Silkscreen Printing Dan Rahsia Perniagaan Cetak Baju Murah

Jom Cetak Baju

Seni pencetakan ‘Silkscreen Printing‘ telah lama bertapak di Malaysia. Ia adalah teknik yang digunakan dalam pencetakan pada baju atau kain dengan menekan ink/dye (pewarna) menerusi jejaring tenunan ke bahagian yang dikhendaki.

Silkscreen Printing

Secara teorinya, amat sukar untuk menerangkan maksud silk screen printing dengan perkataan, namun dari segi praktikalnya, seni pencetakkan ini amat mudah dipelajari dan memerlukan modal yang amat kecil untuk dimulakan.

Jika anda mempunyai ‘network’ yang amat baik, terutamanya di jabatan-jabatan kerajaaan, pusat-pusat pengajian tinggi, sekolah-sekolah dan juga persatuan-persatuan, maka perniagaan ini amat sesuai buat anda.


Apa yang diperlukan selepas itu adalah mendapatkan syarikat pembekal baju/kain yang boleh menawarkan kredit/harga terendah serta bantuan dari pereka grafik bagi tujuan rekabentuk dan ‘colour separation’ jika rekabentuk yang digunakan mempunyai lebih dari satu warna.

Atau anda sendiri boleh mengambil kursus rekabentuk dan mempelajari perisaian seperti CorelDraw dan Adobe Illustrator.

Siapa Yang Patut Lakukan Perniagaan Ini?

pencetakan baju murah

Amnya, perniagaan Silkscreen Printing atau bahasa mudahnya perniagaan cetak baju amat sesuai dilakukan oleh anak-anak muda terutamanya mereka-mereka yang masih menggangur dan menyewa rumah bersama rakan-rakan.

Sebaiknya buat satu TEAM  yang terdiri dari seorang ‘marketer’ atau pekongsi yang melakukan promosi, seorang pereka grafik dan seorang mengetuai proses pencetakan silk screen.

Ini akan membuat kerja-kerja lebih teratur terutama bila tempahan yang besar diterima oleh anda.

tempahan baju

Rahsia Bisnes Cetak Baju

Saya pernah lihat seorang rakan yang menjalankan perniagaan cetak baju secara bersendirian tanpa rakan. Beliau membuat promosi sendiri, mengupah designer bagi tujuan rekabentuk dan melakukan kerja-kerja pencetakan di rumahnya pada sebelah malam.

Agak penat bila beroperasi sendiri, namun jika anda sanggup ia bukanlah satu halangan.

Ada juga yang sub-kerja pada syarikat lain bila kerja terlalu banyak, namun resiko yang tinggi boleh dihadapi seperti sub-con tidak membuat kerja mengikut spesifikasi atau cuba memancing pelanggan anda.

Kursus Silk Screen Printing Dan Cetak Baju

Oleh itu, saya cadangkan anda mengambil kursus dari team JOM-CETAK-BAJU yang akan menawarkan tutorial bukan sahaja dari segi asas-asas pencetakan baju atau silk screen printing, malahan ke tahap pengurusan perniagaan dan teknik pemasaran dalam perniagaan ini.

E-book cetak baju

Rahsia Perniagaan Cetak Baju Murah

Seperti perniagaan lain, perniagaan pencetakan baju akan menghadapi banyak dugaan diperingkat awal. Jika anda tidak biasa menerima tempahan, anda mungkin akan membuat kesilapan diperingkat ini lagi. Beri perhatian pada jenis-jenis kain yang terdapat di pasaran serta dye atau pewarna yang digunakan dalam industri ini.

Ada pelanggan yang agak cerewet dan anda perlu berhati-hati agar tidak menghantar hasil kerja yang tidak mengikuti spesifikasi pelanggan.

Ada banyak jenis kain yang boleh dibezakan mengikut kelembutan dan ketebalan benangnya. Manakala dye yang digunakan boleh menghasilkan pelabagai kesan seperti emboss dan bergetah.

Pewarna yang khas juga akan agak sensitif, maka proses pencetakkan perlu dibuat mengikut cara yang sesuai.

Oleh itu kursus dengan team JOM-CETAK-BAJU amat digalakkan.

Pengiraan Dan Pemasaran

Dua lagi aspek dalam perniagaan ini yang perlu anda pelajari adalah bahagian pengiraan dan pemasaran. Dalam soal, pemasaran, anda perlu ketahui apa ‘selling point’ bagi perniagaan anda – KHIDMAT YANG PANTAS, HARGA YANG MURAH, REKABENTUK BERKUALITI dan sebagainya.

Pastikan anda tahu kekuatan anda. Jika anda tidak punyai banyak komitment (tak berkeluarga dan tidak sosial) dan mampu berkerja dengan pantas, maka selling point bagi anda mungkin adalah anda mampu menyiapkan tempahan dengan pantas dan berkualiti.

Jika anda seorang pereka grafik yang hebat, mungkin selling point anda pula adalah pada rekaan grafik yang menarik dan menawan ramai insan.

Break-Even Dan Profit Margin

Jangan terlalu ghairah menawarkan harga yang rendah untuk mendapatkan tempahan. Pastikan anda juga mempelajari sedikit sebanyak pengiraan dalam perniagaan. Ambil tahu bagaimana hendak mengira ‘break-even’ dan ‘profit margin’ misalnya. Jangan sampai banyak kerja dibuat tetapi hasilnya tidak seberapa.

Bila anda sudah cekap membuat kiraan, anda juga mungkin mampu merendahkan kos.

Bila kos telah turun, maka dapatlah anda menawarkan servis perniagaan ‘Cetak Baju Murah’. Saya pun mahu membuat tempahan nanti. 😀

Networking Dan Mengambil Tempahan

Satu yang perlu diingat, jika anda tidak mahir dalam bidang reka grafik pun tidak mengapa. Yang penting ada ‘networking’ dan ada kemampuan untuk melaksanakan proses cetak baju atau silk screen printing ini. Ia adalah proses yang mudah jika anda betul-betul mengikuti kursus yang diberikan.

Anda juga sebenarnya tidak memerlukan komputer dan printer untuk kerja-kerja ini.

Melukis dengan tangan pun boleh, cuma agak sulit bila membuat logo yang seperti ‘Jata Negara‘.

Selebihnya adalah mencari tempahan buat perniagaan anda. Biasanya tempahan dari intitusi pengajian tinggi, jabatan-jabatan kerajaan mahupun sekolah-sekolah tidak memerlukan kemahiran grafik yang ‘exceptional’. Cukup sekadar tahu membuat logo mereka dan ini sebenarnya boleh di serahkan kepada pereka grafik sambilan.

Anda juga perlu bijak memilih baju yang menarik untuk digunakan dalam aktiviti mereka.

Misalnya, jika pihak UiTM mahukan 2,000 helai baju untuk program ‘suai kenal’ mereka, maka bawalah baju-baju yang sesuai dan sudah sedia menarik untuk dipertimbangkan. Ini telah pun siap dicetak di kilang-kilang.

Pastikan juga kilang baju mempunyai stok yang cukup. Tugas anda mungkin hanya menambah logo atau perkataan ditempat-tempat yang sesuai.

Jika anda berminat untuk mengubah nasib diri dan menjadi usahawan yang berjaya, anda boleh mulakan dengan perniagaan kecil-kecilan seperti bisness cetak baju ini. Modal permulaanya rendah, kerja nya juga tidak terlalu sukar. Yang penting adalah disiplin dan diri dan keyakinan untuk berjaya.

Berminat?

Baca juga artikel:

2 thoughts on “Silkscreen Printing Dan Rahsia Perniagaan Cetak Baju Murah

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.