Amazing Human Camouflage

Camouflage

Camouflage atau penyamaran biasanya dikaitkan dengan teknik menyamar dan menghilangkan diri dengan menyamakan diri sendiri dengan keadaan sekitar. Biasanya “camouflage” ini dilakukan oleh haiwan seperti cicak, belalang, katak, rama-rama, harimau dan sebagainya.

Ada haiwan yang mampu menukar warna mengikut keadaan sekeliling, manakala haiwan seperti harimau biasanya akan berada di tempat-tempat yang keadaan sekitarnya menyamai warna belang di badannya sehingga tiada yang sedar akan kehadirannya di tempat itu.

Sebab utama adalah untuk “survival” atau terus hidup.

Cuma cara digunakan mungkin berbeza iaini bagi tujuan serangan hendap atau menyelamatkan diri.

Human Camouflage

Keupayaan haiwan untuk menyamar dengan cara camouflage ini telah lama menarik perhatian manusia. Ia mula digunakan di awal abad ke -19 bagi tujuan ketenteraan. Sebelum abad ke-19, pasukan tentera menggunakan warna yang terang dan mudah dikenali oleh pihak musuh.

Namun, manusia mula sedar akan kebaikan menggunakan teknik camouflage bagi mengelakkan dari di tangkap  oleh pihak musuh.

Maka, baju tentera yang berbentuk penyamaran mula digunakan mengikut kawasan sekitar. Tentera Malaysia misalnya menggunakan baju hijau celoreng yang menyukarkan musuh melihat mereka dalam kawasan hutan hujan tropika di negara ini.

Hari ini camouflage menjadi satu seni yang menarik dan digunakan dalam petunjukkan dan dalam karya seni.

Dalam filem G.I Joe pula, teknik camouflage ini cuba diperhebatkan dengan menggunakan sut yang mampu mengambil gambar pada belakang pemakainya dan meletakkannya dihadapan sehingga pemakainya seperti hilang ala “Invisible Man”.

Rasanya, teknologi ini sedang dimajukan jika tidak sudah pun ada tanpa kita sedari kan? 😉

Human Camouflage bagi petunjukkan dan karya seni pula biasanya dihasilkan oleh pelukis-pelukis yang mewarnakan diri mereka mengikut keadaan sekeliling. Antara artis Human Camouflage terkenal termasuklah Desiree Palman dan Liu Bolin dari China.

Hasil-hasil yang dibuat amat menarik dan menakjubkan. Bukan mudah hendak mewarnakan? Apa lagi jika ia dilakukan pada tubuh manusia dan perlu padan dengan alam sekeliling yang terdiri dari pelbagai material seperti besi, kayu, batu dan sebagainya. Namun, setakat ini pencapaian manusia dalam seni Camouflage boleh tahan.

Tak percaya?

Lihatlah hasil-hasil di bawah ini:

Human-Camouflage

Human-Camouflage-2

Human-Camouflage-Liu Bolin

Human-Camouflage-Liu Bolin 2

Lihat lagi DI SINI. Enjoy semua. 😀

– Amazing Human Camouflage

7 Comments

  1. aku suka gambar yang kat tangga tu dengan yang kat pokok.nampak lebih lutsinar.haha…

    yang batu bata tu tak berapa real…

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons