Sunday,30 April,2017

Pinjaman Wang Mudah Dan Cepat

pinjaman wang
Rasanya anda semua pasti biasa melihat iklan pinjaman wang seperti di atas. Ia adalah iklan pinjaman wang dari peminjam wang bukan institusi perbankan ataupun money lender.

Money lender ini juga dikenali sebagai ‘Ah Long’ dan terdiri dari yang berlesen dan tidak berlesen.

Biarpun ada banyak bank yang kini menawarkan pinjaman pada kadar feadah yang rendah dan proses yang mudah dan cepat, umum sedia maklum yang pinjaman dengan Ah Long tetap lebih cepat dan mudah.

Benarkah Cepat Dan Mudah?

Ya, memang lebih cepat dan mudah dari bank-bank yang lebih teliti memeriksa keupayaan kewangan. Malah, Ah Long tidak peduli samada anda kena blacklisted atau tidak oleh CTOS. Yang penting, anda ada gaji tetap atau pendapatan tetap dan mereka rasa anda mampu membayar balik hutang anda.

Oleh itu biasanya dokumen yang mereka mahu adalah:

  • Kad Pengenalan
  • Penyata Gaji, KWSP dan akaun bank untuk tempoh 3 bulan terakhir
  • Bil air atau api yang menunjukkan kediaman tetap anda
  • Surat pengesahan kerja anda.

Lengkap semua dokumen ini, nescaya permohonan anda akan diluluskan dan wang akan diterima dengan kadar yang agak segera.

Cuma jumlah pinjaman yang dibenarkan akan bergantung kepada jumlah pendapatan bulanan anda.

Kalau Mudah Cepat, Bagus Pinjam Ah Long Sahaja?

Hmm.. betul tu. Namun, hati-hati, ada sebab mengapa kita dinasihatkan agar tidak pergi berjumpa Ah Long untuk meminjam wang.

ah long

Antara yang harus dijaga adalah:-

  • Nilai faedah yang amat tinggi
  • Cara pengiraan yang mengelirukan dan menjurus kepada penipuan
  • Caj-caj tersembunyi yang dirahsiakan
  • Akibat bila tidak mampu membayar kembali

Faedah Yang Tinggi

Banyak iklan Ah Long menawarkan faedah yang rendah (1.5% hingga 3% sebulan).. konon! Kalau 1.5% sebulan tu lebih kurang sama dengan caj kad kredit.

Kira bagus juga tu!

Mudah lagi proses pinjaman.

head scratch

Namun, bila anda hubungi mereka dan minta mereka membuat pengiraan bayaran balik, di sini mulut anda akan ternga-nga besar macam ini:

seksa

Bila dikira kembali nilai faedah, wah! Boleh sampai 10% sebulan brader!

Bila ditanya, maka keluarlah bermacam-macam alasan biarpun di iklan mereka sudah tertera dengan jelas jadual pembayaran balik seperti ini:

bayaran balik pinjaman wang

Oleh itu, berhati-hati dengan kadar faedah mereka!

Cara Pengiraan Yang Mengelirukan Dan Menjurus Kepada Penipuan

Sebelum saya buat artikel ini, saya sudah pun membuat kajian saya dengan berjumpa ramai Ah Long (berlesen dan tidak berlesen) untuk melihat ‘modus operandi’ mereka.

Saya faham ramai yang mempunyai masaalah kewangan dan tidak dapat meminjam dari bank terpaksa pergi kepada Ah Long dan kemudian sengsara hidup dibuat oleh mereka.

arrow

Namun, saya juga perlu faham mengapa mereka terjebak juga biarpun sebagaimana yang saya sebutkan tadi faedah yang dikenakan amatlah tinggi betul!

Ini adalah kerana cara pengiraan yang dibuat telah direka khas untuk mengelirukan peminjam.

Dengan menggunakan kalkulator, Ah Long akan menunjukkan nilai-nilai yang mereka rasa mampu dibayar oleh bakal peminjam sahaja.

Bila sudah tandatangan perjanjian nanti, mereka yang tidak berhati-hati akan mendapati jumlah yang ditunjukkan hanyalah sebahagian sahaja.

Contohnya: Ah Long akan menunjukkan jumlah bulanan yang perlu dibayar oleh peminjam dan tempoh bayarannya. Jumlah pokok tidak ditunjukkan dahulu dan ia boleh meningkat dengan amat tinggi sekali bila ada ‘default’ oleh peminjam.

Pandai bukan?

Caj-Caj Tersembunyi

Ini yang paling menarik sekali! Ada satu Ah Long saya tanya untuk pinjaman jangka pendek (1 bulan). Saya minta dia kira untuk saya dan saya terkejut lihat amaun yang kecil yang diminta oleh Ah Long.

Dia kata kalau kita pinjam dan cepat bayar maka sedikitlah untung mereka.

Puiii…

Memang penipu mereka ni semua. Saya siasat dan siasat dan tanyakan mana untung mereka?

Rupa-rupanya ada admin charge 8% untuk processing yang cuba disembunyikan dahulu. Itu lah mereka selalu sebut dalam iklan “pinjam 1000 dapat 920”.  Faham?

Akibat Tidak Bayar Kembali

Saya tidak pernah lagi pinjam dengan Ah Long, jadi tidak tahu akibat sebenarnya. Namun, rakan-rakan yang ada pengalaman ada bercerita yang betapa sengasaranya bila Ah Long datang tuntut hutang.

Susahnya hidup dan hutang semakin bertambah akibat faedah yang amat tinggi.

1MDB

Pada skala besar kita boleh lihat keadaan syarikat 1MDB sekarang ini.  Dengan sesaknya mereka menanggung hutang dan kos operasi yang tidak mampu dibayar, Ah Long-Ah Long peringkat antarabangsa (Vulture Fund) akan datang menawarkan pinjaman wang kepada mereka.

Sistemnya sama juga dengan Ah Long-Ah Long tempatan cuma nilai yang berlipat kali ganda. Tidak tahulah asset negara yang mana akan tergadai nanti jika tidak ditangani dengan baik-baik.

Begitu juga kesan jangka panjangnya kepada negara kerana hutang mereka ditanggung oleh kerajaan. Wallahualam…

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Adara Reply

    Bukan senang juga untuk mendapat pinjaman dengan segera. Sekarang ekonomi bukan baik sangat. Semua peminjam dah berhati-hati sebab mereka juga takut kerugian.

    May 5, 2016, 3:40 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Betul tu, skrg ekonomi dah teruk sangat, kalau dapat pinjaman pun blm tentu blh bayar balik.

      January 1, 2017, 8:32 am
  • Fahmi Raazali Reply

    Pinjaman dari Ah Long merbahaya.

    Isu bayar hutang satu hal. Isu tentang bagaimana wang itu dibelanjakan pun satu hal. 🙂

    October 25, 2015, 2:30 pm
  • Speedway Cash Loans Reply

    Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan akaun bank wang
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda mendapatkan balasan awal kurang daripada 24 jam, pembiayaan dalam masa 24-48 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan daripada anda
    Emel kami di speedwaycash68@gmail.com
    ================================
     Nama: ……………….
     Nama kedua……………..
     Alamat : ……………..
     Negara: ……………….
     Umur: ……………………..
     Seks: ………………..
     Nombor telefon : …………..
     Status: ……………..
     Pekerjaan: ……………
     kedudukan: ……………..
     pendapatan bulanan : …………..
     Jumlah Pinjaman: ……………..
     Tujuan Pinjaman: ……………
     jangka masa: ………………..
     Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum: …………
     awak faham Inggeris : ……………..
     Emel kami di speedwaycash68@gmail.com
     Yang ikhlas ,
     Jefferson Nicole
    SPEEDWAYCASH PINJAMAN

    October 22, 2015, 1:58 pm
  • Sani Reply

    Memang boleh memudaratkan ni..Ada setengah setengah mereka cari ahli keluarga penghutang dan menggangu mereka..

    October 19, 2015, 10:43 pm
    • Ismail N Reply

      Betul tu. Cara yang common bagi mereka mengutip kembali hutang adalah menerusi ancaman dan tekanan pada keluarga penghutang.

      October 19, 2015, 11:20 pm
  • akubiomed Reply

    Jangan coba-coba nanti merana diri.

    October 19, 2015, 4:06 am
    • Ismail N Reply

      Kalau tekanan hidup makin menekan, memang banyak cobaanya tu.

      October 19, 2015, 11:19 pm
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds