orang bawahan kita juga kalau ada. Makcik cleaner tu pun kena respect juga tau!

    1. Syarikat saya menyediakan kenderaan 4×4 bqgi melaksanakan tugasan saya dgn bayaran duit minyak sebanyak 20.00 sehari . Di sebabkan kerosakkan & d baiki saya di minta menggunakan kenderaan sendiri dgn di bayar duit minyak sebanyak 20.00 jugak sama dgn kenderaan Syarikat tanpa ada bayaran2 lain . Bila saya mintak tambahan bagi bayaran kenderaan sendiri pihak Majikan memaklumkan tiada tambahan pembayaran walaupun kenderaan sendiri d gunakan . Saya merasakan ini satu ketidakadilan . Saya terpaksa menanggung maintenance kenderaan itu sendiri demi melancarkan perjalanan operasi Syarikat d mana syarikat memperolehi keuntungan . Ada kah pihak saya boleh mengadu kepada JTK bagi menuntut pembayaran ? Tjs

      1. Boleh cuba. Bawa bersama kontrak kerja/appointment letter/manual syarikat utk memudahkan pihak JTK menilai kes anda.

        1. Nur syazana izzati binti osman

          Reply

          salam . saya nak tanya boleh tak kalau saya prgi untuk membuat aduan tentang kehilangan pekerjaan . Syarikat yg saya kerja sudah tutup beberapa hari yg lalu . Tetapi meraka tidak sebut psal nak tranfer or apa2 . Surat untuk transfer pon tak dapat . Tetapi jika saya ingin mmbuat aduan surat lantikan tu hilang time saya tengah kemas kaunter . Masih boleh untuk saya mmbuat aduan .

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.