Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Seni Cinemagraphs Yang Unik

by Ismail N   ·  10 years ago  
thumbnail

Cinemagraphs

Pernah dengar perkataan Cinemagraphs atau Artistic GIF?

Mungkin animated GIF biasalah kan? Cinemagraphs boleh dianggap naiktaraf kepada animated GIF yang biasa kita lihat. Ia adalah gambar yang boleh bergerak tetapi bukan video.

Seperti kata Daniel Bates dari DailyMail:

something more than a photo but less than a video

Dalam satu cinemagraphs, cuma sedikit pergerakan berlaku dan ianya cukup untuk menarik perhatian kita. Cuba lihat contoh di atas. Ia dihasilkan oleh NYC Photographer Jamie Beck dan graphics artist, Kevin Burg. Hebat bukan?

Hasil-Hasil Cinemagraphs

Anda boleh saksikan lebih banyak lagi hasil-hasil karya mereka di blog mereka From Me To You. Ada banyak hasil-hasil Cinemagraphs atau Artistik GIF yang menarik dan mencuit hati. Tak kurang jugak yang membeliakkan biji mata.

Lihat lagi contoh di bawah ini:

Cinemagraphs 2

Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba membuat sendiri, mungkin anda boleh cuba belajar di menerusi tutorial Cinemagraphs yang di buat oleh Fernando J Baez di fernandojbaez.com. Tutorial yang diberikan amat menarik dan mungkin mudah buat sesetengah orang.

Yang penting adalah anda biasa menggunakan Photoshop CS5. Selain dari itu, anda boleh juga cuba blog Tested.Com dan lihat artikel “How To Make Your Own Cinemagraphs“. Artikel yang menarik di sana.

Cuba juga lihat Cinemagraphs Tutorial menggunakan Adobe Photoshop CS4 di Photojojo.

Selamat mencuba semua. Bagi yang sudah berjaya, jangan lupa berikan maklumbalas. Terima kasih.

– Seni Cinemagraphs Yang Unik
 

44 Comments

  1. Mus

    bagus untuk dicuba ni bro..
    thanks kerana beri idea..

     
    1. IN

      he he.. kalu rajin, cuba ler buat bro.. Kawe belum ada masa lagi nie 😀

       
  2. memang terbaik lah gambar atas tu lagi lagi yang buah tomato

     
    1. IN

      tomato pilihan ramai 😀

       
  3. Saya memang ingin mencari applikasi yang memberi kesan Cinemagraphs. Kalau perasan gambar baby Aslah tengah mengimbarkan bendera Malaysia tidak nampak kemas dan licin.

     
    1. Saya langsung tidak ada kemahiran mengunakan PhotoShop kecuali dari aplikasi sumber terbuka

       
      1. dnoBiz

        lebih kurang la Bro, aku pun tergagap gagap dengan PS ni

         
        1. IN

          kawe tahu pakai PS tapi buat mcm menda ni.. perghhh payah sikit plus banyak keje ehhh.. Nanti la bila time kawe petik anggur nanti, mungkin banyak masa nak buat.. he he

           
  4. skrg ni musim cinemagraphic ek?
    byk jgak yg sy tgk buat mcm ni

     
    1. IN

      demam kot? atau ramai yg dah boring dgn animasi dan try something different lak..

       
  5. Kak Long Mawar Merah

    Comel, comel…..

     
    1. IN

      thank u, thank u…
      bukan kawe buat pon.. he he 😀

       
      1. Kak Long Mawar Merah

        Kak Long paling suka gambar tomato tu. Seronok tengok air menitis tu.

         
  6. memang cun habis
    ada peluang tak tidur malam ni
    hehe

     
    1. IN

      sampai tak tido malam? (malam jumaat)

       
  7. wahh..
    malangnya maza tak gunakan photoshop lah.. uhuk!

     
    1. IN

      Maza kan muda remaja lagi kan? Banyak masa utk belajar Photoshop 😀

       
      1. Opps.. lupalah pulak fakta yang satu itu..

        hahahahhha..hammmpehhhhh!

         
        1. IN

          fakta teragung he he…

           
  8. saya suka le gambar tomato yang ada air menitik2 tu..bestnyer kalau buleh buat

     
    1. padin

      aku pun suka la air menitis tu.. memang cun abes…

       
      1. IN

        Simple jer kan gambar tomato tu?, tapi kesannya mengancam sukma 😀

         
  9. Menarik! Cuma skill Photoshop pun kena upgrade juga la untuk mencuba Cinemagraphs ni 😀

     
    1. IN

      ikut ajer tutorial yg disediakan.. fungsi2 photoshop yg lain yg tak diketahui, kemudian jer belajar 😉

       
  10. Jai

    Smart la gambar dia.. Inspirasi nak buat header nih…he3

     
    1. IN

      create la satu bro… mahu jugak kawe tgk versi malaysia 😀

       

Comments are closed.