Thursday,28 July,2016

Permainan LEGO Paling Murah

LEGO-Termurah

Anak-anak saya amat sukakan LEGO. Ada pelbagai koleksi LEGO mereka di rumah dan yang paling mereka suka adalah LEGO Kingdom. Ia adalah permainan yang mengasyikan dan membina kreativiti dan menggalakkan anak-anak berfikir. Bapa-bapa pun adakalanya tumpang sekaki main 😀 Biasalah zaman bapa-bapa dulu asyik main permainan buatan sendiri yang dibuat dari kayu-kayu, kertas dan tumbuh-tumbuhan.

Maka, bila tengok permainan seperti LEGO ini, tentulah teruja hendak cuba sekali.

LEGO Ciplak

Cuma masaalah dengan permainan LEGO ini adalah harganya yang begitu MAHAL sekali. Satu kotak LEGO dengan 10 mini-fig + satu bangunan boleh mencecah lebih RM 250. Itu belum kotak yang lebih besar lagi. Harganya tentu meletup lagi. Namun, kalau anda hendak “save budget”, mungkin anda berminat hendak cuba LEGO ciplak yang jauh lebih murah.

Harganya cuma 10% hingga 25% dari harga LEGO sebenar.

Rupanya pula hampir serupa dengan yang ori. Lihat sahaja bagaimana saya memasangnya di bawah:

LEGO-Paling-Murah

Pelbagai Jenama LEGO Murah

Terdapat pelbagai jenama LEGO ciplak ni yang semuanya dibuat di  “You Know Where”. Harga bagi kotak di atas ini adalah RM 10 sahaja. Jika yang ori, kotak sebegini biasanya dijual pada harga RM 40 hingga RM 60. Kotak-kotak yang besar pula dijual sekitar RM 30 hingga RM 100.

Rasanya, tiada yang melebihi RM 200 berbanding LEGO ori yang boleh mencecah sehingga RM 1000.

Rupanya dan saiz agak sama  dengan LEGO ori. Malah, ia boleh disambung dan dimainkan bersama LEGO yang ori. Mungkin jika diperhatikan dengan dekat kualiti kedua-duanya dapat dibezakan. Namun, dari jauh, saya tak rasa ada yang dapat cam kan. Hebat bukan?

LEGO-Paling-Murah2

LEGO-Paling-Murah3

LEGO-Paling-Murah4

LEGO-Paling-Murah5

Di Mana LEGO Paling Murah Ini Di Jual?

Saya tidak tahu jika ia dijual di tempat-tempat lain. Di Kota Kinabalu, kedai yang menjualnya pun agak berTAPUK (tersembunyi) dari pandangan umum. Saya jumpa pun secara tidak sengaja ketika melarikan diri dari hujan lebat di kawasan tersebut. Saya belikan dua kotak untuk anak-anak saya. Mereka kurang berminat kerana ia bukan karakter yang mereka mahu, akan tetapi mereka tetap simpan dan mainkan bersama yang lain. Boleh juga buat tambah-tambah kan?

Permainan LEGO Paling Murah

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • Neskopee

    eh mana mo cari tu kadai sekarang? The very place u bought these lego-ciplak.
    I’m from KK too.

    November 8, 2012, 7:28 pm
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Dkt dgn Austral park di Kepayan Ridge di building commercial yg baru tu. Lupa namanya. Cuma not sure ada lagi tak kedainya.

      November 9, 2012, 2:30 am
  • nicanderstevenfu

    barapa y harga lego mau belik si tp tanya harganya dulu ,kalau ada diskon mau belik kalau tak ada pun tak apa asalkan murah aja si,dan di mana tempatnya

    May 23, 2012, 1:49 am
  • ruby

    kami ada jual lego dengan harga paling rendah. RM45 untuk 6 kotak(1.mini truck construction, 2.race car, 3.star battleront star warrior,4. tip lorry, 5.helicopter, 6.advance navvy) berserta 1 beg box besar untuk 6 kotak tersebut. promosi available until stock sold out
    contact sy difacebook
    https://www.facebook.com/RubyTryToGetStar

    March 4, 2012, 1:34 pm
  • alex

    As salam,

    boleh share ke LEGo tu brand apa? nak cari jgk yg murah ni..tak mampu nak beli LEGO ori..mahal sangat..
    TQ

    February 11, 2012, 3:06 pm
  • A

    aku macam tak percaya

    January 1, 2012, 4:41 pm
  • bEe

    Haaiiisshhh
    Anak bEe takleh main lego nnt mahu dia taburkan seluruh umah pastu sorok. Sudahnya tak dpt cari (mungkin masa pindah umah baru menjumpai brg2 yg hilang :-P)

    December 16, 2011, 7:29 am
  • levelsatu

    biasa main yang lego murah tu. lego jenis ni mahal la..

    December 2, 2011, 7:22 am
  • Malaysia Travel Blog

    Lama tidak nampak itu word ‘berTAPUK’ hehehehe

    December 2, 2011, 1:34 am
  • Pacifista

    perghh…nostalgia sungguh lego ni 😀

    December 1, 2011, 1:42 pm
  • Khidhir

    ohh.. lego pun ada tiruan eh..

    December 1, 2011, 1:20 am
  • titan

    memang dari dulu aku suka main lego nih. haha..

    November 30, 2011, 3:23 pm
  • suri

    tahun ni dan akan dtg mmg saya hajat nak beli lego.paling penting bermutuh dan lekat tapak2 dia.dah kena skli beli tak lekat pas ni nak bli kena cuba cek try betul2..

    ikutkan harga lego ori mmg mahal hee…

    November 30, 2011, 7:58 am
  • suri

    salam bro sihat ker?

    rumah suri lego bongkah yg biasa2 jer…klu yg nak pasang cam atas tu takat ni tak der lagi heee…

    ada bli kat tsco harga murh tapi sayag tapak dia tak lekat sesama sndri huhu..rugi…

    November 30, 2011, 7:57 am
  • suri

    malam tadi berkira2 bt entri apsla ni tak tak jadi heeee..

    November 30, 2011, 7:56 am
  • zik

    lego dulu lagi murah…. buat pistol ngan kereta jer tahu… robot pun selalu gak…

    November 30, 2011, 2:43 am
    • IN

      dulu lain sekarang lain 😉 😀

      November 30, 2011, 3:25 am
  • faizul

    Cantik jika dibuat koleksi di dalam almari. Kadang-kadang melihat lego ni sahaja pun dah trsenyum sebab muka-muka karakter tu sumanya ala-ala comel dan kelakar. 🙂

    November 29, 2011, 11:03 pm
    • IN

      org2 tua-tua jer simpan di almari bro… budak2 ari2 dia buat main kat katil atau luar rumah 😀

      November 30, 2011, 3:21 am
  • Hairul Hissam

    masa saya kecik mmg minat main lego nie…
    mmg bagus melatih daya kreativiti anak2..

    November 29, 2011, 8:02 pm
    • IN

      yup.. bagus utk melatih anak-anak berfikir 😀

      November 30, 2011, 3:11 am
  • dnoBiz

    lego ni bukan kanak kanak je yang minat… orang dewasapun kekadang mengalahkan kanak kanak

    November 29, 2011, 4:12 pm
    • IN

      errrr.. cakap psl kawe ker ni bro? adehhhh… 😉

      November 30, 2011, 1:35 am
  • yas

    waaa….beso bajet ko beli lego ori tu bro….x terikut aku:(

    November 29, 2011, 3:22 pm
    • IN

      bukan duit kawe sangat pon… duit budak2.. rezeki diaorg.. makcik dan makcik ada ramai dan pemurah.. Kawe tolong bawa pi kedai jer 😀

      November 30, 2011, 1:30 am
  • Kak Long Mawar Merah

    Anak-anak Kak Long pun suka dengan LEGO. Mak dia pun selalu tumpang sekaki. 🙂

    November 29, 2011, 1:00 pm
    • IN

      kawe layan dua-dua belah kaki.. he he…

      November 30, 2011, 1:26 am
      • Kak Long Mawar Merah

        Nak landing dua-dua kaki kat KK dulu, baru dapat cari lego cam tu. Betul jugak, boleh buat tambah-tambah.

        December 4, 2011, 4:40 am
  • anif

    Anak tak suka.. automatik jadi permainan si bapa. Hehe.. 😀

    November 29, 2011, 12:42 pm
    • IN

      dah tahu anak tak suka, tetap beli jugak… hmmmm ada udang disebalik mee kalau cam tu 😉

      November 30, 2011, 1:26 am
      • anif

        Masa zaman Saya Lego ni tak berapa popular.. Masa tu Kawada lebih famous. Sama macam Lego cuma Kawada ni asal Jepun. 😀

        November 30, 2011, 4:43 am
  • ahmad kamil

    terkenang masa dolu2… kalo xdapat lego..nangihh..nasib baik bila dah besor ni x de perangai macam tu dah.

    November 29, 2011, 12:31 pm
    • IN

      he he.. dulu lain sekarang lain 😀

      November 30, 2011, 1:25 am
  • nurmisnan

    KK.??? Aku dgn mr. hubby baru balik dari KK. Kepenatan lagi..
    3H 2M stay sana. Happening + jam giler.. Panas jgn ceritalah..

    i like LEGO so much tapi mash mengumpul lagi utk di buat bilik khas..

    November 29, 2011, 12:12 pm
    • IN

      alahai nape tak sound? boleh kawe bawa makan seafood kat kg nelayan 😀
      kat bando kk mmg jam ajer memanjang dan panas nak mampuih.. Kawe pun selalu elak masuk town. Kalu nak yg sejuk2 naik pi Kundasang.. sejuk mcm kat Europe 😀

      November 29, 2011, 12:30 pm
  • maza

    kuikuikui.. maza tak suka bendalah kecik2 ni.. skrg ni maza suka main games simple2 dlm telefon satu kali sudah.. ahaks..

    dan sambil2 itu cuba2 menangkap gambar makro satu kali uhuk!… lalallalala

    November 29, 2011, 9:43 am
    • IN

      utk budak2 la bro….
      bapak budak main ler kamera ker, bola golf ker, gitar letrik ker he he 😀

      November 29, 2011, 12:22 pm
  • tehr

    pernah gak beli mainan macam ni
    tapi sekarang anak2 dah besar
    [dapat la jimat beli mainan]
    hehe

    November 29, 2011, 7:57 am
    • IN

      lepas ni mintak anak belanja lak … 😀

      November 29, 2011, 12:17 pm
  • hafizmd

    Lego oh lego…mmg nak beli tp yg ori tu mahal

    Tp yg tak ori ni pulak, mane nk cari kat sini…hehehe

    November 29, 2011, 5:57 am
    • IN

      mesti ada kat sana…cuma tersembunyi lah sikit mungkin.. kena survey bro.. 😉

      November 29, 2011, 12:07 pm
  • akubiomed

    Teringin hendak beli LEGO untuk anak tapi mereka tidak pula berminat. Kalau zaman saya kalau ada LEGO set memang sudah hebat. Nak buat collector’s item dah terasa tua pula. 🙂

    November 29, 2011, 5:01 am
    • IN

      anak tak minat? jimat tu bro 😀

      November 29, 2011, 12:06 pm
    • nurmisnan

      collect jer brother.. tua muda ada impian masing2..
      mana tau anak2 pun nanti suka join sekali.

      November 29, 2011, 12:10 pm