Cara Keluarkan Duit Dari Paypal

Paypal

Seronok juga bila melihat rakan-rakan blogger menjana pendapatan secara online. Ramai yang telah berjaya rupanya.. alhamdullilah. Syabas buat anda semua. Di sini, saya pun ingin berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan saya di blog ini.

Orang kata “sharing is caring” kan?

Maka, walaupun tak banyak sangat kepandaian, sikit-sikit berguna juga bagi yang lain kan?

Oleh itu, hari ini ingin saya kongsikan sedikit cara mengeluarkan wang yang diperolehi dari Paypal ke akaun bank anda.

Saya rasa ramai yang tahu apa itu Paypal kan? Ia merupakan sistem pembayaran online yang paling popular dan dipercayai sekali. Jika anda belum ada akaun, sila buat satu akaun dan pastikan anda “verify” dan daftarkan akaun sebagai “business account” untuk mendapat fungsi yang maksima.

Kegagalan berbuat demikian akan merugikan kerana akaun personal yang tidak kena “verify” agak kurang fungsi dan menyukarkan anda nanti.

Jana-Duit-Paypal

Sekiranya sudah, maka anda boleh gunakannya untuk menerima pembayaran bagi perniagaan online anda. Ada banyak program-program yang membuat pembayaran melalui Paypal.

Bagi saya pula, cara paling mudah buat duit secara online adalah menerusi program affiliate – iaitu menjual produk digital orang lain di blog-blog saya.

Lebih mudah jika produk itu global kerana pasarannya lebih luas. Apa yang penting ada perlu rajin membuat review mengenai produk itu memilih “keywords” yang sesuai, sedikit pengetahuan SEO dan insya-allah.. ada lah sikit-sikit buat pergi McDonalds hujung bulan nanti 😀

Keluarkan-Duit-Paypal

Bila dah tiba masa nak keluarkan duit nanti, anda KLIK “Withdraw” dan kemudiannya klik “withdraw to your bank account“.

Sebaiknya keluarkan wang selepas amaun melebihi RM 400.00 agar dapat tiada sebarang caj dikenakan terhadap anda.

Jika tidak dan anda tidak kisah, maka caj RM 3.00 akan dikenakan terhadap anda. 😀

>> 10 Cara Buat Duit Dengan Blog Anda <<

wang-dari-paypal

Jika anda belum memasukkan maklumat akaun bank anda – Klik “Add Bank Account“. Kemudiannya isikan amaun yang anda mahu keluarkan dan klik “Continue“. PASTIKAN MAKLUMAT adalah tepat dan jika berlaku kesilapan, Paypal akan caj yuran perkhidmatan bagi wang kena “reject” akibat maklumat bank akaun anda tidak tepat.

Secara “default”, ahli-ahli Paypal boleh mengeluarkan sebanyak USD  500.oo sebulan.

Jika mahu keluarkan lebih, sila buat permohonan pada Paypal.

Keluarkan-Duit-Paypal-2

Sila “review” kembali maklumat yang anda isikan dan pastikan ianya tepat. Jika anda berpuas hati,maka KLIK “Continue“. Jika anda lihat pada tukaran wang di atas, pada masa ini keuntungan yang diperolehi oleh affiliate marketers Malaysia agak berkurangan kerana kekukuhan Ringgit Malaysia terhadap Dollar Amerika.

Tak lama dahulu, setiap USD 1 adalah bersamaan dengan RM 3.8 . Rugi ini amat dirasai bila amaun yang besar seperti USD 1000 (do your maths pls 😀 ).

Namun, akibat kekukuhan ringgit ini juga, pembelian secara online menjadi lebih murah terutama pada barangan yang dijual dengan matawang USD.

Duit-Paypal

Proses pengeluaran biasanya mengambil masa 3 – 4 hari MASA BEKERJA. Memandangkan bank di Malaysia tutup pada hari Sabtu dan Ahad, digalakkan anda membuat pengeluaran pada hari Isnin atau Selasa.

Selepas 3 hari cuba semak akaun bank anda dan akaun Paypal anda. Terima kasih kerana membaca artikel ini. 😀

– Cara Keluarkan Duit Dari Paypal

35 Comments

    1. mmg pon bagus buka awal2 sbb rules dia sering berubah dan ingat Paypal pernah ban Malaysia dulu.. jadi kalau akan dtg dia stop new application, terus tak kesampaian.. 😀

  1. Tak tahu plak ni. Duit dalam tu ada lebih kurang 100 jer kot, tak cukup lagi tu kan? 😀 Nak mula kumpul paypal balik ler.

  2. uiks.. maza tak ada akaun paypal… masih ada rasa sangsi dlm jiwa. hehehe

    lagipun pemalas nak buat kerja2 pemasaran itwe.. ahaks..

    sehingga hari ini blog nan dua itew utk suka-sukaan nyanyi di pinggiran jalan…. lalala.. hahahah

    errr.. kalau akan datang tak tau lak.. ahaks, ahaks, ahaks…..

    1. kawe dulu2 tu curious je Maza… cuma bagusnya buat review = duit tu masuk sendiri tanpa perlu promote pon… Yg penting tulis menarik2 dan blog mesti berumur sikit 😀 Biar je traffik organik je masuk.. tak perlu cari pon…

  3. banyakkanya sila transfer ke email kawe..hehe.. bukan2 email nih… baru ada puluh2 usd jer… banyak keluar adalah… duit masuk ke akaun sikit2 jer dalam sebulan… 50 sen, 5 sen… tapi usd yer.. banyak lagi kena tuntut ilmu nih…

    1. kalau buat PTC mmg sikit-sikit jer masuk bro.. Affiliate marketing yg best sbb jual satu produk jer .. sudah lepas dah duit tgk wayang satu family. (USD 15 = RM 45) 😀

  4. akaun aku dah lama tak aktif, tak tau la boleh guna lagi atau tidak..
    Ps : yang pasti paypal paling digemari untuk urusan global

    1. Boleh jer kalau tak silap..hehe..bukak kat profile dan upgrade…

      kalau buat bisness besar yg perlu ramai org login boleh lah guna bussiness akaun, Kalau bizz kecil je, guna premier pun dah cukup. dan kalau untuk terima bayaran aje, baik guna personal.. makin up jenis akaun, makin tinggi caj dia.. hehe…saya guna premier je untuk urusan ape-ape jual beli sebab tak libatkan jumlah yang besar ratus-ratus per transaction.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons