Dulu Lain Logo
Black Honda Civic EG9 Black Honda Civic EG9
Ini satu lagi entri lama yang pernah muncul dalam blog lama saya. Ia merupakan satu iklan, yang mana saya cuba membantu seorang rakan menjual... Black Honda Civic EG9

Honda-Civic-EG9-Black

Ini satu lagi entri lama yang pernah muncul dalam blog lama saya. Ia merupakan satu iklan, yang mana saya cuba membantu seorang rakan menjual keretanya melalui entri di website, iklan di suratkhabar dan Mudah.Com.

Kereta yang kami jual itu adalah sebuah kereta Honda Civic EG9 berwarna hitam.

Enjin berkapasiti 1.6 dengan gear manual dan “opening price” yang kami tawarkan adalah RM 29,500.00 (tidak termasuk kos penghantaran). Kereta Honda Civic EG9 ini berada dalam keadaan yang baik dengan enjin VTEC berada dalam keadaan tip top manakala aksesori kereta ditambah bagi membuatkannya nampak lebih sporty dan bergaya. 😀

Honda Civic EG9

Rakan saya menghabiskan lebih RM 15,000 untuk membaiki kereta dan mengubahsuainya agar menjadi lebih cantik. Tayar dan sport rim masih baru dan bergaya!

Beliau terpaksa menjual kereta ini kerana tak cukup space di depan rumah untuk “park” kereta. Ini kerana beliau berpindah ke pejabat baru dan dibenarkan menggunakan dan membawa pulang kereta pejabat.

Oleh kerana, beliau sayang hendak menjual kereta beliau yang lain, maka kereta ini pun dikorbankan.  Kalau saya masih bujang, pastinya saya ambik.. he he..

Tetapi anak dah lima ehhh, nanti bini syak wasangka lak kalu pakai keta sporty macam ini. 😉

Honda-Civic-EG9-B2

Honda-Civic-EG9-B3

Honda-Civic-EG9-B4

Banyak kali saya naik kereta Honda Civic EG9 ini bersama rakan saya itu. Kalau masuk highway, banyak keta yang  terpaksa cium asap. 😀

Awek pandang pun dengan pandangan menggoda. Waduh..waduh… Kena tabahkan hati dan kuatkan iman.

Kami berjaya jual kereta Honda Civic EG9 ini tetapi pada harga yang kurang dari yang kami iklankan. OKlah juga tu sebab si kawan tu pun malas nak urus lama-lama. Asalkan tak terlalu murah, it’s ok bagi dia.

Siapa-siapa yang ada kereta Honda Civic EG9, silalah kongsi bersama pengalaman guna keta ni.

Vroooommm…..

– Black Honda Civic EG9

Ismail N

ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd and Pokemon Go (TL40). Most easily accessed via his Twitter account.