Monday,25 July,2016

Taman Awam Teluk Likas

Taman-Teluk-Likas Dulu Lain Sekarang Lain

Hari ini saya akan promosikan Taman Awam Likas pulak. Tiap-tiap hari tolong promosi ni, Tourism Sabah tak nak bagi award ke? Tak apalah, promosi ini adalah dengan tujuan ikhlas. Mana tahu ada pelancong datang sebab membaca blog ini. Ada juga jasa saya sama my adopted state ni. Ehem ehem.

Taman Awam Likas ini baru di buka tahun lalu.

Taman Awam Teluk Likas 2 Dulu Lain Sekarang Lain

Sebelum ini memang ada pantai pun di sini dan tempat orang ramai pergi picnic tetapi pihak DBKK mengambil keputusan untuk menaiktarafkan tempat ini sehingga menjadi lebih cantik, menarik dan tertarik. Di tambahkan tempat duduk, tempat parking, pokok-pokok, taman permainan dan tempat untuk naikkan bendera (penting kerana tempat ini selalu digunakan bagi pertandingan Bot Laju dan perahu naga atau Dragon Boat).

Taman Awam Likas ini dijaga baik oleh DBKK yang mana ada pejabat dan pekerja-pekerja DBKK di sini yang mengurus dan membersihkan taman ini setiap hari.

Bagi mereka yang belum pernah ke sini, suka saya nyatakan di sini bahawa taman ini ini terletak di Jalan Tuan Fuad Stephens atau juga dikenali sebagai Coastal Highway. Ia berdekatan dengan Masjid Bandaraya dan Wisma Perindustrian Likas. Anda boleh mandi manda di sana, memukat/memancing ikan dan picnic sambil menghirup udara segar.

Dari tepi laut anda boleh melihat persisiran Bandar Kota Kinabalu, Bangunan Yayasan Sabah dan kapal-kapal besar di tengah laut.

Taman-Teluk-Likas-3 Dulu Lain Sekarang Lain

Aksi Model Tak Berbayar.. Upah ABC Satu Mangkuk Pun Cukup :D

Selalunya para pengunjung adalah ramai di waktu petang. Kebanyakkan yang datang adalah berkeluarga atau jika sendiri-sendiri pula datang untuk bersenam dan berjogging. Tidak kurang juga yang ke sini untuk memancing ikan.

Jarak Taman Awam Teluk Likas dari Bandar Kota Kinabalu adalah amat dekat, iaitukira-kira 5 minit memandu sahaja.

Taman-Teluk-Likas-4 Dulu Lain Sekarang Lain

Taman-Teluk-Likas-5 Dulu Lain Sekarang Lain

Taman-Teluk-Likas-6 Dulu Lain Sekarang Lain

– Taman Awam Teluk Likas

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • MDHAFiZ.NET

    x pernah lagi jejak kaki ke Sabah bha..boleh bha kalau aku..
    Salam Kenal dr saudara di Sarawak 🙂 mintak tapao ampalang sebungkus! hehe 🙂

    May 20, 2011, 12:35 pm
    • IN

      oit ada peminat ampalang ehh.. boleh kirim bro kalu mau.. bukan mahal sgt pon mende tu 😀

      May 20, 2011, 1:20 pm
  • bEe

    Mencuci mata dgn melihat gambar shj. Tak tahu lagi bila nak ke sana hehehehe…

    Nice pic

    May 20, 2011, 10:06 am
    • IN

      insya-allah sampai gak nanti ehhh 😀

      May 20, 2011, 1:19 pm
  • anif

    Cantik tempat ni.. Sesuai untuk beriadah 🙂

    May 20, 2011, 3:21 am
    • IN

      mmg sesuai sekali ehhh..

      May 20, 2011, 1:18 pm
  • tengkorak emas

    takpe bro, rasanya pembaca blog ni semua teringin nak pergi, ada duit boleh saja buat rombongan blogger, asyik gathering je, buat rombongan lak 😀

    cantik tempat tu, TE rasa nak bergayut dekat monkey bar taman permainan tu, boleh kan?tak macam budak kecik kan? xD

    May 20, 2011, 12:51 am
    • IN

      kalau grouping dan pakai travel agency mmg better kalu dtg sini.. murah dan sonang nak berjalan-jalan ehhh.. Bagus buat tabung rombongan blogger utk tujuan cam nie… kawe nak gak pi pantai timo.. dah lama tak pi sana ehhh..

      May 20, 2011, 1:16 pm
  • Sabahan Bloggers Club

    Ada satu ketika pantai ni terbiar kan?
    Sekarang ni dah diperbaiki dan menjadi tempat lepak hujung minggu yang popular di Kota Kinabalu.

    May 19, 2011, 11:14 pm
    • IN

      yup.. dulu2 seram nak pergi area ni.. golap aje. Skrg dah cantik dan digunakan utk byk acara laut terutamanya Dragon boat race.. 😀

      May 20, 2011, 12:33 am
      • Mus

        lepas malam minggu.. bertimbun sampah di sini

        May 20, 2011, 8:21 am
        • IN

          he he.. 😀

          May 20, 2011, 1:11 pm
  • tehr

    pantai ni boleh mandi2kah, bro?
    nampak tenang je tu

    May 19, 2011, 4:33 pm
    • IN

      boleh.. cuma better mandi di Tg Aru Beach.. 15km jer dari sini 😀

      May 20, 2011, 12:32 am
      • Mus

        kalau nak mandi.. apa salahnya..

        May 20, 2011, 8:18 am
  • akubiomed

    Melihatkan mercu tanda dah cantik apa lagi kalau bermain di gigi air 🙂

    May 19, 2011, 2:35 pm
    • IN

      SEBENONYA kalau nak main air better pi Tg Aru Beach.. Beach ni kureng menarik sikit. 😀 Tapi landscape boleh tahan ehhh…

      May 20, 2011, 12:31 am