Melawat ‘Soludon’, Gong Terbesar di Dunia Di Kampung Sumangkap

Gong Terbesar Di Dunia

Kampung Sumangkap Matunggong di daerah Kudat, Sabah memang terkenal dengan industri gong mereka. Di sini juga terletaknya ‘Soludon‘, Gong Terbesar di Dunia.  Rata-rata penduduk di daerah ini memang pandai membuat gong, dari yang kecil ke yang besar dan ke yang terbesar di dunia. Bagi syarikat-syarikat yang berminat menghasilkan gong bagi tujuan promosi dan sebagainya.

Kampung Sumangkap Matunggong

Kampung Sumangkap Matunggong adalah tempat yang terbaik untuk mendapatkan gong berkualiti pada harga yang rendah.

Ia terletak tidak jauh dari Pekan Matunggong, dikiri jalan raya dari Kota Belud ke Kudat dengan papan tanda besar menunjuk arah ke kampung ini. Terdapat juga sebuah gong yang besar ditepi jalan raya sabagai simbol tempat ini. Namun, jika masuk ke dalam kampung ini, anda akan berjumpa dengan gong yang terbesar di dunia sebagaimana yang tercatat dalam The Malaysia Book of Records.

Gong Terbesar di Dunia

Gong Terbesar di Dunia ini dibuat pada tahun 2009 dan memakan masa 36 hari bagi membuatnya. Diketuai oleh penduduk kampung, Raimond Angkap yang juga merupakan pemain gong utama dalam kumpulan yang dinamakan Rumandawi di Kampung Sumangkap, mereka menghasilkan replika gergasi gong (yang boleh dimainkan) bagi meraikan Pesta Gong yang menjadi acara tahunan suku kaum Rungus di Sabah.

Anda boleh melihat gong gergasi ini di sebelah tepi padang, tidak juah dengan pentas Kampung Sumangkap Matunggong.

Untuk masuk ke kawasan ini, anda perlu juga membayar tiket berharga RM 3 (dewasa) dan RM 2 (kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah). Selain dari gong terbesar di dunia, anda juga boleh melihat gong-gong lain dari yang terkecil hingga yang terbesar serta melihat sendiri proses bagaimana gong ini dibuat.

Soludon

Berbalik kepada Gong Terbesar di Dunia tadi, diberi nama ‘Soludon‘ dan kos pembuatannya mencecah hingga RM5,600. Saiznya menjangkau 6 meter lebar, bahagian daunnya pula selebar 0.9 meter dan 2.1 meter tepi kaki.

Ia dihasilkan menggunakan 19 kepingan aluminium bersaiz 1.2 meter x 2.4 meter serta 2 milimeter tebal. Di bahagian tengahnya pula terukir beberapa perkataan yang berkaitan kemerdekaan negara.

Projek gong gergasi ini di bawah tajaan Kraftangan Malaysia sepenuhnya.

Kampung Sumangkap

Lawati Kampung Sumangkap Di Matunggong Kudat

Bagi mereka yang ingin menyaksikan sendiri gong gergasi ini, sila lah melawat Kampung Sumangkap di Matunggong yang kira-kira 2 1/2 jam perjalanan (memandu) dari Kota Kinabalu, Sabah. Untuk pengetahuan ramai, daerah Matunggong adalah antara daerah termiskin di negeri Sabah, maka anda bukan sahaja boleh meninjau industri gong di sana, malahan juga berbudi kepada mereka yang memerlukan.

Melawat ‘Soludon’, Gong Terbesar di Dunia Di Kampung Sumangkap

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons