Friday,28 April,2017

Beauty Box : Kotak Kecantikan

the beauty box

Pic credit: www.ihaveadegreeinthis.com

Beauty Box atau Kotak Kecantikan (kalau ada sesiapa boleh bagi translation yang lebih menarik, sila kongsi ya) adalah suatu program penjualan atau langganan sampel produk-produk kecantikan seperti produk penjagaan kulit (skincare), kosmetik, haruman (perfume), penjagaan badan (body care), penjagaan rambut dan sebagainya.

Kadang-kala, kita akan dapat travel size atau saiz sebenar.

Antara online store yang menawarkan program Beauty Box adalah The Lilac Box, The Modbox, Bag of Love dan Mivva.

Beauty Box khas untuk lelaki juga pernah dikeluarkan oleh The Lilac Box dengan nama ‘The Lilac Box Men’s’ yang habis dijual dalam tempoh 80 minit!  Agaknya siapa tu yang beli ye – para wanita sebagai hadiah untuk yang tersayang atau para lelaki sendiri yang beli?

Kebaikan Beauty Box/Kotak Kecantikan:

  • Dapat cuba dulu produk sebelum beli
  • Harga lebih murah daripada kalau beli saiz biasa (di antara RM9 – RM58)
  • Produk saiz sampel jarang dijual di mana-mana, selalunya hanya boleh dapat di kaunter dengan pembelian barangan lain

Kelemahan Beauty Box/Kotak Kecantikan:

  • Kita tidak dapat memilih produk sesuka hati
  • Kekadang produk tak sesuai, misalnya pewarna kuku (saya tak pernah cat kuku) atau produk lelaki (yang suami kita pun tak tau dan tak nak guna)

Mungkin saya ni berat sebelah/bias, saya tak kisah dengan kelemahan Beauty Box sebab saya suka dapat ‘surprise’ dan produk yang tak sesuai tu saya akan bagi kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang berminat.

The Modbox Box

The Modbox Box 2

Beauty Box pertama saya adalah daripada The Modbox.  Dengan pembayaran sebanyak RM9, saya telah mendapat barangan yang bernilai hampir RM80!  Saya boleh memilih 3 barangan dari 6 pilihan.  Pilihan saya adalah Aqua Peeling Face Exfoliating Spray (150ml), Acne Patch for Day (3 pieces) and Dentist’ Oral Rinse (50ml).  Berbaloi sangat! 😀

Bag of Love

Bag of Love 2

Beauty Box kedua adalah daripada Bag of Love.  Dengan harga RM39.90 + RM8 (kos penghantaran ke Sabah/Sarawak), dapat 8 barangan kecantikan iaitu (30 ml),  Philosophy Hope in A Jar High Performance Moisturiser, Unico-BOL Mask Of Love, Covo HD Pic BB CREAM, Miacare Acne patch, Human Nature Overnight Elixir, Uber-Men Hydrating Mist 50ml, Dove Hair Therapy Damage Solutions Intense Repair Conditioner 180ml, Covo HD Picturesque BB Cream SPF50 PA++  dan 2 keping baucer.

Bersesuaian dengannya namanya, Bag of Love, kesemua barangan tersebut dimasukkan ke dalam beg yang sangat comel ini (boleh guna untuk membawa buku dan lain-lain).  Bag of Love ini amat sesuai dijadikan hadiah.

Adakah saya akan membeli Beauty Box lagi?  Of course, cuma mungkin bukanlah setiap bulan sebab banyak lagi stok yang belum digunakan lagi. 😀

–  Beauty Box : Kotak Kecantikan

This Article Was Written By

A fumbling, bumbling housewife and a mom of 5, who enjoys reading, cross stitching, watching tv, crocheting and trying her hands at other crafts. Her dream is to explore every nook and cranny of Malaysia in this lifetime. Learning to be a more conscientious, informed, open-minded and adventurous person, she is happy to share her thoughts on many subjects. She also writes at www.Precious-Crafts.Com

Zurainny Ismail

Leave a Comment

  • Dila Reply

    menarik, saya belum pernah beli beauty box ni..

    May 15, 2014, 3:16 am
  • myliferia Reply

    Nampak menarik!
    Salam kenal 🙂

    May 13, 2014, 7:19 pm
  • ema Reply

    tak pernah dengar tapi nampaknya agak berbaloi…dengan RM9 dapat barang bernilai RM 80.

    May 10, 2014, 1:48 pm
    • The Reluctant Shopper Reply

      Memang berbaloi, Ema – produk2 tu pun tahan lama. Dan, time travelling blh bawa sbb sample size. 😀

      May 29, 2014, 6:46 am
  • Hairul Azni Reply

    Tak pernah dengar pasal Beauty Box..ada Beauty Box pun tak pernah..tapi tengok pada harga dan barang2 yang boleh dapat dengan harga tu, nampak berbaloi untuk dibeli..

    May 10, 2014, 5:37 am
  • cik lisa Reply

    wah! menarik plus berbaloi pula tu kan 😀

    May 10, 2014, 5:07 am
  • puteri kasih Reply

    pernah terbaca tentang the Lilac box sebelum ni tapi masih belum pernah membeli beauty box setakat ni 🙂

    May 10, 2014, 3:32 am
    • The Reluctant Shopper Reply

      Try la sekali… 😀 Kalau x sesuai, blh share dgn adik, kakak or kawan2. Lain org lain kulit kan…

      May 29, 2014, 6:50 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds