Times Book Fair

Times Book Fair

Selepas aktiviti makan-makan di Restoren Nasi Lemak Antarabangsa, kami singgah di Pesta Jualan Buku Times (Times Book Fair) yang dianjurkan oleh Times Book Stores cawangan . Pesta Jualan Buku yang bermula sejak 29hb April yang lalu dan akan tamat pada hari Ahad (8hb Mei 2011) menampilkan banyak buku-buku pada harga yang amat murah (diskaun sehingga 90%).

Terdapat buku-buku yang agak lama sedikit dan dijual pada harga RM 3 sahaja.

Kami membeli beberapa buah buku untuk tujuan bacaan dan juga untuk dijual kembali di eBay. πŸ˜€

Times Book Fair

Sebenarnya ini kali kedua kami pergi ke Times Book Fair ini. Kami sebenarnya sudah pergi pada minggu yang lalu bersama anak-anak dan membeli mereka beberapa buku yang sesuai. Tidak seperti minggu lalu, yang mana ramai orang datang mengunjungi Times Book Fair ini, kali ini suasana agak lengang sedikit.

Mungkin kerana hari berkerja dan waktu berkerja ( 3pm) ? Yang timbul pun kali ini kebanyakkan mat salleh atau tourist yang juga mengambil kesempatan membeli buku pada harga yang amat murah.

Kalau nak ikutkan hati nak borong aje banyak-banyak… tetapi dalam hal ini kena ikutkan poket dulu lah.

Times-Book-Fair 2

Times-Book-Fair-3

Times-Book-Fair-5

Times-Book-Fair-4

Times Book Fair

8 Comments

    1. Dah lama beli ehh… πŸ˜€
      Buku Tun MPH yg keluarkan, so Times tak jual πŸ˜€
      Since kat Sabah tak de MPH, buku tu dijual di Popular. Kawe member kat Popular, so dapat 10% discount… tapi rugi gak sbb last month, Popular buat sale kejap, discount buku Tun 20%.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons