Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

Di negeri Sabah ada juga terdapat sebuah bangunan yang dipanggil sebagai “Mini Putrajaya”. Mini Putrajaya ini merujuk kepada Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah yang telah siap dibina dan diduduki sejak beberapa tahun dahulu. Kompleks ini menempatkan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran, Jabatan Immigresen, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan banyak lagi.

Kompleks terletak di Jalan Sulaman Highway, berdekatan dengan Universiti Malaysia Sabah dan 1Borneo Hypermall.

Rekabentuk Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

Rekabentuk Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah menyerupai kompleks kerajaan di Putrajaya ala seni bina Islam dengan kubah di atas bangunan. Bagi mereka yang belum pernah pergi ke kompleks ini, saya sertakan di sini gambar-gambar Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah untuk tatapan anda.

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah 2

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah 3

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah 4

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah 5

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah 6

Selalunya saya ke sini untuk urusan di Jabatan Pendaftaran Negara dan Immigresen. Ada juga seminar-seminar seperti GST yang di buat di dewan kompleks ini. Terdapat pelbagai fasiliti seperti surau, dewan badminton, kantin dan sebagainya di sini.

Tempat parkir adalag terhad di bangunan terutama di masa-masa utama (peak hours).

– Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

26 thoughts on “Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

  1. hoho..aku tak pernah gi sini masa belajar kat ums dulu..one borneo pun tak sempat jejak kaki..bilalah nak gi sabah nih..

  2. Cantiknya.. kalau dah bergabung dengan langit biru, awan yang putih kena pulak di hari yang cerah. Memang cantik 😀

  3. Sabahan Bloggers Club

    Bilalah saya ada masa nak melawat tempat ni, asyik melawat Putrajaya kat sini jer….. 🙂 😀 🙂
    Tapi parking pun memang problem macam kat sini kan?

  4. Cantik. Btol la mcm Putrajaya..

    Entry terbaru -> Kerry Campbell Cucuk Anaknya Berumur 8 Tahun Dengan Botox… (“,)

    1. yer ler.. kakak tu selalu balik sana tapi jarang story kat kitaorg apa ada kat sana.. promote sikit ehhh.. 😀 Cuti Cuti Ganu..

Comments are closed.