Uji Bakat Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) 2014

Malaysian Invansion

Sukan seni mempertahankan diri pelbagai (Mixed Martial Arts) semakin mendapat sambutan dan perhatian dari rakyat Malaysia. Semakin banyak pusat-pusat Mixed Martial Arts ditubuhkan dan hasilnya ramai bakat-bakat baru berjaya dicungkil.

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts

Untuk musim ke-2 siri pertandingan Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) 2014, pihak penganjur telah pergi ke beberapa buah bandar di seluruh Malaysia bagi mencari jaguhan baru sukan ini. Sabah adalah destinasi ketiga mencari bakat oleh pihak penganjur, MIMMA dan Tune Talk selepas Johor dan Negeri Sembilan.

Uji bakat atau “Try Out” di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu menyaksikan lebih 100 peserta hadir dalam ujian yang dijalankan selama dua hari itu. Mereka hadir dari seluruh negeri Sabah sesuai dengan tag line kejohanan ini:

Now Everybody Can Fight

Selepas Sabah, uji bakat akan diadakan pula di Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan dan Kuala Lumpur bagi mencari 112 perserta untuk bertanding dalam musim ke 2 Malaysian Invasion Mixed Martial Arts.

Pertandingan MIMMA 2014 ini terbuka pada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dengan menawarkan habuan berjumlah RM150,000 untuk para pemenang.

Ia dibahagikan kepada tujuh kategori mengikut berat peserta dan merupakan ‘batu loncatan’ bagi peserta-peserta amatur dan bakat baru untuk menempa nama dalam sukan ini. Dalam musim pertama dua peserta dari Sabah berjaya menjadi juara dalam kategori masing-masing iaitu:

  • Allen Solomon Chong aka “Orang Hutan” (Lightweight); dan
  • Adrian Tham aka “Tuckman” (Heavyweight).

Oleh itu, pihak penganjur ternyata amat gembira dengan sambutan yang mereka terima semasa berada di Kota Kinabalu dan mengharapkan lebih ramai lagi juara akan muncul dari Negeri Di Bawah Bayu.

MIMMA 1Borneo

Mixed Martial Art Fighters

MIMMA Try Out

Malaysian Invansion Sabah

Sepanjang uji bakat Malaysian Invasion Mixed Martial Arts ini juga, terdapat ramai pengunjung 1Borneo Hypermall yang menjadi penonton dan menyaksikan bakat-bakat baru menampilkan skill dan kehebatan mereka.

Terdapat juga demonstrasi Mixed Martial Arts dari beberapa pro One Fighting Championship seperti oleh AJ Pyro Lias Mansor, juara Bantamweight kebangsaan.

Rasanya ramai yang terhibur melihat aksi-aksi mereka dan jika ada boleh, next year, datang lah lagi. 😀

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons