Meninjau Pikom Fair 2014

Pikom Fair 2014

Pikom Fair 2014 telah diadakan dari 28hb Mac hingga 30hb Mac di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu. Seperti Pikom Fair yang lepas-lepas, ia dibuat di kawasan pakir bawah tanah (basement parking) yang telah diubahsuai bagi keselesaan pelawat.

Sambutan pada dua hari pertama nampaknya kurang menggalakkan, namun dijangka pelawat akan bertambah pada hari ini yang merupakan hari minggu dan cuti rehat bagi penduduk di negeri ini.

Bagi mereka yang berminat membeli dan melihat barangan komputer dan gadget terbaru pada harga yang murah, inilah peluangnya.

Terdapat juga cabutan bertuah buat pelanggan Pikom 2014, tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan.

Pikom Fair 2014

Seperti biasa produk-produk dari syarikat utama seperti Acer, Samsung, HP dan Asus paling banyak dipamerkan. Tiada pengedar Mac yang kelihatan kali ini, manakala pengedar-pengedar Broadband menguasai lebih 1/4 booth di Pikom 2014.

Kawasan Pikom 2014 lebih kecil dari tahun-tahun yang sudah seoalah-olah menunjukkan semakin pudarnya minat orang ramai pada PC Fair sebegini.

Saya sendiri kurang berminat membeli di Pikom Fair kerana pernah beberapa kali menghadapi masaalah bila produk yang dibeli mengalami kerosakkan. Hendak mencari penjual selepas Pikom adakalanya amat menyulitkan dan tidak berbaloi dengan diskaun yang diberikan.

Oleh itu, jika hendak membeli pun, pastikan anda membeli dari penjual yang mudah dihubungi dan punyai servis lepas jualan yang ‘tip top‘.

Jangan hanya fikirkan harga sahaja.

Pikom Fair

Yang paling terbaik mengenai Pikom 2014 adalah sistem air-cond nya. Kali ini amat kuat dan rasa amat sejuk sekali. Baru lah selesa dan tidak seperti dulu-dulu yang mana kawasan pameran agak panas dan padat dengan orang ramai. Harga yang ditawarkan di Pikom 2014 memang murah dari harga biasa di pasaran.

Namun, seperti yang disebut di atas, harga bukanlah penentu segalanya.

Jadilah pembeli yang bijak dan membeli yang perlu sahaja di Pikom Fair.

3 thoughts on “Meninjau Pikom Fair 2014

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.