Dulu Lain Logo
Seni Cinemagraphs Yang Unik Seni Cinemagraphs Yang Unik
Pernah dengar perkataan Cinemagraphs atau Artistic GIF? Mungkin animated GIF biasalah kan? Cinemagraphs boleh dianggap naiktaraf kepada animated GIF yang biasa kita lihat. Ia... Seni Cinemagraphs Yang Unik

Cinemagraphs

Pernah dengar perkataan Cinemagraphs atau Artistic GIF?

Mungkin animated GIF biasalah kan? Cinemagraphs boleh dianggap naiktaraf kepada animated GIF yang biasa kita lihat. Ia adalah gambar yang boleh bergerak tetapi bukan video.

Seperti kata Daniel Bates dari DailyMail:

something more than a photo but less than a video

Dalam satu cinemagraphs, cuma sedikit pergerakan berlaku dan ianya cukup untuk menarik perhatian kita. Cuba lihat contoh di atas. Ia dihasilkan oleh NYC Photographer Jamie Beck dan graphics artist, Kevin Burg. Hebat bukan?

Hasil-Hasil Cinemagraphs

Anda boleh saksikan lebih banyak lagi hasil-hasil karya mereka di blog mereka From Me To You. Ada banyak hasil-hasil Cinemagraphs atau Artistik GIF yang menarik dan mencuit hati. Tak kurang jugak yang membeliakkan biji mata.

Lihat lagi contoh di bawah ini:

Cinemagraphs 2

Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba membuat sendiri, mungkin anda boleh cuba belajar di menerusi tutorial Cinemagraphs yang di buat oleh Fernando J Baez di fernandojbaez.com. Tutorial yang diberikan amat menarik dan mungkin mudah buat sesetengah orang.

Yang penting adalah anda biasa menggunakan Photoshop CS5. Selain dari itu, anda boleh juga cuba blog Tested.Com dan lihat artikel “How To Make Your Own Cinemagraphs“. Artikel yang menarik di sana.

Cuba juga lihat Cinemagraphs Tutorial menggunakan Adobe Photoshop CS4 di Photojojo.

Selamat mencuba semua. Bagi yang sudah berjaya, jangan lupa berikan maklumbalas. Terima kasih.

– Seni Cinemagraphs Yang Unik

Ismail N

ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd and Pokemon Go (TL40). Most easily accessed via his Twitter account.