Tuesday,28 February,2017

Atasi Rabun Warna Dengan Color Vision Lens Dari Usj Optometrist

Rabun Warna

Bermasalah rabun jauh sejak di bangku sekolah rendah, dan berkemungkinan besar akan rabun dekat dalam jangkamasa terdekat ini – kini saya rasa saya juga rabun warna atau colour blind sikit.

Kenapa saya fikir begitu? 

Sebab semasa saya mengambil ujian rabun/buta warna JPJ, terdapat beberapa soalan yang sukar untuk saya jawab tetapi nampak amat mudah bagi orang lain.

Apa maksud Rabun Warna atau Color Blind

Maaf, saya tidak mampu memberi penerangan saintifik hanya mampu berkongsi penerangan bergambar di bawah:

color vision test

Beginilah rupa nombor ‘7’ bagi orang yang rabun warna dichromate (hanya 2 photopigment) semasa ujian rabun warna (color vision test).  Nombor 7 yang berwarna hijau dan bintik-bintik merah nampaknya tidak timbul.

Di jalanraya pula, warna merah pada lampu isyarat tidak timbul bagi orang yang dichromate berbanding dengan normal:

Traffic Light
Begini pula rupa nombor ‘7’ bagi orang yang rabun warna sedikit atau anomalous trichromate (3 photopigments, satu warna kurang terang) semasa ujian rabun warna.  Nombor 7 masih boleh dilihat, walaupun kurang jelas.

color vision test 2

JENIS RABUN WARNA

Kebanyakan orang tergolong dalam kategori trichromasy (normal).  Walau bagaimanapun, mungkin rabun warna sedikit (seperti saya) tetapi tidaklah ke tahap yang menjejaskan keupayaan untuk mengenal dan membezakan warna-warna seperti merah (protanomaly) dan hijau (deuteranomaly).

Amat jarang sekali orang yang benar-benar buta warna (monochromasy) iaitu hanya melihat warna hitam putih – seperti menonton filem-filem klasik.

Berikut adalah contoh penglihatan orang yang rabun warna (dichromasy) – protanopia, deuteranopia dan tritanopia.

Jenis rabun warna:

color blind

 

color blind 2

Mengapa perlu risau tentang Rabun Warna / Color Blindness?

Dalam satu kajian oleh Dr R Balasundaram R dan Dr Sagili Chandrasekhara Reddy bertajuk ‘Prevalence of Colour Vision Deficiency Among Medical Students and Health Personnel’ dalam Malaysian Family Physician,  2006;1(2&3):52-53:

A survey of colour vision deficiency among 1427 medical students and healthcare personnel in Seremban revealed a prevalence of 3.2% with a marked male predominance (males 6.7%, females 0.4%). In view of the potential difficulties faced by such personnel in clinical works, early detection of this deficiency allowed appropriate counselling.

Ini bermaksud, rabun warna merupakan masalah yang agak serius terutama bagi kaum Adam dan ia boleh menjejaskan prospek pekerjaan seseorang misalnya di bidang perubatan, kejuruteraan, rekacipta, fesyen, dan sebagainya.

Hendak dapatkan lesen memandu pun susah jika tidak dapat lulus ujian rabun warna.

Keharmonian rumahtangga juga boleh terganggu sekiranya seseorang itu tidak sedar pun yang dia mengalami rabun warna – boleh gaduh dengan anak dibuatnya!  Anak kata merah, ibu kata hijau…. Akhirnya warna baju raya pun lari dari tema….waaaa!

Dari segi pendidikan, masalah rabun warna menyulitkan seseorang membaca maklumat yang berwarna misalnya peta topo,  graf bar dan carta pai (masalah besar ni kalau ambil Kertas Pengajian Am STPM!).  Demikian juga bagi kanak-kanak yang baru belajar membaca dan menulis kerana kebanyakan buku kanak-kanak berwarna warni dan memerlukan mereka menjawab soalan-soalan berkenaan warna atau semasa aktiviti lukisan/seni visual.

Jika perkara ini tidak disedari dari awal, pendidik dan ibubapa akan menganggap kanak-kanak tersebut mengidap masalah lain seperti dyslexia atau lembam.  

Jika masalah ini dapat dikenalpasti dari awal, pelbagai usaha boleh dibuat untuk membantu kanak-kanak yang rabun warna.

Sebelum anda panik tak menentu sebab anak kata warna kain turquoise, sedangkan anda kata aqua (hmmm….fikir tentang baju raya ke….?) untuk kepastian, sekiranya anda merasa ragu-ragu tentang sama ada anda atau anak anda rabun warna atau tidak, segeralah buat pemeriksaan mata atau cuba ujian online misalnya Colour Vision Testing atau terus ke laman web JPJ.  Bagi kanak-kanak pula, ujian warna untuk mereka berbeza sedikit dari orang dewasa kerana ia menunjukkan gambar bentuk (bulat, segitiga, segiempat, kapal layar, dll) dan ini memerlukan pengesahan oleh pakar.

Sekiranya anda yakin bahawa anda rabun warna, jangan risau.  Walaupun setakat ini tiada ubat atau penawar bagi rabun warna, namun begitu terdapat kanta istimewa yang boleh membantu anda melihat dan membezakan warna dengan lebih jelas dan tepat dari biasa.

color vision lens

Color Vision Lens

Di antara tempat yang boleh membantu anda mendapatkan pengesahan tentang rabun warna dan seterusnya (jika perlu) mendapatkan kanta istimewa tersebut (dikenali sebagai ‘color vision lens’) adalah USJ Optometrist yang terletak di Taipan, Subang Jaya.  Anda boleh memilih sama ada dalam bentuk kanta lekap atau kaca mata.  Pihak USJ Optometrist akan membantu anda menetapkan (prescribe) lens yang sesuai misalnya bagi yang dyslexia atau yang rabun warna agar mata dapat melihat warna dengan lebih terang dan padat sehingga meningkatkan kebolehan daya persepsi dan diskriminasi warna.

Lens tersebut boleh membantu untuk lulus pelbagai ujian warna seperti Ishihara color vision test, Farnsworth D-15 test, Pseudoisochromatic Plate (PIP) Color Vision Test, dan City University Color Vision Test.

Kelebihan USJ Optometrist, selain kualiti perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi dengan kadar yang berpatutan, adalah ia mempunyai 5 orang pakar mata terlatih dan berpengalaman dalam menangani pelbagai masalah berkenaan dengan mata seperti binocular vision problem (phoria & tropia), rabun warna, multifocal lens bagi warga emas, kaca mata bayi, kanta lekap, migraine, dyslexia, dan sebagainya.  USJ Optometrist juga menawarkan pelbagai jenis kanta terapeutik (therapeutic lenses) yang membantu pesakit yang mengalami masalah mata atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah refractive error, agar mereka dapat melihat dengan jelas dan selesa.

Carian di google akan menunjukkan yang ramai pelanggan sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan serta pakar mata di Lembah Klang dan Kuala Lumpur juga menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap perkhidmatan serta produk yang mereka sediakan.  Mereka juga bersedia untuk membantu pelanggan yang mempunyai kesukaran untuk ke kedai mereka dengan melakukan pemeriksaan mata secara percuma di rumah pelanggan tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat mereka, silalah ke:

USJ Optometrist
28, Tingkat Bawah, Jalan USJ 10/1E, Taipan, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-80119038
Email : usjoptometrist@yahoo.com
Waktu perniagaan : 11.00 pg to 9.00 mlm setiap hari kecuali pada hari cuti kelepasan am

Jangan tunggu lama-lama, segeralah membuat pemeriksaan mata jika anda rasa perlu.  Kini, rabun warna bukan lagi suatu masalah yang tidak boleh diatasi.

About The Author

A fumbling, bumbling housewife and a mom of 5, who enjoys reading, cross stitching, watching tv, crocheting and trying her hands at other crafts. Her dream is to explore every nook and cranny of Malaysia in this lifetime. Learning to be a more conscientious, informed, open-minded and adventurous person, she is happy to share her thoughts on many subjects. She also writes at www.Precious-Crafts.Com

Zurainny Ismail

Leave a Comment

  • akubiomed Reply

    Susah kalau rabun warna. Tentu tidak lulus ambil lesen kereta.

    April 22, 2016, 8:58 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Betul tu. Nasib baik sdh ada colour vision lens, kan…. 😀

      April 23, 2016, 1:46 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds