Bakal Juara Badminton Dunia?

Goh Liu Ying

Dalam entri yang lepas, saya memberi pujian yang tinggi buat bergu wanita negara, Goh Liu Ying yang berpasangan dengan Chan Peng Soon dalam acara bergu campuran. Biarpun mereka tewas dalam perlawanan akhir Malaysia Open Grand Prix Gold kepada pasangan berpengalaman Indonesia, Tantowi Ahmad-Lilyana Natsir, saya masih percaya Goh Liu Ying adalah “by far” bakat terbaik acara badminton wanita yang saya pernah saksikan sejak bertahun-tahun.

Sekali lagi saya berharap BAM memberi perhatian kepada pemain ini dan memastikan beliau terus maju dan menjadi (siapa tahu) juara dunia nanti.

Goh Liu Ying

Kehebatan Goh Liu Ying turut diakui oleh lawannya diperingkat akhir Lilyana Natsir, pemain berpengalaman dan bekas juara dunia dari Indonesia yang tertarik dengan “improvement” oleh pemain ini. Dalam temuramah dengan pihak media Lilyana mengatakan:

The lady player (Liu Ying) has improved. Her technique at the front court is much better now. And I guess this has given the pair a lot of confidence. They will be a pair to watch out for.

Adalah penting bagi BAM memberikan lebih banyak pendedahan kepada pasangan bergu ini dan mungkin meletakkan Goh Liu Ying bermain dalam acara bergu wanita juga dengan pasangan berpengalaman (Wong Pei Ty?) agar lebih banyak pengalaman dapat beliau perolehi. Agak jelas, pengalaman dan ketenangan yang memisahkan mereka dari kejuaraan Malaysia Open Grand Prix Gold baru-baru ini bila tewas tipis di set penentuan 19 – 21 kepada juara dari Indnonesia itu. Semoga BAM dapat melakukan yang terbaik buat pemain ini. Malaysia Boleh!

Bakal Juara Badminton Dunia?

20 Comments

  1. Masa Dr. Siti Hasmah penaung BAM, minat sangat dengan sukan ni, tapi sekarang ni..malas dah nak ambik tahu…

  2. Badminton aku kureng sikit…kene lak yang muka2 baru…lagi la x bape nak kenai, tapi tiap perubahan yg derang nak buat diharap dpt memberi kebaikkan dan menaikkan nama badminton Malaysia sendiri.

    1. tak ramai pemain wanita negara yg menyinar dan of course mutu permainan lelaki jauh lebih baik dan menarik utk di tonton. 😀

  3. Tak sempat tgk game ni…tp dari video tuh, mmg nampak kelibat dia yg ada potensi besar utk menjadi beregu terbaik andai diberi pendedahan yg lebih..

    Harap BAM terus memberi peluang dan ruang utk anak2 muda sebegini terus maju…

    Ayuh Malaysia! Malaysia Boleh!!!

    1. video tu masa Kejohanan ABC… Malaysia Open punya nada. Ada byk improvement dari segi permainan sejak ABC… tapi still boleh tgk bayang2 bakal juara.. he he 😀

  4. alamak abg mail… videonya itu kok bahasa pengantarnya lain.. makanya maza terpaksa employ jurubahasa…

    siapa boleh jadi juru bahasa kat sini, sila ketuk keyboard!

      1. alah baca jer surat kbar mesti kat situ para wartawan akan bagis edikit kuapsan masa pertandingan tu berlangsnug 🙂

  5. err.. maza tak berkesempatan menegok citer hebat itu lah abg mail.. huhuhu

    sudah rugi lorr…
    tapi tak pe, nasib baik ada utube yg ditepekkan kat sini, kan kan kan.. hahahha

        1. eeee… tak payah sori sori…Bukan wajib pun.. anak2 tu yg wajib jaga.. Kawe ni tgk sukan pun main cilok2.. lagipun ramai yg dah besar dan pandai jaga sendiri.. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons