\"\"
Sunday,20 August,2017

Cara “Tiger Moms” Amy Chua Mendidik Anak-Anak

Amy-Chua-Tiger-Mom

Adan mungkin telah pun mengenali dengan Amy L. Chua (蔡美儿), seorang professor undang-undang di Universiti Yale di Amerika. Beliau dilahirkan Champaign, Illinois oleh keluarga immigran China di US. Amy L. Chua juga dikenali sebagai “Tiger Moms” kerana ketegasannya dalam mendidik anak-anak.

Professor undang-undang mula terkenal apabila bukunya, Battle Hymn of the Tiger Mother (Tajuk kecilnya: “This is a story about a mother, two daughters, and two dogs“) diterbitkan awal tahun ini. Buku bertujuan menunjukkan bahawa orang Asia lebih bagus dalam mendidik anak-anak mereka dengan cara yang tegas berbanding dengan orang-orang barat. Namun terdapat beberapa kontraversi dalam buku ini yang membuatkan ia menjadi topik perbincangan yang hangat dikalangan cendiakawan dan orang ramai.

Battle Hymn of the Tiger Mother

Buku Amy Chua, Battle Hymn of the Tiger Mother mula mendapat perhatian ramai apabila satu artikel bertajuk “Why Chinese Mothers Are Superior” diterbitkan di The Wall Street Journal. Artikel ini mengambil sebahagian kandungan tulisannya yang antara lain adalah cara-cara beliau mendidik anak-anak dengan tradisi orang-orang cina yang keras dan penuh disiplin.

Tiger Moms menetapkan beberapa perkara yang TIDAK BOLEH dibuat oleh anak-anaknya iaitu: menonton TV atau bermain computer game, mendapat gred yang kurang dari A, berada dalam apa-apa permainan di sekolah,  bermain alat muzik selain dari piano atau violin, tidak menjadi pelajar No 1 dalam semua subjek kecuali gym dan drama; dan banyak lagi.

Tiger-Mom-cartoon

Cara didikan Tiger Moms ini relevan dalam diskusi masyarakat kita yang mana soal disiplin dan bagaimana kanak-kanak harus dilayan sering menjadi topik perbualan hangat. Dalam banyak hal, saya sering bersetuju yang kanak-kanak wajar di rotan dan menerima latihan disipilin yang kuat.

Namun, terdapat beberapa method yang digunakan oleh Tiger Moms, Amy Chua yang saya rasa agak keterlaluan. Contohnya: ketika mendidik anaknya baru berusia 7 tahun, beliau TIDAK AKAN MEMBENARKAN kanak-kanak itu MAKAN atau PERGI KE TANDAS sehingga dia berjaya membuatnya dengan betul. Mungkin ini sudah agak keterlaluan dan zalim bagi saya.

Amy-Chua-Family

Akan tetapi cara Tiger Moms ini telah berjaya menjadikan anak-anak nya berjaya dalam akademik dan karier masing-masing. Ini menjadikan perdebatan tentang isu menjadi lebih menarik dengan lebih banyak pihak membincangkan cara didikan Amy dan bukunya, Battle Hymn of the Tiger Mother.

Dikalangan masyarkat Barat memang ramai yang tak bersetuju dengan Tiger Moms, namun di Asia, terutamanya di China, cara didikan sebegini adalah popular dan dikatakan sesuai.

Apa pendapat anda pula?

– Cara “Tiger Moms” Amy Chua Mendidik Anak-Anak

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • bEe

    Chinese kebyknnya mmg proceed cara mereka yg garang

    Tp bg bEe 50-50 lah kot hihi

    October 13, 2011, 5:00 am
  • tehr

    aku belum baca buku ni
    tapi kalau keras sangat tak bagus juga

    October 4, 2011, 9:29 am