Car Wash Di Putrajaya

Car Wash Di Putrajaya

Setiap kali saya pulang ke Semenanjung, samada bagi tujuan bercuti atau tugas, pastinya saya akan menumpang di rumah kakak-kakak saya di Putrajaya atau di Kelana Jaya. Untuk pengangkutan, saya lebih gemar gunakan pengangkutan awam di sana, namun adakalanya penggunaan kereta diperlukan, lebih-lebih lagi bila pulang bersama keluarga.

Cuma, bila selesai menggunakan kereta, tidak eloklah dihantar begitu sahaja kan?

Sebaiknya, minyak telah diisi kembali dan kereta telah di cuci.

Disini lah, saya mula sedar akan betapa kurangnya car wash di Putrajaya.

Memandu Di Putrajaya Memang Seronok Tapi…

Putrajaya

Antara Putrajaya dan Kelana Jaya memang saya lebih gemar Putrajaya kerana jalannya yang tidak sibuk. Hendak mencari parkir pun mudah dan keberangkalian untuk terperangkap dalam kesesakan jalan raya amat kecil sekali.

Akan tetapi bila tiba masa hendak pulangkan kereta, maka masa itulah tercari-cari di mana stesen minyak dan car wash. Ok, stesen minyak tidak ada masaalah, namun mencari tempat hendak mencuci kereta tetap satu masaalah.

Cari di Presint 8, 9, 10, 11... hmmmnya semuanya tak ada.

monkey shy

Nasib baik zaman internet, maka boleh lah ‘google‘ sekejap dan lihat opsyen yang ada.

Ahhh.. ada car wash rupanya di Presint 14.

Maka, bergegaslah kami ke sana.

Lambat-lambat nanti, terlepas pula flight balik ke KK.

Car Wash di Presint 14 Putrajaya

Presint 14 ini bukanlah kecil sangat macam pekan Inanam :D. Maka tiba di sana, terpaksalah kami bertanya penduduk Presint 14 akan lokasi car wash.

Akhirnya ketemu juga kami tempatnya.

Ia terletak di Taman Rimba Alam, Jalan Industri Putra, Presint 14.

Ada banyak kedai-kedai di sana dan yang paling menariknya ada banyak car wash di sini. Berkumpul rupanya mereka di sini.

Taman Rimba Alam Presint 14

Putra Car Wash

Kami pilih Putra Car Wash memandangkan yang lain belum dibuka lagi. Mungkin terlalu awal kami datang pagi tersebut. Servis yang diberikan agak bagus. Cepat kerja-kerja mencuci kereta dijalankan dan pekerja-pekerjanya mengamalkan sikap “team work” yang tinggi.

Semasa tiba di Putra Car Wash, ada dua kereta dihadapan kami, akan tetapi dalam masa tidak sampai setengah jam, kereta kami dapat diselesaikan/dicuci bersama-sama kereta-kereta tadi.

Ada tempat menunggu yang selesa disediakan bersama-sama dengan WiFi percuma.

Well done Putra Car Wash.

Putra Car Wash

cuci kereta putrajaya

wifi car wash

Kesimpulannya, perkhidmatan car wash di sini amat memuaskan. Biarpun pada mulanya susah untuk kami mencari tempat mencuci kereta, namun bila sudah berjumpa, rasa berbaloi juga mencarinya.

Bagi anda semua yang mencari car wash di Putra Jaya, sila arahkan kereta anda ke Presint 14.

Ingat lokasinya ya: Taman Rimba Alam, Presint 14. Selamat mencuci.

Car Wash Di Putrajaya

23 Comments

  1. Perkhidmatan memuaskan, nanti oarng akan datang lagi..siap ada wifi percuma tu..memang suatu tarikan kalau mana-mana premis perniagaan yang ada sediakan perkhidmatan wifi percuma ni..

  2. Suka Putrajaya! Rasa lapang dan selesa memandu. Bangunannya cantik dan tersusun kemas. Nampak macam bandar maju dan futuristic !

    1. Betul tu.
      Harap dapat dikekalkan begitu dan janganlah di dirikan pula kilang2 dan bangunan2 yg tidak perlu di kawasan sana di masa akan datang pula. Mudah-mudah tidak..

    1. Check kat Taman Rimba Alam.
      Harganya ok dan tak mahal. Tak berapa ingat sangat berapa.
      Kalau tak silap RM 12 untuk cuci body + vakum dalam untuk kereta sedan (kami guna Proton Perdana hari tu).

  3. ya setuju tu, saya pun gemar memandu di kawasan seperti putrajaya kerana tidak sibuk. lagipun jalan raya nampak luas dan structure sangat teratur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons