Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Financial Peace Semasa Covid

by Zurainny Ismail   ·  5 months ago   ·  
thumbnail

Norma baru memaksa kita untuk melaksanakan langkah-langkah drastik. Mengubah cara hidup. Terutama sekali berkenaan kewangan. Rata-rata kita mendengar mengenai saudara-mara dan sahabat-handai yang kehilangan punca pendapatan. Langkah-langkah mencapai Financial Peace semasa Covid tidak sama dengan sebelum Covid. Artikel  terdahulu mengenai Financial Peace kami kemaskini kerana era Covid ini dijangka akan berterusan selama beberapa tahun lagi.

Financial Peace Sebelum Covid

Sebelum Covid dahulu, kami mempraktikkan langkah-langkah berikut:

Pelan di atas telah banyak membantu kami menstruktur kewangan keluarga dan mengurangkan tekanan kewangan. Namun kami berpendapat ia perlu diubahsuai sedikit di era Covid ini.

Financial Peace Semasa Covid

Sejak tahun lepas, kami telah dahulukan perkara #3 iaitu memastikan ada simpanan sejumlah sekurang-kurangnya 3 – 6 bulan belanja setiap masa. Simpanan ini amat penting sebagai sandaran pada masa kecemasan dan jika kehilangan punca pendapatan.

Ertinya, jika belanja keluarga ialah RM3,000 sebulan, maka simpanan hendaklah sekurang-kurangnya RM9,000. Memanglah payah, terutama sekali jika pendapatan bulanan hanya cukup-cukup makan. Kalau gaji naik pula, kebanyakan orang akan berbelanja lebih atau membeli kereta yang lebih mewah, dan sebagainya. Naluri seperti itu hendaklah dihumban ke dalam gaung!

Tingkatkan Pendapatan, Kurangkan Perbelanjaan

Di sini kami syorkan, bagi yang bernasib baik, jika pendapatan meningkat, perbelanjaan hendaklah kekal di tahap pendapatan dahulu. Atau kurang dari dahulu, jika boleh. Utamakan menabung. Kurangkan belanja yang tak perlu. Jika anda merokok, cuba kurangkan merokok. Jika anda suka makan coklat, kurangkan trip ke kedai untuk elak beli coklat. Fikirkan cara-cara untuk berjimat supaya dapat meningkatkan wang simpanan. Susah, tetapi bukan mustahil.

Paling penting, jangan tambah hutang dengan institusi kewangan, apa lagi dengan along. Walaupun sedih sebab terpaksa mengeluarkan simpanan KWSP, itu lebih baik daripada menambah hutang. Apabila terima wang BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), jika gaji masih cukup untuk menampung perbelanjaan harian, simpan wang BPR itu. Jangan guna untuk beli barangan yang tidak perlu.

Debt Snowball

Teruskan membayar hutang-hutang yang ada, tetapi pendam dulu keinginan untuk membayar lebih (#2 Debt Snowball) sehingga anda berjaya menabung sehingga sekurang-kurangnya 3 bulan belanja.

Tingkatkan Kemahiran

Jika anda bekerja dan berpendapatan tetap, hargai dan bersyukur dengan rezeki yang ada. Namun begitu, jangan berhenti belajar. Giatkan usaha untuk meningkatkan kemahiran, mudah-mudahan dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan. Banyak kursus online yang ditawarkan secara percuma. ‘Usaha tangga kejayaan‘ bukanlah suatu mitos.

Dan jangan tunggu sehingga telah mencapai #7 (Build Wealth and Give) untuk bersedekah atau memberi bantuan kepada yang memerlukan. Jika ada kemampuan, hulurkanlah wang, bekalan makanan atau bantuan nasihat/pertolongan lain kepada yang memerlukan. Paling kurang pun, berilah senyuman yang ikhlas kepada semua yang anda jumpa.

Itu sahaja perkongsian kami setakat ini. Mudah-mudahan berfaedah.

 

6 Comments

  1. Penting untuk tahu mana keperluan dan kehendak, masa dapat moratorium, i citra i sinar, memang kena beringat dan spend wisely

     
    1. Zurainny Ismail

      Cabaran & godaan nowadays x mcm dulu2 – terlalu byk benda menarik hati. Harga barangan keperluan pun sentiasa meningkat.

       
  2. sy pula bimbang kalau duit kwsp tu x digunakan mengikut sauran yg betul dan akhirnya habis begitu shj

     
    1. Zurainny Ismail

      Memang ada dengar mcm2 crita…tapi rasanya ramai yg memang perlu duit tu utk hidup.

       
  3. Ya, betul apa yang dikongsikan. Perlu sediakan simpanan minimum 3 bulan pendapatan. Nak tingkat simpanan tidak boleh mengharapkan penjimatan duit gaji. Harus menjana pendapatan sampingan. Teknik Snow ball bantu selesaikan hutang.

    Ramai yang tahu masalah mereka hadapi tetapi tidak mahu hadap, susun dan buat pelan tindakan. Akibatnya ramai terkesan kerana kealpaan ketika sebelum Pandemik Covid 19 melanda.

    Sekarang ini kita sudah semakin matang untuk beza yang mana keperluan dan kehendak. Tidak terlewat untuk bertindak. Terima kasih posting yang awesome ini.

     
    1. Zurainny Ismail

      Terima kasih bro Azrinros, kita sama2 berkongsi ilmu yg sedikit ini berdasarkan pengalaman sendiri & pengalaman org lain. Ya, better kalau dpt cari pendapatan sampingan & fokus ttg niat bekerja keras. Ramai yg terkesan dgn teruk skali dr segi ekonomi akibat covid. Sebenarnya, emas lebih stabil nilainya banding dgn matawang ringgit disebabkan susutnilai & harga barangan yg sentiasa menaik. Dlm bab emas, of course bro Azrinros lebih arif. 🤩

       

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.