Monday,26 June,2017

Goh Jin Wei Bakal Bintang Badminton Malaysia?

Goh Jin Wei


Gambar kredit: www.thestar.com.my

Pertama kali saya saksikan Goh Jin Wei beraksi secara ‘live‘ adalah semasa kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan, Terbuka Sabah tahun lalu. Berpasangan dengan  Lee Ying Ying, Jin Wei meraih kejuaraan bergu remaja perempuan dengan kemenangan yang amat mudah di peringkat akhir.

Anak muda ini jelas enjoy dalam perlawanan itu dan ternyata dalam kelas tersendiri.

Gelanggang remaja bukan lagi tempat buatnya.

Goh Jin Wei sudah bersedia untuk melangkah ke peringkat senior.

Kejohanan Badminton Terbuka Kuala Lumpur

Untuk Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur yang berakhir malam tadi, pemain baru berusia 15 tahun ini membuka lembaran baru buat badminton negara. Beraksi dalam perseorangan wanita senior, Goh Jin Wei  seharusnya menggunakan kejohanan ini untuk menimba pengalaman.

Sebaliknya, pelajar tingkatan dua di sekolah swasta di Damansara ini menumbangkan satu persatu pemain-pemain utama wanita negara dengan Yang Li Lian dan Lee Ying Ying menjadi mangsa di peringkat awal. Di peringkat akhir malam tadi, dia mengenepikan seorang lagi pemain wanita elit negara, Lim Yin Fun 21-13, 22-24, 21-19 dalam masa 69 minit.

Dalam usia yang amat muda, Jin Wei telah menewaskan hampir kesemua pemain wanita utama negara kecuali Tee Jing Yi, Sonia dan Lydia Cheah.

Mungkin tidak berapa lama lagi?

Apa Yang Menarik Tentang Goh Jin Wei?

Apa yang menarik tentang Goh Jin Wei adalah kematangannya dalam gelanggang dan keberanian untuk melakukan pukulan-pukulan yang sukar. Seperti kebanyakkan pemain-pemain handalan, Jin Wei adalah ‘risk taker‘ dan cuba menentukan nasibnya sendiri dari berharap pihak lawan membuat kesilapan.

Jika digilap sebaiknya, saya yakin dia boleh menjadi pemain wanita yang hebat buat Malaysia.

Bersama-sama pemain utama negara , Tee Jing Yi, mereka boleh membawa badminton Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Semoga Jin Wei tidak akan terleka dengan kejayaan semalam dan terus memperbaiki prestasinya lagi agar menjadi lebih baik lagi. Perjalanan masih jauh buat beliau, akan tetapi dia punyai potensi untuk digilap.

All the best girl.

Malaysia Boleh!

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Norman Rashid Reply

    Tak ada nama dia pun dalam senarai perlawanan Malaysian Superseries Open 2015 besok. Nama nama pemain yg dia kalahkan ada lah pulak.

    Sepatutnya BAM dah mula expose kan dia dalam arena dunia. Intanon pun start masa umur dia 15

    March 30, 2015, 5:54 am
    • Ismail N Reply

      Pada umur 15 tahun nampak macam muda dan perlu protection. Then again, bila kita lihat Jin Wei beraksi, dia nampak dewasa, malah lebih dewasa dari pemain senior yang lain. Jika dia diketepikan atas alasan lain dari kecederaan, maka ia sesuatu yang agak mengecewakan dan boleh merugikan badminton negara. Mungkin Morten Frost ada jawapannya.

      March 31, 2015, 1:04 am
  • lankapo Reply

    Semoga pemain pelapis kebangsaan kita dapat bangkit dan bersaing dengan pemain dunia lain.

    Kalau Datok LCW kantoi appeal macam mana yer? Pingat2 dulu boleh kena tarik ke?

    March 3, 2015, 6:52 pm
    • Ismail N Reply

      Boleh kena tarik tu kalau IBF mahu berikan hukuman berat.
      Harap2 lepas lah kan..

      March 8, 2015, 8:16 am
  • Helmi Aliarit Reply

    Teringat Dato Nicol David. Umur lebih kurang masa dia jadi juara Asia dan Komenwel. Harapnya Goh Jin Wei boleh pergi lebih jauh.

    February 17, 2015, 2:23 am
    • Ismail N Reply

      Ya. Mudah-mudahan boleh ikuti jejak Nicol.

      February 17, 2015, 6:57 am
  • titan Reply

    elok sangat la tu.

    biar ada pelapis skuad single perempuan malaysia ni.

    kalau tak..harap kat tee jing ye aje. kesian gak aku tengok.

    dulu ada mew chu..harap kat mew chu..

    penat la macam nih..

    February 16, 2015, 4:47 pm
    • Ismail N Reply

      Skrg masaalahnya single lelaki. Kawe nampak Soon Huat sahaja boleh naik. Iskandar ada talent tp tak ada kekuatan mental.
      Kalau Dato Lee punya appeal gagal, cam ne lah nanti?

      February 17, 2015, 6:56 am
      • titan Reply

        iskandar tu dah susah dah.

        patut time macam ni dia dah leh top ten dah.

        Tapi entah ke mana dahh..

        harap kat soon huat dan chong wei feng ajela yang aku nampak sekarang nih.

        liew darren tu memang out dah.

        February 23, 2015, 10:48 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds