Cara Membuat Gong ‘Kudat Style’

Kampung Sumangkap Matunggong

Semasa melawat Gong Terbesar Di Dunia, blogger ini sempat melihat bagaimana penduduk tempatan membuat gong-gong bagi tujuan komersial. Semua gong-gong dibuat menggunakan tangan (hand-made) dan bukannya menggunakan mesin seperti di kilang-kilang. Anda boleh mohon mereka membuat ‘customization‘ mengikut selera anda dan hanya caj yang rendah dikenakan. Simpati juga saya dengan produk mereka yang dijual dengan agak murah dan tidak setanding dengan kerja-kerja yang dibuat. Gong-gong ini akan di bawa ke bandar oleh orang tengah untuk dijual pada pelancong misalnya pada harga berlipat kali ganda.

Bagi mereka yang berat hati hendak keluar duit membeli gong keluaran penduduk penduduk Kampung Sumangkap Matunggong di daerah Kudat ini, wajar melawat mereka dan melihat sendiri kerja-kerja yang dibuat untuk menghasilkan gong buat anda. 

Cara Membuat Gong

Seperti yang saya sebutkan tadi, gong-gong ini dihasilkan menggunakan tangan. Kepingan besi alluminium bersaiz lebih kurang 6″ x 3″ di tempah oleh mereka bagi membuat gong. Saiz yang lebih besar ditempah khas bagi menghasilkan gong yang lebih besar seperti ‘Soludon’, Gong Terbesar di dunia.

Momogun Rugus

besi

Besi-besi ini dipotong bulat mengikut saiz yang dimahukan. Sekeping besi 6″ x 3″ boleh menghasilkan beberapa buah gong mengikut saiz diperlukan. Bahagian yang lebih dari kepingan besar itu boleh digunakan untuk membuat bahagian tepi gong. Ia dipotong segiempat tepat yang panjang dan mengikut saiz gong. Ini akan di ‘welding‘ apabila besi yang bulat tadi telah selesai di ketuk.

Proses Mengetuk

Proses mengetuk mengambil masa kira-kira setengah jam jika saiz tidak besar. Besi yang diketuk menggunakan penukul pada lubang paip khas bagi menghasilkan bahagian tengah gong.

Anda boleh lihat prosesnya pada video di bawah:

Selepas selesai proses mengetuk, maka bahagian tepi akan di ‘welding‘ pada besi bulat yang telah diketuk tadi. Ia kemudian akan di cat dan diwarnakan mengikut kreativiti pembuatnya. Ukiran khas boleh dibuat bagi menampak ciri-ciri eksklusif terutama bagi gong yang ditempah khas bagi sesuatu majlis tertentu.

Lihat sebahagian dari gambar-gambar gong yang telah siap dibuat di sini:

gong gong

gong UMS

SDSI Kraft Gong

Apa macam? Berminat hendak beli gong ‘Kudat Style’? 😀 Datanglah ke Kudat di tahun Melawat Malaysia 2014 ini. Boleh kan?

Cara Membuat Gong ‘Kudat Style’

5 thoughts on “Cara Membuat Gong ‘Kudat Style’

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.