Temple Grandin Dan HBO Movie

Temple-Grandin

Sejak kebelakangan ini Astro sering menyiarkan filem Temple Grandin di HBO. Bagi mereka yang tidak kenal akan wanita ini, suka saya jelaskan di sini beliau adalah seorang professor dan saintis yang terkemuka di dunia. Temple Grandin juga merupakan penulis yang disegani dan disenaraikan dalam majalah Time 100 sebagai “100 most influential people in the world in the category Heroes“.

Namun, yang paling istimewa mengenai Temple Grandin ini adalah semasa kecil beliau merupakan kanak-kanak bermasaalah dan dirawat sebagai seorang yang “high-functioning autism”.

Namun, keadaan autistik beliau tidak menghalangnya menjadi seorang yang berjaya sebagaimana beliau sekarang.

Filem Temple Grandin

Dalam filem terbitan HBO, watak Temple Grandin dimainkan oleh Claire Danes dan saya rasa Claire teah berjaya memainkan wataknya dengan baik sekali. Sebagai bapa kepada dua orang anak yang istimewa (istilah buat anak-anak autistik), saya memang tertunggu-tunggukan filem ini di HBO.

Malah, kami sekeluarga menontonnya bersama-sama dan cuba memahami  jiwa dan pemikiran anak-anak istimewa ini.

Antara sifat yang ada pada Temple Grandin yang saya perhatikan ada juga pada anak-anak saya ialah cara mereka memproses sesuatu maklumat iaitu mereka lebih detail dengan keadaan sekeliling berbanding dengan anak-anak biasa. Itu menjadikan mereka seolah-olah lembab atau perlahan walhal sebenarnya mereka melihat terlalu banyak perkara hingga banyak perkara yang orang-orang biasa tidak sedar.

Contohnya: Temple Grandin amat peka dengan keadaan haiwan-haiwan di ladang sehinggakan beliau berjaya membuat kandang yang selesa buat mereka. Kepekaan beliau pada hal ini menjadikan Temple Grandin seorang yang pakar dalam bidang penternakan dan haiwan dan diikitraf sebagai seorang saintis yang paling terkemuka dalam bidangnya.

Bagi mereka yang belum menonton filem ini, sila semak waktu siarannya di HBO. Kalau susah-susah, cari DVDnya dikedai sahaja.

– Temple Grandin Dan HBO Movie

1 Comment

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons