Orchid Di Muar

Orchid-2

Pokok orkid (Orchid) tumbuh segar di hadapan rumah keluarga saya di Bandar Maharani Muar. Ibubapa saya memang amat sukakan pokok ini dan telah membelanya sejak kami kecil lagi. Bapa saya memang arif mengenai pokok ini dan minat bercerita mengenainya juga. Skill menjaga pokok orkid pun kini di taraf sifu. 😀 Jarang ada pokok yang sakit atau bunga yang layu di bawah peliharaan/jagaannya.

Bunga Orchid

Bunga orkid/orchid memang amat cantik dan menawan. Ramai yang terpegun melihatnya. Semasa saya kecil, atuk saya turut membela pokok ini dan menjual bunganya pada jiran-jiran di sekeliling rumah. Permintaan meningkat bila tiba musim perayaan. Boleh lah buat tambah-tambah duit rokok dan kopinya.

Orchid-1

Legasi ayah dan atuk tidak dapat diteruskan oleh anak-anak nampaknya. Tiada seorang pun yang berminat dengan tanam-tanaman nampaknya. Cuma berminat ambil gambar pokok orkid ini sahaja. Ahh.. mungkin ada cucu cucu yang menyambung legasi ini nanti insya-allah…

Orchid-3

Orchid-4

– Orchid Di Muar

11 Comments

  1. cantiknya gambar2 ni.. suka tgk bunga2, tapi kat rumah kami susah nak tanam.. nak tanam sayur2 biasa guna pun susah, nak tanam bunga apatah lagi.. maklumlah, tak cukup tanah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons