Jujurnya, selama ini saya fikir perkataan ‘baharu‘ ialah perkataan lama yang tidak digunapakai lagi. 😁. Rupa-rupanya ia masih digunapakai sehingga sekarang dan membawa maksud tertentu yang berbeza dari perkataan ‘baru‘.
Baru
Perkataan ‘baru‘ adalah kata bantu. Ia menunjukkan masa ataupun sesuatu yang telah terjadi dalam jangkamasa terdekat, yang sebelum ini tidak pernah terjadi. Untuk lebih mudah faham, perkataan ‘baru‘ ini jika diterjemahkan ke Bahasa Inggeris akan membawa maksud ‘just‘.
Jika kita rujuk laman web Dewan Bahasa, definasi yang diberikan adalah:-
Contoh penggunaan perkataan baru adalah seperti:-
- Kumpulan Blackpink baru sahaja tiba dari Korea.
- Ahmad dan Mira baru saja berkahwin.
- Taklimat mengenai dasar baru percukaian negara oleh Menteri Kewangan baru sahaja selesai.
Baharu
Manakala ‘baharu’ pula merupakan kata adjektif yang menerangkan sifat sesuatu benda itu. Sifat yang dimaksudkan di sini adalah sama ada ia sudah lama/buruk atau tidak. Ia adalah lawan bagi perkataan ‘lama‘. Terjemahan Bahasa Inggerisnya adalah ‘new‘. Kamus DBP di laman web memberikan definasi seperti berikut:-
Oleh itu dari segi penggunaanya kita boleh gunakan perkataan ‘baharu‘ untuk mengucapkan ‘Selamat Tahun Baharu‘. Selain dari itu boleh gunakan dalam contoh-contoh seperti: baju baharu, kaedah baharu, teknik baharu dan sebagainya.
Sebagai kata adjektif, ia boleh menerima imbuhan. Contohnya: Saya telah membaharui lesen memandu saya.
Dari segi semantik, baharu juga boleh bermaksud moden. Kadang-kadang ‘baharu’ juga dipendekkan menjadi ‘baru’ dalam pengunaan harian . Bagaimanapun, hal ini tidak digalakkan.
ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd, K-Drama/K-Pop. Semi-retired Pokemon Go trainer (TL50). Most easily accessed via his Twitter account.