Sunday,24 July,2016

Jom Main Bowling Di U-Bowl 1Borneo KK

bowling-score

Sudah lama saya tidak bergiat dalam sukan bowling. Bola dan kasut bowling dalam store pun entah di mana agaknya 😀 Tapi, kebelakangan ini rasa macam mahu aktif kembali bermain sukan ini. Maka, saya pun turun beraksi kembali di Pusat Bowling U-Bowl di 1Borneo.

Maaf, gambar video di bawah kurang jelas. Saya rakam bukan untuk tujuan blogging pada asalnya, tetapi untuk melihat kesilapan-kesilapan yang dibuat akibat sudah lama tak beraksi. Oleh itu, ia cuma dirakam pada kamera handphone berusia 4 tahun pada resolusi yang rendah.

Agak-agak boleh cam ke muka saya tu? 😉

Teknik Bermain Bowling

Saya ada tulis sedikit mengenai teknik asas bermain bowling dalam entri yang dulu.

Klik DI SINI dan SINI untuk membacanya.

Saya bukanlah pemain yang handal dan hebat. Tetapi bolehlah sikit-sikit cari makan dulu-dulu. Dalam video di atas, saya menggunakan teknik “spin” biarpun saya sebenarnya lebih gemar bermain secara “hook”. Namun, oleh kerana sudah lama tidak bermain, maka tangan ini tak mampu hendak mengangkat bola 15lb dan ke atas lagi.

Oleh itu, switch kepada spinner dengan menggunakan house ball seberat 11lb.

bowling-score

Memandangkan pergerakan bola secara spin ini tidak banyak sangat iaitu kira-kira dua atau tiga board sahaja, maka spinner jarang terlepas target mereka. Akan tetapi, agak sukar untuk “duplicate” spin yang sama berturut-turut kerana ia memerlukan banyak pergerakan pada tangan dan wrist bila melepaskan bola berbanding dengan bila bermain hook.

Pin action juga agak kurang berbanding dengan pemain hook tetapi jatuhan pin spinner lebih konsisten atas sebab yang saya nyatakan di atas tadi.

Ok, sebelum saya publish entri ini, soalan cepumas saya hari ini:

Apakah pendapat anda tentang sukan bowling dan dimanakah tempat anda bermain bowling? :

D Jawab ye….

Jom Main Bowling Di U-Bowl 1Borneo KK

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • bEe Reply

    bEe main bowling bila ada game. Kalau takde, takdelah nak jejak kaki kat situ. huhu

    December 16, 2011, 7:26 am
  • Kak Long Mawar Merah Reply

    Wah, memang hebat. Dah lama tak main pun masih boleh score. Kali akhir main bowling 2 bulan lepas dengan anak-anak je. Dulu memang kemaruk juga main bowling, dan jadi ahli di pusat bowling yang ada di sini. Tapi sekarang ni, sebulan sekali pun agak payah.

    December 4, 2011, 4:53 am
  • Malaysia Travel Blog Reply

    Hubby suka main ni…tapi tak pernah kot dia main kalau balik Sabah…lebih kepada jalan2 cari makan and seafood je kalau balik sana..hihihih

    December 2, 2011, 1:32 am
  • Pacifista Reply

    wah,hebat ko main tu bro.hehe 😀
    aku main takde pun nak buat spin.main setakat suka2 je.yang penting jangan masuk longkang.wakaka 😀

    December 1, 2011, 1:40 pm
    • IN Reply

      belum cukup minat tu bro..
      plus mungkin tak de org guide..
      Once ada coach yg bantu dan nampak teknik2 dlm game, ia akan jadi lebih menarik dan permainan akan automatik jd improve 😀

      December 2, 2011, 1:05 am
  • padin Reply

    wah mesti gempak juga jatuhan pin tu, spare & strike je ekekee,
    boling ni best jugak, tapi riadah elit – pasal berbayar hahahaa…
    selalu main di plaza angsana, jb.

    December 1, 2011, 11:58 am
    • IN Reply

      kalu spin dan bola lurus selalunya mudah nak ambil spare as long as basic principle kita faham dan kosentrasi tak terggangu.
      Kalu turun JB, kita lepak kat Plaza Angsana la cam nie bro 😀

      December 2, 2011, 12:47 am
      • padin Reply

        roger je bro, heehehe

        December 2, 2011, 2:37 am
  • tehr Reply

    tak pernah2 aku main
    pijak tempat bowling pun tak pernah
    huhu

    December 1, 2011, 8:02 am
    • IN Reply

      he he… kena cuba bro…
      baru tahu syoknya 😀

      December 2, 2011, 12:45 am
  • Khidhir Reply

    alamak.. bowling ni bukan dunia sy sbnrnya.. nak cecah 100 pun susah.. huhu.. main utk suka2 je..

    December 1, 2011, 1:20 am
    • IN Reply

      don’t worry kalu jrg main mmg begitu lah jadinya…
      plus, the best way bersukan ialah belajar dari proper coach… kalu mahu improve lah 😀

      December 1, 2011, 5:22 am
  • faizul Reply

    Saya suka berbowling, walaupun takde lah sampai ada bola sendiri. My famili n friends mmg suka gathering main bowling di Superbowl Banting.

    Main tak seberapa, tapi bisingnya Masya’ Allah. 🙂

    November 30, 2011, 4:23 pm
    • IN Reply

      sorang lagi main kat Banting..
      contact titan… main di sana 😀
      don’t worry kalu bising.. tempat tu mmg utk riuh rendah pon….

      December 1, 2011, 5:21 am
  • titan Reply

    kat banting ada tempat main bowling. kalau aku bosan..memang aku gi sana layan 2-3 frame. haha..

    November 30, 2011, 3:43 pm
    • IN Reply

      erkkk jauh sgt pi sana..
      kat KL tak main ker?

      December 1, 2011, 5:20 am
  • nurmisnan Reply

    wahhhh… bestnya bowling. Nak join jugak tapi
    masih belajar lagi nak dapatkan strike… =(

    November 30, 2011, 11:26 am
    • IN Reply

      yg penting teknik
      once teknik betul, strike akan mudah dtg dgn sendirinya 😀

      December 1, 2011, 5:19 am
  • amirulfaiz Reply

    Pendapat saya, sukan bowling, sukan yang sangat sesuai / seronok jika kita bermain secara beramai-ramai. Boleh gelakkan kawan dan juga gelakkan diri sendiri bila bola strike berturut-turut di longkang. 😀

    November 30, 2011, 10:11 am
    • IN Reply

      yup bagus tu riadah dan rehatkan fikiran…
      cuma jgn bawa kawan yg terlalu mahu menang sgt udah ler.. Tension nt sbb ada org tak mahu kalah 😀

      December 1, 2011, 5:18 am
  • suri Reply

    sy tak tahu main boling huhu.kwn ckp bola dia berat..tapi jgn risau ada berat yg blh selesa d pegang tangan yer ker?

    November 30, 2011, 7:59 am
    • IN Reply

      mmg ada bola ringan ehhh… sesetengah bowling centre ada hse ball 8lb dan 7lb …. cuma payah ler pin nak jatuh kalu bola ringan sangat 😀

      December 1, 2011, 5:16 am
  • anif Reply

    Pernah bermain bowling.. tahun 1994 di Kompleks Teruntum, Kuantan.

    Satu pin pun tak jatuh.. bola masuk longkang! haha..

    November 30, 2011, 7:03 am
    • suri Reply

      kira pernag mencuba ar tu suri tak pernh langsung huhu…

      November 30, 2011, 8:02 am
    • IN Reply

      adehhh.. kawe belum abis belajar lagi time tu…
      kompleks teruntum…. lebih 20 tahun tak pi sana… erkkkk…

      December 1, 2011, 5:15 am
  • akubiomed Reply

    Main bowling ketika anjuran syarikat sahaja. 🙂

    November 30, 2011, 5:52 am
    • suri Reply

      bestnya begitu…
      saya tak dpt serati apa2 pun.rasanya KL kt HQ lagi meriah sini cwgan apa ada huhu..

      November 30, 2011, 8:00 am
    • IN Reply

      bagus company ada buat..
      kawe tak der company 🙁

      December 1, 2011, 5:14 am