


Menguruskan perniagaan sendiri bukanlah sesuatu yang mudah, tidak kira sama ada perniagaan kecil-kecilan di rumah mahupun perniagaan yang lebih rumit, misalnya perniagaan runcit.
Dalam menguruskan perniagaan, perkara yang paling utama adalah pengurusan kewangan.
Antara perkara utama yang perlu diambil perhatian dalam pengurusan kewangan perniagaan adalah rekod transaksi kewangan (jualan, belian, modal, ambilan dan kos-kos lain), iaitu salah satu daripada proses perakaunan.
Perakaunan melibatkan proses merekod, mencatit dan meringkaskan semua urusniaga perniagaan secara sistematik.
Dahulu ianya dikenali sebagai Simpankira dan direkod secara bertulis.
Ingat lagi buku lejar dan pebagai akaun yang terpaksa ‘dibuka‘ waktu di kelas perdagangan dulu?
Kini proses simpankira adalah lebih mudah kerana ianya dibuat secara berkomputer dan dipermudahkan dengan penggunaan perisian (software) yang berkenaan.
Keperluan Sistem Perakaunan Yang Baik
Sesungguhnya pengurusan kewangan yang sempurna memerlukan sistem perakaunan yang baik. Dengan sistem perakaunan yang baik, seseorang akan dapat gambaran tahap pencapaian harian perniagaan, menilai prestasi perniagaan dan mengawal aliran duit masuk/keluar dengan baik.
Maklumat tersebut membantu seseorang mengkaji untung rugi perniagaan, merangka strategi pembangunan perniagaan dan sekaligus memelihara kedudukan kewangan syarikat dengan sebaiknya.
Sistem perakaunan yang baik juga akan menjimatkan masa, tenaga dan kos.
Akaun ‘buat sendiri‘ mungkin nampak mudah, tetapi untuk jangkamasa panjang tidak efisien dan akan memeningkan kepala.
Sistem Perakaunan Perniagaan UBS Dan MYOB
Terdapat pelbagai perisian sistem perakaunan yang baik di pasaran seperti UBS dan MYOB yang agak popular di kalangan pemilik syarikat tetapi jarang digunakan oleh peniaga kecil mungkin kerana ianya melibatkan kos permulaan dan berulang yang tinggi (lesen mesti ‘renew‘ setiap tahun), memerlukan pembelajaran dan kepakaran.
Sekiranya anda tidak mempunyai bajet dan kepakaran untuk menggunakan sistem UBS atau MYOB, terdapat sistem perakaunan yang sama fungsinya seperti perisian yang terdapat di pasaran tetapi dengan harga yang jauh lebih rendah, lebih mudah digunakan dan hanya memerlukan MS Excel 2007 iaitu: SISTEM PERAKAUNAN DKS
Sistem Perakaunan Perniagaan DKS
Dengan Sistem DKS, anda akan dapat menyediakan akaun perniagaan yang baik dan lengkap tetapi dengan kos yang lebih rendah.
Sistem DKS ini disyorkan bagi usahawan yang memiliki perniagaan, bakal usahawan yang bersedia untuk memulakan perniagaan, usahawan yang sedang mencari sistem perakaunan yang murah, majikan di syarikat tempatan, akauntan di syarikat tempatan dan pengusaha IKS.
Kelebihan menggunakan Sistem DKS:
- Harga rendah dan berpatutan
- Lesen seumur hidup, tidak perlu ‘renew’ sesen setiap tahun
- Senang digunakan kerana hanya perlu tahu debit dan kredit sahaja
- Tidak perlu install kerana sistem DKS berasaskan MS Excel
- Ringkasan akaun, imbangan duga dan laporan kewangan dapat dijana secara automatic
- Sistem DKS adalah dalam Bahasa Melayu.
Kesimpulannya, tepuk dada, tanya selera.
Kalau anda seorang peniaga, pastikan anda menggunakan suatu sistem perakaunan perniagaan yang baik.
izwana
April 20, 2018 #1 AuthorKalau company kecil perlu ke guna sistem accounting untuk pengiraan gaji dan profit? atau boleh guna manual sahaja.
Zurainny Ismail
May 1, 2018 #2 AuthorSaya rasa ia terpulang kpd syarikat dan pegawai akaun syarikat tetapi kalau ada, ia akan membantu memudahkan kerja. Artikel ini ditulis pd 2014, so tentunya skrg ini ada pelbagai perisian perakaunan yg lebih canggih & mesra pengguna. Mgkn blh dpt free jg.
maza
November 27, 2014 #3 AuthorDi Syarikat kami, perisian digunakan ialah Quick Book.
Perisian ini lazimnya banyak digunakan di Australia. Tambahan pula boss begitu akrab dengan negeri “Down Under” maka dia lebih memahaminya.
sekarang ini sedang berburas kepala mahu menintegrasikan fungsi software GST dari Kastam dan Quick Book.
haderkkkk
Ismail N
November 27, 2014 #4 AuthorAha.. GST. Dah khatam ke Maza? Bulan April dah mula nak implement. Rasanya apa-apa software accounting pun boleh guna utk kira GST ni. Cuma perlukan sedikit tweak dan walla.. semuanya ok.
Pssstt.. Bagitahu boss tukar pada DKS. Lebih murah dan support industri tempatan 😀
suri
November 21, 2014 #5 Authorwajib ada kalau tak susah pakai sistem manual heee
Ismail N
November 27, 2014 #6 AuthorPakai manual pun boleh. Kalau org yg dah lama buat account, depa guna MsExcel sahaja. Yang penting kiraan betul dan boleh difahami. Tapi yg tak expert mcm kita ni, bantuan perisaian begini amat berguna.
TehR
November 20, 2014 #7 Authorsesuai untuk semua
lagi pun excel lebih senang untuk faham
Ismail N
November 27, 2014 #8 AuthorYup. Ramai yg biasa dengan Excel.. Jadi lebih mudah utk digunakan.
titan
November 19, 2014 #9 Authorbini aku mesti suka sistem ni. hoho
Ismail N
November 27, 2014 #10 Authorterbaik…
akubiomed
November 18, 2014 #11 AuthorPerlu ada senang hendak urus tadbir sistem perkaunan.
Ismail N
November 27, 2014 #12 AuthorBetul. Akaun amat penting utk ditadbir urus. Tak boleh main hentam sahaja..