26th Sabah Dragon Boat Race

26th Sabah Dragon Boat Race

Baru-baru ini telah berlangsung pertandingan Dragon Boat Race di Taman Awam Teluk Likas Kota Kinabalu Sabah. Ia bagi merebut Piala Yang Di Pertua Negeri Sabah. Ini merupakan kali ke-26 ia dianjurkan dan seperti biasa berjaya menarik sambutan hebat dari peserta-peserta dan penonton bagi acara tahunan ini.

26th Sabah Dragon Boat Race

Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Mahiruddin telah pun berangkat ke Taman Awam Teluk Likas Kota Kinabalu bagi merasmikan dan menyaksikan Dragon Boat Race ini bersama-sama VIP-VIP seperti Datuk Abidin Madingkir, Datuk Masidi Manjun, Datuk Ellron Angin dan Datuk Yee Moh Chai.

Juara, Team Kiber Sambas dari Kalimantan Barat menerima hadiah RM 4,000 dan trofi dari Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Mahiruddin.

thumbs up

Kesesakan Jalan Raya

Nampaknya ramai yang suka menonton acara ini. Mungkin kerana ianya di buat setahun sekali. Jika selalu, mungkin jemu juga. Apa-apa pun yang pasti adalah keadaan di Taman Teluk Likas (Likas Bay) amat sesak dengan kenderaan dan orang ramai.

Ada kereta yang parkir sehingga hampir dengan bulatan Wisma Perindustrian dan Anjung Selera.

Mak oii jauhnya.. ponat kaki berjalan. 

Cuaca pula amat baik – terang dan tiada hujan sehingga habis pertandingan. Ada yang membawa anak-anak dan sempat pula berkelah dan mandi-manda di sana. Para peserta tinggal di sekitar Teluk Likas dalam khemah yang disediakan.

26th Sabah Dragon Boat Race 2

26th Sabah Dragon Boat Race 3

26th Sabah Dragon Boat Race 4

Dragon-Boat-Race-5

26th Sabah Dragon Boat Race 6

Naib juara bagi 26th Sabah Dragon Boat Race ini adalah pasukan kebangsaan Brunei Darussalam A, manakala Penang Forward Sports Club berada di tempat ke tiga. Juara 3 kali berturut-turut, Pertubuhan Peladang Tuaran gagal berada di tiga tempat teratas kali ini.

Bagi acara lumba terbuka lelaki 200 meter, Podsi Kalbar A, juga dari Kalimantan Barat berjaya menjadi juara, diikuti oleh oleh Tanjung Papat dari Sandakan dan Persatuan Nelayan Lentuong pula di tempat ke tiga.

– 26th Sabah Dragon Boat Race

24 Comments

  1. apa lagi abg mail, sambar ler telephoto lens lak…
    takkan nak usung lens yg kontot aje.. tak rock ler.. ahaks..

    hahahaha (maza sudah berubah jadi tok dalang, tukang hasut)

    1. jangan cabar Maza he he…
      nanti esok kawe tempek gambar lens tu kat blog ni, baru tergolek org sana 😉

  2. Tgk air berkocak mcm nak mengayuh sama pulak…. hehehehe
    Cantik gambar2 kat atas tu ha. Especially gambar last 😉

    1. kalau tak buat international.. brp kerat jer yg join he he.. bukan sonang nak cari org buat boat dan cari org dayung boat tu 😀 😉

  3. Rasa nak ikut kayuh sama.

    psst…berapa banyak kalori dah turun sebab parking jauh-jauh tu?

  4. Mahu kulit jadi gelap digigit kepanasan matahari. Nampaknya sehingga habis pertandingan cuaca tiada tanda-tanda hujan. Pergi seorang atau dengan famili?

  5. Lamanya sudah ndak pigi ni lumba perahu naga….. 🙂
    Keluar cakap Sabah sya terus owh…. Hihihihi…..
    Thanks bro. sudah 10 tahun saya tak tengok perahu naga ni. 😉

  6. Haku tak penah tgk lagi (live, klau dlm tb dh byk kali gak..)
    lumba perahu naga nih…mesti syok gak klau layan…
    Kat belah semenanjung ni payah ngat nk jumpe wehhh…

  7. Berderet kereta bersusun..Mesti susah nak cari parking…hehe
    Apapun bro,nampak meriah je..Sebenarnya teringin juga nak tgk acara ni secara live pasal tak pernah tgk sebelum ni…Tapi apakan daya..

    1. Masaalahnya parking space kat Taman Awam tu kena guna utk letak gerai, parking keta VIP dll. Maka kenderaan tak ada tempat nak parking. Yg park di masjid pon ada.
      Bab tgk live tu, insya-allah dpt tgk tu nanti…. 😀

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons